Jumaat, 19 Ogos 2016

Khasiat Gam Arab (Al Manna) Yang Wajib diketahui








 Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


Apakah Gum Arabic (Manna Wassalwa)
Gum arabic dikenal sebagai makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), yang sering juga dikenali dengan Cam Arab, di dunia industri makanan, nama Gum Arabic lebih di kenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan Semenanjung Arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu 'Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Gum arab .
 
Gum Arab dihasilkan daripada getah pohon Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini diambil daripada batang, dahan dan ranting pohon ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gum Arab berwarna jernih keperangan, rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
Terdapat 2 jenis gum Arab, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal, juga dikenali sebagai Hashab di Sudan, adalah dari jenis yang terbaik. Semua makanan yang berasaskan gum Arab menggunakan gam Arab Hashab kerana warnanya lebih cerah dan kandungan serat larut yang lebih tinggi.
Gum Arab Elnasr dibuat 100% daripada gum Arab Hashab asli tanpa bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Ia diproses secara mekanikal sehingga ia menjadi serbuk yang sangat larut dalam air. Produk ini juga diproses di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering, jadi kandungan nutriennya terpelihara. Kandungan serat larut dalam Gum Arab Elnasr menjangkau 85%, nilai yang biasa terdapat dalam gum Arab Hashab. Kandungan serat larut dalam gum Arab Hashab adalah yang tertinggi pernah ditemukan saat ini.
Gum Arab Elnasr memelihara kesihatan, sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon), dan memberi bekal serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan untuk sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif untuk menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan membuang lemak berlebih dan toksin dari badan.
Gum Arab Elnasr larut dengan mudah dalam air dan boleh dicampurkan dengan makanan lain seperti nasi, bubur, salad, cereal dan sebagainya. Untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem pencernaan, ambil 2 hingga3 sudu teh pagi dan malam.
Dengan Gum arabic Elnasr, anda akan mendapat menafaat sepenuhnya daripada khasiat dan kebaikan gum Arabic termasuk penyerapan mineral-mineral and nutrien-nutrien penting (seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin dan Zat Besi) yang lebih efektif, peningkatan sistem imun untuk melawan serangan berbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria berbahaya, pengurangan risiko terhadap serangan kanser usus, menjaga berat badan, kelancaran pembuangan air kencing dan penjagaan optimal kandungan gula dan kolestrol dalam darah.

Hasil carian imej untuk arabic gum

Kebaikan Gum Arab Sebagai makanan kesihatan
Gum Arab telah terbukti melalui banyak kajian dimana pengambilan gum Arabic yang secara rutin memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Bukan sekedar itu saja, gum Arabic dapat mengubati berbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kerosakkan buah pinggang.. sesuatu yang terkandung dalam gum Arabic yang tidak pada suplemen-suplemen lain. Jika begitu hebat khasiatnya, mengapa gum Arabic ini tidak dijadikan sebagai obat?.

Pertama. Rahsia gum Arabic. Gum Arabic adalah suplemen atau sumber serat prebiotik (prebiotic fiber) yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui sampai saat ini. Kandungan prebiotik dalam gum Arabic menjangkau sehingga 85%. Ini artinya, pengambilan gum Arabic sebanyak 10 gram sehari akan memberikan badan kita dengan 8.5 gram prebiotik, memenuhi keperluan harian. Kandungan prebiotik dalam gum Arabic adalah dari jenis kualiti yang terbaik. Kajian membuktikan prebiotik dalam gum Arabic adalah setara dengan prebiotik dalam susu ibu.
Prebiotik banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti gandum, bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kadar yang berbeda. Bawang putih dan bawang merah contohnya mengandung 17% dan 9% prebiotik. Pisang mengandung 1% prebiotik. Jadi untuk mendapatkan bekalan 8.5 gram prebiotik daripada pisang, kita kena makan 850 gram pisang sehari. Mampukah anda melakukannya?
Berapa jumlah prebiotik diperlukan oleh badan setiap hari? kajian-kajian yang berhubung dengan prebiotik menganjurkan antara 4 hingga 8 gram untuk kegunaan biasa. Untuk tujuan pengubatan, dos yang lebih tinggi diperlukan, antara 15 ke 20 gram sehari.

Usus merupakan saluran pembuangan sampah hasil pencernaan (fases), adalah satu organ kesihatan yang sangat kompleks dan sensitif. Proses pembuangan tidak hanya berlaku di dalam perut tetapi bersambung di dalam usus . Di mana makanan yang tidak dibuang atau tidak boleh dibuang di dalam perut akan bergerak ke dalam usus besar dan berakhir di dalam kolon untuk melalui proses pencernaan yang terakhir. Di dalam kolon inilah proses penyerapan air, mineral dan nutrien dan penyingkiran lemak yang berlebihan, najis dan toksin terjadi. Efek kolon dalam fungsi ini amat bergantung kepada kehadiran dan kesuburan bakteria Probiotik yang menghuni usus ini. Usus adalah seumpama kilang memperosesan dan probiotik adalah pekerja-pekerja yang menjalani aktiviti-aktiviti dalam kilang tersebut. Jika pekerja berkurangan atau lemah, maka kuranglah produktivi dan akhirnya banyaklah aktviti-aktiviti yang terbengkalai, mesin-mesin rosak dan sebagainya.
Bagaimana prebiotik dapat membantu? Prebiotik adalah makanan untuk probiotik. Jumlah populasi dan kesuburan probiotik sangat bergantung kepada kehadiran penghantarani prebiotik yang secukupnya. Gum Arabic tidak dicerna dalam perut dan usus besar. Ia diperam di dalam usus dan apendiks untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang berfungsi dan bertindak sebagai prebiotik.
Berikut adalah kebaikan prebiotik atau kesan pengambilan prebiotik yang telah dibuktikan melalui kajian:
peningkatan kadar penyerapan mineral dan nutrien, yang biasanya terlepas keluar sebagai bahan buangan, terutamanya kalsium dan magnesium
peningkatan sistem imun
pengurangan kadar gula dan kolestrol dalam darah
penurunan berat badan (melalui penjagaan selera makan)
peningkatan jumlah bakteria baik atau probiotik dalam kolon
pengurangan bakteria berbahaya (bakteria pembawa penyakit) dalam sistem usus
kelancaran pembuangan fases dan air kencing
pengurangan atau pencegahan kanser atau radang usus dan penyakit-penyakit yang lain
pengurangan jangkitan (infections) pada dinding usus

 Imej yang berkaitan

Dengan fungsi-fungsi inilah prebiotik dapat merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesitas, gagal ginjal, kanser usus dan sakit jantung koronari.
Begitulah kehebatan prebiotik yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan tubuh badan kita. Kemampuannya merawat penyakit-penyakit kronik telah terbukti. Dan inilah RAHASIA GUM ARABIC. Nikmatilah menafaat prebiotik sepenuhnya dengan menambahkan Gum Arabic Elnasr dalam makanan harian anda!
Jika begitulah hebatnya gum Arabic, mengapa gum Arabic tidak dijadikan ubat?
Pertamanya, ubat dibuat atau diformulasikan untuk menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Antibiotik, misalnya, dapat melegakan demam panas dalam masa 1-3 hari. Kesan penyembuhan segera ini tidak datang dari bahan-bahan semulajadi (natural ingredients). Ia datang dari bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain. Sebab itu setiap ubat ada efek sampingnya. Antibiotik contohnya dapat melemahkan fungsi buah pinggang dan membunuh semua bakteria dalam usus termasuk bakteria baik atau probiotik.
Gum Arabic adalah 100% bahan semulajadi. Ia dihasilkan daripada pokok Akasia,di proses sehingga halus tanpa menambahkan bahan-bahan lain dan kemudian diminum. secara semulajadi, sebagaimana produk-produk semulajadi yang lain, gum Arab tidak dapat menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Ia akan melalui proses pembaik-pulihan dan pemantapan sistem pencernaan dan imun, dan cepat atau lambat kesannya adalah berbeda dari satu individu kepada individu yang lain. Yang pentingnya, penggunaan gum Arabic yang secara rutin akan melindungi badan kita daripada penyakit-penyakit kronik dengan izinNya.
Rahasia Kedua, gum Arabic banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman sebagai agen penstabil dan . Tidak ada bahan lain yang sebaik gum Arabic untuk fungsi-fungsi ini. Perusahaan minuman Coca-cola dan Pepsi, contohnya, bergantung sepenuhnya kepada gum Arabic. Oleh kerana pasokan gum Arabic dunia dari jenis Hashab (Acacia Senegal) adalah terbatas, maka pihak barat mengelak untuk mengakui gum Arabic ini sebagai suplemen kesihatan agar permintaan gum Arabic tidak mendadak tinggi sehingga tidak mencukupi untuk industri-industri yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, pihak barat terutamanya negara-negara Eropah lebih mempromosikan Inulin sebagai prebiotik bagi mengurangkan tumpuan terhadap gum Arabic. Inulin dihasilkan daripada Akar Chikori (Chicory Root) yang dikatakan mengandungi 65% prebiotik. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahwa gum Arabic adalah lebih baik daripada Inulin dari segi efek prebiotik (prebiotic effects) terhadap penyuburan dan penambahan bakteria Probiotik dalam usus.
Bagaimana pula prebiotik dapat mengubati sakit ginjal yang tiada perubatan moden yang dapat mengubatinya?
Kebanyakan kesan positif penggunaan gum Arabic datang daripada pesakit buah pinggang. Kalau kita tanya orang-orang Sudan, di mana terdapat banyaknya gum Arabic, semua mereka akan mengakui bahwa gum Arab ini sangat baik untuk buah pinggang. Jadi bagaimana prebiotik dalam gum Arabic bertindak memulihkan fungsi ginjal?
Jawaban nya yang lebih tepat adalah dari hasil kajian yang dilakukan oleh Bliss et al. dalam tahun 1996 yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Laporan itu menyebut bahwa pesakit buah pinggangl kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum Arabic sehari mempunyai nitrogen yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada penderita yang hanya mengambil diet rendah protein saja tanpa mengambil gum Arabic.Kesan ini menyebabkan uraemia menurun dan perawatan dialisis dapat dikurangi.
Riset yang dilakukan dalam tahun 2008 oleh Adil Ahmed Ali et. al. dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan ke atas 36 penderita ginjal kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahwa pengambilan gum Arabic dapat mengurangi efek buruk CRF.

Gum Arabic Elnasr sangat larut dalam air dingin dan mudah untuk minum. Menyediakan Gum arabic Elnasr adalah semudah menyediakan gula dalam air. Gum Arabic Elnasr tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara Penyediaan yang disarankan ialah dengan mengadunkan 5 gram Gum Arab Elnasr dengan 1 gelas air biasa. boleh di tambahkan dengan sedikit perahan limau nipis untuk menambahkan rasa masam agar lebih mudah diminumkan. Limau Nipis juga baik untuk membuang lemak dari badan.
Mengapa Gum arabic Elnasr Berbeda?
Ataupun boleh juga di tambahkan madu untuk rasa manis.
Gum Arabic Elnasr adalah 100% gum Arabic asli dari jenis Hashab, kualitas terbaik. Kandungan korbohidrat dalam Gum Arabic hingga 85% yang berupa serat makanan larut (soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya. Jadi Gum Arabic Elnasr dapat dikatakan sebagai suplemen 2 dalam 1 iaitu sebagai suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic Elnasr anda mendapat cukup serat larut dan prebiotik yang terbaik

Kenapa serat larut sangat penting?
Perut orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga ke 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut. Laki-laki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum arabic akan memberikan serat larut yang mencukupi untuk tubuh anda. Serat lain nya dapat diperoleh daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan fases ke bahagian dubur.
Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan penjagaan. Kebanyakan pakar berpendapat bahwa kanser usus berpunca dari kekurangan serat larut dalam makanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalangi bakteria berbahaya, terutamanya pathogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.
Serat larut juga memainkan peranan penting dalam menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik akibat kehadiran gula dan kolestrol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara tubuh kita daripada penyakit-penyakit kronik ini.
Apa akan terjadi bila mengambil Gum Arabic Elnasr?
Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic Elnasr adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam waktu seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan. Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Petani-petani di Sudan biasanya akan memakan gam Arab ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang hingga ke petang tanpa memakan apa-apa hingga mereka kembali ke rumah.
Kesan pengambilan Gum Arabic Elnasr juga bergantung kepada jumlah dos, waktu dan cara pengambilan. Jadi banyak faktor yang mempengaruhi kesan dari gum Arabic. Oleh kerana gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian menerangkan bahwa pengambilan hingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu penyakit dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan. Waktu penyajian yang disarankan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik dalam gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian usus dan terus dicerna.
 
Pentingnya gum Arabic adalah makanan kesihatan dan perlu diambil secara rutin sebagaimana perlunya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan secara rutin. Dengan adanya gum Arabic dalam makanan kita, kita akan mendapat kecukupan serat prebiotik untuk membantu badan kita memperolehi cukup mineral dan nutrisi. Untuk mengetahui bagaimana gum Arabic memberi kesan atau tidak, dan bagaimana anda telah menggunakan gam Arab dengan cara dan dos yang betul atau tidak, lakukanlah ujian sebelum dan 3 bulan sesudah menggunakan gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian kadar gula dan kolestrol dalam darah.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya