Jumaat, 6 April 2018
Rabu, 21 Mac 2018
Tulang menyokong tubuh manusia - Bone support the human body
Tulang menyokong tubuh manusia dalam kedudukan tegak. Tanpa tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan.
Tulang rangka merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan haiwan agar mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20 % dari jisim manusia, dan terdiri dari 206 tulang. Secara ringkas terdapat lima fungsi utama tulang dalam badan manusia.
Tulang melindungi organ penting lain seperti tulang dada melindungi paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan mengelilinginya hampir sepenuhnya.
Pertumbuhan tulang selengkapnya terbentuk pada umur lebih kurang 30 tahun. Setelah itu ada juga perubahan yang disebut remodelling. Tulang merupakan reservoir terbesar dari kalsium dan phosphate. 99% kalsium terdapat di tulang (1000 gram) dari jumlah kalsium tubuh, sedangkan phosphate dalam tulang mencapai 90% dari phosphate dalam tubuh. SD
Dari segi bentuk, tulang dapat dibagi menjadi: tulang pipa
(seperti tulang hasta dan tibia), tulang pipih (seperti tulang rusuk, tulang
dada), tulang pendek (tulang-tulang telapak tangan, pergelangan tangan) dan
tulang tak beraturan (seperti tulang rahang, ruas tulang belakang).Menurut
letaknya tulang dibagi dua, yaitu: Tengkorak (bagian kepala), dan rangka bada
Tulang turut merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk berpegang, kita tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dengan mudah.
Tulang turut merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas menghasilkan darah. Darah manusia sentiasa diuraikan oleh badan oleh itu ia perlu digantikan secara berterusan. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.
Tulang juga merupakan tempat simpanan bahan galian bagi badan. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang untuk menggantikan galian yang penting. Keadaan ini boleh mendorong kepada penyakit osteoporosis. Oleh itu amat penting bagai kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat. Ini kerana tulang bagi kanak-kanak sentiasa membesar sementara bagi ibu yang menyusu, kalsium digunakan bagi menghasilkan susu bagi membekal bayi dengan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang yang mencukupi. Kalsium boleh diambil dengan meminum susu lembu. Susu soya juga dikatakan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, tetapi terdapat pendapat bahawa kalsium dalam soya / sayuran berada dalam bentuk yang tidak dapat dihadamkan oleh badan manusia.
“Sesungguhnya setiap manusia dari keturunan Adam diciptakan dengan 360 sendi. Barang siapa bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, duri atau tulang dari jalalan, memerintahkan kebaikan, mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka”. (Muslim; 1675)
Di dalam The Hatchinson Encyclopedia (1995) menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada manusia hanya 206 sahaja.
Namun Doktor muslim bernama Hamid Ahmad Hamid di dalam bukunya ‘Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia’ (“The Journey of Faith inside the Human Body”), menyebutkan dengan terperinci360 persendian pada manusia, sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Rasulullah di dalam hadisnya 14 abad yang lalu3.
A. 147 persendian yang terdapat pada vertebrae/ tulang punggung:
- 25 sendi di kawasan vertebrae/tulang punggung
- 72 sendi di antara vertebrae/tulang punggung dan costae/tulang rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.
B. 24 persendian pada thorax/dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.
C. 86 persendian area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.
D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut
E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang punggung dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).
Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86+92+11= 360 sendi.
Meneliti ilmu osteologi melalui beberapa potong Al Quran dan hadis dia atas sebenarnya mampu memberi keinsafan kepada kita umat akhir zaman. Bagaimana jika sebuah kitab yang dikatakan ciptaan manusia serta hadis Nabi yang dikatakan melalui rekaan ulama’ semata-mata mampu mengungkap setepat itu fakta-fakta berkenaan ilmu yang sebenarnya asing di zaman tersebut.
ILMU OSTEOLOGI DALAM AL QURAN DAN HADIS
Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.
Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Riwayat Ahmad)
Drpd Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda yg bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan.” (riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dam Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.
1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.
Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dgn suhu yg amat panas dlm tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel2 dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali Imran, Ayat 27).
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx utk tumbuh semula. Beliau tlh memasukkan tulang2 sulbi yg tlh dikisar & dibakar tadi ke dlm embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dpt tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.
