Sabtu, 4 Oktober 2014

Menafaat Dan Kandungan Zat Bayam Untuk Tubuh - Benefit of Spinach

 Hasil carian imej untuk bayam

Khasiat Dan Kandungan Bayam Untuk Tubuh
Tanaman Bayam memiliki Nama Latin Amaranthus , Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika akan tetapi pada masa  kini  bayam sudah tersebar ke seluruh  Dunia. bayam sangat di kenali kerana merupakan sumber zat Besi yang peting sekali untuk tubuh Manusia.
Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. ada bayam hijau serta bayam merah, namun bayam yang sering ditemui adalah bayam berwarna hijau. Kedua jenis bayam ini memiliki cita rasa dan tekstur yang sama, cuma kandungan yang terdapat di bayam merah lebih unggul daripada kandungan yang terdapat di bayam hijau.
Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn
Terdapat kekeliruan dalam nama bayam dan spinach. Kedua-duanya adalah daripada keluarga yang sama iaitu Amaranthaceae tapi berlainan genus. Genus bayam adalah Amaranthus, manakala genus spinach adalah Spinacia. Kekeliruan ini terhasil apabila bayam diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. Sepatutnya bayam dalam bahasa Inggeris disebut Amaranth. Walaubagaimanapun, istilah bayam untuk spinach telah digunapakai dalam istilah bahasa Melayu.
Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan spinach untuk bayam.

 berikut ini Kandungan Zati yang terdapat Pada 100 g Bayam :
  1. Tenaga  : 36  kal
  2. Protein : 3,5 g
  3. Lemak   : 0,5 g
  4. Karbohidrat :6,5  g
  5. Serat   : 0,8g
  6. Kalsium : 267mg
  7. Fosforus : 67mg
  8. Besi   : 3,9mg
  9. Vitamin A : 6.090 IU
  10. Vitamin B1 : 0,08mg
  11. Vitamin C : 80mg
  12. Air : 86,9g            
Berikut Menafaat Bayam Untuk Tubuh

Melawan Sel Kanser
Vitamin A dan C serta serat, asid folat dan 13 flavonoid dalam bayam sangat bermenafaat dalam memerangi sel kanser.Kajian menunjukkan, kandungan tersebut pada bayam menurunkan risiko kanser sebanyak 34% terutama pada kanser payudara, kanser rahim, kanser prostat, kanser kulit dan kanser perut.

sha3622.blogspot.com

Sumber anti-radang
Bayam mengandung sifat alkali yang tinggi sehingga membuatkan sayur ini pilihan yang sempurna bagi pesakit penyakit anti-radang, seperti rheumatoid arthritis dan osteoarthritis. (keropos tulang)

Mengurangi risiko penyakit kardiovaskular
Bayam merupakan sumber folat yang baik, yang dapat mengurangi homosistein, asid amino yang ditemui dalam darah. Tingginya kadar homosistein dalam darah menyebabkan tingginya risiko penyakit jantung. Bayam juga mengandungi choline dan inositol, yang membantu mencegah pengerasan pembuluh darah.

Menurunkan tekanan darah tinggi
Bayam kaya akan kalium dan rendah sodium, kadar mineral yang seimbang ini sangat bermenafaat bagi pesakit  tekanan darah tinggi.,selain itu, folat dalam bayam juga dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan saluran darah, dengan itu mengekalkan kelancaran aliran darah.

Mencegah Osteoporosis
Secawan daun bayam segar memenuhi 200% keperluan harian akan vitamin K. Vitamin ini amat penting dalam pencegahan keropos tulang. Selain itu, mineral lainnya seperti magnesium, seng, tembaga dan fosfor dalam bayam juga membantu penguatan tulang.



sha3622.blogspot.com
Mencegah Diabetes
Bayam sangat berguna bagi orang yang pesakit kencing manis. Magnesium ditemui dalam bayam membantu untuk menghalang komplikasi yang berlaku selepas kencing manis. Penggunaan yang kerap bayam membantu menstabilkan gula dalam darah dan menghalangnya dari turun naik terlalu banyak.

Mencegah Anemia
Bayam adalah sumber zat besi yang diperlukan dalam mencegah anemia. Zat Besi membantu Janakan semula atau menghasilkan semula sel darah merah, yang membawa oksigen ke semua bahagian badan. Memperbaiki kualiti penglihatan
Bayam merupakan sumber lutein, karotenoid yang dikenali membantu melindungi mata terhadap katarak. Bayam juga kaya akan vitamin A, yang membuatnya sangat bermenafaat untuk penglihatan.

Mengubati Pendarahan Gusi
Campuran bayam dan jus lobak merah sangat membantu dalam mengubati gusi berdarah yang disebabkan oleh kekurangan vitamin C dan pengambilan terlalu banyak gula halus.
 Menafaat Bayam sebagai untuk Kekebalan
Satu cawan bayam mengandungi lebih 337% dari RDA vitamin A yang tidak hanya melindungi dan memperkuat “entry point” ke dalam tubuh manusia, seperti membran mukosa, saluran pernafasan, saluran kencing dan usus, tetapi juga merupakan komponen kunci dari limfosit ( atau sel darah putih) yang memerangi jangkitan.
 Menafaat Bayam untuk Diet
Satu cawan  bayam memiliki hampir 20% dari RDA serat makanan, yang membantu pencernaan, mencegah sembelit, mempertahankan gula darah rendah, dan kekangan makan berlebihan.
 Menafaat Bayam untuk Kulit
Jumlah tinggi vitamin A dalam bayam juga menjadikan kulit sihat dengan memungkinkan untuk mengekalkan kelembaban  di epidermis,  memerangi psoriasis, keratinisasi, jerawat dan juga kedutan.
 Menafaat Bayam kepada Tulang
Satu cawan bayam rebus menyediakan lebih dari 1000% dari RDA vitamin K yang dapat mencegah aktiviti kelebihan osteoklas (sel-sel yang memecah tulang), serta menggalakkan  sintesis osteocalcin, protein yang sangat penting untuk menjaga kekuatan dan kepadatan tulang kita.
Faedah-faedah bayam sebagai fungsi untuk kesihatan otak dan saraf
Banyaknya vitamin K dalam bayam menyumbang kepada fungsi otak dan sistem saraf yang sihat dengan memberikan peranan yang penting untuk sintesis sphingolipids, lemak myelin  yang penting sekitar saraf kita.
Faedah-faedah bayam untuk proses pengerasan  batu kapur
Vitamin K adalah komponen penting dari proses yang disebut karboksilasi, yang menghasilkan protein matriks GLA yang secara langsung mencegah kalsium dari pembentukan dalam jaringan. pengambilan satu cawan bayam iProses ini menyumbang yang melawan aterosklerosis, penyakit jantung dan stroke.




Namun,  Awas bayam juga memiliki bahaya yang sangat mengerikan !!!
Bayam akan mengeluarkan racunnya, jika Anda memanaskannya kembali. Kandungan nitrat yang ada di dalam bayam mampu menjadi racun yang menggalakkan kejadian melecur.Nitrat juga boleh berubah menjadi nitrosin yang sangat berbahaya kerana ia boleh mencetuskan pertumbuhan kanser. Perubahan kimia kandungan nitrat menjadi nitrosin tdipicu erjadi ketika memanaskan bayam yang sudah lama sejuk. Ketika bayam yang sudah mengalami perubahan kimia tersebut dimakan oleh orang dewasa atau anak-anak maka boleh mempengaruhi kerja-kerja darah untuk menghantarkan oksigen ke suluruh tubuh, dan tidak dapat diramalkan pada bila-bila masa darah dapat berhenti melakukan tugasnya untuk membawa oksigen seluruh badan. Contohnya bagi kes-kes kanak-kanak dengan gejala-gejala Sindrom bayi biru kemungkinannya.
Jadi, untuk apapun alasannya, Anda tidak disarankan untuk memanaskan kembali sayur bayam yang sudah lama sejuk kerana hanya akan menimbulkan berbagai kemungkinan datangnya penyakit, mulai dari yang ringan hingga yang parah, sehingga organ dalaman
Yang harus Anda perhatikan ketika akan memasak bayam adalah:
Mencuci hingga bersih seluruh peralatan masak serta sayur bayam agar tidak terjadi penularan bakteria. Untuk menghindari terjadinya pemborosan dan pembuangan bahan makanan, alangkah baiknya jika Anda memasak bayam secukupnya saja, agar tidak terbuang jika tidak habis. Gunakanlah peralatan untuk memasak bayam dengan menggunakan peralatan stainless steel yang berguna untuk mengurangkan kadar tindakbalas kimia ketika proses memasak 


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

2 ulasan:

  1. Kami tantang para semua yang suka bermain judi online
    dengan kemungkinan menang sangat besar.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    PIN BB : D61E3506
    Whatsapp : +85598249684
    L ine : Sinidomino
    raja poker

    BalasPadam