Khamis, 11 September 2014

Pentingnya pengambilan makanan seimbang - Balanced food

Klik ditajuk

Hasil carian imej untuk makanan seimbang untuk ibu mengandungPengambilan makanan seimbang merupakan satu saranan yang dianjuran bagi semua orang kerana pengambilan makanan berzat menentukan aspek kesihatan setiap individu.
Pengertian ‘makanan seimbang’  ialah makanan yang memiliki kandungan zat yang sesuai dengan zat yang diperlukan oleh tubuh penting untuk diketahui, keperluan pengambilan zati setiap orang berbeza-beza, bergantung dari jenis kelamin, usia aktifiti seharian, dan lain-lain
Makanan seimbang yang dimaksud haruslah memiliki kandungan zat yang meliputi:
Karbohidrat
Protein
Vitamin & Mineral
Lemak
Serat

Karbohidrat
Karbohidrat sangat diperlukan oleh tubuh, kerana zat ini memiliki peran penting sebagai sumber sumber tenaga utama untuk kegiatan seharian tubuh manusia. Zat karbohidrat terdapat pada makanan:
Contohnya: nasi, kentang mie, ubi, ubi kayu , dan lainnya. Bila tubuh mengalami kekurangan zat karbohidrat, maka gejala awal yang paling mudah didapati adalah tubuh terasa lebih cepat letih kerana kekurangan tenaga dari kebiasaannya.

Gula
Gula boleh didapati pada makanan seperti gula pasir, gula merah, gula batu, sirup, madu dan kueh manis. Namun perlu diawasi, pengambilannya, gula tidak memiliki kandungan zat berkhasiat lainnya kecuali karbohidrat,jadi gula hanya akan mengakibatkan kegemukan pada tubuh.

Lemak
Ramai yang belum mengetahui, bahwasanya lemak merupakan sumber tenaga juga, namun disebab bentuknya sukar diserap oleh tubuh,membuatnya mendatang masaalah bagi tubuh. Lemak adalah bahan sebagai rizab tenaga untuk badan, Lemak yang berlebihan dapat membuat tubuh menjadi gemuk. Lemak terdapat pada minyak, margarin, santan, kulit ayam, kulit itek dan lemak haiwan lainnya.

Protein
Protein berfungsi untuk pertumbuhan tubuh dan mengganti sel yang rosak pada tubuh. Jadi keperluan protein menjadi kemestian bagi tubuh setiap hari. Protein terdapat pada: Ikan, ayam, daging, telur, susu, tahu, tempe serta kacang

Vitamin & Mineral
Vitamin & Mineral mempunyai fungsi untuk membantu melancarkan prestasi badan. terdapat banyak pada sayur-sayuran dan buah-buahan.

Serat
Serat memiliki banyak fungsi bagi tubuh, diantaranya:
Membantu menurunkan glukos dalam  darah
Membantu menurunkan lemak dalam darah
Melancarkan pembuangan air besar
Membuat perut terasa lebih kenyang
Serat terdapat pada makanan jenis:
Roti gandum, buah, dan sayuran segar Kacang, tahu, tempe,

sha3622.blogspot.com

Jumlah & Jenis Makanan Sehari-hari Sesungguhnya, entah dari mana kita mengamalkan perinsip makan 3 kali sehari. Perinsip tersebut telah ditanamkan secara turun temurun dari orangtua kita. Sebenarnya yang terpenting adalah cara pemakanannya, asalkan keperluan zat tubuh mencukupi, cara makan yang berlebihan adalah menurut hawa nafsu semata-mata dan bukanlah oleh dasar keperluan zat tubuh semata-mata. Sebenarnya tidak perlu berlebihan, cara makan yang berlebihan hanyalah mengakibatkan timbulnya potensi penyakit seperti stroke,lemah jantung, kencing g manis dan sebagainya.

Makan teratur
Kegemukan ,Bila gemuk, perlulah berusaha agar berat badan menjadi normal sehingga terhindar dari berbagai penyakit kerana kegemukan. Untuk menurunkan berat badan perlulah makan makanan seimbang dan mengurangi makanan yang tinggi kalori seperti : lemak, gula, kanji,selain itu diperlukan lebih banyak kegiatan jasmani secara teratur sesuai kegemaran, seperti berjalan kaki, menunggang basikal, berenang, dan sebagainya.

Diet Untuk Kencing Manis
Sama sahaja iaitu makanan seimbang, sesuai dengan keperluan zat. bezanya pada pesakit kencing manis : ditekankan pada perlunya makan teratur dalam hal jenis dan jumlah maknan serta waktu makan.
Bagaimana Cara Makan yang Teratur
Untuk itu perlu diketahui :
Keperluan Tenaga / kalori sehari
Keperluan bahan makanan sehari

Apakah Berat Badan Yang Sihat
Berat badan yang sihat ialah berat badan tubuh yang memiliki kadar seimbang dengan tinggi badan. Tubuh sehat ideal secara fizikal dapat dilihat dan dinilai dari penampilan luar.
Berat tubuh yang sehat dan ideal dapat dikelifikasikan dengan menggunakan rumusan:
Body Mass Index /
Indeks Massa Tubuh
=
Berat Badan
Setelah mengetahui status berat badan, penting pula untuk mengetahui pembatasan keperluan kalori yang dapat diperkirakan sesuai dengan status hasil akhir penghitungan Body Mass Index , yakni seperti berikut :
Very obese
:
1000 kalori/hari
Obese
:
1500 kalori/hari
Overweight
:
1700 kalori/hari
Normal
:
2000 kalori/hari
sha3622.blogspot.com

Namun sesungguhnya pengertian tubuh sihat ideal melalui aspek kesihatan ialah mencakupi pembahasan yang lebih luas yang tidak cukup hanya melalui penilaian secara fizikal tubuh.

Titik yang mencapai tubuh yang sihat yang sesuai, jika dimulakan untuk meningkatkan pengambilan nutrien. Jika perlu, sejak janin di dalam rahim. Penting dalam keadaan kesihatan wanita hamil perlu menjadi pemakanan yang mencukupi serta mengekalkan kesihatan untuk melahirkan bayi yang sihat.Yang lebih penting adalah pemantauan pertumbuhan dan perkembangan anak selanjutnya sampai anak dewasa, agar mencapai tinggi badan dan berat badan ideal, sehat jasmani dan rohani, menuju sumber daya manusia yang berkualitas.
Pada masa dewasa dan perkembangan usia seterusnya merupakan masa kritikal untuk terjadinya kegemukan dengan berbagai komplikasi penyakit. Hal ini biasanya terjadi kerana perubahan gaya hidup menjadi lebih santai, kurangnya beraktiviti dan kecenderungan caea pemakanan yang berlebih yang mengandungi kalori terlalu tinggi, protein dan lemak Juga penting adalah usaha untuk mengelakkan peningkatan penyakit kardiovaskular, boleh dimulakan dengan mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat.

Perkara utama adalah keseimbangan. Berat badan tidak berlebih dan tidak pula kekurangan nutrisi yang menjadi penyebab kepada berbagai macam penyakit.
Ancaman kekurangan zat makanan atau kekurangan pengambilan nutrien kepada badan banyak terjadi akhir-akhir ini di tengah-tengah masyarakat bandar adalah disebabkan oleh pola makan berlebihan yang berlainan dengan nutrien yang diperlukan.
Sebagian besar makanan yang kita makan sehari-hari baik secara sengaja maupun tidak disengaja, kandungannya terlalu sedikit vitamin, protein nabati, garam mineral, lemak nabati, zat asid amino essensial, hingga zat berserat serta air
Perkara yang paling membahayakan ialah pengamilan terlalu banyak bahan pengawet, gula, garam protein haiwan, lemak haiwan, kolesterol dan makanan yang diproses

Keseimbangan pengambilan nutrisi seperti karbohidrat, mineral, protein, vitamin dan lain sebagainya penting adanya untuk diperhatikan. adapun cara pemakanan yang disaranrkan yang menjadi dasar pola makanan berkhasiati seimbang terdiri dari 3 golongan bahan makanan yakni zat tenaga (karbohidrat), zat pembangun (protein), dan zat pengatur dalam jumlah yang sesuai dengan keperluan tubuh.
Karbohidrat dapat diperoleh dari beras, jagung, roti, mee, makaroni, bihun, kentang, ubi kayu, ubi, talas, kanji, gula dan minyak.
Protein dapat diperoleh dari daging, ayam, telur, ikan, udang susu, kacang dan hasil pemorsesan seperti tahu dan tempe.

Zat pengatur banyak terdapat dalam sayur-sayuran yang berwarna kuning, jingga dan merah.
Seiring dengan ancaman kekurangan zat makanan yang secara tidak sengaja kita jalani, pengamal kesihatan sering mengesyorkan keseimbangan diet yang sihat diikuti dengan aktiviti sukan.
 Tidak perlu berolahraga yang berat hingga bermandi keringat, cukuplah berolahraga sederhana selama 30 minit, 5 hari seminggu asalkan secara rutin. berupa jalan cepat atau joging dengan degupan jantung 100-130 detik dengan demikian, aktifiti tersebut telah mengurangkan 250 kalori sehari.

Garam
Garam mengandungi unsur sodium dan chlor (NaCl), dimana unsur sodium sangat penting untuk mengatur proses keseimbangan cairan di dalam tubuh, disamping fungsinya dalam mengatur kelancaran proses transmisi saraf dan kerja otot.
Tubuh manusia sebenarnya hanya memerlukan kurang dari 7gr garam sehari atau bersamaan dengan 3.000 mg sodium.
Satu sudu teh garam bersamaan  dengan 2.000 mg sodium. Sodium yang terkandung dalam setiap menu modern kebanyakkan ialah sekitar 500 mg. kerapkali dalam menu makanan harian kita mengandungi garam berlebihan dari yang sekedar kita perlukan oleh tubuh. menyebabkan organ ginjal jadi 6 kali lebih berat untuk membuangnya. Selain itu, pengambilan garam berlebihan bagi tubuh juga menyebabkan darah tinggi., orang yang mengidap penyakit jantung pun perlu mengawl pengambilan sodium juga. Begitu juga jika mengidap penyakit ginjal dan gangguan hati.
Beberapa jenis makanan yang banyak mengandung sodium, antara lain seperti soda kueh, serbuk soda sebagal pengawet, julap, makanan yang dipanggang, keju, makanan dalam tin dan laut, serta bijirin sementara beberapa jenis makanan yang memiliki kadar rendah sodium antara lain seperti buah dan sayur-sayuran segar, daging dan ternakan  segar.
Penting diketahui, kekurangan garam sama berbahayanya dengan berlebihan garam. Kekurangan sodium dan chlor secara drastik boleh menjadi beban lain bagi ginjal. diiringi gejala pembengkakan (oedema), kaki bengkak yang disebabkan penyakit jantung.

Adapun pengawasan pengambilani terbagi menjadi 3 kategori:
Diet ketat : cukup 500 gr sodium atau setara 1,5 gr garam dapur.
Diet Sedang : cukup 800 gr sodium atau setara 2 gr garam dapur.
Diet Ringan : cukup 2000 gr sodium atau setara 5 gr garam dapur.

Berikut kandungan mineral yang terdapat dalam garam yang biasa kita ambil sehari-hari dari makanan maupun minuman.

Yodium Zat mineral yodium biasanya terdapat pada garam, namun pastikan garam yang anda beli memiliki kandungan yodium. kerana zat ini berperanan penting untuk membantu perkembangan kecerdasan atau kepandaian pada anak pada masa pertumbuhannya.

Phospor Phosfor berfungsi untuk pembentukan tulang dan membentuk gigi.

Cobalt Cobalt memiliki fungsi untuk membentuk pembuluh darah.

Kalsium Kalsium atau zat kapur merupakan zat mineral yang memiliki fungsi dalam pembentukan tulang dan gigi disamping perannya dalam kecergasan otot pada tubuh.

Kalium berfungsi sebagai pembentuk aktiviti otot jantung.

Zinc diperlukan untuk pembentuk enzim dan hormon penting.

Sulfur atau Belerang Berfungsi dalam proses pembentuk protein di dalam tubuh.

Chlor Chlor digunakan tubuh kita untuk membentuk HCl atau asid klorida pada perut. HCl sendiri berfungsi membunuh kuman penyebab penyakit dalam perut serta mengaktifkan pepsinogen menjadi pepsin.

Magnesium berfungsi sebagai zat yang pembentuk sel darah merah berupa zat pengikat oksigen dan hemoglobin.

Mangaan berfungsi untuk mengatur pertumbuhan tubuh kita dan sistem reproduksi.
Tembaga Tembaga pada tubuh manusia berguna sebagai pembentuk hemo globin pada sel darah merah.

Natrium / Na
Natrium adalah zat mineral yang kita perlukan sebagai pembentuk faram di dalam tubuh dan sebagai penghantar impuls dalam serabut syaraf dan tekana osmosis pada sel yang menjaga keseimbangan cairan sel dengan cairan yang ada di sekitarnya.

Flour - tepung

Memiliki peranan dalam pembentukan lapisan email gigi 


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan