Khamis, 13 September 2018

Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!

Hasil carian imej untuk tikus
Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!



Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, ianya juga mengundangi pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.
Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk! Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar.
Ini adalah kerana umur tikus  lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. 
Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat. Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, . Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita.
Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik. Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. 
tikus mempunyai deria bau dan pendengaran yang sangat tajam kita boleh memenafaatkannya untuk menghalau tikus dari Rumah kita
Berikut beberapa cara yang boleh dicuba:


1. Daun Pandan Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan bauan ini tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

Hasil carian imej untuk tikus

4. Minyak Mint Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

 5. Cat BadanTikus Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

6. Buah Durian Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda. Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri. Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus! Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

7.Taburkan serbuk kopi dilaluan dan disarang yang dikenalpasti tempat tikus. Tikus tidak menyukai bauan yang kuat.

8.Penggunaan serbuk lada juga salah satu cara yang ampuh untuk menghalau Tikus dengan menaburkan dilaluan dan disarangnya.

9.suatu ketika dahulu menggunakan kaedah meletakkan cengkerek untuk menghalau tikus dari sawah padi, cengkerik mengeluarkan bunyi yang membingitkan tikus tidak dapat bertahan dengan bunyi yang membingitkan itu.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.