“Beliau adalah tulang belakang keluarga”. Kenyataan atau ayat ini merujuk perumpamaan dalam bahasa melayu yang merujuk kepada individu yang berperanan sebagai penaung, penyara atau individu yang kuat menyokong keperluan keluarganya. Ternyata organ tulang dipilih sebagai menghargai individu yang menjadi harapan keluarga. Tiada pula istilah otak keluarga, jantung syarikat atau hati masyarakat. Yang ada hanya tulang belakang masyarakat, tulang belakang organisasi.
Tulang adalah organ dalam tubuh badan manusia atau haiwan yang cukup signifikan dengan keteguhan, asas yang menjadikan sesuatu makhluk itu berbentuk, mampu bergerak, kuat serta menampung tubuh badan.
Sistem rangka ( skeletal system) termasuk semua tulang dan sendi di dalam badan. Setiap tulang adalah organ yang hidup yang kompleks yang terdiri daripada banyak sel, gentian protein, dan mineral. Rangka bertindak sebagai struktur yang menyediakan sokongan dan perlindungan bagi tisu lembut yang membentuk seluruh badan. Sel-sel darah baru dihasilkan oleh sum-sum tulang merah di dalam tulang kita.
7 Saintis Muslim Dengan Penemuan Yang Mengubah Dunia
Apabila bercakap tentang sains, dunia moden lazimnya mengangkat era Renaissancedan Enlightenment Eropah sebagai pencetus penemuan-penemuan saintifik yang hebat – dengan beberapa nama seperti Newton, Darwin dan Einstein diangkat sebagai tokoh sains.
Kami tidak menyangkal sumbangan mereka yang besar terhadap dunia saintifik hari ini, tetapi terdapat sumbangan lain yang seolah-olah dilupakan. Hakikatnya, sains moden yang kita kenali pada hari ini turut diasaskan di dunia Arab ketika zaman kegemilangan Tamadun Islam.
Berikut adalah 7 penemuan saintifik yang ditemui oleh saintis Muslim, tetapi sering disalah anggap sebagai penemuan barat:
1. Kaedah Saintifik dan Optik Moden – Al-Hassan Ibn Al-Haytham (965 – 1040)
Perintis dari Iraq yang dianggap sebagai experimental physicist yang pertama ini, membangunkan kaedah saintifik moden 150 tahun sebelum saintis Eropah menggunakannnya.
Haytham menulis secara mendalam tentang kesejagatan sains dan keperluan memberikan bukti empirik dan bukti bagi teori-teori saintifik melalui ujian yang dia sendiri lakukan.
Beliau menyumbang kepada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi, pencapaian terbesar beliau adalah melalui penulisan buku dalam bidang optik moden bertajuk "Buku Optik" yang menjelaskan bagaimana proses penglihatan berlaku dan dibuktikan melalui eksperimen-eksperimen yang telah beliau lakukan. Buku beliau adalah buku pertama dalam sejarah yang menerangkan proses optik dengan betul dan tepat.
2. Algebra dan Sistem Angka Moden – Mohamed Ibn Musa Al-Khawarizmi (780 – 850)
Perintis Parsi ini membangunkan disiplin Algebra melalui bukunya yang bertajuk 'Buku Ringkasan Pengiraan Melalui Penyelesaian dan Keseimbangan'. Nama 'Algebra' diambil daripada perkataan Arab 'Al-Jabr' yang digunakan dalam bukunya.
Ahli matematik ini juga memperkenalkan nombor kosong dan membangunkan sistem angka Hindu-Arab yang menjadi asas kepada sistem angka zaman ini.
3. Kimia Moden – Jabir Ibn Hayyan (721 – 815)
Perintis Parsi yang dianggap sebagai ahli kimia paling penting dalam sejarah dunia, membangunkan prinsip-prinsip kimia moden dengan pengenalan kaedah saintifik dalam bidang 'alchemy'. Bidang kimia mendapat namanya daripada perkataan Arab "al-kemya'a".
Melalui uji kaji makmal tidak pernah didengari pada zamannya, Hayyan membangunkan proses penghabluran, penyulingan dan pengenalan bahan-bahan asas yang menjadi asas ilmu kimia moden seperti asid asetik, merkuri dan sulfur.
4. Kaedah Pembedahan Moden – Al-Zahrawi (936 – 1013)
Perintis Arab ini membangunkan asas pembedahan moden yang sangat mempengaruhi dunia Barat, dengan banyak instrumen pembedahan inovatif dan teknik-teknik masih digunakan sehingga hari ini.
Zahrawi mencipta alat penyuntik (syringe), forsep, cangkuk dan jarum pembedahan, gergaji tulang dan pisau bedah lithotomy. Beliau merupakan doktor pertama yang menerangkan tentang kandungan luar rahim dan yang pertama mengenal pasti sifat genetik hemofilia. Beliau juga menulis satu siri ensiklopedia amalan perubatan dengan tiga puluh jilid yang dikenali sebagai "Kitab Al-Tasrf."
5. Sosiologi Moden dan Historiografi – Ibn Khaldun (1332 – 1406)
Perintis Tunisia ini membangunkan teori dan konsep sosiologi moden dalam buku magnum opus beliau bertajuk "Al-Mukadema", yang bermaksud 'pengenalan'.
Buku beliau bertajuk "Kitab Al-Ibar" memperkenalkan prinsip-prinsip historiografi (pensejarahan) moden dan meliputi sejarah universal manusia sehingga zaman beliau. Hasil tangan Khaldun juga memberi idea awal tentang falsafah dan ekonomi moden.
6. Perubatan Moden – Ibn Sina (980 -1037)
Walaupun terma "perubatan Barat" dan "perubatan moden" banyak digunakan pada hari ini, saintis Parsi ini sebenarnya adalah orang pertama yang memperkenalkan prinsip perubatan moden.
Dalam bukunya yang mengubah sejarah – “The Canon of Medicine,” Sina memperkenalkan kaedah mereka bentuk ubat yang jauh terkedepan mendahului zamannya. Teknik-teknik, amalan, dan idea-idea yang digunakan memberi sumbangan besar terhadap dunia perubatan hari ini.
7. Mengira Jejari Bumi dan Geodesi Moden – Abu Al-Rayhan Al-Biruni (973 -1048)
Perintis Parsi ini mencipta teknik untuk mengira jejari Bumi dan jarak menggunakan triangulasi yang memberi sumbangan besar kepada disiplin geografi moden dan geodesi.
Beliau menyelesaikan persamaan geodesik kompleks dan menganggarkan jejari Bumi adalah sepanjang 6,339.6 kilometer (kurang 50 kilometer daripada kiraan sekarang), iaitu satu kiraan yang tidak wujud dalam dunia Barat sehinggalah abad ke-16.
Selasa, 2 Januari 2018
Berbagai Menafaat Ubi kayu yang wajib diketahui
Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris,.
Manfaat Ubi kayu Rebus Untuk Kesihatan
Rebusan ubi kayu sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan
vitamin, mineral dan serat namuni ianya hanya di makan setelah dimasak
terlebih dahulu untuk menghindari racun. Berikut cara merebusnya dengan baik:
Pilih ubi kayu yang segar
Kupas lalu bersihkan dengan air bersih
Jika ada bahagiannya yang berwarna ungu, buang bahagian
tersebut.
Potong sesuai ukuran agar lebih cepat matang
Rebus ubi kayu yang sudah terendam air
Ketika merebus jangan gunakan penutup, agar wap yang
mengandungi racun keluar
Untuk mengetahui sudah matang atau belum, anda tusukan garpu atau lidi pada ubi itu jika sudah empuk siap untuk di angkat.
:
- Sumber Tenaga
Dalam 200 gram porsi, ubi kayu mengandungi 76 gram
karbohidrat dan 320 kkal kalori.Ini membuatnya menjadi sebagai sumber tenaga yang baik bagi tubuh yang mengalami kerja fizikal yang berat. Karbohidrat pada
singkong akan dipecah menjadi glukos yang berguna sebagai sumber tenaga bagi
sel tubuh.glukosa akan tersimpan dan bertukar menjadi
glikogen dalam otot sebagai reservasi energi.
Mengatasi Rematik
Cara mengatasi rematik :
siapkan 100 gram ubi kayu
satu batang serai
15 gram halia
1.000 cc air
semua bahan direbus hingga airnya nerbaki 400 cc
kemudian ditapis, air rebusan yang boleh diminum 200 cc saja ( jangan terlalu banyak)
Membantu Mengatur Denyut Jantung dan Tekanan darah
Ubi kayu memiliki jumlah kalium yang cukup untuk tubuh (271mg
per 100 gram atau 6% dari RDA). Kalium merupakan komponen penting dari sel dan
cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah.
Meningkatkan Sistem Metabolisme
Di dalam ubi kayu terdapat vitamin B yang bermanfaat untuk
meningkatkan sistem metabolisme tubuh.
Selain itu, terdapat kandungan asid amino esensial dan serat
yang berguna sebagai sumber tenaga bagi tubuh manusia.
