Ahad, 19 Oktober 2014

22 Khasiat Daun Sirih Untuk Kesihatan - 22 Nutrients of Sireh Leaves for health



http://sha3622.blogspot.com

Sirih Memiliki Nama Latin Piper Betle Yang lazimnya Pokok Sireh biasanya bersandar pada pohon lain dan mempunyai ciri tanaman yang mampu tumbuh mencapai ketinggian 15 Meter, sementara itu batangnya berbentuk bulat dan berwarna  sedikit keperangan .Ruas-ruas di bahagian batangnya seperti  pokok Buluh, di sinilah tempat keluarnya akar dari pokok sirih ini, Daun Sirih ini berbentuk Jantung, dengan bentuk uratnya bersalang seling dan hujungnya berbentuk runcing, apabila Daun Sirih ini di ramas maka akan mengeluarkan bau yang segar


Orang zaman dahulu pada Masyarakat Melayu, Sireh adalah  Tanaman yang wajib ada kerana untuk dijadikan kunyahan dalam kehidupan sehari-hari .Sirih digunakan sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.. Biasanya daun sirih di makan bersama Gambir, Kapur dan Juga Pinang, dan dengan cara ini dipercayai mampu membuat gigi menjadi lebih tahan Lama, dan jarang berlubang.


sha3622.blogspot.com

 Khasiat Daun Sirih

Air rebusan Daun Sirih dapat digunakan untuk membersihkan mata

Daun sirih Juga Dapat menghilangkan bau badan Caranya dengan merendam 2-3 lembar daun sirih dengan air panas di dalam 1\2 gelas dan di tambah dengan satu sudu teh gula putih,biarkan sampai air itu suam-suam kuku dan setelah itu sirihnya di ambil dan minum air rebusannya.

Dapat mengubati gigi dan bengkak gusi . Caranya , kunyah daun Sirih Hijau secukupnya.atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.

Daun Sirih dipercayai dapat mengubati keputihan. Rebus daun sirih dengan kadar secukupnya. 

Bagi mereka yang terkena sariawan, penggunaan daun Sirih adalah satu penyelesaian  yang terbaik. Kunyah daunnya atau kumur dengan air rebusannya.

Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut yang tidak sedap juga akan hilang.

Mampu mengubati luka bakar. Caranya, ambil daun Sirih kemudian panaskan sehingga menjadi layu, lalu ditempelkan pada luka bakar.

Bila hidung keluar darah  (pecah lindung), gulung daun Sirih lalu disumbatkan kedalam lubang  hidung yang mengeluarkan darah itu ianya dapat  membuatkan darah yang keluar berhenti.

Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balutkan tumbukan daun Sirih , ke bahagian tubuh yang gatal-gatal, Insyaalah kegatalan akan berkurangan atau mungkin akan hilang sama sekali.

Daun Sirih Hijau juga dipercayai dapat mengubati ekzima, dan penyakit yang kulit lain.

Sirih juga, ternyata dapat mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menghindar.


sha3622.blogspot.com


Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk ubat semburan serangga perosak dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan hama yang menyerang tanaman akan hilang.

Daun Sirih  juga dipercaya dapat untuk mengubati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, dapat mematikan kuman penyebab demam berdarah. atau sapukan gilingan daun Sirih  ke tubuh, dibalutkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.

 Meminum air rebusan daun sirih dapat memperlancar haid yang tidak teratur

 Daun sirih mampu untuk mengubati Asma

 Daun sirih juga mampu mengubati radang tekak

Mengatasi Sembelit Daun sirih adalah bersifat diuretik, dengan ini ianya juga dapat membantu mengubati masaalah sembelit.  

Mengurangi peradangan secara semulajadi
Radang seperti kerana akibat jerawat, arthritis dll dapat diatasi dengan cara menempelkan daun sirih yang sudah tumbuk.

Masalah pernafasan dan batuk
Rebusan air daun sirih dapat dijadikan ubat untuk mengubati batuk. Daun sirih juga berkhasiat untuk orang yang menderita masalah pernapasan seperti asma.


Sakit punggung

Memijat punggung dengan daun sirih yang dicampur dengan minyak akan membvantu untuk melawan nyeri punggung bagian bawah .


Menyehatkan syaraf

Jus daun sirih yang dicampur dengan madu adalah tonik semulajadi yang daoat digunakan untuk mengubati perit pada saraf, keletihan saraf dan kelemahan.


Jerawat dan bekas luka

Daun sirih  baik untuk perawatan kulit. Ini akan menghentikan jerawat dan dapat membersihkan bekas luka dari kulit secara semulajadi.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.




Jumaat, 17 Oktober 2014

Keajaiban Buah Mengkudu - A Miracle Of Noni Fruits

http://sha3622.blogspot.com
Mengkudu (Morinda citrifolia) atau berasal daerah Asia Tenggara, tergolong dalam famili Rubiaceae. Nama lain untuk tanaman ini adalah noni (Hawaii),nono (Tahiti), nonu (Tonga), ungcoikan (Myanmar) dan ach (Hindi).); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji).
Tanaman ini tumbuh di dataran rendah hingga pada ketinggian 1500 m. Tinggi pohon mengkudu mencapai 3-8 m, memiliki bunga bongkol berwarna putih. Buahnya , yang masih muda berwarna hijau berkilat, dan ketika sudah tua berwarna putih dengan bintik-bintik hitam.
Kehebatan Buah Mengkudu 

Secara tradisi penduduk di kepulauan Carribien menggunakannya sebagai ubat untuk segala penyakit, kesan rawatan ini disahkan dengan penemuan oleh beberapa ahli sains diantaranya ialah Dr Ralph Hainicke (kajian selama 45 tahun) menunjukkan didalam mengkudu banyak terdapat zat pencetus Xeronine dan beliau menamakannya Pro-Xeronine, terdapat juga enzim disebit pro-enzyme yang membantu Pro-Xeronine membentuk Xeronine

Zat Xeronine ini sangat penting kepada kesihatan badan kerana ianya berfungsi sebagai bahan mengembalikan kesegaran dan ketahanan protein badan yang merupakan sebagai awet muda

Dr. Heinicke membuat komentar " Some of the problems which drinking noni juice might favourably affect are: high blood pressure, menstural cramp, arthitis, gastric ulcer, sprain, injuries, artherosclerosis, blood vassel problems, drug addiction, relief of pain and many other"
sha3622.blogspot.com
Kajian Saintifik

1. Kajian selidik oleh Ms. Hirazumi dan kumpulannya dari University of Hawai pada tikus ( C57 B1/6 Mice)

Satu kumpulan tikus ini disuntik dengan Lewis Lung Carainoma Cells (LLC) dan tidak dirawat dengan jus mengkudu. Satu kumpulan lagi dirawat dengan jus mengkudu.

Kumpulan pertama tikus-tikus ini mati dalam masa 9-12 hari sahaja. Sementara kumpulan kedua dapat bertahan sehingga 105-123% dan 9 dari 22 ekor tikus ini bertahan sehingga 50 hari

Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan pati jus mengkudu dapat secara tidak langsung meningkatkan sistem ketahanan tubuh (immune system) termasuk macrophages dan lymphoctyes

(A. Hirazumi. E. Furrasawa, S.C.Vhou & Y.Hokama Proc. West pharmacol, SOC:37; 145-146 (1994))

2. Kajian oleh T.Hiramatsu dan kumpulannya menggunakan 96 lempeng Ras Cell yang diingkubasikan dengan 33°C selama 24 jam dengan dimasukkan jus mengkudu. Morpologi cell diteliti setiap hari selama 5 hari. Didapati Fungsi Ras terganggu bila dimasukkan ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak jus mengkudu bila dibandingkan dengan 500 test ekstrak yang lain

(T.Harimatsu, M.Imoto, T.Koyano, K.Umezawa, Cancer Letters 73 (1993) 161-166)


MENGKUDU atau MORINDA CITRIFOLIA telahpun digunakan sejak 2000 tahun yang lalu. Kerana khasiatnya yang sungguh mengagumkan itu telah menggamit para saintis untuk mengkajinya. Kajian saintifik Dr. R.M. HEINICKE: MORINDA CITRIFOLIA JUICE mengandungi faktor pencetus xeronine yang dipanggil pro-xeronine. Xeronine yang ujud di dalam usus kecil ini berfungsi memperbaiki sel badan yang telah rosak.
Secara tradisional, masyarakat melayu menggunakan daunnya  sebaga ulam 
Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi. Dalam tiap-tiap bahagian yang boleh dimakan mengandungi: 
air 89.1 gram (g), 
protein 3.9 g, 
lemak 0.6 g, 
karbohidrat 2.2 g, 
serat 3.o g, 
kalsium 114 miligram (mg), 
fosforus 14 mg, 
ferum 2.8 mg, 
natrium 18 mg, 
kalium 234mg, 
karotena 3619 ug, 
vitamin A 603 ug,
vitamin B1 1.5 mg, B2 0.32 mg niasin 1.0 mg vitamin C 115 mg.

Mengkudu di kenali sebagai tanaman perubatan yang baik untuk kesihatan dan banyak mengandungi vitamin dan mineral 
Penyebab mengkudu berbau menyengat adalah bercampurnya asam kaproat dan asam kaprik di dalam buah tersebut

Selain banyak kandungan dan menafaat bagi kesihatan, buah ini mempunyai bau yang tidak sedap, mengkudu banyak di buat jus kerana baik untuk kesihatan yang dapat mengatasi dan mencegah penyakit.

Pati buah mengkudu terdapat banyak kandungan vitamin C dan nutrisi lengkap, Yang dapat menyebuhkan atau mencegah  segala macam penyakit. Pati buah mengkudu dibuat dengan cara tradisional atau dengan cara semulajadi.
7 manfaat buah mengkudu

Menafaat buah mengkudu yang boleh kita dapati untuk kesihatan, diantaranaya:

1. Anti kanser. 
Buah mengkudu sangat kuat untuk mengatasi atau mencegah datangnya kanser,  yang boleh melindungi tubuh kita, mengkudu terdapat kandungan zat yang sangat baik untuk badan kita.

2. Dapat menurunkan kencing Manis. 
Dalam berbagai resepi obat buah menkudu telah dikaji oleh para ahli kesihatan, Ianya terbukti dapat mengubati penyakit jantung,stroke,diabetes,kebutaan dan kegagalan organ, buah ini telah digunakan untuk mengubati diabetes dan khasiatnya sangat ampuh 26 juta di America mengalami diabetes dan dapat diatasi dengan ubat semulajadi.

3. Kekebalan tubuh. 
Dalam kajian ahli kesihatan dimakmal buah ini mengandungi protein dan bersifat sebagai antioksidan telah digunakan untuk tujuan pengubatan serta untuk kemampuannya untuk melawan ketumbuhan dan mengubati kencing manis.

4. Menurunkan gula darah. dalam menjaga dan mencegah sebaiknya kita memakan makanan yang bernutrsi seprti buah-buahan seperti mengkudu yang kaya vitamin dan protein .

5.Mencegah katarak. 
Katarak  disebabkan karena peningkatan gula dalam darah yang boleh menyebakan kerosakkan  mata atau katarak yang dapat membengkak kan sel-sel selaput mata menjadi pengliatan berkurang pengambilan buah mengkudu terbukti dapat menjaga penglhatan kanta mata lebih jelas.

6.Dapat mengatasi penyakit jantung. 
Orang terkena penyakit jantung disebabkan pola makan tidak di seimbangi dengan makanan yang mengandungi nutrisi menyebabkan penyumbatan pada nadi koroner, yang di sebabkan endapan kolestrol atau lemak, yang tidak teraturnya pengaliran darah ke jantung, yang boleh mengakibatkan terjadinya penyakit jantung.

Kita harus mengimbangi makanan dengan makanan yang bernutrisi seperti buah-buahan yang banyak mengandung serat terutama buah mengkudu boleh mengatasi penyakit jantung jadi ambillah buah mengkudu dan disamping itu,  melakukan senaman.

7. Anti Ketumbuhan. 
Buah mengkudu merangsang banyak kandungan yang dapat mengeluarkan oksida nitrat. Oksida nitrat adalah zat yang sangat berguna, salah satu yang di dasari dari  menafaat  buah mengkudu.

Dalam kes ini, mengurangi pertumbuhan ketumbuhan dan membantu melawan kanser replikasi sel. Dalam kes kanser yang sudah hadir, mengkudu dan tanaman lainnya dengan amonts tinggi akan memperlambat atau menghentikan proses kanser. 
sha3622.blogspot.com

Aneka Resepi Jus Mengkudu Bermanfaat Bagi Kesihatan

1. Cara membuat Jus mengkudu 
Bahan-bahan :

  • 2 buah mengkudu matang
  • Buah anggur atau apel
  • Madu sebagai pemanis seamulajadi
Cara membuat :
  • Kupas mengkudu kemudian buang bijinya.
  • Blender sampai halus bersama apel atau anggur (anda juga boleh menyertakan keduanya).
  • Tuang ke dalam gelas dan tambahkan madu untuk pemanis jus.
  • Minum segera (jangan disimpan kerana mudah basi) dua kali sehari.

Menafaat resepi : Mengubati sakit kuning kerana peradangan hati, radang ginjal, radang limpa kerana serangan malaria dan membantu membuang cairan hempedu serta kolesterol berlebih. Menyembuhkan radang saluran kencing  (kencing sedikit-sedikit dan terasa periti).

2. Jus mengkudu rempah
Bahan jus:

  • 2 buah mengkudu tua dan kuning, potong kasar
  • 2 gelas (400 ml) air putih

Bahan sirap rempah :

  • 1 jari kunyit, kupas dan diketuk
  • 1 ibu jari halia merah, dikupas dan diketuk
  • 1 batang serai, memarkan
  • ½ jari kayu manis
  • 2 helai kembang pala
  • 7 butir kapolaga, pukul sampai retak
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 3 gelas air putih

Cara membuat :

  • Jus mengkudu : blender bahan jus sampai halus kemudian tapis dan buang hampasnya.
  • Sirap rempah : rebus semua bahan dengan api kecil, hingga air menyusut tinggal 2 gelas dan keluar aroma wangi.
  • Tambahkan gula lalu kacau hingga larut, angkat dan sejukkan.
  • Sajikan dengan mencampur keduanya lalu adun hingga tercampur rata.
  • Minum 2 kali (pagi dan malam) sampai sakit yang dideritai sembuh.
  • Menafaat resepi : mengurangkan tekanan darah tinggi, gout, kolesterol tinggi dan mempercepatkan pemulihan pesakit yang menghidapi penyakit batuk kering (TB).                                                                                                                                                                           Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Khamis, 16 Oktober 2014

Tulang dan Tips penjagaannya - Bone and Tips how to take Care

Tulang menyokong tubuh manusia dalam kedudukan tegak. Tanpa tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan
sha3622.blogspot.com


.
Tulang rangka merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan haiwan agar mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20 % dari jisim manusia,. Secara ringkas terdapat lima fungsi utama tulang dalam badan manusia.
Tulang melindungi organ penting lain seperti tulang dada melindungi paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan mengelilinginya hampir sepenuhnya.

Pertumbuhan tulang selengkapnya terbentuk pada umur lebih kurang 30 tahun. Setelah itu ada juga perubahan yang disebut remodelling. Tulang merupakan  tabung terbesar kalsium dan fosfat. 99% kalsium terdapat di tulang (1000 gram) dari jumlah kalsium tubuh, sedangkan fosfat dalam tulang mencapai 90% dari fosfat dalam tubuh.

Dari segi bentuk, tulang dapat dibahagi menjadi: tulang panjang  (seperti tulang hasta dan tibia), tulang pipih (seperti tulang rusuk, tulang dada), tulang pendek (tulang-tulang telapak tangan, pergelangan tangan) dan tulang tak beraturan (seperti tulang rahang, ruas tulang belakang).Menurut letaknya tulang dibahagi dua, iaitu: Tengkorak (bahagian kepala), dan rangka badan

Tulang turut merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk berpegang, kita tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dengan mudah.
Tambah kapsyen

Tulang turut merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas menghasilkan darah. Darah manusia sentiasa diuraikan oleh badan oleh itu ia perlu digantikan secara berterusan. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.

Tulang juga merupakan tempat simpanan bahan galian bagi badan. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang untuk menggantikan galian yang penting. Keadaan ini boleh mendorong kepada penyakit osteoporosis. 
Tambah kapsyen
Amat penting bagi kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat. Ini kerana tulang bagi kanak-kanak sentiasa membesar sementara bagi ibu yang menyusu, kalsium digunakan bagi menghasilkan susu bagi membekal bayi dengan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang yang mencukupi. 

Kalsium boleh diambil dengan meminum susu lembu. Susu soya juga dikatakan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, tetapi terdapat pendapat bahawa kalsium dalam soya / sayuran berada dalam bentuk yang tidak dapat dihadamkan oleh badan manusia.

Awas pengambilan garam berlebihan dapat mengurangkan kalsium ini akan membuatkan tulang menjadi keropos dan menjadikannya rapuh.


Penyakit sendi liming istilah perubatan adalah Osteoartritis, ia juga sering dikelirukan dengan pengeroposan tulang atau osteoporosis, di mana penyakit keduanya mempunyai gejala-gejala dan rawatan adalah sangat berbeza. Oleh orang ramai, keadaan hakisan bersama sering dianggap sinonim dengan tulang-tulang pengeroposan, kerana dua penyakit-penyakit yang mempunyai persamaan, dua penyakit-penyakit yang sering menyerang orang-orang yang tua. Manakala kedua-dua penyakit-penyakit ini, ianya sangat berbeza.

