Ahad, 16 November 2014

Petua Merawat Buasir - Tips to Treat Hemorrhoids

Petua Merawat Buasir



 APA ITU PENYAKIT BUASIR






Penyakit buasir  atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :
 

Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
 

Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya. 


Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya hanyamenderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (sekiranya darah di dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), pesakit mungkin akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dari jenis dalaman atau luaran). Sakit yang dialami oleh penderita thrombotic haemorrhoids ini selalunya menjadi semakin teruk bila adanya  pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).



Kebiasaan tanda-tanda awal ia sewaktu kita meneran ataupun  memberi tekanan semasa membuang air besar. sehinggakan rasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, buasir ni adalah pembengkakan sel-sel pada lapisan saluran dubur itu. jadi, bila sudah membengkak, najis  akan bergesel dengan buasir ni. jadi, memang sakit dan perit .Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda seperti berikut bolehlah berjumpa Doktor sedera untuk mengelakkan dari berlarutan ;

Tahap 1 Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2 Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3 Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 

Tahap 4: Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Ini berlaku kerana buasir akan bercantum menjadikannya membesar menyebabkan  tiada ruang lagi didalam untuknya, ini menyebabkan ia terjulur keluar.


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR


sha3622.blogspot.com
1. Regangan yang optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau perut rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.
3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;


Tekanan (pressure)


Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama 

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar. 



Sembelit


Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan 
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.



Mengandung


Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.



Simptom-simptom penyakit buasir ini pula ;



1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.


2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ. 

3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.


4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di    dalam corak membuang air besar.

5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.


6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:

1.  Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
2.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
3.  Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
4.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.

KOMPLIKASI
Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia (kurang darah merah) .Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak (gangrene) .
Adakah buasir penyakit keturunan ?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.



Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?


Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).



Pencegahan


Pemakanan yang sihat

sha3622.blogspot.com


Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 





Senaman


Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 




BERBAGAI KAEDAH UBATAN DAN RAWATAN UNTUK  BUASIR

 Kaedah rawatan  dengan herba atau tumbuhan    

 Ambil satu perdu (satu pokok,termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih.

minumlah air tersebut 2 kali sehari.Insya Allah dalam dua hari akan segera sembuh.Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis,buah pinggang dan lemah jantung. Wallahualam.

Cara mengubatikan buasir secara semulajadi


Penyakit buasir sangat menyakitkan bagi para penderitanya, namun buasir pada umumnya dapat sembuh apabila kita kerap melakukan pengubatan dan pencegahan. Buasir yang terlambat ditangani atau diubati pastinya akan membuat buasir menjadi lebih membengkak dan akan semakin parah.

Berikut ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengubati buasir, iaitu :

  1. Ambillah ubat penghilang rasa sakit dan anti-inflamasi untuk mengurangi rasa sakit dan peradangan. Anda dapat mengambil Pemberian gel lidah buaya (aloe vera) pada area dubur juga dapat membantu mengurangi peradangan. Cara lainnya, Anda dapat menggunakan ubat semulajadi berbasis daun ungu (graptophyllum pictum) untuk melawan buasir. Daun ungu adalah tanaman yang berasal dari New Guinea dan Polinesia. Saponin, alkaloid, glikosida dan zat lain yang terkandung pada daun ungu dapat melawan peradangan buasir dan membantu proses pencernaan yang membuat keselesaan semasa membuang air besar. Kesan anti-inflamasi saponin cukup kuat untuk mengatasi buasir yang parah sekalipun.
  2. Bersihkan area dubur dengan baik setiap selesai buang air besar. Anda tidak perlu menggunakan sabun karena dapat membuatkannya semakin parah, untuk mengeringkan daerah sekitar buasir, Anda bolehlah menggunakan tisu lembut yang biasa digunakan untuk bayi.
  3. Kurangi rasa sakit dengan duduk dalam air suam (sitz bath) tiga atau empat kali sehari selama 10 sampai 15 minit, anda juga dapat meletakkan bungkusan berisi ais atau jeram dengan air sejuk pada daerah dubur selama anggaran sepuluh minit, tiga atau empat kali sehari untuk mengurangi pembengkakan pembuluh darah.
  4. Cegah atau kurangi sembelit. Pilihlah makanan berserat tinggi  (sayuran, buah-buahan dan biji-bijian) dan perbanyak minum air putih. Hindari teh dan kopi untuk sementara waktu.
Cara mengubati buasir secara semulajadi merupakan suatu tindakan tepat dalam mengubati buasir 

Cara mengubati buasir secara semulajadi dengan tanaman ubatan ditujukan untuk mempermudahkan pembuangan air besar dan secara umum memperbaiki fungsi-fungsi organ atau sel yang rosak yang menyebabkan buasir.


