Selasa, 19 Januari 2016

Khasiat Buah Longan yang mesti diketahui - Longan ( Dimocarpus ) nutrition

Image result for longan
Buah longan sebenarnya mempunyai sangat banyak khasiat ini adalah kerana kandungan zat yang terdapat di dalamnya.  seperti: vitamin A, vitamin B, B1, B2, B3, vitamin C, kalsium, zat besi, , fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik selain itu terdapat sebatian lainnya iaitu fitokimia dan sebatian lainnya yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Longan ( Dimocarpus) adalah jenis buah yang bermusim pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m dan sekitar 1 m diameter batangnya.. Pokok ini dipercayai berasal dari wilayah pegunungan di Myanmar, kini ianya ditanam secara meluas diTaiwan, Thailand, Indonesia, Australia (Queensland) dan Amerika Syarikat (Florida).
Dalam  masyarakat Cina buah ini dikeringkan jadi ianya boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Ianya juga boleh didapati didalam Tin.

Kandungan Zat Buah Longan
  • kalori 60 kcal
  • 15 grams karbohidrat
  • 1.3 grams protein
  • 1.1 gram serat
  • 83 grams air
  • Vitamin B1 ( Thiamine ) 0,031 mg
  • Vitamin B2 ( riboflavin ) 0,14 mg
  • Vitamin B3 ( Niasin ) 0,3 mg
  • Vitamin C 84 mg
  • Kalsium 1 mg
  • Besi 0,13 mg
  • Mangan 0,05 mg
  • Magnesium 10 mg
  • Fosfor 21 mg
  • Kalium 266 mg
Khasiat Buah Longan
Anti kemurungan 
Buah Longan berkhasiat untuk menenangkan fikiran, meningkatkan fungsi syaraf, mengatasi iritasi dan mengurangi rasa letih. Ianya juga dapat mengobati penyakit insomnia iaitu bermasaalah untuk tidur.


Membantu pergerakkan jantung dan limpa

Dengan mengurangi stres dan keletihan, ianya dapat memperingan kerja jantung dan limpa. Longan juga dapat mengurangi risiko penyakit kardiovaskuler dan stroke.


Mempercepat penyembuhan dan memanjangkan harapan hidup

Kandungan yang terdapat didalam Buah Longan dapat memerangi radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerosakan sel.  Ianya juga dapat mengurangi risiko serangan kenser.


Melancarkan perjalanan darah

Penyakit Anemia dapat dicegah kerana kandungannya yang dapat melancarkan perjalanan darah.,selain itu, Longan juga terbukti mampu mengawal kadar zat besi dalam tubuh.


Diet

Longan memiliki kadar lemak dan kalori yang sangat rendah. Setengah mangkuk Longan hanya mengandungi 35 kalori, pilihan yang tepat untuk diet.


Sumber Tenaga

Meskipun memiliki lemak dan kalori yang rendah, longan mengandungi karbohidrat komplek yang dapat memberi Tenagai dan meningkatkan stamina.


Mencegah Demam dan Flu 

Banyak sekali kegunaan Vitamin C untuk menusia, termasuk meningkatkan ketahanan dan juga melindungi tubuh dari demam dan selsema
.

Kesihatan kulit

Longan baik  untuk kulit kerana mengandungi kandunganl ­anti-penuaan. Longan mencegah kerutan kulit di persekitaran mata, mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit serta mencerahkan kulit.


Biji buah Longan dapat menjaga kesihatan rambut

Zat saponin yang terkandung pada biji buah Longan adalah bahan dasar sampo yang dapat membuat rambut menjadi cantik
.

Mengatasi  kehilangan nafsu makan, limpah lemah dan cirit-      birit

Makanlah 60 gram buah lengkeng segar, lakukan dua kali sehari pada pagi dan malam.

Luka terbakar

Ambil sedikit kulit buah Longan, bakar sampai menjadi arang. Tumbuk halus dan campurkan dengan  minyak tung (Aleuritis fordii). tempelkan pada bahagian yg terbakar.


Luka luaran yang sukar untuk sembuh

Ambil sedikit kulit buah Longan, bakar sampai menjadi arang. Tumbuk halus dan campurkan dengan  minyak zaitun. Oleskan ditempat yang luka.


Mengatasi Jari kaki gatal dan bernanah

Ambil beberapa biji buah longan, panggang di atas api. Tumbuk hingga halus, sapukan di bahagian yang sakit.


Amnesia, Penurunan Mental, Kecemasan (anxiety)

“Tonik buah Longan” (gui yan gao): 
500 gram buah Lonlegan segar dan 500 gram gula pasir, didihkan dalam air hingga menjadi pekat. Diminum setiap hari satu sudu.
Badan lemah atau memperbaiki barat badan setelah sakit
Makan sekitar 250 gram buah longang segar setiap hari.



Lemah dan kurang tenaga disaat hamil

Minumlah setiap hari satu sudu “tonik lengkeng” pada pagi dan malam hari.

Menyihatkan Usus

Buah longandapat menyihatkan usus dan memperbaiki proses penyerapan makanan, 


Melawan Berbagai Penyakit

Ianya dapat melancarkan buang air kecil, mengatasi cacing, mengubati sakit kepala, keputihan 

Melawaskan Kencing dan Baik untuk peredaran Darah

Akar pokok Longan berkhasiat sebagai pelawas  kencing dan melancarkan peredaran darah. 


Antiradang dan Meredakan Demam

Daun dari pokok longan berkhasiat sebagai antiradang dan menyenbuhkan demam. 

Menghilangkan Rasa Sakit dan Menghentikan Pendarahan

bijinya berguna untuk menghilangkan rasa sakit dan menghentikan pendarahan. 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Jumaat, 15 Januari 2016

Bunga Kembang Cina (Ammocallis rosea) memiliki banyak khasiat

Image result for kembang cina


Bunga Kembang Cina(Ammocallis rosea)  memiliki banyak khasiat Tanaman ini dipercayai berasal dari wilayah Amerika Tengah.Ianya biasanya dijadikan sebagai Tanam hiasan kerana bentuk bunganya yang cantik dan menarik , Ianya dapat tumbuh di dataran rendah hinggalah pada ketinggian 1800 m dari atas permukaan laut. Ianya juga dapat tumbuh di berbagai jenis iklim, baik di tempat terbuka maupun tertutup. Tumbuhan ini boleh ditanam dengan perbagai cara iaitu secara percambahan biji benih, menanam batang, atau akarnya.

Menurut Prof Hembing dalam bukunya 'Ensiklopedia ,tanaman ini memiliki berbagai khasiat sebagai ubat, diantaranya, sebagai antikanser (antineoplastik), menurunkan tekanan darah (hipotensif), penenang (sedatif), menyejukkan darah, menghentikan pendarahan (hemostatik), menetralkan panas dan racun, serta sangat berkesan untuk penghidap kencing manis (diuretik).

Pada akar, batang, daun, dan biji bunga tapak darah ditemui lebih dari 70 jenis alkaloid. Komponen antikanser yang terdapat didalamnya iaitu alkaloid seperti vinblastine (VLB), vincristine (VCR), leurosine (LR), vincadioline, leurodisine, dan catharanthine. Alkaloid yang berkesan menurunkan kadar gula, antara lain leurosine, catharanthine, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, dan vindolinine.


Kembang Cina( dapat dimenafaatkan sebagai ubat Kencing Manis (diabetes mellitus), masaalah pembuagan air kecil samaada  sakit ketika kencing mahupun jumlah yang sedikit, batu ginjal, pendarahan akibat penurunan trombosit, hipertensi, kanser payudara, radang hati, bronkhitis, asma, batuk,  demam, malaria, kurang darah, bisul, luka terbakar, bengkak, disentri, sariawan, sembelit, haid tidak teratur, dan lain-lain.

Image result for kembang cina
sha3622.blogspot.com

Cara penggunaannya


Mengubati luka terbakar
Khasiat daun tapak dara bagi luka bakar. 

Untuk mengubati luka terbakar maka ambil daun tapak dara secukupnya, kemudian ditumbuk halus dengan sedikit beras, hingga menjadihasil seperti pasta atau bubur. Kemudian ambil hasil tumbukan tersebut dan sapukan pada luka bakar, tunggu hingga kering.

Masaalah leukemia
Untuk mengatasi ini, anda juga boleh menggunakan daun tapak dara, iaitu dengan mengambil 15 gram daun dan direbus denganair secukupnya, tapis dan minum secara rutin rebusan air daun tapak dara ini.


Masaalah kanser, 

15 gram tapak dara segar, 30 hingga 60 gram daun pepaya segar, 30 gram daun bayam merah, 30 gram rumput mutiara, direbus dengan 700 cc air hingga berbaki 300 cc. kemudian ditapis dan ditambahkan madu, diminum tiga kali sehari sebanyak 100 cc 

Mengatasi kanser payudara, 

6 sampai 15 gram tapak dara kering direbus dengan 400 cc air hingga  berbaki 200 cc, lalu ditapis dan diminum airnya.

Mengatasi kanser Rahim, 

15 gram bunga tapak dara, 30 gram rumput lidah ular, direbus dengan 600 cc air hingga berbaki 200cc dan diminum airnya.

Mengatasi tekanan darah tinggi,

15 gram daun atau bunga tapak dara direbus dengan 400 cc air hingga berbaki  200 cc, lalu ditapis dan diminum airnya sebelum tidur.

Masaalah Kencing Manis, 

enam lembar daun tapak dara, 15 kuntum bunga tapak dara, direbus dengan 800 cc air hingga berbaki 400 cc. Kemudian, ditapis dan diminum airnya dua kali sehari, pagi dan malam.

Mengatasi masaalah batu ginjal, 

30 gram daun tapak dara, 30 gram daun keji beling, 15 gram daun tempuyung, direbus dengan 600 cc air hingga berbaki  300 cc. Kemudian, ditapis  dan diminum dua kali sehari.


Manfaat daun tapak dara untuk mengubati Demam

Rebus 1 genggam (12 -20 gram) daun tapak dara, 3 potong batang dan akar tapak dara dengan 4 gelas air sampai mendidih hingga berbaki 1,5 gelas, campurkan dengan gula kelapa, kemudian diminum pagi dan petang.

 

Menafaat daun tapak dara untuk mengubati Tangan gementar

Ambil 4 – 7 lembar daun tapak dara dengan 1 gelas air panas kemudian ditapis. Diminum seperti biasa.


Manfaat daun tapak dara untuk mengubati Bengkak Cantik, bengkak dan bisul 

Tumbuk hingga halus 1 genggam daun tapak dara, kemudian tempelkan daun yang sudah di tumbuk pada bahagian luka yang sakit.


Menafaat daun tapak dara untuk mengubati Luka 

Kunyah 2 – 5 lembar daun tapak dara sehingga lembut ,kemudian tempelkan pada luka baru.


     Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Rabu, 13 Januari 2016

Cara Menangani Masaalah Tapak kaki datar atau sama - Flat feet problem



Masaalah Tapak kaki datar atau sama
Hasil carian imej untuk flet feet
sha3622.blogspot.com

Masaaalah ini boleh terjadi disebabkan kerana terlalu lama berdiri mungkin disebabkan kerana kerja yang memerlukan untuk berdiri ataupun faktor keturunan.
masaalah ini akan menyebabkan tulang sisi kaki menurun apabila ini berlaku tulang pada paha juga akan ikut menurun .Otot terikat dengan tulang. otot pada bahagian pinggang akan ikut menurun. ianya akan menarik sama tulang belakang.  .Ianya akan menjadi salah satu  penyebab tulang belakang menjadi bengkok.

Cara mengenalpasti Tapak kaki sama atau datar

Basahkan keseluruhan tapak kaki kemudian bediri diatas sekeping kertas jika sisi kaki sebelah dalam juga membasahi kertas maka kita mempunyai masaalah Tapak kaki sama atau datar ini.



sha3622.blogspot.com


Penyebab Tapak kaki datar

Masaalah ini berlaku disebabkan kerana terlalu lam berdiri mungkin disebabkan kerja , atau mungkin faktor keturunan yang mana diwarisi dari ayah atau ibu 
Kasut yang kita gunakan juga menjadi faktor menyumbang kepada massalah ini.apabila kita berdiri dalam jangka masa yang panjang otot yang menghubungkan tumit dan otot dibawah jari menjadi tegang , otot sebenarnya akan menguncup kembali, tetapi dalam kes ini ia tidak lagi menguncup dan menyebabkan keseluruhan tapak kaki akan turun kebawah.

Cara mengatasi atau mengurangkannya.  

Gunakan kasut  atau pelapik yang menyokong dibahagian lengkung tapak kaki ini .



sha3622.blogspot.com


Apabila kita berdiri dalam jangkamasa yang panjang pelapik seperti ini akan menolong menyokong dibahagian cengkumg ini supaya tidak turun kebawah.

Anda juga boleh mendapat khidmat tukang urut untuk mengurut dan mengendurkan otot yang telah menegang itu.
Cara lain anda ambil sehelai tuala letakkan ditengahnya di tapak kaki , gunakan kedua belah tangan anda untuk menarik ,caraini dapat mengendurkan keseluruhan otot ditapak kaki juga di betis

                             Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.  
.


Sabtu, 5 September 2015

Kaedah Untuk MengusirTikus - Tips how to prevent Rats from coming

Pengenalan tentang Tikus.


Image result for jenis tikus
sha3622.blogspot.com



Seperti binatang lain Tikus mempunyai kaedah tersendiri untuk menandakan laluannya juga kawasan penginapannya..Tikus menggunakan Najisnya untuk menandakkan kawasan dan laluannya

Bahaya Penyakit Kencing Tikus

Penyakit kencing tikus atau sering disebut leptospirosis memang membahayakan namun dengan perhatian dan perawatan yang tepat, bahaya yang lebih besar dapat dicegah. Berikut informasi tentang bahaya, dan ubat penyakit kencing tikus yang harus kita ketahui.


Penyakit kencing tikus atau sering disebut leptospirosis juga dikenal sebagai demam canicola. Penyakit ini pertama kali dilaporkan pada tahun 1886 oleh Adolf Weil sehingga disebut juga sebagai penyakit atau sindrom Weil. Kuman leptospira dapat hidup di air tawar selama lebih kurang 1 bulan. Bahkan leptospira juga boleh bertahan di tanah yang lembap, tanaman, juga dilumpur dalam waktu lama. 
 

sha3622.blogspot.com


Kuman leptospira ini dapat 'berenang' di air dan boleh menjangkiti kaki manusia yang terluka. Leptospira juga boleh menjangkiti seseorang melalui makanan atau minuman,pada kebiasaannya jangkitan kuman leptospirosis terjadi setelah berlakunya banjir.


Penyakit kencing tikus kebiasaannya berjangkit melalui kotoran dan kencing tikus. Gejala atau shympton penyakit kencing tikus ini mulanya menyerupai gejala selsema biasa, iaitu demam tinggi, sakit kepala, menggigil, dan nyeri. Pada tahap lebih lanjut, shympton penyakit kencing tikus adalah muncul gejala berupa muntah, sakit kuning, sakit perut, cirit-birit dan ruam. 


Tanda penyakit kencing tikus ini kebiasaannya terjadi selama seminggu. Jika jangkitan penyakit kencing tikus ini tidak diberi perhatian dan ditiada aklanjuti dengan perawatan yang tepat maka akan menyebabkan infeksi, dan pada tahap selanjutnya akan dapat menyebabkan kerusakan ginjal, hati, meningitis, gangguan pernapasan hingga kematian. Sedemikian bahaya penyakit kencing tikus ini maka kehati-hatian dan kecermatan sangat penting.

Pengambilan antibiotik atau mendapat nasihat doktor merupakan cara yang perlu diambil untuk mengubati demam kencing tikus atau penyakit leptospirosis ini, tetapi alangkah lebih baik jika kita melakukan pencegahan agar terhindar dari derita penyakit ini.


Agar terhindar penyakit kencing tikus, hal pertama yang harus dilakukan adalah membersihkan kawasan persekitaran. Kita dapat memulainya dengan melindungi diri, iaitu memakai sarung tangan dan Kasut  bot ketika melakukan pembersihan tersebut. Tempat tadahan air harus ditutup dengan baik agar terhindar dari  kotoran dari tikus. Kita perlu menghindari pencemaran yang disebabkan oleh tikus dengan cara menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal, dan kawasan persekitaran agar tikus tidak membiakl dan menyebarkan penyakit.



Usir Tikus Rumah dengan Mudah

Bagi anda yang memiliki masalah dengan tikus, berikut sedikit petua untuk mengusir tikus. Tips ini sebenarnya terbagi menjadi dua kategori, iaitu pencegahan dan pengusiran


Mengusir tikus rumah dengan mudah sebenarnya mudah kerana Tikus memiliki deria bau yang sangat tajam, meskipun berulang kali diusir, ia tetap datang, bahkan dengan jumlah yang kadang lebih banyak. 


 
Cara Pencegahan
Makanan
Pencegahan agar tikus tidak masuk rumah adalah dengan menyimpan makanan rapat-rapat, serta membuang sisa-sisa makanan jauh ke luar rumah. Gunakan bekas untuk menutup makanan agar tidak dapat dikesan dengan deria

Jangan biarkan sisa-sisa makanan berada didalam rumah kerana ianya menjadi punca mengapa Tikus memasuki rumah. Sisa-sisa ini  menimbulkan bau yang disukai tikus sehingga mendorongnya untuk datang.


Suara atau Bunyi
Pada zaman dahulu, cara kuno untuk mengusir tikus dari rumah adalah dengan bunyi cengkerik, iaitu binatang yang mampu mengeluarkan bunyi nyaring melalui gesekan sayapnya. Binatang ini biasa hidup di persekitaran sawah. Selain mampu membawa suasana berdesing yang nyaring, bunyi cengkerik memiliki frekuensi yang dapat mengganggu pendengaran tikus. 


Sekarang ini, bunyi cengkerik dapat digantikan dengan alat elektronik yang mampu mengeluarkan bunyi dengan ferakuensi yang mengganggu pendengaran tikus namun tidak terdengar oleh telinga manusia. Dengan menggunakan sedikit tenaga letrik, alat pengusir tikus elektronik ini telah banyak berada dipasaran.


Bau-Bauan
Memanfaatkan indera penciuman tikus yang sangat tajam, kita juga dapat mengusir tikus ini , Iaitu dengan menggunakan beberapa macam bebauan menyengat seperti  kapur barus, buah mengkudu, kulit durian dan minyak pudina. Untuk kapur barus , tabirkanah di tempat yang sering dillalui tikus atau tempat-tempat tersorok yang berkemungkinan menjadi sarangnya. Untuk buah mengkudu, potong-potong menjadi beberapa bahagian dan letakkan di bahagian rumah yang dikunjungi tikus,begitu juga halnya untuk kulit durian.


Akan tetapi jika anda juga tidak tahan dengan bebauan tadi, misalnya durian, anda bolehlah menggunakan beberapa bebauan lain seperti kopi, cengkeh, dan bauan pudina. Jenis bebauan ini sangat tidak disukai tikus kerana bauannya menyengat. Boleh juga dengan menabur lada sulah dipersekitaran jalan yang sering dilalui tikus. Jikalau menggunakan bauan , gunakan dalam bentuk cairan dan tuangkan di bahan-bahan yang tidak mudah kering seperti kertas atau kain. 

Related image
sha3622.blogspot.com

Cara Penghapusan

Racun 

Cara pengusir Tikus Rumah dengan Mudah  adalah dengan menggunakan racun tikus., racun ini telah dijual bebas di pasaran dalam bentuk makanan keras yang akan menarik perhatian tikus untuk memakannya. 


Racun tikus yang dijual dalam bentuk makanan ini seperti coklat  yang dapat kita potong beberapa bahagian dan kita letakkan di tempat-tempat selamat seperti digudang, bumbung rumah, maupun lantai dapur yang jauh dari sumber makanan kita.

Cara racun ini kadang kala menyusahkan kita kerana , kita tidak tahu dimana  bangkai tikus tadi, oleh kerana tempat tikus ini tersorok maka kita mungkin terpaksa memecahkan dinding,
 
Sekarang ini ada dipasaran sejenis racun Tikus yang membuatkannya merasa dahaga , jadi tikus ini terpaksa keluar dari sarang untuk mencari air , Racun jenis ini memudahkan kita.


Jerat Tikus
 
Jerat tikus ada beberapa macam, baik berupa kotak penjerat maupun dengan cara mengapit. Semua bentuk tersebut dapat anda cuba untuk memperoleh hasil yang sempurna. Pasang jerat tikus di tempat yang selamat


Setelah tertangkap, jangan sekali-kali memegang tikus kerana gigitannya sangat berbahaya. Jangan pula membakar tikus hidup-hidup karena kesannya  sangat berbahaya pula, berkemungkinan ianya terlepas dan masuk kedalam  rumah kita lagi dalam keadaan terbakar sehingga sukar ditangkap.
Cara paling mudah untuk membunuh tikus ini adalah dengan menyediakan sebaldi air , lalu rendamkan sangkar itu bersama tikus itu.

Tetapi awas jerat yang telah digunakan, perlu dibasuh , ini kerana Tikus yang tertangkap itu telah memberi tanda dengan mengencing pada jerat tadi.
Berburu 
.
 
Tumbuhan Pengusir Tikus
 
Tumbuhan pengusir tikus sebenarnya cukup banyak dan mudah didapat. Prinsip utama pemanfaatan tumbuhan ini sebenarnya pada aroma atau bau yang ditimbulkannya, baik dari getah maupun buahnya. Dengan racikan sedemikian rupa, bau-bau tersebut dapat dimanfaatkan untuk mengusir tikus yang terkenal memiliki indera penciuman yang tajam namun alergi terhadap bebauan menyengat. Beberapa tumbuhan tersebut diantaranya:


 
Minyak kayu putih
Miyak kayu putih terkenal dnegan aromanya yang menyengat begitu juga dengan minyak pudina. Bau ini dapat kita menafaatkan untuk mengusirkan tikus rumah yang menyusah,


Mengkudu
Tumbuhan mengkudu dapat digunakan sebagai pengusir tikus dengan memanfaatkan buahnya yang memiliki aroma menyengat. Kita dapat memerah air dari buah tersebut dan percikan di tempat-tempat yang biasa dilewati tikus.


Durian
Dengan baunya yang sangat menyengat, durian cukup efektif untuk mengusir tikus dari rumah. Kita dapat memenafaatkan kulit atau getah yang terkandung dalam kulit durian, untuk kita letakkan pada lokasi-lokasi yang menjadi tempat persembunyian tikus.


Bunga Cengkeh
Cengkeh memiliki aroma menyengat yang sangat bagus untuk kita menafaatkan sebagai pengusir tikus. Kita dapat meracik ramuah dengan memanfaatkan aroma tersebut dan menaburnya pada tempat-tempat yang menjadi persembunyian tikus.


Kopi
Kopi juga merupakan bahan semulajadi untuk mengusir tikus yang cukup efektif. Aroma menyengat kopi dapat kita menafaatkan hanya menaburkannya pada tempat-tempat persembunyian tikus
tikus tidak hanya akan sulit mengecam jejaknya, namun juga enggan tinggal lama-lama di persekitaran tersebut.

         Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.