Ubatan Herba Cina.
(Tumbuhan kering dan bahagian haiwan digunakan dalam
perubatan tradisional Cina.
Dalam imej ini adalah Lingzhi kering, ular, plastron
kura-kura, Luo Han Guo, dan spesis ginseng).
Ubatan herbal Cina adalah salah satu dari rawatan
tradisional cina yang memberi tempuan khusus kepada pemulihan keseimbangan
kesihatan tenaga, tubuh badan, dan kerohanian. Tempuannya lebih kepada
kesihatan dari pemyemburan penyakit atau rawatan penyakit.
Disebabkan jumlah yang terlalu amat besar dalam penggunaan
herbal Cina dan cara penggunaan nyapun berbeza dari seorang penggamal kepada
seorang penggamal yang lain maka untuk merumuskan satu kaedah khusus tidak
dapat diberi secara meyeluruh, sedangkan ada kemungkinan disana terdapat herbal
atau ekstrak herbal tertentu yang memainkan peranan besar dalam rawatan atau
pencegahan penyakit kanse atau lain lain penyakit.
Ubatan Herbal Cina tidak sama seperti rawatan dan perubatan
Barat, yang mana ia hanya merawat kepada aduan utama atau kepada jenis corak
penyakit. Disebaliknya bagi penggamal ubatan herbal, mereka melihat kepada
pemulihan dan penggembalikan ketidak seimbangan tenaga yang membawa kepada
penyakit kanser dan lain lain penyakit dengan penggunaan herbal, mineral atau
ekstrak herbal / tumbuhan yang bercampuran sebagai rawatan. Disebabkan ini maka
para penggamal ubatan herbal Cina tidak menuntut yang mereka bolih mengubati
penyakit kanser atau penyakit penyakit lain, tapi mereka mengakui bahawa ubatan
herbal mereka mampu membantu meringankan kesan sampingan dari rawatan terapi
radiasi dan chemotherapy, menggawal kesakitan, memperbaiki kualiti hidup,
mengguatkan system ketahanan tubuh badan dan membantutkan ketumbuh besaran
penyakit kanser dari tumbuh membesar atau merebak. Ini dipanggil sebagai Fu
Zheng or Fu Zhen.
Kandungan Ubatan Herbal.
Di Negeri Cina, melebihi 3,200 herbal, 300 mineral dan
ekstrak binatang telah digunakan dalam melebihi 400 formula yang berbeza. Satu
formulasi Herbal bolih menggandungi 4 hingg 12 jenis ramuan yang berbeza,
diambil sebagai daun teh, serbuk, biji pill, tinctures, atau syirap.
Dalam kepelbagaian jenis ramuan 1 atau 2 darinya adalah
bertujuan merawat penyakit khusus sementara selebihnya ada bertujuan merawat
dan memulihkan kesihatan secara Am nya.
Sebelum memilih ramuan jenis apa yang sesuai bagi seseorang
pesakit, penggamal rawatan tradisional Cina atau lebih dikenali sebagai Sensei
akan bertanyakan akan tanda tanda penyakit dan akan melakukan pemereksaan,
kebiasaannya pada jenis kulit, rambut, lidah, mata, denyutan nadi, dan suara
bagi menentukan punca ketidak seimbangan dalam badan.
Sejarah Ubatan Herbal Cina
Chinese pharmacopoeia Chinese red ginseng roots Minuman
perubatan rendaman wolfberry, tokay gecko, dan ginseng,.
Kebudayaan penduduk setempat diseluruh dunia telah
menggunakan rawatan herbal bagi tujuan menjaga kesihatan dan merawat penyakit
secara tradisional, begitu juga dengan ubatan herbal Cina yang tercetus sebagai
kebudayaan kaum asli Cina. Pada tahun 200 sebelum masehi, perubatan tradisional
Cina telah terbentuk dan pada abad pertama satu senarai ubatan herbal dan
formulanya dan cara gunaannya telah dimajukan.
Sebuah buku kelasik ubatan herbal telah ditulis pada zaman
dinasti Ming (1152 – 1578) olih Li Shi-Zhen. Ia meyenaraikan hamper 2,000
harbal dan ekstraknya. Pada tahun 1990 edisi terakhir dari The Pharmacopoeia of
the People's Republic of China telah mencatit lebih dari 500 herbal
bersendirian dan ekstraknya dan hampir 300 formula yang komplek.
Terdapat bukti dari cubaan klinik secara rawak, herbal yang
digunakan olih sensei ada yang dapat merawat ketuaan dan bolih meningkatkan
usia, mengurangi kesan sampingan dan mengurangi ketumbuhan semula beberapa
jenis penyakit kanser, lebih lebih lagi bila dicantum dengan rawatan moden.
Buku Shen Nong's Herbal Classic, berumur 2000-tahun, buku
perubatan Cina yang tertua terdapat 365 jenis akar kayu, rumput, kayu, kulit
binatang, binatan dan batu-batan terbahagi kepada 3 kempulan ubatan herbal:
•
Kempulan pertama digelar “terunggul”, termasuk herbal untuk pelbagai jenis
penyakit dan amat bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ia tidak mempunyai apa
saja kesan sampingan.
•
Kempulan kedua termasuk minuman tonik dan boosters, yang mana kegunaannya tidak
bolih ditangguh tangguhkan.
•
Kempulan ketiga, kegunaannya mestilah diambil secara kecil-kecilan dan
digunakan untuk penyakit tertentu sahaja.
Lingzhi (Cendawan) termasuk dalam kempulan nombor satu
“terunggul” ia adalah ubat herbal yang mahal dan hanya mereka yang berada saja
yang mampu memilikinya pada zaman kunuh.
Peranan Ubatan Herbal Cina
Para herbalogi Cina kebiasaannya menggunakan bahan dari
semua bahagian tumbuhan herbal seperti, daun, pucuk, bunga, akar dan juga bahan
dari binatang dan mineral. Kegunaan bahagian dari binatang kawalan (endangered
Species) seperti kuda laut, tanduk badak sumbu, tulang harimau dan sirip ikan
jerung mendatangkan kontrolvesi sehingga meyebabkan tumbuhnya pasar gelap yang
sanggup memburu dan membunuh binatang untuk tujuan menjual secara haram.
Ramuan herbal Cina dapat disediakan dalam beberapa cara.
Herbal mentah bolih dibuat secara rebus, rendaman, cara teh atau kukus. Ia
bolih disediakan dalam bentuk pill, majun, tablet dan capsule. Selain ini ia
juga bolih buat dalam bentuk ekstrak, tincture, yang mana digunakan secara
titisan pada makanan atau minuman dan dalam bentuk pelekat kebiasaannya untuk
kesakitan.
Pembahagian Jenis Herbal Cina.
Para Sensei pada kebiasaannya menggunakan beberapa cara
dalam membahagikan jenis herbal:
• Unsur Empat Semulajadi. (pinyin: sìqì; 四气; atau 四氣 atau 四性)
•
Lima Perasa (五味;
pinyin: wǔwèi)
•
Saluran / meridians (pinyin: jīngluò; 经络;atau 經絡)
Unsur Empat Semulajadi
Ini berkenaan dengan perasaan keadaan Yin dan Yang,
kesejukan / cold (keterlampauan Yin), Sejuk /cool, hangat/warm dan panas/hot
(keterlampauan Yang). Keseimbangan Yin dan Yang pada dalaman badan pesakit
diambil kira semasa pemilihan jenis herbal yang ingin dicadangkan. Contohnya,
ubatan herbal berunsur panas pada semulajadinya diberikan pada pesakit yang
menggalami unsur dalaman yang sejuk.
Lima Perasa
Lima perasa itu adalah; amat tajam/pungent, manis/sweet,
masam/sour, pahit/bitter dan masin/salty, dan setiap rasa mempunyai tugasan dan
sifat yang berbeza yang bersangkutpaut dengan peranan anggota. Kedua-dua
makanan dan herbal digolongkan kepada kelima rasa yang bersangkut dengan perasa
yang khusus.
Saluran / Meridians
Maridian dirujukkan kepada 12 meridians atau saluran dalam
badan yang herbal bertindak kepadanya. Meridians dalam badan berhubung kait
dengan anggota khusus. Seperti kepercayaan kunuh bahawa menthol itu tajam
(pungent) lagi sejuk (cool) dan bila menuju kesaluran paru-paru and hati ia
dapat meyejukkan kedu-dua bahagian itu kerana paru-paru adalah organ yang
melindungi badan dari serangan selsama dan sejuk, maka menthol dapat membantu
meyejukkan paru-paru dan membersihkan haba yang kotor dari serangan angin panas.