Ramuan Untuk Mengubati Buasir Secara Semulajadi

  • Akar limau nipis 15-20 gram dan daun ungu segar 10-15 gram.  Cara pembuatan dan pemakaian mengubati buasir secara semulajadi. Kedua bahan dicuci bersih, kemudian direbus dengan 3 gelas air sampai mendidih dan berbaki 1 gelas. Kemudian minum ½ gelas sehari.                                                               
  • Ambil daun dan batang bayam duri segar secukupnya. Cuci bersih dan rebus hingga mendidih, kemudian angkat dari tempat perebusan. wap yang keluar digunakan untuk menguwapi buasir, sedangkan air rebusan yang masih panas digunakan untuk merendam buasir.                                                      
  • Ambil 20 gram daun duduk segar, bersihkan, lalu direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. setelah sejuk,  ditapis. Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari.      
  • Ambil 25 gram daun setawar segar. bersihkan lalu direbus dengan 2 gelas air hingga berbaki separuh. setelah sejuk, ditapis Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari sampai buasir sembuh.
  • Ambil kangkung secukupnya, bersihkan dan masukkan garam secukupnya. Lumatkan sampai halus. letakkankan campuran tersebut pada bahagian yang sakit.
  • Sediakan 50 gram pegaga segar berikut akarnya. Cuci bersih, rebus dalam 2 gelas selama 15 menit. Setelah sejuk, kemudian ditapis. Minum air rebusan sekaligus. Lakukan setiap hari sampai sembuh
  • Ambil buah ciku yang belum masak ,tumbuk sampai lumat campurkan dengan air suam dan sedikit garam , minumlah sebelum sarapan.
Petua Menghindari Penyakit Buasir
1. Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2. Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3. Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4. Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari
6. Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga dapat menghindari dari penyakit buasir. Penekanan adalah lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
7. Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
8. Masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
9. Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).

Petua Untuk Mempercepatkan Penyembuhan Buasir

1. Elakkan sembelit. Makan diet yang mengandungi fiber yang tinggi, minum banyak air dan membuat senanam yang tetap walaupun hanya dengan berjalan. Anda juga boleh mendapatkan fiber tambahan atau pelembut najis.

2. Jangan tunggu ketika anda ingin membuang air besar dan cuba jangan meneran apabila membuang dan jangan berlengah-lengah ke bilik air.

3. Buat senaman kegel setiap hari (Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar) . Ia dapat meningkatkan pengedaran di kawasan rectal dan menguatkan otot-otot di sekeliling anus, menguatkan otot-otot di vagina dan uretha mempercepatkan badan sembuh selepas bersalin.

4. Elakkan dari memakan cili terutama cili padi , minum air tebu, memakan buah nenas dan kacang bendi

5 .Elakkan dari melakukan kerja-kerja berat atau mengangkat benda berat jika terpaksa juga henbus nafas keluar  sewaktu mengangkatnya.

6.Bawang putih dapat mengubati wasir dengan cara dioles. Caranya ,ambil satu atau dua butir bawang putih lalu tumbuk sampai benar-benar halus, lalu campurkan dengan air panas dan adun sampai merata. Lalu ditapis campuran air putih dengan bawang putih tadi. Oleskan setiap hari dikawasan benjolan buasir usahakan sehabis BAB, karena sehabis BAB benjolan buasir posisi dikeluar. Oleskan ramuan tadi setiap hari dengan diiringi meminum air putih secara rutin, niscaya buasir akan  mengecil dan lama-lama akan hilang. Harap dicatat : gunakan secara teratur kalau benar-benar ingin sembuh, kalau tidak teratur buasir tidak dapat sembuh sepenuhnya.


7.Daun jambu biji dapat dimanfaatkan sebagai bahan dasar membuat ramuan herbal untuk mengubati buasir   caranya. 
Daun muda tanaman jambu batu dicuci bersih terlebih dahulu, sementara pisang batu dikupas kulitnya. Daun jambu biji dan pisang batu kemudian ditumbuk hingga halus, dan perah airnya. Air perahannya kemudian diminum. Minum ramuan ini setiap hari dengan teratur. Lakukan hingga gejala buasir benar-benar pulih.
 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.




2 ulasan: