Kebaikan dan keburukkan Minuman Teh :
Kebaikan Teh
1. Memperkuat Gigi & Mencegah Penkeries pada Gigi
Unsur Flouride ( F ) yang cukup tinggi pada Teh, dapat membantu dalam mencegah mengawal Penkeries pada gigi serta dapat memperkuat gigi
2. Mengurangi Resiko Keracunan Makanan
Unsur Catechin ( salah satu unsur dalam Polyphenols ), telah terbukti bahwa unsur tersebut memiliki kemampuan untuk menghentikan pertumbuhan beberapa bakteri yang menyebabkan keracunan makanan ( menurut kajian dari Taiwan dan Jepun ).
3. Memperkuat Daya Tahan Tubuh
Dengan adanya vitamin C dan vitamin E, maka Teh dapat juga membantu memperkuat daya tahan tubuh.
4. Menyegarkan Tubuh
Teh mengandungi sejenis kafein yang berbeza dengan kopi, maka Teh juga dapat merangsang sistem saraf tubuh kita sehingga pengambilan oksigen kedalam tubuh lebih lancar.
5. Mencegah Tekanan Darah Tinggi
Epigallocatechin dan Gaul epicatechin yang adalah variasi catechin, mampu bertindak sebagai penindas angiotensin pada trasferase, iaitu enzim menyebabkan tekanan darah tinggi. Banyak lagi boleh juga disimpulkan bahawa dengan keupayaan catechin untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan menghindari radikal, kemudian catechin boleh juga mengurangkan risiko penyakit kardiovascular.
6. Mengawal Kolesterol
Catechin, ternyata juga telah dibuktikan bahwa dapat mengurangi penimbunan kolesterol dalam darah dan mempercepat pembuangan kolesterol melalui najis
7. mengoptimumkan metabolisme gula
mangan (Mn), terkandung dalam teh boleh membantu penguraian gula menjadi tenaga. Oleh itu teh boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah
8. Mencegah Pertumbuhan Kanser
Kemampuan Catechin ( salah satu unsur dalam Polyphenols ) dapat mengawal tumbuhnya sel-sel kanser pada tubuh dan meneutralkan radikal bebas.
Bahaya Dari Minuman Teh :
Teh memang dapat memberikan menafaat bagi para peminumnya, tetapi ada juga dikalangan orang tertentu yang dianjurkan untuk tidak mengambil teh terlalu banyak kerana boleh menjadi masaalah bagi kesihatannya,mereka itu adalah:
1. Pesakit yang fungsi ginjalnya tidak baik dan tak dapat menahan kencing atau inkontinensia kerana teh berfungsi melancarkan pembuangan air kencing. Banyak minum teh mengganggu fungsi ginjal,jadi ianya akan meyebabkan masaalah pesakit itu bertambah parah .
2. Wanita hamil
Wanita yang sedang hamil memerlukan berbagai Janis zat untuk membekal keperluan metabolisme tubuhnya dan juga janin dalam kandungannya,jika terlalu banyak minum teh, maka zat tanin atau samak dalam teh dapat berpadus dengan zat besi dalam makanan yang diambil. menjadi semacam sebatian yang tidak diserap oleh tubuh. selain dapat mengakibatkan anemia dan kekurangan zat besi pada wanita hamil, juga dapat mengakibatkan janin dalam kandungan menjadi kekurangan zat besi . Sehingga setelah lahir bayi juga akan menderita anemia dan kekurangan zat besi.
3. Wanita yang sedang menyusui
Wanita yang sedang menyusui sebaiknya tidak minum teh kental. Ini kerana salah satu dari racun dalam teh (kafein) boleh mempengaruhi pengeluaran air susu, sehingga ASI menjadi berkurang, selain itu kafein juga boleh masuk kedalam tubuh bayi melalui air susu yang dapat mengakibatkan usus bayi menjadi kejang, sehingga bayi akan menangis tak berhenti
4. Orang yang sedang demam
Untuk orang yang sedang demam, minum teh bukannya dapat menurunkan suhu badannya tetapi akan meningkatkan suhu panas tubuhnya. Ini disebabkan theophyline yang terkandung dalam teh dapat meninggikan suhu badan, bahkan membuat fungsi ubat penurun suhu badan menjadi hilang atau berkurang.
5. Orang yang lemah saraf dan mengalami insomnia
Para penderita penyakit ini sebaiknya tidak meminum teh kerana hanya akan semakin parah .ianya disebabkan kandungan kafein dalam teh dapat mengakibatkan gairahnya sistem saraf dan menaikkan metabolisme dasar, sehingga akan membuat semakin sukar untuk tidur lena dan merasa
gelisah.
6. Orang yang kurang darah
Zat besi dalam makanan memasuki saluran pencernaan dalam bentuk feros hidrosida koloid. Zat besi dalam bentuk koloid ini tidak dapat diserap tubuh secara langsung. Ia harus melalui peran getah perut barulah dapat diserap melalui tubuh. Asid tanat dalam teh sangat mudah bersebati dengan zat besi dan membentuk asid tanat feros larut yang merintangi penyerapan zat besi. Bila tubuh orang yang kurang darah kekurangan zat besi, hemoglobin sintetis dalam tubuh boleh berkurangan, dan penyakitnya menjadi bertambah parah.
7. Orang yang mengalami sembelit
Mereka iii mesti berpantang meminum teh pekat kerana asid tanat dalam teh mempunyai peranan astringen, iaitu melemahkan kerja saluran usus. Jika mereka tetp nekat meminum teh pekat maka sembelit akan semakin bertambah parah.
8. Kanak-kanak
Minum teh tidak terlalu baik untuk kana-kanak, ini adalah kerana setelah minum teh kanak-kanak mudah terangsang semangatnya, nafsu makannya menurun, selaput lendir saluran pencernaan menyusut sehingga mempengaruhi pencernaan makanan dan penyerapannya.Asid tanat dalam teh juga dapat mempengaruhi penyerapan vitamin B dan zat besi dalam makanan sehingga mengakibatkan menurunnya hemoglobin dan menuyustnya volume eritrosit, yang akan mengakibatkan mudah terserang anemia atau kurang darah.
9. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mengidap jantung teh memang dapat membantu melindungi jantung tapi bagi yang telah menderita penyakit jantung keronik harus menghindari minum teh pekat, kerana kadar kafein dalam teh bole merangsang orang dan menaikkan tekanan darahnya. Bila mereka tetap meminum teh maka jantungnya akan berdetak cepat,merasa sangat gelisah bahkan mengalami arrhythmia atau tidak adanya irama jantung.
Setelah mengetahui beberapa sebab mereka pantang minum teh tentunya akan menjadi perhatian bagi kita. Walaupun teh juga mempunyai manfaat bagi kesihatan tapi efek kesehatan teh lebih bersifat sebagai preventif (mencegah). Dan itupun akan berarti jika teh diminum secara teratur dan dengan ukuran yang tepat
Kajian yang
dilakukan i dari Loyola University Medical Center, Amerika,
menemui bahwa orang yang suka minum The Ais boleh beresiko besar terkena penyakit batu ginjal.
Untuk mengurangi resiko buruk tersebut, kita
harus bijaksana dalam mengambil minuman dan makanan terutama
Teh.
- Usahakan minum Teh tidak terlalu kerap .
- Banyak minum air putih kerana sudah terbukti ianya sangat baik untuk tubuh.
- Teh baik jika diadunkan, / dicampur dengan perahan limau kerana limau mengandungi acid sirat yang berfungsi sebagai pembersih dan antioksidan.
- Buatlah minuman Teh tidak terlalu manis supaya tidak menghilangkan zat yang bermenafaat dalam Teh tersebut.
- Jangan Minum Teh pada saat atau sesudah makan. Sebab zat yang terkandung dalam makanan akan dinetralisir oleh Teh.
- Jangan minum teh saat perut kosong sebab dapat meningkatkan produksi asid perut.
- Untuk wanita hamil dan sedang menyusui, hindari minuman teh kerana kafein dan zat stimulan yang lain bisa merangsang kontraksi rahim dan mengganggu produksi kelenjar ASI.
Cara membuat
Teh : gunakan air mendidih bersuhu 80
derajat celcius, jangan menggunakan air
dengan yang suhunya lebih tinggi dari
80 derajat ini penting kerana dapat membuat hilangannya menafaat dari teh.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Ada juga keburukannya minum teh ini ya..walaupun bermanfaat, beberap keadaan peminum perlu diambil kira juga.
BalasPadamTerima kasih atas info. Nampaknya kena fikir dua kali sebelum jadikan teh sebagai rutin :)