Rabu, 14 Mei 2014

Khasiat Timun - The Benefits Of Cucumber

khasiat Timun



Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar, kebiasaannya bersaiz lebih kecil.


Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

Nutrisi Timun

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :

* Karbohidrat – 3.63 gm
* Gula – 1.67 gm
* Serat – 0.5 gm
* Lemak – 0.11 gm
* Protein – 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) – 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) – 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) – 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) – 0.259 mg
* Vitamin B6 – 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) – 7 μg
* Vitamin C – 2.8 mg
* Kalsium – 16 mg
* Besi – 0.28 mg
* Magnesium – 13 mg
* Fosforus – 24 mg
* Potasium – 147 mg
* Zink – 0.20 mg

Pelbagai Kegunaan

1. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
- Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
2. Membuang Toksin Dari Badan.
- Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
3. Keperluan Vitamin Harian
- Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
4. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
- Timun mengandungi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
5. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
- Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
6. Memulihkan Mata
- Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
7. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
- Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
8. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
9. Menyihatkan Kuku dan Rambut
- Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
10. Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
- Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

# Timun mengandungi erepsin – enzim yang membantu menghadamkan protein.

# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.

# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

 Ada juga timun yang rasanya pahit, jika anda suka minuman jus. Kami cadangkan anda membuat jus timun. Caranya mudah sahaja, buangkan kulit timun, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam blender. Kemudian hasil timun yang sudah dikisar, masukkan sedikit air masak dan masukkan gula sedikit. Cubalah rasa, ia sangat sedap!

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik 

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.


Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.



Khasiat Daun Betik

Khasiat daun betik ini antaranya mampu merawat demam malaria, boleh memperbanyakkan susu badan, dan boleh memperbanyakkan susu badan. Jom kita ketahui bagaimana untuk menggunakan daun betik ini.




Merawat Demam Malaria

Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.

Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.

Memperbanyakkan Susu Badan

Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.

Satay Lebih Empuk dan Wangi

Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.



Isnin, 12 Mei 2014

Foot Reflexologi ( Urut Tapak Kaki )


Refleksologi ( Urut Tapak Kaki )






Refleksologi atau Urut kaki pada zaman Cina purba telah digunakan lebih daripada 5000 tahun yang lalu Ianya hanya praktik pada golongan Bangasawan Cina sahaja, mengikut sejarah kuno Mesir juga telah diketahui juga akan urutan apak kaki ini dimana kataya kunci kesihatan terletak disini.Sebenarnya dengan pegurutan tapak kaki banyak penyakit dapat dikurangkan bahkan dapat disembuhkan.ini kerana tapak kaki dan tapak tangan merupakan penghujung saraf yang menghubungkan kesegenap organ badan contohya di di ibujari bila kita memicit sarafnya bersangkutan dengan kepala ,Dengan mengurut tapak kaki saluran darah menjadi lancar.

  Ia terbukti dapat mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, contohnya: sakit kepala, ketegangan, asma, sembelit, resdung dan migrain dan sebagainya. Untuk mengatakan bahawa saraf deria organ-organ dalaman merebak ke seluruh badan, dan beberapa berhubung dengan organ-organ lain serta kulit. Urutan kaki adalah baik untuk rangsangan aktiviti organ-organ dalaman, dan untuk meningkatkan peredaran darah dan limfa.
Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.



Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 



PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI



Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.



TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH



Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.






CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI



Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.



Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.



Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.



Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.



Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".



Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  



Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :



1) Kencing

2) Berak

3) Peluh

4) Pernafasan



Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Anda boleh lakukannya sendiri di rumah.  Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   



Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi



* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar  . berpasir.

* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.

* Rasa letih, lesu dan mengantuk.

* Timbul gatal-gatal pada kulit

* Berak cair atau berminyak

* Kepala terasa sakit

* Muntah-muntah

* Banyak buang angin

* Urat darah nampak timbul

* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat

* Rasa lebih ringan dan lebih cergas


Ahad, 11 Mei 2014

Khasiat Buah Menurut Warnanya

Khasiat Buah Menurut Warnanya 


Jenis sayuran dan buah-buahan yang diambil dalam mengawal berat badan.  setiap warna makanan, khususnya buah-buahan, menandakan manfaat yang berbeza bagi tubuh kita.

  1. Merah
    Sayuran dan buah berwarna merah mengandung banyak pigmen melawan penyakit,juga  mengandung likopen, zat yang berperanan menjaga kesehatan sel dan mampu mengurangi rsikao kenser.contohnya buah tomato, strawberry, tembikai, apel, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah. Sedangkan yang mengandung oksidan paling tinggi adalah strawberry, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah.
  2. Oren
    Ubi jalar, jeruk squash,lobak merah, blewah, labu, persik, mangga, apricot, dan betik adalah beberapa contoh buah / sayur berwarna oren, setiap satu darinya  menyumbang zat  beta karoten yang menyehatkan tubuh serta alpha karoten yang efektif melawan kanser,sedangkan setengah mangkok buah berwarna orange dapat mencukupi keperluan vitamin C dalam tubuh. dan sekedar untuk pengetahuan, bebereapa program diet menganjurkan lobak merah karena kandungan gula semulajadiya sangat banyak,padahal, menurut buku Color Code: A Revolutionary Eating Plan for Optimum Health karangan James A. Joseph, Ph. D, Daniel A. Nadeu, M.D, dan Anne Underwood, kandungan serat lobak merah mencegah gula untuk masuk ke saluran darah yang akan menyebabkan tingginya kandungan insulin dalam darah
  3. Kuning                                                                                                                                Sebaagian daripada buah yang berwarna kuning seperti pisang, limau nipis,limau manis, anggur, kentang kuning, dan jagung. Buah-buahan ini diketahui mengandung vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh, serta mengandung potassium yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri, serta berfungsi sebagaijulap semulajadi..
  4. Hijau
    Warna hijau pada sayuran menandakan hubungan kandungan sulforaphane, isothiocyanate, dan indoles. Menurut tinjauan ianya boleh merangsang tahap pembuat komponen-komponen yang boleh memecahkan bahan kimia penyebab kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, makin banyak klorofil yang dikandungnya dan semakin besar pula keperluan untuk perlindungan antioksidan. contoh sayuran hijau di antaranya adalah brokoli, salad, bayam, bok choi, dan teh hijau, mengenai teh, berdasarkan tinjauan, ianya dapat memberi dorongan pada metabolisme tubuh. Hal ini mungkin disebabkan oleh kandungan polyphenol dan kafein yang terdapat dalam teh, yang bersatu untuk membuka proses pembakaran lemak pada tahap yang berbeza.
  5. Koko
    Bahan makanan berwarna koko di antaranya roti dan biji-bijian,bijirin, granola, dan kacang-kacangan. Kebiasaannya mengambil makanan berbiji tidak hanya mengenyangkan,  bahkan juga ianya dapat membantu membuang toksin penyebab penyakit. Biji-bijian yang kaya gengan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori menjadi tenaga.
  6. Putih
    Bahan makanan berwarna putih seperti tahu, susu soya, bawang putih, keju rendah lemak, yogert, dan susu sangat baik untuk tubuh kerana mengandung banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel.Susu rendah lemak juga dapat membantu menguatkan jantung, kalsium untuk membangun tulang, dan juga untuk menurunkan berat badan.
  7. Biru - Ungu
    Sayuran dan buah-buahan berwarna biru - ungu, contohnya terung, kismis, dan anggur. Kandungan magnesium pada anggur dan kismis sangat diperlukan untuk pergerakan najis yang baik. Kulit anggur juga merupakan julap (laksatif) yang baik. Kandungan airnya cukup tinggi,  dapat menambah cairan yang diperlukan. Sedangkan terung dapat menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus dan mengantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandung pectin penurunan kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

khasiat LImau Nipis

Limau nipis 



 

Nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah,
limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.
Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.


Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan


Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

  
khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………

Menyingkirkan sel kulit mati- Apabila anda menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada tubuh.

Mengurangkan kedutan- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.

Melembapkan kulit- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.

Menghilangkan masalah kelemumur- Limau nipis bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.

Menyegarkan lagi kesihatan kuku- Sekiranya kuku anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk  rawatan kuku seperti masalah cekam dan sebagainya.

Khamis, 8 Mei 2014

Batuk Berkahak secara Pengubatan Tradisional

Mengatasi Batuk Berkahak 
Secara Pengubatan Tradisional


 



Setiap manusia pernah mengalami batuk. Batuk merupakan proses semulajadi yang

 dialami oleh setiap  orang. Batuk itu ialah bentuk pertahanan tubuh. 

Penyebab batuk terdapat banyak gejala dan ianya berkait rapat 

dengan sistem pernafasan.


Batuk juga memiliki berbagai ketegori  mulai dari batuk ringan, sedang sampai batuk berat yang kerap kali disusuli dengan keluarnya darah.
Batuk bukanlah sesuayu yang remeh sebagaimana yang disangka kebanyakan orang. Ada beberapa penyebab yang menyebabkan seseorang diserang batuk baik berjangkamasa pendek sampai berpanjangan yang kalau tak segera diubatikan akan bertambah parah dan sangat mengganggu aktiviti seharian, ianya sepertii berikut:

 
  • Terjadinya titisan di belakang hidung
    Pengeluaran kahak secara berlebihan boleh terjadi  pada sesetengah alahan dan resdung (radang mukus lapisan dalam sinus). Mukus yang menetes dari belakang hidung ke tekak akan mengakibatkan iritasi dan biasanya boleh mendatangkan batuk.
  • Selsema dan influenza
    Diserang selsema dan influenza juga merupakan penyebab yang paling biasa terjadinya batuk.
  • Asma
  • Batuk yang menyerang boleh disebabkan oleh asma ringan (terjadinya peradangan atau penyempitan pada saluran nafas). Jadi, bagi Anda atau keluarga yang ingin terhindar dari serangan asma, berusahalah agar terhindar diri dari gejala yang dapat menyebabkan gangguan pernapasan, termasuk batuk.
  • Persekitaran
    Keadaan pesekitaran seperti asap, debu, asap rokok, udara yang sejuk boleh menyebabkan batuk.
  • Ubat-ubatan
    Mungkin Anda tidak mengetahui yang batuk juga boleh terjadi dari kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil misalnya kortikostreoid. Batuk juga boleh terjadi kerana pemakaian betablocker dan penghambat angiotensin converting enzyme (ACE) yang biasanya diresepkan untuk penyakit jantung.
  • Gastroesophagael reflux
    Keadaan batuk yang semakin parah ketika Anda berbaring boleh disebabkan oleh mengalirnya asid perut ke dalam esophagus. Gatroeshopagael reflux juga bisa menjadikan batuk akibat asma semakin parah.
  •  
batuk dapat dibahagikan dalam berberapa ketegori, ada yang disebut dengan batuk berkahak dan batuk tidak berkahak. Batuk berkahak sangat mengganggu aktiviti seharian 
Batuk berkahak ternyata tidak hanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan dari gedung perubatan tetapi  juga boleh dirawat dengan bahan-bahan tradisional.
Sebelum itu ada beberapa tips yang mesti dilakukan jika mengalami batuk berkahak diantaranya ialah sebagai berikut: .
  • Menjauhi tempat yang berdebu dan juga tempat yang sejuk. Kedua hal tersebut adalah penyebab batuk.
  • Jaga tubuh Anda supaya tetap panas dengan mengunakan selimut atau jaket.
  • Kalau mandi jangan lupa untuk menggunakan air panas.
  • Menghentikan tabiat buruk yang boleh menjadikannya semakin  parah iaitu merokok atau minum  minuman beralkohol.
  • Menjaga waktu untuk beristirahat secara teratur dan jangan terlalu berlebihan menggunakan tenaga untuk bekerja.
  • Memperbanyakan meminum air putih lebih kurang antara 7-8 gelas seharinya. Minum air putih dapat membantu memecahkan kahak.
Dan berikut merupakan bahan-bahan semulajadi yang dapat digunakan untuk mengubati batuk berkahak..
  • Halia
    Sebagaimana diketahui bahwa halia mengandung zat anti-bakteri yang baik. halia juga memanaskan tubuh dan mengubati batuk berkahak.Jika  mengalami batuk berkahak disarankan untuk meminum jus halia panas sekurang-kurangnya sehari sekali. Cara membuatannya sangat mudah iaitu dengan mengiris halia dan daun Kencur, kemudian direbus dan diambil air rebusannya. Air rebusan itulah yang diminum.

  • Limau nipis
    Sudah banyak orang yang merasakan bahwa Limau Nipis yang dicampurkan dengan kicap mujarab untuk mengubati batuk berkahak. Kalau Anda tidak suka kicap, boleh diganti dengan mencampurkan Limau Nipis dengan Madu. Minumlah air perahan Limau Nipis dengan kicap atau Madu sebanyak 2-3 kali dalam sehari.

  • Daun Sirih
    Daun Sirih juga dapat dijadikan ubat untuk batuk berkahak. Caranya dengan merebus daun Sirih secukupnya dan campurkan juga drngan potongan halia. Kemudian air rebusannya diminum sekurang-kurangya sekali dalam sehari supaya tubuh tetap panas dan sehat.
Itulah beberapa bahan-bahan semulajadi yangdapat dimanfaatkan untuk mengubati batuk berkahak. Banyak kebaikan menggunakan bahan-bahan semulajadi kerana tida kesan sampingan pada tubuh berbeza dengan ubat-ubatan yang mengandung bahan kimia.

Rabu, 7 Mei 2014

Daya Ingat Dan Otak Kanan

Daya Ingat Dan Otak Kanan


Masalah dalam kemampuan berfikir atau mengingat sesuatu tentu menjadi salah satu masalah yang cukup serius dan tentu saja kita harus mencari penyelesaiannya lebih-lebih lagi pada pelajar/mahasiswa atau bahkan orang dewasa.
Melalui cara penggunaan otak kanan  Dimana dengan cara ini  dapat membantu kita untuk meningkatkan kemampuan berfikir, terutama dalam pelajaran menjadi semakin kreatif, mampu mengingat lebih banyak dan meningkatkan daya ingat / konsentrasi.

Mengapa harus dengan otak kanan ?

Otak merupakan pusat pengendalian tubuh., dimana otaklah yang mengendalikan bagaimana cara kita berfikir, berinteraksi, bekerja, memerintah anggota tubuh lainnya dan kegiatan-kegiatan lainnya. Seandainya paru-paru atau bahkan jantung kita berhenti bekerja untuk beberapa minit,kita masih dapat bertahan hidup. Namun apabila otak kita berhenti bekerja walaupun hanya satu detik saja, maka pasti tubuh kita akan mati. Itulah sebabnya mengapa otak disebut sebagai organ terpenting dalam organ tubuh manusia.
Setelah mengenal apa itu otak dan seberapa besar pengaruh otak terhadap kehidupan manusia, kita juga mengenal Otak Kanan dan Otak Kiri. Meskipun keduanya sama-sama terdapat dalam satu organ tubuh iaitu otak, namun fungsi dan manafaat dari keduanya jauh berbeza . Untuk lebih jelas mengenai perbezaan keduanya, perbandingannya.seperti berikut
  • Otak Kanan : otak kanan ini memiliki beberapa sifat seperti lebih fleksibel, menerima hal-hal baru yang kadang-kala tidak logik, imijenasi, penuh inovasi, kreatif, dan dilakukan secara tidak sadar berdasarkan kebiasaan-kebiasaan. Biasanya orang-orang yang lebih dominan otak kanan, cenderung akan melakukan hal-hal yang baru serta melakukan sesuatu berdasarkan pada keyakinan yang terdapat di alam bawah sadarnya.
  • Otak Kiri : berbeda jenis tentu berbeda sifat. Otak kiri memiliki sifat kaku, sistematik, logik dan dilakukan secara sedar dan penuh dengan alasan. Apabila seseorang cenderung mendominasi otak kiri, maka setiap tindakan yang dilakukannya akan dilakukan berdasarkan pada urutan-urutan, ikut-ikutan, dan yang lebih berbahaya lagi mereka-mereka yang mendominasi otak kiri cenderung akan terlalu banyak melakukan pertimbangan-pertimbangan yang berakhir pada timbulnya alasan untuk tidak melakukan apa yang harus dilakukannya.
Dengan  perbandingan tersebut, kita dapat membuat ksimpulan  mengapa harus otak kanan yang dipilih dalam cara Mengingat dan Menghafal . Selain itu, OTAK KANAN BERSIFAT LONG TERM MEMORY (Ingatan Jangka Panjang) dibandingkan dengan OTAK KIRI,contohnya sewaktu sekolah tadika kita diajar mengingati ABCDE .... dalam bentuk nyanyian.Nyanyain ABCDE... itu masih terrngiang-ngiang dan masih kita ingati walaupun sudah berkurun lamanya kerana kita menggunakan otak kanan
Ingatan Otak kira bersifat Jangkamasa PENDEK. ingatan otak kanan pula disebut Long Term Memory karena Otak Kanan adalah otak Imajenasi.dengan mengoptimamkan Otak kanan, akan mempengaruhi seseorang dalam hal yang bersifat perasaan (ilusi) hal sosialis, komunikasi, interaksi dengan manusia lain serta pengendalian emosi.

