Jumaat, 28 Mac 2014

Kesan sampingan daripada ubat kencing manis.


Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.



Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia boleh mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.



Antaranya ubat jenis metoformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.



Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.


Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya. 


Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Berhati-hatilah dengan ubat-ubatan yang anda ambil...ubahlah gaya hidup anda sekarang...apa yang anda ambil pada hari ini menentukan siapa anda pada masa akan datang...

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Khamis, 27 Mac 2014

Kesan Ubat Tahan Sakit (Ponstan)

KESAN PONSTAN

PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)

 

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Ubat tahan sakit paling bahaya


Tidak semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan sakit, cubalah tahan…
Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan berkaitan ubat tahan sakit ini.
Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.
1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)
Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.

2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)
Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.

3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)
Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang berlebihan.
4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)
Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)
Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan kematian.

Ubat Tahan sakit semua berasal dari kimia sintetik !!!


1.   Aspirin & Salicylamide & Benorylate

2.   Phenylbutazone & Oxyphenbutazone

3.   Indomethacin & Sulindac

4.   Ibuprofen & Naproxen & Ketoprofen & Fenoprofen & Flurbiprofen

5.   Mephenamic acid & Enfenamic Acid

6.   Diclofenac sodium & Tolmetin

7.   Piroxicam & Tenoxicam

8.   Ketorolac

9.   Paracetamol

10.               Metamizol & Propiphenazone

11.               Nefopam


 


 


Ubat Tahan sakit punya kesan sampingan seperti:


1. Merosakkan permukaan dalaman perut dan peptik ulcer mengakibatkan pendarahan dalam usus dimana najis anda menjadi hitam berkilat = dark tarry stool @ malena !

2.   muntah + loya + sakit ulu hati + pendarahan usus

3.   rashes,(ruam)

4.   urticaria ,

5.   meleleh air hidung (rhinorhea)

6.   bengkak saluran darah (angio edema)

7.   lelah

8.   tindakan alahan teruk yg boleg bawa maut = anaphlaxis

9.  pening + telinga berdesing + kepala pusing2 + pandangan kabur + penglihatan kabur

10.  keliru atau tak keruan

11. merencatkan kebolehan badan melawan penyakit secara semulajadi kerana sifatnya antiiflammatory ! (Sistem Imiun badan)


 


Jadi anda perlu berhati hati bila makan ubat penahan sakit NSAIDs. Biasanya paracetamol adalah ubat NSAIDs yang dikatakan mereka sebagai NSAIDs paling selamat. Namun begitu penggunaan jangka panjang paracetamol berkaitan dengan penyakit sirosis hati ( liver cirrhosis ) !!!

Isnin, 24 Mac 2014

Kerangka Manusia & Sistem otot

Nama Tulang Kerangka Manusia


 PROSES PEMBENTUKAN TULANG

Pembentukan tulang terjadi setelah terbentuk tulang rawan (kartilago). Kartilago dihasilkan dari sel-sel masenkim. Setelah kartilago terbentuk, bahagian dalamnya akan berongga dan terisi osteoblas. Osteoblas juga menempati jaringan seluruhnya dan membentuk sel-sel tulang.
Sel-sel tulang akan membentuk dari dalam keluar, atau proses pembentukannya konsentris. Setiap satuan-satuan sel tulang mengelilingi suatu pembuluh darah dan saraf membentuk suatu sistem yang disebut sistem havers.
Disekeliling sel-sel tulang terbentuknya protein yang akan menjadi matriks tulang., di dalamnya  terdapat pula kapur dan fosfor sehingga matriks tulang akan mengeras.

POIN KUNCI
Proses osifikasi: Sel masenkim---> tulang rawan (kartilago)-----> bagian dalam terisi osteoblas----> terbentuk sel tulang dari dalam keluar-----> terbentuk sistem havers-----> sekeliling sel tulang terbentuk protein matriks tulang----> kelak berupa senyawa fosfor dan kapur-------> matriks tulang mengeras.

 
 
 
1. Tengkorak ( bagian kepala belakang )
- tulang dahi / frontale
- tulang ubun - ubun / parientale
- tulang kepala belakang / osipital
- tulang baji / sphenoid
- tulang pelipis / temporal
- tulang tapis / etmhoid

2. Tengkorak ( bagian kepala muka )
- tulang rahang atas / maxilla
- tulang rahang bawah / mandibula
- tulang pipi / ozigomatycum
- tulang langit - langit / pallatum
- tulang lidah / hyodem
- tulang hidung / osnale
- tulang airmata / lacrimale


3. Tengkorak ( bagian pelindung telinga )
- tulang palu / maleus
- tulang landasan / incus
- tulang sanggurdi / stapes

4. Rangka Badan ( ruas tulang belakang / columna vertebraris )
- tulang leher / vertebra servicallis
- tulang punggung / vertebra toracallis
- tulang pinggang / vertebra lumballis
- tulang kelangkang / vertebra osacrum
- tulang ekor / vertebra consigeus

5. Rangka Badan ( tulang dada )
- tulang hulu/ manubrium stemi
- tulang badan / corpus sterni
- tulang tajuk / proccesur xypoideus

6. Rangka Badan ( tulang rusuk )
- tulang rusuk sejati / costae verae (7 pasang)
- tulang rusuk palsu / costae spurice (3 pasang)
- tulang rusuk melayang / costae fluctuantes (3 pasang)

7. Rangka Badan ( tulang gelang bahu )
- tulang belikat / scapula
- tulang selangka / clavicula

8. Rangka badan ( tulang gelang panggul )
- tulang usus / illium
- tulang duduk / icium
- tulang kemaluan / pubis

9. Tulang Anggota Badan ( tulang lengan)
- tulang lengan atas / hamerus
- tulang hasta / ulna
- tulang pengumpil / radius
- tulang pergelangan tangan / corpus
- tulang telapak tangan / metacarpus
- tulang jari tangan / falanges digitarium
 
10. Tulang Anggota Badan ( tulang tungkai )
- tulang paha / femur
- tulang tempurung lutut / patella
- tulang kering / hibia
- tulang betis / fibula
- tulang pergelangan kaki / tarsus
- tulang telapak kaki / metatarsus
- tulang jari kaki / falanges digitipedis


 

Sistem otot

 



 
Sistem otot adalah sistem tubuh yang memiliki fungsi seperti untuk alat gerak, menyimpan glikogen dan menentukan postur tubuh. Terdiri atas otot polos, otot jantung dan otot rangka. Otot merupakan alat gerak aktif yang mampu menggerakkan tulang, kulit dan rambut setelah mendapat rangsangan. Otot memiliki tiga kemampuan khusus yaitu :
  1. kontraktibilitas : kemampuan untuk berkontraksi / memendek
  2. Ekstensibilitas : kemampuan untuk melakukan gerakan kebalikan dari gerakan yang ditimbulkan saat kontraksi
  3. Elastisitas : kemampuan otot untuk kembali pada ukuran semula setelah berkontraksi. Saat kembali pada ukuran semula otot disebut dalam keadaan relaksasi.
Jenis otot
1. otot lurik
  • Nama lain: otot rangka, otot serat lintang (musculus striated) atau otot involunter
  • Struktur : serabut panjang, berwarna/lurik dengan garis terang dan gelap, memiliki inti dalam jumlah banyak dan terletak dipinggir
  • Kontraksi: menurut kehendak kita (dibawah kendali sistem syaraf pusat), gerakan cepat, kuat, mudah lelah dan tidak beraturan
  • Struktur anatomi dari otot rangka
2. Otot Polos
  • Nama lain : otot alat-alat dalam / visceral / musculus nonstriated / otot involunter
  • Struktur : bentuk serabut panjang seperti kumparan, dengan ujung runcing, dengan inti berjumlah satu terletak dibagiann tengah.
  • Kontraksi : tidak menurut kehendak atau diluar kendali sistem saraf pusat, gerakan lambat, ritmis dan tidak mudah lelah.
3. otot jantung
  • Nama lain: Myocardium atau musculus cardiata atau otot involunter
  • struktur : Bentuk serabutnya memanjang, silindris, bercabang. Tampak adanya garis terang dan gelap. memiliki satu inti yang terletak di tengah
  • Kontraksi: tidak menurut kehendak, gerakan lambat, ritmis dan tidak mudah lelah

Ahad, 23 Mac 2014

Khasiat Bawang putih (benefits of garlic)

Bawang Putih

 


Bawang putih banyak digunakan sebagai asas masakan yang tidak boleh terlewat dalam setiap masakan.  bawang putih juga berkhasiat sebagai ubat-ubatan untuk berbagai macam penyakit. 


Bawang putih dalam keadaan mentah mengandung sulfur termasuk zat kimia bernama Alliin. Ketika bawang putih dihancurkan, zat aliin yang sebenarnya tidak berbau akan terurai. Dengan dorongan enzim alinase, aliin terpecah menjadi alisin, amonia, dan asid piruvat. Bau tajam alisin disebabkan karena kandungan zat belerang. Aroma khas ini bertambah menyengat ketika zat belerang (sulfur) dalam alisin diterbangkan ammonia ke udara, sebab ammonia mudah menguap. Alisin berkhasiat menghancurkan pembentukan pembekuan darah dalam arteri, mengurangi gejala diabetes dan mengurangi tekanan darah.

Selain alisin, bawang putih juga memiliki kandungan lain yang berkhasiat sebagai  ubat, iaitu alil.  paling banyak terdapat dalam bentuk dialil-trisulfida yang berkhasiat memerangi penyakit-penyakit dan mengaktifkan pertumbuhan sel-sel baru.


Nilai Kandungan Nutrisi Bawang Putih Mentah per 100 g (3.5 oz)


  • Energi 623 kJ (149 kcal)
  • Karbohidrat 33,06 g
  • Gula 1.00g
  • Diet serat 2,1 g
  • Lemak 0,5 g
  • Protein 6,39 g
  • Beta-karoten 5 mg (0%)
  • Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  • Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  • Asam pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  • Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  • Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  • Vitamin C 31.2 mg (52%)
  • Kalsium 181 mg (18%)
  • Zat Besi 1,7 mg (14%)
  • Magnesium 25 mg (7%)
  • Fosfor 153 mg (22%)
  • Kalium 401 mg (9%)
  • Sodium 17 mg (1%)
  • Seng 1,16 mg (12%)
  • Mangan 1,672 mg
  • Selenium 14.2 mg
Sumber: USDA Nutrient database


khasiat bawang putih. 

1. Mencegah Kanser

Bawang putih mengandung antioksidan yang dapat membantu mencegah kanser. Jika Anda adalah perokok, Anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanser.

2. Anti Radang

Bawang putih mengandung anti-peradangan. jika Anda mengalami demam, atau sakit tekak, cukup hanya mengunyah bawang putih dan hasilnya tekak Anda akan segera kembali pulih

3. Anti Bakteri

Bawang putih juga merupakan anti-bakteri yang baik. Apabila Anda mengalami jangkitan Sistem penghadaman , maka campurkan  bawang putih mentah di dalam salad. Sistem penghadaman  Andapun akan semakin lancar.

4. Menyuburkan rambut

Bawang putih dapat mengatasi masalah keguguran rambut. Dengan kandungan Allicin yang tinggi, mirip senyawa belerang yang ditemukan pada bawang merah, yang dipercaya efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan irisan bawang putih pada kulit kepala lalu picit-picitkan untuk mendapatkan hasil yang maksima. boleh juga  ditambahkan dengan minyak, lalu diurutkan ke kepala.

5. Membersihkan jerawat

Bawang putih merupakan ubat asli yang mampu melenyapkan  jerawat karena mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan satu irisan bawang putih pada jerawat di wajah perlahan-lahan.

6. Mencegah dan mengubati selsema

Dengan kandungan antioksidan di dalamnya, menjadikan sistem imun tubuh manusia mendapatkan manfaat jika bawang putih secara berterusan di masukkan dalam menu sehari-hari. Jika selsema, cobalah meminum teh bawang putih : masukkan irisan halus bawang putih dalam air panas untuk beberapa menit kemudian tapis. Teh siap diminum. Dapat juga ditambahkan sedikit madu untuk menambah rasa.

7. Menyembuhkan penyakit kulit

Karena telah terbukti memiliki khasiat anti radang, bawang putih berguna mengurangi terjangkitnya penyakit kulit. Cuba sapu sedikit minyak bawang putih di tempat yang terjangkit

8. Mengontrol berat badan

Pakar pemakanan Cynthia Sass menyebutkan percubaan pada tikus yang memakan bawang putih menunjukkan adanya pengurangan berat badan dan penyimpanan lemak. Cubalah untuk memasak setiap masakkan dengan menggunakan bawang putih menjadikan  makanan lezat dan pinggang yang ramping.

9. Mengatasi Keracunan

Antioksidan yang terkandung di dalam bawang putih juga mampu membantu mengusir racun dari dalam tubuh. Manfaat ini tidak hanya baik untuk kesehatan,ianya juga  membantu memperlambat penuaan diri.

10. Meredakan Kesakitan

Jika Anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian balutkan pada bahagian lutut atau tulang yang sakit. Bawang putih akan meredakan sakit tersebut.

11. Pertolongan Pertama Keracunan  asid arsenik

Keracunan akibat  asid arsenik juga dapat diringankan dengan mengambil bawang putih mentah. Namun, pertolongan ini hanya berfungsi sebagai pertolongan pertama saja. Segera dapatkan perawatan intensif dari dokter jika Anda mengalaminya.

12. Menyembuhkan luka serpihan

Menempatkan sepotong bawang putih di atas luka serpihan kaca kemudian menutupinya dengan balutan  merupakan ubat tradisional yang telah lama digunakan oleh sebagian masyarakat.

13. Menghilangkan Gatal Akibat kulat

Dengan sifat anti-jamurnya, bawang putih dapat menjadi ubat mujarab bagi atlet untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendam kaki dalam bakas berisi air suam dan cincangan bawang putih.

14. Mengusir Nyamuk

Salah satu penelitian di India menemukan bahwa orang-orang yang menggosokkan ramuan bawang putih di lengan dan kaki mereka, tidak terganggu oleh nyamuk. Buatlah larutan minyak bawang putih, minyak jeli dan lilin lebah atau letak seulas bawang putih di tempat tertentu sebagai penghalau nyamuk.

15. Menyembuhkan kudis

Menurut situs ECOSALON, bawang putih mengandung suplemen yang dapat membantu proses penyembuhan pada masaalah kudis Dengan adanya sifat alami anti-inflamasi membantu mengurangi rasa sakit dan pembengkakan.Bisul yang baru tumbuh jika disapu dengan bawang putih akan terus hilang.

16. Zat Pelekat semulajadi

Pernahkah Anda memperhatikan bagaimana lekitnya jari Anda setelah memotong bawang putih? Bawang putih mengandung bahan pelekat semulajadi yang berkualiti dimana banyak orang meyakini dan menggunakannya untuk memperbaiki keretakan pada benda kaca. Hancurkan beberapa cengkeh dan beberapa ulas bawang putih kemudian oleskan bahan tersebut ke bahagian yang akan dilekatkan.

17. Mengusir Hama Tanaman

Hama tanaman tidak suka bawang putih. Gunakanlah racun serangga semulajadi   yang terbuat dari bawang putih, minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam  bekas penyembur dan semburan  ke tanaman.

18. Campuran Umpan Pancing

Bagi anda yang suka memancing, gunakanlah bawang putih sebagai campuran umpan. Ikan sangat tertarik denga aroma bawang putih yang ditautkan pada umpan.

19. Melancarkan Peredaran Darah

Mengunyah bawang putih merah juga dapat membantu memperlancar peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.

20. Mengatasi Diabetes

Apabila Anda menderita diabetes, bawang putih juga baik untuk membantu mengontrol jumlah kadar gula di dalam darah.

Manfaat bawang putih yang disebutkan di atas hanya sebagian kecil saja dari 1001 khasiat yang terkandung pada bawang putih. Mengingat banyaknya manfaat dari si putih ini, ada baiknya kita selalu menyimpan persediaan bawang putih di dapur. Tidak perlu khawatir membusuk, karena bawang putih tahan lama asalkan disimpan di tempat yang kering.