Membantu Proses Pembentukan Sel
Kandungan asid amino esensial yang ada di dalam ubi kayu ,
bermenafaat untuk pembentuikkan sel-sel yang ada di tubuh.
ianya juga membantu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak, yang
nantinya dapat berfungsi dengan baik lagi.
Menyembuhkan Luka Bernanah dan Terbakar
Untuk luka bernanah, siapkan ubi kayu segar yang sudah di
tumbuk, lalu tempelkan ke tubuh yang luka bernanah.
Sedangkan untuk luka terbakar, cara mengatasinya dengan
menyiapkan ubi kayu yang sudah diparut lalu diperah.setelah itu diamkan airnya
beberapa saat hingga patinya mendap. Lalu patinya tersebut dioleskan ke
tubuh yang tertdapat luka terbakar.
Membantu Pesakit Kencing Manis
Pesakit Kencing Manis lebih dianjurkan mengambil ubi kayu menganti nasi. kerana ubi kayu tidak memiliki kandungan kadar gula yang
tinggi, yang menjadikan baik untuk diambil bagi pesakit kencing manis.
Membantu Pertumbuhan
Ubi kayu dapat meningkatkan jisim tulang dan membantu pertumbuhannya. ubi kayu mengandungi vitamin K. Vitamin K ini berperanan dalam pencegahan ostoeporosis dan juga mempercepat pertumbuhan tulang.
Mencegah Anemia (Kekurangan Darah)
Kandungan mineral dan zat besi yang ada di dalam ubi kayu berguna untuk membantu proses pembentukan sel-sel darah merah.
Jadi tubuh terhindar dari Anemia. (Kekurangan Darah)
Baik untuk Diet Rendah Lemak
Menafaat ubi kayu rebus lainnya adalah kerana prosesnya
direbus bukan digoreng, menjadikanmya rendah lemak dan rendah kalori.
Walaupun ubi kayu di dalamnya mengandungi karbohidrat yang
tinggi, disebabkan prosesnya direbus makaianya baik untuk mereka yang sedang melakukan
diet lemak.
Melancarkan Pencernaan
Ubi kayu mempunyai banyak kandungan Insoluble Fiber atau
serat yang tidak larut dalam air. Serat jenis ini baik untuk memperlancar
proses buang air besar, serta menyerap dan membuang toksin di dalam usus, membolehkan peroses pencernaan berjalan dengan baik.
Tubuh daoat terhindar dari dari masalah gangguan pencernaan
seperti susah buang air besar ,angin , buasir, perut kembung dan sembelit. Jika kerap mengambil ubi kayu.
Pertumbuhan Otak
Ubi kayu rebus juga kaya akan vitamin B dan juga komponen
penting lainnya. Seperti asid pantotenant, riboflavin, piridoksin, folat dan
juga thiamin yang bagus untuk pertumbuhan otak.
Menurunkan Kolesterol Darah
Negara Filipina pernah melakukan sebuah penelitian terhadap ubi kayu , dalam kaitannya untuk menurunkan kadar kolesterol pada manusia. Hasil kajianmya menunjukkan bahwa ubi kayu memiliki kesan yang ketara dalam mengurangkan tahap kolesterol secara keseluruhan.
Ubi kayu juga dapat menurunkan kolesterol LDL yang dianggap
sebagai kolesterol jahat. Selain itu ianya juga dapat membantu menurunkan
tridliserida karena kandungan seratnya yang tinggi.
Ubi kayujuga dikenal sebagai sumber saponin. saponin akan
mencegah asid hempedu dan kolesterol agar yang tidak diserap oleh usus kecil.
Menigkatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Serat pada Ubi kayu dapat mendorong pertumbuhan probiotik
atau bakteri baik di dalam usus, probiotik itu sendiri dikenali sebagai sebahagian
dari sistem kekebalan tubuh. Pertumbuhan bakteri baik di dalam usus manusia
dapat meningkatkan kekebalan dengan membatasi jumlah mikroorganisme patogen
dalam tubuh.
Membantu Mengurangi Stress
Vitamin dan mineral di dalam Ubi kayu juga dapat
membantu tubuh mengurangi stres dan ketegangan. Magnesium yang terkandung di
dalamnya juga dapat menjadi pereda stres dan membantu dalam
menenangkan sistem saraf.
Itulah menafaat Ubi kayu rebus untuk kesihatan.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Langgan:
Catatan (Atom)