Secara amnya, perbezaan dalam pengeroposan hakisan tulang dan penyakit sendi ini terletak di bahagian badan yang di bawah serangan. Pengapuran /Liming penyakit kebanyakannya berlaku disebabkan proses penuaan (degeneratif) serangan pada sendi terutamanya sendi seperti sendi lutut, pinggang dan pergelangan kaki, manakala pengeroposan yang menyerang tulang-tulang di dalam badan, terutamanya tulang belakang dan pinggul yang menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan osteoporosis kerana penyakit tulang poros, kerana dalam kebanyakan pesakit yang menghidapi osteoporosis, tulang-tulang telah dikurangkan dalam jisim atau mengalami pengecutan. Ini berlaku kerana penurunan bekalan kalsium dalam tulang menyebabkan badan mengambil kalsium daripada tulang dan tulang secara beransur-ansur menjadi berliang, membolehkan tulang dapat menahan beban yang berat. Malah, perlanggaran cahaya walaupun boleh menyebabkan keretakan.


Pengapuran /Liming sendi atau Osteoartritis adalah penyakit sendi yang dicirikan oleh pengikisan/penipisan tulang rawan dalam sendi sehingga bantalan sendi makin lama makin menipis yang akhirnya akan hilang atau gundul jadi sendi akan menyakitkan bila digerakkan. Pengapuran /Liming boleh berlaku hampir pada semua sendi. Biasanya berlaku pada sendi yang menahan beban yang berat dan juga sering digunakan dalam sendi, lutut, pinggang, belakang atau tulang belakang, tangan dan kaki.  Sendi lutut merupakan sendi dengan beban kerja yang cukup berat sewaktu kita berdiri tegak, sendi dalam kedudukan mengunci supaya kedudukan badan stabil. Sedangkan sewaktu berjalan, sendi ini berperanan seperti engsel, sehingga gerakan kaki menjadi fleksibel.                   
sha3622.blogspot.com



“Sesungguhnya setiap manusia dari keturunan Adam diciptakan dengan 360 sendi. Barang siapa bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, duri atau tulang dari jalalan, memerintahkan kebaikan, mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka”. (Muslim; 1675)

Di dalam The Hatchinson Encyclopedia (1995) menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada manusia hanya 206 sahaja.

Namun Doktor muslim bernama Hamid Ahmad Hamid di dalam bukunya ‘Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia’ (“The Journey of Faith inside the Human Body”), menyebutkan dengan terperinci360 persendian pada manusia, sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Rasulullah di dalam hadisnya 14 abad yang lalu.


A. 147 persendian yang terdapat pada vertebrae/ tulang punggung:
- 25 sendi di kawasan vertebrae/tulang punggung
- 72 sendi di antara vertebrae/tulang punggung dan costae/tulang rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.

B. 24 persendian pada thorax/dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.

C. 86 persendian area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.

D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut

E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang punggung dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).

Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86+92+11= 360 sendi.
Meneliti ilmu osteologi melalui beberapa potong Al Quran dan hadis dia atas sebenarnya mampu memberi keinsafan kepada kita umat akhir zaman. Bagaimana jika sebuah kitab yang dikatakan ciptaan manusia serta hadis Nabi yang dikatakan melalui rekaan ulama’ semata-mata mampu mengungkap setepat itu fakta-fakta berkenaan ilmu yang sebenarnya asing di zaman tersebut.
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. 

sha3622.blogspot.com

Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul.
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.
Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah? ” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu  ‘alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda yang bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan.” (riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dam Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dalam coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel2 dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi

Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang2 sulbi yang telah dikisar & dibakar tadi ke dalam embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.
“Beliau adalah tulang belakang keluarga”. Kenyataan atau ayat ini merujuk perumpamaan dalam bahasa melayu yang merujuk kepada individu yang berperanan sebagai penaung, penyara atau individu yang kuat menyokong keperluan keluarganya. Ternyata organ tulang dipilih sebagai menghargai individu yang menjadi harapan keluarga. Tiada pula istilah otak keluarga, jantung syarikat atau hati masyarakat. Yang ada hanya tulang belakang masyarakat, tulang belakang organisasi.

Tulang adalah organ dalam tubuh badan manusia atau haiwan yang cukup signifikan dengan keteguhan, asas yang menjadikan sesuatu makhluk itu berbentuk, mampu bergerak, kuat serta menampung tubuh badan.

Sistem rangka ( skeletal system) termasuk semua tulang dan sendi di dalam badan. Setiap tulang adalah organ yang hidup yang kompleks yang terdiri daripada banyak sel, gentian protein, dan mineral. Rangka bertindak sebagai struktur yang menyediakan sokongan dan perlindungan bagi tisu lembut yang membentuk seluruh badan. Sel-sel darah baru dih asilkan oleh sum-sum tulang merah di dalam tulang kita. 

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.