Selasa, 19 Januari 2016

Khasiat Buah Longan yang mesti diketahui - Longan ( Dimocarpus ) nutrition

Image result for longan
Buah longan sebenarnya mempunyai sangat banyak khasiat ini adalah kerana kandungan zat yang terdapat di dalamnya.  seperti: vitamin A, vitamin B, B1, B2, B3, vitamin C, kalsium, zat besi, , fosfor, kalium, zink, magnesium dan juga asid tartik selain itu terdapat sebatian lainnya iaitu fitokimia dan sebatian lainnya yang sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Longan ( Dimocarpus) adalah jenis buah yang bermusim pokoknya boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m dan sekitar 1 m diameter batangnya.. Pokok ini dipercayai berasal dari wilayah pegunungan di Myanmar, kini ianya ditanam secara meluas diTaiwan, Thailand, Indonesia, Australia (Queensland) dan Amerika Syarikat (Florida).
Dalam  masyarakat Cina buah ini dikeringkan jadi ianya boleh didapati pada bila-bila masa sahaja. Ianya juga boleh didapati didalam Tin.

Kandungan Zat Buah Longan
  • kalori 60 kcal
  • 15 grams karbohidrat
  • 1.3 grams protein
  • 1.1 gram serat
  • 83 grams air
  • Vitamin B1 ( Thiamine ) 0,031 mg
  • Vitamin B2 ( riboflavin ) 0,14 mg
  • Vitamin B3 ( Niasin ) 0,3 mg
  • Vitamin C 84 mg
  • Kalsium 1 mg
  • Besi 0,13 mg
  • Mangan 0,05 mg
  • Magnesium 10 mg
  • Fosfor 21 mg
  • Kalium 266 mg
Khasiat Buah Longan
Anti kemurungan 
Buah Longan berkhasiat untuk menenangkan fikiran, meningkatkan fungsi syaraf, mengatasi iritasi dan mengurangi rasa letih. Ianya juga dapat mengobati penyakit insomnia iaitu bermasaalah untuk tidur.


Membantu pergerakkan jantung dan limpa

Dengan mengurangi stres dan keletihan, ianya dapat memperingan kerja jantung dan limpa. Longan juga dapat mengurangi risiko penyakit kardiovaskuler dan stroke.


Mempercepat penyembuhan dan memanjangkan harapan hidup

Kandungan yang terdapat didalam Buah Longan dapat memerangi radikal bebas dalam tubuh dan mencegah kerosakan sel.  Ianya juga dapat mengurangi risiko serangan kenser.


Melancarkan perjalanan darah

Penyakit Anemia dapat dicegah kerana kandungannya yang dapat melancarkan perjalanan darah.,selain itu, Longan juga terbukti mampu mengawal kadar zat besi dalam tubuh.


Diet

Longan memiliki kadar lemak dan kalori yang sangat rendah. Setengah mangkuk Longan hanya mengandungi 35 kalori, pilihan yang tepat untuk diet.


Sumber Tenaga

Meskipun memiliki lemak dan kalori yang rendah, longan mengandungi karbohidrat komplek yang dapat memberi Tenagai dan meningkatkan stamina.


Mencegah Demam dan Flu 

Banyak sekali kegunaan Vitamin C untuk menusia, termasuk meningkatkan ketahanan dan juga melindungi tubuh dari demam dan selsema
.

Kesihatan kulit

Longan baik  untuk kulit kerana mengandungi kandunganl ­anti-penuaan. Longan mencegah kerutan kulit di persekitaran mata, mengurangkan kerosakan dan pengelupasan kulit serta mencerahkan kulit.


Biji buah Longan dapat menjaga kesihatan rambut

Zat saponin yang terkandung pada biji buah Longan adalah bahan dasar sampo yang dapat membuat rambut menjadi cantik
.

Mengatasi  kehilangan nafsu makan, limpah lemah dan cirit-      birit

Makanlah 60 gram buah lengkeng segar, lakukan dua kali sehari pada pagi dan malam.

Luka terbakar

Ambil sedikit kulit buah Longan, bakar sampai menjadi arang. Tumbuk halus dan campurkan dengan  minyak tung (Aleuritis fordii). tempelkan pada bahagian yg terbakar.


Luka luaran yang sukar untuk sembuh

Ambil sedikit kulit buah Longan, bakar sampai menjadi arang. Tumbuk halus dan campurkan dengan  minyak zaitun. Oleskan ditempat yang luka.


Mengatasi Jari kaki gatal dan bernanah

Ambil beberapa biji buah longan, panggang di atas api. Tumbuk hingga halus, sapukan di bahagian yang sakit.


Amnesia, Penurunan Mental, Kecemasan (anxiety)

“Tonik buah Longan” (gui yan gao): 
500 gram buah Lonlegan segar dan 500 gram gula pasir, didihkan dalam air hingga menjadi pekat. Diminum setiap hari satu sudu.
Badan lemah atau memperbaiki barat badan setelah sakit
Makan sekitar 250 gram buah longang segar setiap hari.



Lemah dan kurang tenaga disaat hamil

Minumlah setiap hari satu sudu “tonik lengkeng” pada pagi dan malam hari.

Menyihatkan Usus

Buah longandapat menyihatkan usus dan memperbaiki proses penyerapan makanan, 


Melawan Berbagai Penyakit

Ianya dapat melancarkan buang air kecil, mengatasi cacing, mengubati sakit kepala, keputihan 

Melawaskan Kencing dan Baik untuk peredaran Darah

Akar pokok Longan berkhasiat sebagai pelawas  kencing dan melancarkan peredaran darah. 


Antiradang dan Meredakan Demam

Daun dari pokok longan berkhasiat sebagai antiradang dan menyenbuhkan demam. 

Menghilangkan Rasa Sakit dan Menghentikan Pendarahan

bijinya berguna untuk menghilangkan rasa sakit dan menghentikan pendarahan. 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan