Khamis, 18 Disember 2014

Penyakit Asma



 ASMA









Hakikatnya, membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut.
Pakar Perunding Pulmonari dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia/Global Initiave For Asthma (WHO/GINA), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, pandangan yang mengatakan asma adalah penyakit kronik yang tidak mengakibatkan kematian menyebabkan sebahagian besar pesakit asma tidak mengawal penyakit mereka dengan baik.
Menurut beliau, kebanyakan penghidap asma hanya mendapatkan rawatan apabila terkena serangan atau menghadapi gejala seperti nafas berbunyi atau sesak nafas.
``Biasanya pesakit yang mendapat serangan asma akut akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan di mana mereka akan dirawat.
``Rawatan ini akan mengurangkan gejala sesak nafas tetapi ia tidak dapat merawat masalah asma sepenuhnya,'' ujarnya.
Amalan rawatan seperti itu menyebabkan ramai di kalangan penghidap asma tidak dapat mengawal penyakit yang mereka hidapi.
Asma atau juga dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik.
Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang.
Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru.
Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.
Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.
Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang.
Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari.
Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.
``Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung.
``Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,'' katanya.
Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan.
Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.
Tahap keseriusan penyakit asma yang dihidapi boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala yang dialami pesakit. Ia diukur dengan menggunakan alat aliran puncak.
``Setelah mengetahui tahap penyakit itu, jenis ubat dan dos yang perlu diambil dapat ditentukan oleh doktor,'' katanya.
``Apabila serangan berlaku, pesakit perlu mengambil ubat sedutan biru bronchodilator yang dapat membantu mengembangkan semula otot-otot yang mengecut.
``Ubat ini dapat membantu menghilangkan gejala sesak nafas dan nafas berbunyi,'' jelasnya.
Bagaimanapun, walaupun ubat itu diberi pembengkakan pada saluran pernafasan masih ada.
Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, serangan akan berulang.
Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat sedutan steroid berwarna coklat untuk mengurangkan pembengkakan pada otot paru-paru.
Menurut Dr. Jeyaindran, banyak pesakit hanya mengambil ubat-ubatan apabila mereka mengalami gejala asma sedangkan penghidap asma memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bukan cuma ketika berlaku serangan asma akut.
Dalam rawatan, jika keadaan pesakit kurang serius, dos ubat-ubatan boleh dikurangkan atas nasihat doktor.
Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua di Malaysia pada 1996 mendapati 4.2 peratus penduduk negara ini menghidap asma.
Kajian itu juga mendedahkan penyakit asma lebih tinggi di kalangan penduduk bandar (4.5 peratus) berbanding penduduk luar bandar (4.0 peratus).
``Daripada jumlah itu, 89.1 peratus menghidap asma yang ringan, 8.8 peratus asma yang sederhana, manakala 2.1 peratus asma yang serius.
``Jika dibandingkan dengan gejala di Eropah, penyakit asma di sana agak tinggi dengan catatan sebanyak 55 peratus ringan, 24 peratus sederhana dan 21 peratus serius,'' jelas Dr. Jeyaindran.
Walaupun hanya 2.1 peratus pesakit asma dikategorikan pada tahap yang serius, secara purata pesakit asma mendapat serangan sebanyak 14 kali dalam setahun.
Setiap serangan berterusan selama empat hari. Dalam tempoh itu, pesakit tidak akan bekerja atau ke sekolah selama dua hari.
Ini menunjukkan kawalan asma tidak begitu memuaskan.
Berdasarkan garis panduan GINA, asma dianggap terkawal apabila:
- Pesakit tidak menghadapi gejala-gejala kronik
- Pesakit tidak mendapat serangan akut
- Tidak memerlukan bronchodilator
- Dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa
masalah.

Gejala
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal.
Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.

Punca asma
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik.

Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.

Salah faham mengenai asma
- Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)
- Asma bukan penyakit berjangkit
- Asma sukar dirawat
- Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
- Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.

Menguji tahap asma
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
- Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit
dada kerana asma selama empat hari atau lebih
dalam seminggu?
- Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit
dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
- Adakah anda berhenti melakukan senaman
kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
- Adakah anda menggunakan ubat sedutan
empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal.
Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.

Mengurut Tapak Kaki dapat mengurangkannya dengan memberi tumpuan kepada point asma

Rabu, 10 Disember 2014

Sistem Peredaran Darah


  Sistem Peredaran Darah



Sistem peredaran darah manusia adalah proses pengaliran 
darah yang kompleks, karena melibatkan beberapa organ 
khusus untuk menjalani proses peredaran  tersebut. , 
Tidak semua makhluk memiliki  sistem peredaran darah 
yang bersifat kompleks seperti manusia,

Hasil carian imej untuk darah peredaran
Pada tubuh manusia peredaran darah yang terjadi begitu 
rumit karena melibatkan berbagai komponen organ lain 
iaitu pada Jantung berfungsi untuk mengepam darah, 
melalui pembuluh darah dihantar ke nadi dan keseluruh 
sel dan balik semula ke jantung. 

Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah dikatakan komplek karena 
melibatkan banyak organ, yang pada  bekerja secara 
sistematik untuk memindahkan zat dan oksigen dari 
satu sel ke sel lain. Peredaran darah pada manusia ini,
  dilakukan oleh sel darah yang mengalir melalui
 pembuluh. Peredaran darah yang berada di dalam
 pembuluh darah disebut dengan peredaran darah tertutup.








Pada manusia, sistem peredarah darah ini disebut juga 

kardiovaskular dan juga bertanggung jawab terhadap 
kestabilan pH dan suhu dalam tubuh. Peredaran darah 
manusia ada 2, iaitu :

Hasil carian imej untuk darah peredaran
1. Sistem peredaran darah besar (sistemik)
Peredaran besar atau sistemik di mulai dari bahagian jantung, 
menuju pada bahagian tubuh lainnya, pada bahagian tubuh
 atas maupun tubuh manusia bahagian bawah. Peredaran 
darah terjadi melewati pembuluh darah (arteri), mengalirkan 
darah yang kaya dengan oksigen dan kemudian menuju kesemua organ 
dalam tubuh manusia,,peredaran darah 
 ini disebut peredaran darah besar.
2. Sistem Peredaran darah kecil (Pulmunol)
Untuk peredaran darah kecil ini, merupakan peredaran darah
 pada manusia yang beris  darah kotor, yang diangkut oleh
 arteri Pulmonalis bermula dari serambi bahagian kanan ke 
organ paru-paru. Pada  paru-paru inilah  akan terjadi 
kegiatan  “pembersihan”, yang pada akhirnya darah bersih
 ini akan di bawa keluar dari paru-paru melewati Vena 
pulmonalis dan menuju ke jantung tepatnya pada bahagian bilik kiri.

Hasil carian imej untuk darah peredaran


Sistem peredaran darah pada manusia 
 Sistem peredaran darah pada manusia  begitu kompleks 
dan memerlukan keadaan yang baik antara satu organ
 dengan organ lain. Pengaliran darah ini mesti bekerja 
dengan baik, karena memang peredaran darah ini yang
 akan menghantarkan fungsi darah untuk tubuh :
darah juga berperanan sebagai pengankutan iaitu
Mengangkut karbondioksida dari tisu-tisu untuk 
dikeluarkan melalui paru-paru. 
Mengambil zat-zat makanan dari usus halus untuk
 diedarkan dan dibahagikan keseluruh tisu-tisu  tubuh. 
juga sebagai pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit
 dan racun dalam tubuh dengan perantaraan  antibodi
 yang berselerak seluruh tubuh
Darah juga memberikan kestabilan terhadap suhu tubuh 
manusia, yang berperanan penting dalam mengedarkan .
 Air ini yang sangat diperlukan oleh tubuh badan,dalam 
mengatur  enzim,
Darah juga berfungsi sebagai pengangkutan untuk 
mengedarkan getah bening pada sistem saraf kelenjar
 getah bening. Pada hal ini, kelenjar getah bening 
membentuk antibodi iaitu sel darah putih dan juga sel 
yang berguna menutup luka agar terhidar dari jangkitan 
kuman.Darah juga berfungsi untuk mengatur  keseimbangan
 kadar asid  di dalam tubuh manusia.

Jumaat, 28 November 2014

Fungsi Kelenjar Adrenal

Fungsi Kelenjar Adrenal


Kelenjar adrenal berfungsi melepaskan berbagai hormon ke dalam tubuh. dua hormon penting yang dilepaskan kelenjar adrenal adalah kortisol dan adrenalin.
Kelenjar adrenal juga berperanan memengaruhi organ reproduksi, berperanan dalam metabolisme, dan memproduksi tindak balas sistem saraf simpatik.
Kelenjar adrenal terletak di atas buah pinggang yang terdiri atas dua bahagian iaitu medula dalam (inner medulla) dan korteks luar (outer cortex).
Medula dalam menghasilkan epinefrin (adrenalin) sementara korteks luar menghasilkan kortisol.

Fungsi Kortisol
Kortisol adalah hormon steroid yang digunakan untuk mengembalikan keseimbangan badan sepanjang tempoh tekanan oleh sebab itu, kortisol disebut juga sebagai “hormon stress”.
Kortisol bersifat antagonis terhadap insulin dan bertugas memecah lemak dan protein  peranan dalam mengawal  badan dalam penggunaan zat .
Kortisol boleh menyebabkan penambahan berat badan daalam due keadaan.
Pertama, kortisol memindahkan lemak dari hati ke otot-otot perut, dan kedua, kortisol meningkatkan nafsu makan.

Salah faham tentang pelepasan kortisol
Sebahagian orang berpendapat mempercepatkan pelepasan kortisol dapat menurunkan berat badan. S3benarnya tidaklah demikian. Peningkatan berat badan tidak hanya disebabkan oleh kortisol.
Usaha penurunan berat badan harus diiringi dengan pemberian zat yang tepat, senaman yang teratur, cukup tidur, dan mengurangi gejala stress

kesan Kortisol
Pengeluaran kortisol yang berpanjangan menyebabkan hipoglikemia dan boleh  melemahkan sistem kekebalan tubuh.
kesan pada sistem kekebalan tubuh inilah yang menyebabkan kortisol digunakan untuk mengubati alahan akibat sistem Imiun (kekebalan) yang hiperaktif.

Fungsi Adrenalin
Lapisan luar (korteks) dari kelenjar adrenal menghasilkan kortisol, sedangkan lapisan dalam (medula) menghasilkan epinefrin yang juga dikenal sebagai adrenalin.
Epinefrin (adrenalin) bekerja dengan sistem saraf simpatik untuk meningkatkan denyut jantung. Adrenalin juga mendorong metabolisme karbohidrat.
Ketika sistem saraf pusat melihat adanya situasi berbahaya , adrenalin akan dilepaskan.
Adrenalin meningkatkan denyut jantung, melebarkan otot-otot kaki, dan meningkatkan gula darah dengan mendorong penggunaan glokos.
Peningkatan aliran darah dan tenaga mempertinkatkan pengiriman oksigen dan glukos ke otot dan otak.
Manfaat Adrenalin
Epinefrin (adrenalin) boleh digunakan untuk mengubati serangan jantung dan/atau disritmia jantung.

kelenjar tiroid

fungsi kelenjar tiroid dan gangguannya

Semua kelenjar menghasilkan hormon yang sangat penting bagi tubuh manusia. Salah satunya adalah kelenjar tiroid yang berfungsi mengatur kecepatan pembakaran tenaga dalam tubuh. Kelenjar ini juga berfungsi membuat protein dan mengatur sensitivit tubuh terhadap hormon yang lain. Menurut kajian, lokasi organ ini ada di bahagian depan leher bertepatan dibawah pita suara dan berbentuk seperti kupu-kupu.

kelenjar tiroid gambar

Kelenjar tiroid tergolong sebagai kelenjar endonkrin yang menghasilkan hormon tertentu. Hormon ini diperlukankan tubuh manusia untuk menangani masaalah tertentu. Hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid adalah tiroksin, kalsitonin dan triodotironin. Dua hormon tersebut berfungsi untuk metabolisme tubuh ketika berada di dalam darah. Hormon ini membuatkan sel tubuh untuk lebih banyak mengubah glukosa menjadi glikogen. Hal ini membuat fungsi hormon ini sangat penting. Jika hormon yang dihasilkan kelenjar tiroid kurang dari yang diperlukan, maka tubuh akan cepat letih, kulit kering dan berat badan bertambah. Namun jika sebaliknya terjadi, maka tubuh akan mudah berkeringat dan berat badan menurun mendadak. 
Kelenjar tiroid ini memang asing bagi masyarakat awam pada umumnya, meskipun fungsinya penting. Kurangnya pengetahuan ini mengakibatkan masyarakat tidak mengerti jika mengalami gangguan kelenjar tiroid dan baru hendak berjumpa dokter setelah keadaannya menjadi kronik. Salah satu yang sering berkait dengan gangguan kelenjar tiroid adalah penyakit bengok. Penyakit ini membuat leher seseorang membesar, sebenarnya disebabkan oleh pembengkakan kelenjar tiroid yang memang terletak dileher, gangguan ini termasuk gangguan yang berhubungan dengan ukuran kelenjar. Kelainan pada kelenjar tiroid pada kanak-kanak dapat menyebabkan pertumbuhan berhenti, daya ingat dan pikir menurun bahkan kematian.
Menurut statistik, gangguan kelenjar tiroid paling banyak terjadi pada wanita daripada lelaki. Jumlahnya boleh mencapai lima kali  lebih banyak. Ini berarti kaum wanita harus lebih waspada terhadap penyakit yang disebabkan kelenjar tiroid. Salah satunya adalah dengan mengenali gangguan pada organ  pada bahagian luaran leher. Jika pada bagian depan leher nampak membengkak atau ada tonjolan yang tidak normal, maka anda perlu berwaspada. Meskipun belum pasti, ini adalah pertanda adanya kelainan pada kelenjar tiroid, apa yang harus dilakukan berjumpa dokter untuk mendapatkan pemeriksaan dan perawatan


Kelenjar Paratiroid


  • Berjumlah empat  terletak di belakang kelenjar tiroid
Berfungsi mengawal kalsium dalam tubuh

 Kelenjar Paratiroid

  • Kelenjar ini menghasilkan parathormon (PTH) yang berfungsi untuk mengatur konsentrasi ion kalsium dalam cairan ekstraseluler dengan cara mengatur : absorpsi kalsium dari usus, ekskresi kalsium oleh ginjal, dan pelepasan kalsium dari tulang.
  • Hormon paratiroid meningkatkan kalsium darah dengan cara merangsang reabsorpsi kalsium di ginjal dan dengan cara penginduksian sel–sel tulang osteoklas untuk merombak matriks bermineral pada osteoklas untuk merombak matriks bermineral pada tulang sejati dan melepaskan kalsium ke dalam darah
  • Jika berlebihan hormon ini akan mengakibatkan kadar kalsium dalam darah meningkat, hal ini akan mengakibatkan terjadinya endapan kapur pada ginjal.
  • Jika kekurangan hormon menyebabkan kekejangan disebut tetanus.
  • Kalsitonin mempunyai fungsi yang berlawanan dengan PTH, iaitu berfungsi menurunkan kalsium darah.
Fungsi umum kelenjar paratiroid adalah:
1. Mengatur metabilisme fosfor 
2. Mengatur kadar kalsium darah


Kelenjar ( gland) adalah hormon yang dikeluarkan oleh organ tubuh kemudian diedarkan keserata tubuh melalui aliran darah misalnya hormon untuk sekree dalam aliran darah (kelanjar endokrin), atau ke ruang-ruang di dalam tubuh maupun permukaan luar tubuh (kelenjar eksokrin).

 

 Kategori

Kelenjar dikategorikan dalam 2 jenis:
  • Kelenjar endokrin – kelenjar yang mengeluarkan hormonnya melalui lamina basalis dan tidak mempunyai saluran.
  • Kelenjar eksokrin – kelenjar yang mempunyai saluran untuk mengeluarkan hormpnnya atau bermuara pada permukaan apikal. Kelenjar eksokrin dapat dikategorikan  dalam 3 jenis:
    • Kelenjar apokrin –sebahagian dari sel renbasan  hilang ketika dirembaskan Istilah kelenjar apocrine kerap dikaitkan dengan kelenjar peluh apocrine  walaupun kenyataan ini tidak tepat kerana cara  serakkannya tidak sama.
    • Kelenjar holokrin – seluruh sel hancur ketika diserakkan.
    • Kelenjar merokrin – Pengeluaran dilakukan dengan eksositosis.
Kelenjar eksokrin juga dapat dikategorikan sebagai:
    • Kelenjar serosa – Ianya bersifat encer dan  kaya dengan protein.
    • Kelenjar mukosa –Ianya bersifat kental dan kaya dengan karbohidrat.
    • Kelenjar minyak – Ianyanya berupa lemak.