Khamis, 27 Mac 2014

Kesan Ubat Tahan Sakit (Ponstan)

KESAN PONSTAN

PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)

 

Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN PADA KULIT

PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

KESAN PADA GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti   acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.

KESAN PADA HATI (LIVER)

PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

KESAN PADA SEL-SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

KESAN-KESAN LAIN

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.

KESAN PADA WANITA MENGANDUNG

NSAIDs menghalangkan pembentukan prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung ( closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.

PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK

Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan PONSTAN sbg ubat tahan sakit.

PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK

Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.

Ubat tahan sakit paling bahaya


Tidak semua ubat yang dipreskripsi oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian. Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan sakit, cubalah tahan…
Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan berkaitan ubat tahan sakit ini.
Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.
1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)
Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA) melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok. Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.

2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)
Ubat tahan sakit ini digunakan untuk pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan kematian disebabkan oleh AIDs.

3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)
Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang berlebihan.
4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)
Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.

5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)
Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat segera ia boleh menyebabkan kematian.

Ubat Tahan sakit semua berasal dari kimia sintetik !!!


1.   Aspirin & Salicylamide & Benorylate

2.   Phenylbutazone & Oxyphenbutazone

3.   Indomethacin & Sulindac

4.   Ibuprofen & Naproxen & Ketoprofen & Fenoprofen & Flurbiprofen

5.   Mephenamic acid & Enfenamic Acid

6.   Diclofenac sodium & Tolmetin

7.   Piroxicam & Tenoxicam

8.   Ketorolac

9.   Paracetamol

10.               Metamizol & Propiphenazone

11.               Nefopam


 


 


Ubat Tahan sakit punya kesan sampingan seperti:


1. Merosakkan permukaan dalaman perut dan peptik ulcer mengakibatkan pendarahan dalam usus dimana najis anda menjadi hitam berkilat = dark tarry stool @ malena !

2.   muntah + loya + sakit ulu hati + pendarahan usus

3.   rashes,(ruam)

4.   urticaria ,

5.   meleleh air hidung (rhinorhea)

6.   bengkak saluran darah (angio edema)

7.   lelah

8.   tindakan alahan teruk yg boleg bawa maut = anaphlaxis

9.  pening + telinga berdesing + kepala pusing2 + pandangan kabur + penglihatan kabur

10.  keliru atau tak keruan

11. merencatkan kebolehan badan melawan penyakit secara semulajadi kerana sifatnya antiiflammatory ! (Sistem Imiun badan)


 


Jadi anda perlu berhati hati bila makan ubat penahan sakit NSAIDs. Biasanya paracetamol adalah ubat NSAIDs yang dikatakan mereka sebagai NSAIDs paling selamat. Namun begitu penggunaan jangka panjang paracetamol berkaitan dengan penyakit sirosis hati ( liver cirrhosis ) !!!

Tiada ulasan:

Catat Komen