Selasa, 25 Februari 2014

Kumpulan Darah Manusia ( Blood Type)

Kumpulan Darah Manusia


Darah manusia adalah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Kumpulan darah manusia pula dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza. Keempat-empat kumpulan tersebut adalah A, B, AB dan O yang juga dikelaskan mengikut Sistem ABO.

Kumpulan Darah Manusia

Sebenarnya selain daripada Sistem ABO ini, terdapat hampir 32 jenis sistem lain yang digunapakai bagi mengklasifikasikan kumpulan darah. Namun yang paling popular adalah yang menggunakan Sistem ABO yang diasaskan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Kemudian sistem ini dimurnikan lagi dengan Sistem Rhesus yang diusahakan secara bersama dengan Alexander S Wiener pada tahun 1937.

Jenis kumpulan darah adalah terwaris dan disumbangkan oleh kedua ibu bapa. Mengikut budaya Jepun, mereka percaya bahawa jenis kumpulan darah ini boleh mempengaruhi personaliti, watak dan kesesuaian seseorang dengan individu lain.


1. JENIS DARAH A ADALAH PETANI (FARMERS) 
Mereka berdarah A adalah golongan pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup. 

2. JENIS DARAH B ADALAH PEMBURU (HUNTERS)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.
 
3. JENIS DARAH AB ADALAH AHLI KEMANUSIAAN (HUMANISTS)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
 
4. JENIS DARAH O ADALAH PEJUANG (WARRIORS)
Mereka "outgoing","expressive", dan "passionate". O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.



Berikut adalah Fakta menarik mengenai kumpulan darah manusia

 
1. Pemindahan darah yang pertama dalam sejarah telah berlaku seawal tahun 1667. Jean-Baptise telah memindahkan darah sebanyak 1 liter dari seekor kambing ke seorang pemuda.
2.  Seorang perempuan memiliki sekitar 4-5 liter darah dalam tubuh, sedangkan seorang lelaki mempunyai 5-6 liter darah.
3. 2 juta sel darah merah akan mati pada setiap saat.
4. Dengan mendermakan setengah liter darah, kita telah menyelamatkan 4 nyawa manusia.
5. Secara puratanya, terdapat sehingga 40% manusia yang mempunyai darah jenis kumpulan O.



Kumpulan Darah Penderma Kepada Penerima


Apabila ada perkara yang memerlukan pemindahan darah, kita perlu pastikan kumpulan darah penderma dan penerima adalah sama atau serasi. Perkara ini disistemkan dengan lebih jelas melalui Sistem ABO yang dibangunkan oleh Karl Landsteiner pada tahun 1901. Jika darah yang digunakan adalah tidak sama dan serasi, darah tersebut akan menggumpal. Hal ini akan membunuh penerima darah tersebut.



Berikut adalah jadual yang boleh digunakan bagi menentukan samada darah penderma tadi adalah sesuai atau tidak dengan darah penerima.



Bagaimana untuk memahami jadual di atas?
Jika penderma adalah berdarah kumpulan A, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah A dan juga AB.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan B, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan B dan juga AB.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan AB, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan darah AB sahaja.

Jika penderma adalah berdarah kumpulan O, maka penerima boleh terdiri daripada kumpulan A, B, AB dan O.


Penderma Universal
Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja.

Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.


Penerima Universal
Mankala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.

Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.


Darah A hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah A dan AB dan menerima darah A dan O sahaja.
Darah B hanya dapat menderma kepada mereka yang berdarah B dan AB dan menerima darah B dan O sahaja.
Darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana dapat menerima darah A, B, AB dan O.
Darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana dapat menderma ke semua jenis darah A, B, AB dan O.
 

Jenis darah dan mengenali keperibadian
Golongan darah ternyata menentukan cara orang berpikir, berucap dan bertindak. Hal ini terutama diyakini oleh orang-orang Jepun secara lebih terperinci. Praktik pemilihan golongan darah ini dilakukan oleh mereka pada saat akan merekrut tenaga kerja untuk menentukan golongan profesional.
Untuk jenis posisi tertentu, jenis golongan darah yang diperlukan akan berbeza dengan untuk posisi lainnya. Kerana menurut keyakinan orang Jepun, tidak semua golongan darah dapat bekerja sama baiknya di semua posisi. Furukawa Takeji yang pertama kali meneliti dan menyatakan bahwa golongan darah seseorang akan mempengaruhi keperibadian dan karakter orang tersebut secara langsung .
 
DARAH A
Ketika kecil, orang yang berdarah jenis A biasanya suka bercampur gaul dengan orang lasak. Selepas memperolehi sesuatu pekerjaan dan kaya dengan pengalaman hidup, orang seperti ini dapat mengawal perasaan sendiri dan lebih bersifat matang. Bagaimanapun, ketika tua kelak, orang yang berdarah jenis A ini akan menunjukkan sikap yang degil dan keras kepala.
Biasanya orannya serius dan penyabar, tegas dan dapat dipercayai, berfikir secara menyeluruh, konsisten, keras kepala. Orang golongan darah A ini biasanya suka menyendiri kerana memiliki idealisme .
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidupnya. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu disekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah A
* Jangan mengangkat topik yang konfrontatif, misalnya, topik kontroversial kerana mereka orang yang tidak suka membuat konfrontasi dengan lawan bicara. * Gunakan kata-kata yang relatif sopan kerana mereka sangat sensitif dan terkadang konservatif sehingga kata-kata yang tidak sesuai dengan standard kesopanan minimal akan dapat menyinggung mereka. * Jika menjawab usahakan dengan lengkap dan bermakna kerana mereka adalah orang yang sangat sempurna dan kurang menyukai hal yang setengah-setengah. * Mintalah pandangan dan pendapat mereka kerana mereka sangat kreatif untuk hal ini dan dengarkan dengan saksama ketika mereka menjelaskan. * Jangan melebihi mereka saat menyampaikan sesuatu. Maksudnya, jangan sampai mereka merasa dilampaui dalam hal kepintaran dan pengalaman, misalnya. * Hargai mereka dengan memuji seperlunya kerana pujian yang berlebihan akan membuat mereka ragu dengan ketulusan si pemuji.
 
DARAH B
Bagi berdarah jenis B pula, mereka dapat melalui zaman kanak2 yang cukup bahagia dan seronok. Apabila meningkat dewasa, orang yang berdarah jenis B ini secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu, jenis suka berterus terang dan satu lagi jenis, lebih suka memencilkan diri dan tidak gemar bercampur gaul dengan orang ramai. Orang yang berdarah jenis B tidak menunjukkan perubahan sikap yang ketara daripada usia kanak2 hingga tua. Ini bererti, walaupun usia semakin meningkat, namun mereka kelihatan masih berjiwa muda.
Biasanya berkarakter ingin tahu, memilik banyak ketertarikan di pelbagai bidang, semangat biasanya cepat naik tetapi juga cepat padam, selalu ingin menjadi orang yang superior dan diperhatikan dari orang lain.
Simple! Itulah ungkapan yang paling tepat untuk anda . Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya denga cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
Cara Berkomunikasi dengan Orang Bergolongan Darah B
Ada karakter ada gaya. Orang bergolongan darah B memiliki karakter yang berbeza dengan mereka yang bergolongan darah A. Mereka lebih praktis, egois, kreatif, optimis dan bebas dalam berfikir. Mereka juga memiliki kecenderungan mengerjakan segala sesuatu secara individual. Oleh karena itu, di Jepun, untuk membentuk sebuah kumpulan yang kuat sehingga motto yang digagas John C. Maxwell: teamwork makes the dream work benar-benar menjadi kenyataan, orang golongan darah B ini biasanya kurang dilibatkan.
Untuk lebih jelas, gaya komunikasi dengan orang bergolongan darah B berikut dapat dijadikan pedoman:
” Mulailah pembicaraan dengan runtun, jangan melompat-lompat kerana mereka kurang menyukai hal-hal yang tidak teratur. ” Jangan memulai pembicaraan tanpa mengakhirinya. ” Gunakan data-data tepat, bukan rekaan. ” Jika mengajak kerjasama, pastikan bahwa mereka bersedia. ” Berbicaralah kepada otaknya bukan hatinya. Gunakan lebih banyak fakta rasional daripada sosial. ” Jangan menggunakan gaya bicara yang terburu-buru.
Orang dengan golongan darah B lebih suka mendengarkan uraian rinci dan runtun. Mereka suka ada awal dan akhir dari sebuah percakapan. Kerana mereka sangat prihatin dengan apa yang telah dimulai untuk dapat diakhiri. Mereka tidak suka orang yang berbicara secara tidak jelas dan tanpa pertimbangan rasional kerana mereka lebih menggunakan logik  daripada perasaannya.
 
DARAH AB
Manakala bagi orang yang berdarah jenis AB pula, mereka dilihat takut pada orang asing semasa kecil dan tidak suka bercakap. Tetapi sikapnya berubah dengan ketara apabila suka berkawan dengan ramai orang dan gemar melalui pergaulan yang bebas. Orang yang berdarah jenis AB bersikap optimis dan mudah berpuashati. Bersikap sombong dan tidak mahu dengar nasihat orang lain ketika tua.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
Biasanya memiliki perasaan yang sensitif, memilik perhatian terhadap sesamanya, jiwa sosial yang tinggi, terkadang suka memaksakan diri sendiri dalam mencapai sesuatu,orang yang memiliki golongan darah AB biasanya berfikir serius dalam menghadapi permasalahan.
Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah AB
Dengan karakter yang mudah berubah-ubah tergantung keadaan mood tertentu, orang-orang dengan golongan darah AB tentu masih dapat diambil ‘hatinya’ ketika kita berkomunikasi dengan mereka agar mencapai tujuan yang ingin kita raih. Gaya komunikasi yang perlu diterapkan adalah seperti tersebut di bawah ini:
* Pertama-tama, ikuti dulu alur pembicaraan mereka. * Selanjutnya, berbicaralah secara tegas kerana mereka mudah berubah-ubah. * Bicaralah tentang seni dan metafisika untuk memulai percakapan yang lebih panjang jika hal itu diinginkan. * Jika membuat janji, pastikan mereka memahaminya dan setuju. * Jangan ambil keputusan sepihak kerana mereka termasuk orang yang suka menentukan sebuah keputusan secara sepihak. Diskusikanlah dengan sinergis. * Jangan terlalu banyak mengumbar kata dan janji kerana mereka sulit mengingat, apa lagi menjalankan kewajiban yang semakin banyak.
Orang dengan golongan darah ini memang sedikit kurang beruntung di Jepun kerana dianggap yang paling lemah dan tidak dapat dipercayai. Namun, hal ini tentu sangat kasuistis dan geografis. Hanya saja, dengan memahami karakteristik orang dengan golongan darah ini, banyak hal yang dapat dilakukan untuk tidak menuai kekecewaan nantinya di kemudian hari jika ternyata karakter itu benar adanya. Dan bagi mereka dengan golongan darah AB tentu dapat melakukan introspeksi diri untuk memperbaiki hal-hal negatif yang benar sesuai dengan penjelasan di atas.
 
DARAH  O
Selalu ikut nasihat ketika zaman kanak2 adalah sikap biasa ditunjukkan oleh orang yang berdarah jenis O. Tetapi selepas usia semakin meningkat, mereka akan cuba menunjukkan kelebihan sendiri dan mempunyai prinsip tanpa dipengaruhi oleh orang lain. Malahan tidak mustahil mereka akan menjadi orang yang berwibawa dan berpengaruh. Dari kecil hingga tua, orang berdarah jenis ini umumnya tidak sombong dan patuh pada nasihat orang lain tetapi bersikap keras semasa tua.
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
Orang ini biasanya memiliki sifat sosial yang cukup tinggi, mudah bersosialisasi dengan orang lain, pintar menutupi sesuatu, biasanya orang ini terlihat tidak pernah memiliki masalah, orang ini biasanya sabar dan baik hati.
Gaya Komunikasi dengan Orang Bergolongan Darah O
Ketika berhadapan dengan orang bergolongan darah O yang penuh semangat dan percaya diri, terus terang, optimistis, terkadang egois dan kreatif, hal-hal berikut dapat dijadikan pedoman:
* Berbicaralah dengan semangat dan penuh vitalitas. Kerana mereka kurang menyukai orang-orang yang terkesan lemah, letih, lesu, lemas, letoy, dan loyo yang dianggap tidak dapat mengikuti rentak mereka yang penuh dengan energi. * Jangan gunakan kata-kata negatif dan pesimis kerana kelompok kata itu tidak terdapat dalam kamus mereka yang penuh dengan semangat positif dan optimis. * Ketika mengikat sebuah kontrak, pastikan dengan tegas bahwa mereka komit dengan apa yang telah disepakati dan dapat bertanggung jawab atas penyelesaiannya. * Berkatalah dengan jujur kerana mereka juga demikian adanya. Sekali kebohongan terbongkar, mereka tidak akan percaya lagi pada lain kesempatan. * Tunjukkan bahasa tubuh yang penuh keceriaan dan semangat.
Orang dengan golongan darah O paling suka berkomunikasi dengan mereka yang penuh semangat. Orang-orang yang tidak memiliki semangat hidup yang baik sulit menjadi teman dekat orang golongan ini. Kerana mereka selalu semangat sejalan dengan vitalitas yang mereka miliki. Mereka akan dapat berkomunikasi berjam-jam dengan orang yang cocok dan dapat mengikuti rentak bicara mereka yang sangat optimistis dan motivatif.
Sifat-sifat di atas tidak mutlak semuanya akan sama persis, sifat manusia juga dipengaruhi dari kromosom orang tuanya, kromosom adalah pembawa sifat keturunan, ini juga mempengaruhi karakteristik seseorang, tidak dapat disimpulkan 100% hanya dari golongan darah saja.
 
DIET MENGIKUT JENIS DARAH
Diet untuk golongan darah A :
Untuk orang yang memiliki golongan darah A biasanya memiliki masalah cepat marah, penyakit jantung, kanser dan obesiti, oleh kerana itu asupan makanan untuk orang yang memiliki golongan darah A harus banyak mengkonsumsi makanan berkabohidrat tinggi dan mengurangi lemak.
Diet untuk golongan darah B :
Golonagn darah B biasanya memiliki masalah kesihatan yang berhubungan dengan kerosakan sistem saraf, insomnia, sakit kepala, penyakit hati, masalah haid, sakit tulang belakang, obesiti dan jantung oleh kerana itu penderita golongan darah B harus diet susu dan menghindari makanan yang berbahan dasar itik, ayam dan daging-dagingan yang lain.
Diet untuk golongan darah AB :
Biasanya memiliki masalah kesihatan dalam saluran darah, obesiti, kanser, insomnia, sakit sendi dan tulang . Oleh kerana itu disarankan banyak mengkonsumsi ikan sardin, tuna, susu kambing, putih telur hindari makanan seperti daging lembu, ayam, itik dan daging, ais krim, kacang hitam, jagung dan minuman beralkohol.
Diet untuk golongan darah O :
Untuk golongan ini harus mengkonsumsi makanan tinggi protein dan mengurangi karbohidrat kerana Golongan darah O ini biasanya memiliki masalah untuk penyakit kencing manis, masalah usus, pencernaan, peredaran darah kurang baik, kadar kolesterol tinggi, penyakit jantung, kanser dan penyumbatan arteri.

Isnin, 24 Februari 2014

Khasiat Bunga Zafaran. Matahari,

Klik ditajuk













Za’faran adalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.

Ia mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Ia juga tergolong antara bahan yang termahal di dunia yang mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Za'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Za'faran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

KHASIAT ZA'FARAN
 
1. Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil

2. Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema

3. Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang

4. Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)

5. Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh

6. Bengkak hati atau hipatitis A dan B

7. Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut

8. Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut

9. Menambahkan tenaga zahir dan batin

10. Masalah mati pucuk, sembelit

11.Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak

12.Awet muda dengan kulit cerah dan bersih

13.Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing

14.Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi

15.Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu

16.Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan

17.Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah


Khasiat Bunga Matahari


Bunga Matahari.Selain bentuknya yang mirip dengan matahari yang  menyinari dunia iaitu berbentuk bulat dan berwarna kuning, bunga ini juga selalu menghadap ke arah matahari.  biasanya bunga matahari ini akan tertunduk ke bawah ketika malam datang dan akan menghadapkan mukanya lagi ketika siang hari.
Bunga yang memiliki nama latin Helianthus annuus L ini, berasal dari tanah Amerika Utara.
Tanaman bunga Matahari ditanam di kawasan pegunungan dengan kelembaban yang cukup dan banyak memperoleh sinar matahari secara langsung. Tanaman berbatang basah ini biasanya tumbuh setinggi 1 sampai 3 meter.
Karena bentuknya yang cantik, bunga ini biasanya hanya dijadikan sebagai tanaman hiasan. namun dengan kesadaran masyarakat akan banyaknya manfaat yang dihasilkannya, maka sebahagian orang sudah mulai memanfaatkannya untuk pengubatan.
Bunganya mengandung helianhoside A-B-C, quercimeritrin, asid echinocysat, dan asid oleanolat.  di dalam bijinya juga mengandung prostagladi E, beta sitosterol, asid quinat, asid chlorogenic, dan 3-4 benzopyrine.
Di dalam setiap 100 gram bijinya, terdapat kandungan lemak jumlahnya seratus yakni terdiri dari lemak tepu 9,8 dan juga lemak biasa sebanyak 11,7. selebihnya ialah linoleat 72,9 dan lebihannya tidak mengandung kolesterol.
Semua bahagian bunga Matahari memiliki khasiat untuk kesehatan. Misalnya, bunganya memiliki khasiat untuk menurunkan tekanan darah dan sebagai menngurangkan rasa sakit yang mujarab.
 Bijinya bermanefaat  untuk mengubati demam campak. Daunnya juga memiliki manfaat yang cukup banyak seperti anti-radang, anti-malaria, dan analgesik (penahan rasa sakit).
Begitu juga dengan batangnya yang memiliki khasiat untuk kesihatan iaitu, mengubati hati, alahan, dan lainnya. Untuk pengubatan pada bahagian luar, bunga Matahari dijadikan serbuk kemudian ditempelkan pada bahagian yang sakit. Misalnya, untuk mengubati bisul, radang payudara, dan sakit sendi (rematik.)
Untuk pengubatan bahagian dalam tubuh, biasanya tanaman bunga Matahari dapat direbus dan diminum airnya. Atau, biji bunga Matahari dapat  dilumatkan, dan campur dengan air panas.
Biasanya, pengubatan dengan cara itu dilakukan untuk mengatasi sesak nafas, mencegah kanser perut, kembung, pengubatan sakit maag, disentri, beri-beri, malaria, keputihan, hernia, dan masih banyak lagi.

Sakit Kepala

Jika Anda sedang menderita sakit kepala, alternatif pengubatannya dengan menggunakan bunga Matahari yang direbus bersama satu butir telur ayam (telur ayam tidak dipecahkan). Setelah itu airnya yang tinggal, lebih kurang satu gelas, minumlah 2 kali sehari setelah makan.

Sakit Radang Sendi Reumatik

Reumatik termasuk penyakit yang sukar disembuhkan. Namun, tak perlu risau lagi kerana dapat dijadikan  penyembuhannya dengan menggodol bahagian kepala bunga Matahari. Setelah itu,dapat dibalutkan pada bahagian yang sakit.

Peradangan Payudara/Mastitis

Untuk pengubatan, potong halus kepala bunga Matahari kemdian dijemur. Bila sudah kering,  digiling sampai jadi tepung. Ambil anggaran 15 gram,  campurkan dengan sedikit cuka putih, gula, dan setengah gelas air panas. Minumlah airnya 3 kali sehari.
masih ada banyak khasiat lainnya yang didapati dari bunga Matahari. Jika berada dikawasan yang sejuk, berketinggian sekitar 1000-1.500 meter di atas permukaan laut, sebaiknya menanam bunga Matahari, .Pengubatan semulajadi yang murah dan mudah, bukan?
Pengingat: wanita hamil dan yang sedang menyusui tidak dianjurkan untuk mengambil ramuan bunga Matahari.

 Bunga Tahi Ayam (Marigold(
Kelopak bunga Marigold digunakan untuk membuat obat cuci mata yang sangat baik. Marigold juga digunakan dalam pengobatan homeopathy danpenyembuhan luka. Marigold memiliki antiseptik, stimulan dan sifat anti-jamur

Khasiat Bunga Melati Putih 





Bunga Melati Putih
Melati (Jasminum sambac, Ait.) merupakan bunga yang terkenal kerana baunya yang harum.  Bunga melati memiliki banyak manfaat dan sudah digunakan untuk berbagai keperluan sejak zaman dahulu. Baunya yang wangi menjadikan melati sebagai bunga yang wajib untuk hajat dan ritual-ritual tertentu. samaada  adat, agama, hingga mistik.

Namun hanya sebahagian sahaja yang mengetahui manfaat bunga melati untuk kesehatan dan pengubatan tradisional. Padahal, nenek moyang kita sudah menggunakan khasiat dari bunga melati ini untuk ubat tradisional. Diantaranya menghentikan keluarnya ASI berlebihan, ubat sakit mata, sakit kepala, demam dan sesak nafas.

Khasiat bunga melati sebagai ubat tak lepas dari kandungan senyawa yang ada di dalamnya. Kandungan kimia yang ada tersebut antaranya indol, benzyl, dan livalylacetaat. Bahagian yang digunakan untuk pengubatan adalah daun, akar dan bunganya.

Berikut ini cara pengubatan tradisional menggunakan bunga melati:

1. Sesak Nafas
Rebuslah 20 helai daun melati dan garam secukupnya dengan menggunakan 3 gelas air hingga menjadi 2 gelas. Setelah sejuk, air rebusan daun melati tersebut ditapis. Minum airnya dua kali sehari tiap pagi dan petang.

2. Demam dan Sakit Kepala
 Ambillah segenggam daun melati dan 10 kuntum bunga melati, kemudian diremas-remas dengan tangan. Setelah layu dan agak hancur, rendam dalam air. Air rendaman ini digunakan untuk usap ke dahi. Cara ini juga bisa dilakukan untuk mengubati sakit kepala ringan.

3. Disengat Lebah atau Serangga Lain
Ambillah satu genggam bunga melati, kemudian diremas-remas sampai halus. Tempelkan bunga melati yang sudah diremas tersebut ke bagian tubuh yang digigit serangga atau disengat lebah.

4. Sakit Mata
Jika mengalami sakit mata, seperti mata merah ,Sebenarnya keadaan tersebut dapat diatasi dengan daun melati. Caranya, ambil satu genggam daun melati, kemudian lumatkan halus. Tempelkan pada dahi diatas mata, kalau kering ganti dengan ramuan baru.

5. Menghentikan ASI Berlebihan
Terkadang, ada ibu menyusui yang ASI-nya keluar terlalu banyak. Bahkan saat bayi tidak menyusu pun ASI tetap keluar. Hal ini tentu cukup merumitkan, namun dapat diatasi dengan ramuan bunga melati. Caranya, satu genggam daun melati dilumatkan halus, kemudian ditempelkan pada sekitar buah dada. Lakukan setiap pagi sebelum mandi.

Bunga melati mempunyai banyak nama dan sebutan. Orang sunda menyebutnya malati, orang jawa menyebutnya melur. Di madura, orang menyebut melati dengan malate dan orang Bali menyebutnya menuh. Sementara orang luar, seperti di Inggris, merek menyebutnya Jasmine, orang arab menyebutnya Yasmin. 



Khasiat Bunga Kamboja  




Khasiat Bunga Kamboja
Bunga kamboja (Plumeria rubra L.cv. Acutifolia.) merupakan tanaman yang berasal dari daerah Amerika tropik dan Afrika. Kamboja termasuk tanaman hias yang ditanam di pekarangan rumah maupun di dalam pot. Kamboja memiliki beberapa jenis, ada yang kerdil ada juga yang besar yang bisa mencapai tinggi beberapa meter. Kamboja yang besar biasa ditanam di tempat pemakaman.
Selain ukuran pohonnya, jenis pohon kamboja juga bisa dibedakan dari daunnya. Ada pohon kamboja yang daunnya lebar dengan ujung lancip, ada kamboja yang daunnya kecil dan lonjong dengan ujung tumpul. Kembang bunga kamboja memiliki aneka warna, dari mulai putih, kuning, merah dan merah muda atau kombinasi dari warna-warna tersebut.