Apa manafaat yang didapati dari mengoptimakan otak kanan ?

Dengan Anda melakukan pengaktifan/mengoptimamkan Otak Kanan , tanpa kita sedari kualiti hidup kta akan menjadi lebih baik. dasamping itu juga kita akan merasa beberapa manfaat lainnya, seperti :
  • Akan membantu untuk memaksimalkan fungsi otak secara keseluruhan.
  • Membantu mengasah kemampuan otak kanan serta otak kiri dengan seimbang.
  • Dapat membantu meningkatkan daya ingat, konsentrasi serta kemampuan berfikir.
  • Anda akan jauh lebih kreatif dalam mencari idea atau memecahkan suatu masalah.
  • Timbulnya perasaan semangat, motivasi yang meningkat.
  • Meningkatkan kemampuan Anda dalam mengingati sesuatu (daya ingatan meningkat).
  • Kemampuan berfikir analisis Anda akan semakin tajam.
  • Merangsang kecerdasan emosil (EQ).
  • Meningkatkan kecerdasan spiritual (SQ).
  • Meningkatkan kemampuan kerehatan.
  • Menjaga keseimbangan hormon agar Anda lebih sehat.
  • Akan lebih mudah membantu Anda mengendalikan emosi.
  • Membantu menghilangkan stress serta membantu terhindar dari sakit kepala.
  • Akan membantu Anda untuk mengatasi masalah kesulitan pada aktu belajar bahasa Asing.
  • Dapat membantu meremajakan otak Anda.
latihanya dan dapat digunakan dalam mengingat apa saja?
  • Berikut adalah contoh latihan yang dapat digunakan
    Contoh mengingat yang bisa diaplikasikan dari metode FLashOne Memoery
    Contoh mengingat yang dapat digunakan
    Contoh Tehnik Mengingat yang dapat diaplikasikan untuk mengingat Rumus-rmus kimia. di dalam FLASH ONE MEmory di bahasi mengenai tehnik ini. (Sangat COCOK Untuk anda yang memerlukan)
    Contoh Teknik Mengingat yang dapat diaplikasikan untuk mengingati Rumus-rumus kimia. 
FLASH ONE MEMORY juga dapat diaplikasikandalam mengingat istilah-istilah biologi, ini adalah salah satu contohnya dalam pengaplikasian metode ini
 Boleh digunakan dalam mengingat istilah-istilah biologi, ini adalah salah satu contohnya dalam pengaplikasian cara ini
Ini adalah simulai untuk melatih daya ingat anda, seberapa lama anda mampu mengingat 40 angka di dalam tabel ini. jika anda mempelajari tehnik ini kami jamin anda mampu mengingat 40 angka ini secara cepat dann tepat, bahkan saat di acak sekalipun akan tetap ingat

Ini adalah simulai untuk melatih daya ingat anda, seberapa lama anda mampu mengingat 40 angka di dalam jadual ini.
 Kita boleh lakukan senaman otak kanan dengan banyak menggunakan pergerakan di sebelah kiri kerana gerakan sebelah kiri menggunakan otak kanan