Sama seperti tanaman hias lainnya, misalkan bunga melati dan bunga kenanga, bunga pohon kamboja juga menyebarkan wangi yang khas. Selain bermanfaat sebagai tanaman hias, bunga kamboja juga sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi beberapa penyakit. Diantaranya bisul, kencing nanah (Gonorrhea), bengkak, kutil, kapalan, menghaluskan kulit dan frambusia.

Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah akar, daun, getah, serta kulit pohonnya. Getah Pohon Kamboja (Plumeria acuminata) mengandung senyawa sejenis karet, triterpenoid amyrin, lupeol, kautscuk dan damar. Kandungan minyak mrnguapnya terdiri dari geraniol, sitronellol, linallol, farnesol dan fenetilalkohol.

Berikut ini beberapa contoh cara pengobatan menggunakan bunga kamboja.

1. Mengubati Bisul
Untuk mengubati bisul dengan bunga kamboja, dapat dilakukan dengan dua cara. Cara pertama menggunakan daun kamboja dan minyak kelapa. Daun kamboja diramas dan diolesi dengan minyak kelapa, kemudian ditempelkan pada bagian tubuh yang ditumbuhi bisul. Setelah kering ganti dengan daun yang lain.

Cara kedua, menggunakan getah pohon kamboja. Ambil getah kamboja langsung dari pohonnya dan dioleskan pada bagian tubuh yang ditumbuhi bisul.

2. Mengatasi Bengkak
Cara mengubati bahagian tubuh yang bengkak adalah dengan kulit pohon kamboja. Caranya, ambil 1 sirap kulit pohon kamboja kemudian ditumbuk hingga halus. Rebus dengan setengah cerek air hingga mendidih. Air tersebut digunakan untuk merendam bahagian tubuh yang bengkak jika memungkinkan.

3. Patek, Puru (Frambusia)
Caranya, ambil 2 kerat kulit kamboja, kemudian ditumbuk halus dan direbus dengan 1 cerek air sampai mendidih. Air tersebut digunakan untuk mandi dan menggosok bagian tubuh yang luka.

4. Kencing Nanah (Gonorrhea)
Cuci bersih 1 potong akar pohon kamboja, kemduian direbus dengan dua gelas air hingga mendidih dan menjadi 1 gelas. Air ramuan tersebut diminum satu kali sehari sebanyak 1 cangkir.

5. Mengobati Sakit Gigi Berlubang
Untuk mengubati sakit gigi akibat gigi berlubang, caranya mudah. Ambil getah pohon kamboja menggunakan kapas, kemudian kapas tersebut digunakan untuk menampal gigi yang berlubang.

6. Menghilangkan Tahi Lalat
Tahi lalat dapat menambah kecantikan wajah seseorang, namun ianya juga  mengganggui. Jika anda memiliki tahi lalat yang mengganggu,dapat dihilangkan dengan menggunakan getah pohon kamboja. Caranya, ambil getah kamboja menggunakan kapas, kemudian tempelkan pada tahi lalat. Lakukan secara rutin sampai tahi lalat hilang dengan sendirinya.

7. Menghilangkan kutil
Caranya sama dengan menghilangkan tahi lalat, iaitu menggunakan getah kamboja. Namun harus waspada karena getah kamboja sifatnya tajam, jadi jangan sampai terkena bagian tubuh yang yang lain.

Bunga kamboja memang kaya akan kandungan emolien dan vitamin E. Selain untuk pengobatan, bunga kamboja juga bermanfaat untuk kecantikan, terutama perawatan kecantikan kulit. Bunga eksotis ini memberikan sensasi melembabkan, melembutkan, serta menambah nutrisi dan menjaga ketegangan kulit. 

 Khasiat Bunga Mawar

Bunga Mawar merupakan bunga yang sangat Fenomenal yang mana banyak sekali orang melambangkannya sebagai bunga tanda Cinta, bunga untuk Orang tersayang. Terlepas dari itu ternyata bunga mawar memiliki khasiat yang berguna untuk kesehatan Tubuh  Manusia          

Manfaat Bunga Mawar

Bunga Mawar atau di Sebut juga dengan Bunga Rose merupakan Tanaman semak yang terdiri lebih dari100 Jenisnya, nama latin bunga mawar adalah Rosa.
 

Manfaat Dan Khasiat Bunga Mawar

  1. Ubat batuk kering, langkahnya iaitu- ambil 10 gram mawar kering, bersihkan dengan bersih. campur 30 gram gula batu lantas tim ke-2 bahan sampai 1/2 masak atau hingga keluar airnya. di saring lantas minum pada saat hangat.
  2. Untuk menangani bengkak pada kaki disebabkan sirkulasi darah tidak lancar, langkahnya yaitu ambillah 2-3 bunga mawar, 30 gram daun sembung. bersihkan bersih ke-2 bahan tersebut, rebus dengan air 600 ml sampai tinggal separuhnya. minum 2 kali 1 hari setelah makan
  3. Menangani haid tidak teratur, langkahnya yaitu ambil 15 gram bunga mawar, 15 gram bunga asoka/siantan, 90 gram daging lidah buaya. bersihkan bersih seluruh bahan, rebus dengan 600cc air sampai tinggal 200 cc. saring. minum 2 kali 1 hari setelah makan.
  4. Tangani sakit datang haid, langkahnya iaitu ambil 15 gram bunga mawar, 15 gram daun dewa. bersihkan bersih ke-2 bahan, rebus dengan 600 cc air sampai menjadi 300 cc. tapis. minum 2 kali 1 hari. .                                                                                                                                                           

Khamis, 13 Februari 2014

Vitamin ,Jenis dan Khasiatnya





JENIS VITAMIN & KHASIATNYA


10 essential vitamins food sources
Makanan yang kaya dengan vitamin
 
Vitamin A


Diperlukankan untuk pertumbuhan dan pembangunan jaringan yang normal (normal development of tissues); memelihara kesehatan kulit dari dalam dan melindungi kulit luar terhadap infeksi. Juga melindungi dari berbagai bentuk kanser. Vitamin A juga perlu untuk penglihatan;
Gejala Defisiensi (Kekurangan) : kudis, rabun malam,jerawat, sering selsema dan infeksi, kulit kering dan pecah-pecah, kelemumur, sista, cirit-birit;
Sumber : Melon, mangga, tomato, aprikot (apricot), betik, dan jeruk kepruk (tangerines);

 
Vitamin B1 / Thiamin Penting untuk berbagai fungsi tubuh, produksi energi dan membantu memelihara kesehatan syaraf dan otot. Membantu tubuh membuat  protein. Gejala kekurangannya : Otot lembek, sakit mata, iritabilitas,konsentrasi buruk, lutut lemah, pelupa, sakit perut, susah buang air besar, jari-jari kesemutan, dan  jantung bergarak laju;
Sumber : Tomato

 
Vitamin B2 / Riboflavin
Vitamin B2 terdapat dalam banyak proses tubuh, khususnya mengeluarkan tenaga yang tersedia dari makanan; pertumbuhan pada anak-anak; dan memperbaiki dan memelihara jaringan tubuh; membantu menata kembali keasidan tubuh;
Gejala Kekurangannya : Mata menjadi pedih atau serasa terbakar,sensitivitas (peka) terhadap sinar terang,sakit lidah , katarak, rambut berminyak atau kusam, ekzima (eczema) atau radang kulit (dermatitis), kuku pecah-pecah (split nails), bibir pecah-pecah (cracked lips);
Sumber : Tomato


Niacin (Niasin) –sebagian dari B kompleks  Niasin mengkompromikan asam nikotin (nicotinic acid) dan nikotinamida (nicotinamide), yang keduanya diperlukankan untuk produksi tenaga dalam sel-sel;   (el; Nikotinamida (Nicotinamide) terlibat dalam proses enzim, termasuk metabolisme asid lemak (fatty acid), pernafasan jaringan (tissue respiration) dan pembuangan racun; Esensial untuk fungsi otak; Membantu menyeimbangkan kandungan gula darah dan menurunkan tingkat kolesterol. Gejala Defisiensi : Produksi energi kurang, fungsi otak lemah, dan kulit buruk. Juga nampak dari dari gejala radang dan sakit pencernaan; Sumber : Tomat, kacang tanah dan alpukat;
 
Pantothenic acid (Asid Pantotenik) –sebagian dari B kompleks Memainkan sebuah peranan sentral dalam membuat tenaga dari lemak dan karbohidrat yang tersedia untuk pengeluaran bahan penting dalam tubuh, termasuk produksi hormon steroid dan asid lemak; Memelihara kesehatan kulit dan rambut; Gejala Defisiensi : Kejang otot atau kram otot, apati (apathy), konsentrasi buruk, telapak kaki melepuh (burning feet) atau tumit lembek (tender heels), mual-mual (nausea) atau muntah-muntah (vomiting), kurang
energi, kelelahan setelah berolahraga ringan, kegelisahan (anxiety) atau ketegangan (tension), gigi gemertak (teeth grinding);
Sumber : Tomat, strawberry, alpukat;
Vitamin B6 / pyridoxine (piridoksin) Diperlukan tubuh untuk membuat protein; Membantu keseimbangan hormon seks; Anti-depresi dan diuretic alami · Membantu mengendalikan reaksi alergi;
Gejala Defisiensi : Mimpi hal yang sama berulangkali dengan frekuensi yang tak menentu (infrequent dream recall), retensi terhadap air
(water retention), tangan kesemutan (tingling hands), depresi atau ketegangan (nervousness), iritabilitas, kejang otot atau kram otot, kurang energi, kulit pecah-pecah;
Sumber : Pisang, biji-bijian, kacang-kacangan dan alpukat;
 
Biotin Diperlukankan untuk mengeluarkan tenaga bahan buangan protein perkumuhan (perbelanjaan); dari makanan tersedia, misalnya untuk sintesis lemak, dan untuk ekskresi (pengeluaran) produk limbah protein; Gejala Defisiensi : Kulit kering,keadaan rambut kusam, uban  (prematurely greying hair), otot lembek atau sakit, nafsu makan kurang atau mual-mual (nausea), eksema (eczema) atau radang kulit (dermatitis); Sumber : Kacang-kacangan, oat (=sejenis gandum), almon, tomat, anggur, tembikai dan cherry;
 
Foliate / folic acid (asam folik) Diperlukankan untuk penghasilan pelbagai jenis bahan yang penting di dalam badan; · Berperanan penting bersama-sama vitamin B12 dalam pembelahan sel yang cepat, membuat materi genetik (DNA) untuk setiap sel; Diperlukankan untuk memelihara fungsi sistem imunitas; Esensial untuk fungsi otak dan syaraf; Gejala kekurangannya : Anemia (Anaemia), eksema (eczema), bibir pecah-pecah, uban dini (prematurely greying hair), kegelisahan (anxiety) atau ketegangan (tension), pelupa, kurang energi, kurang nafsu makan (poor appetite), sakit perut, depresi; Sumber : Kacang tanah, biji wijen, hazelnut (=sejenis kemiri), kacang mete (cashew nut), walnut (=sejenis kenari), dan alpukat;
 
Vitamin B12 /cyanoncobalamin (sianokobalamin) Diperlukankan untuk produksi (manufaktur) materi genetik (DNA danRNA); Terlibat dalam pembentukan (formasi) sel darah merah; Esensial untuk syaraf; Menangani asap tembakau dan racun lainnya;
Gejala Defisiensi : Keadaan rambut yang kusam, eksema (eczema)atau radang kulit (dermatitis), mulut terlalu sensitif terhadap iritasi akibat panas atau dingin, kegelisahan (anxiety) atau ketegangan (tension), kurang bertenaga, susah buang air besar, otot lembek atau sakit (tender or sore muscles), kulit pucat;
Sumber : Buah-buahan tertentu diindikasikan mengandung vitamin ini tapi hal ini belum dikonfirmasikan (secara ilmiah) 

Vitamin C / ascorbic acid (asam askorbat) Memperkuat sistem imunitas – dalam memerangi infeksi; Menjaga tulang, kulit, dan sendi kuat; Ada sebuah hubungan kuat antara masukan vitamin C yang lebih tinggi dengan resiko yang lebih rendah atas serangan jantung, stroke, katarak dan beberapa jenis kanser; Vitamin ini mudah teroksidasi dan rusak karena panas; Gejala Defisiensi :kerap selsema, kurang tenaga, sering infeksi, gusi berdarah, mudah terluka, mimisan, luka lambat sembuh, bintil-bintil merah di kulit (red pimples on the skin); Sumber : Strawberry, jeruk lemon, buah kiwi,tembikai, oren, limau gedang, limau, tomato ;
 
Vitamin D / calciferols (kalsiferol) Diperlukan untuk penyerapan kalsium dari makanan, dan untuk penggunaan kalsium dan fosfor; Mempengaruhi pertumbuhan dan kekuatan tulang dan gigi, serta bersama-sama kalsium terkait dengan kesehatan syaraf dan otot;
Gejala Defisiensi : Sendi sakit atau kaku, punggung pegal (backache), gigi busuk (tooth decay), kram otot (muscle cramps), rambut rontok (hair loss);
Sumber : Ekspos (=berjemur) matahari; catatan : Vitamins A, C dan E melindungi vitamin D;
 
Vitamin E / d-alpha tocopherol (d-alfa tokoferol) Vitamin E dibutuhkan sebagai antioksidan, yang melindungi tubuh dari efek samping oksidasi yang berbahaya. Makin banyak lemak tak jenuh ganda (polyunsaturated fats) yang Anda makan, semakin banyak vitamin E yang dibutuhkan untuk melindungi lemak tersebut dari oksidasi; Meningkatkan penyembuhan luka dan fertilititas (kesuburan); Baik untuk kulit; Gejala Defisiensi : Kurang gairah seks, kecapaian setelah berolahraga ringan, mudah terluka, luka yang lambat sembuh, varises(varicose veins), kehilangan kelenturan sendi, infertilitas (kemandulan); Sumber : Biji bunga matahari, kacang tanah , kacang almonds,hazelnut, biji pinus, biji wijen, oat dan alpukat;
 
Vitamin K / phylloquinone (pilokuinon) Esensial untuk pembentukan protein, mengendalikan pengumpalan darah, dan fungsi lainnya. Vitamin K dibutuhkan untuk menjaga kesehatan tulang; Gejala Defisiensi : Mudah terkena pendarahan (Haemorrhage) ; Sumber : Tomat