Dalam kaedah perubatan Cina, kunyit dianggap sebagai herba
yang meningkatkan aliran darah anda. Nama Cina yang ada kaitan dengan herba ini
jianghuang, bermakna halia (Jiang) yang berwarna kuning (huang). Pengamal
perubatan tradisional Cina (TCM) menggunakan Kunyit untuk melegakan sakit dada
dan sakit dalam perut, abdomen dan organ hati, serta untuk hidung berdarah dan
pitam panas setempat.
Jianghuang atau Kunyit memasuki limpa, perut dan saluran
hati. Oleh yang demikian, tindakan amnya menyegarkan darah, menggalakkan
pergerakan qi, mengurangkan kesakitan dan menyingkirkan angin. Ia menggalakkan
pergerakan qi dan membantu melegakan kesakitan sakit yang terutamanya
epigastric dan perut kerana qi tidak bergerak. Ia juga menyingkir angin dan
menggalakkan peredaran darah untuk merawat artritis yang dikenali dalam TCM
sebagai bi angin lembap, sangat baik untuk merawat penyakit bahu akibat
halangan kesakitan yang dialami.
Yam Cina bantu memudahkan pencernaan
Juga dikenali sebagai Huai shan (淮山) dan Shan Yao (山药)
dalam bahasa Cina, yam cina atau keladi Cina (Dioscorea opposita) adalah akar
dan telah lama digunakan sebagai Perubatan Tradisional Cina (TCM) dan barangan
makanan di China yang bantu memudahkan pencernaan, melegakan sakit perut,
menggalakkan pertumbuhan otot dan pembaikan tisu haus keluar, dan melegakan
tubuh kelemahan selepas penyakit jangka panjang.
Keladi Cina dikenali dalam TCM bergerak sepanjang tiga
meridian di di badan saluran bekalan qi (tenaga penting) - limpa, paru-paru dan
buah pinggang dan mengisi qi dalam tiga organ. Oleh itu, ia digunakan untuk
merawat gejalayangyang kekurangan qi mereka.
TCM mengklasifikasikan keladi Cina sebagai neutral dan
manis. keladi Cina adalah tonik yin penting (kelembapan) yang dikatakan memberi
manfaat kepada semangat, menggalakkan pembangunan daging dan apabila diambil
lazimnya, untuk mencerahkan akal dan membantu memanjangkan jangka hayat. Ia
juga digunakan oleh pengamal TCM untuk menambah yang qi dan yin di buah yang.
Sifat penyejuk ia membantu kawalan dan mengawal pengumpulan
haba berlebihan dalam darah, limpa dan perut dan membantu melembabkan
kekeringan dalaman limpa dan perut. Kini sains moden mendedahkan yang keladi
mempunyai manfaat kesihatan yang lebih besar.
Mereka yang sering mengambil makanan yang "sejuk"
seperti ais krim dan sushi mentah adalah terutamanya terdedah kepada kekurangan
qi dalam limpa dan akan berbuat baik untuk mengambil keladi Cina.
Varieti Cina adalah makanan yang biasa dijumpai dalam
masakan Jepun, Cina dan Korea. Keladi Cina kering kelihatan seperti kapur.
Varieti Cina juga boleh didapati dalam bentuk segar. Untuk menyediakan keladi
Cina yang baru untuk makan, hanya membasuh dan mengupas kulit dan potong
menjadi kiub atau kepingan untuk sup dan memasak.
Keladi Cina segar boleh didapati di pasar raya paling Asia
(Singapura, Malaysia, Jepun, Taiwan, Hong Kong dan sebagainya).
8 jenis herba di dalamnya seperti berikut:
himpunan 'ba bao' atau 8 bungkus itualam satu bungkusan
herba ini terdapat 8 bungkus herba yang berlainan jenis untuk dimasak sup.
Pak Kei (Cantonese)
Pak Kei banyak tumbuh di Korea dan wilayah Shanxi dan juga
Gansu di China. Akar pak kei yang berwarna kuning pucat ini dipercayai sangat
baik for the treatment of poor blood curculation and fatigue. Pak kei juga disebut
huang shi dalam bahasa Mandarin.
Wai San (Cantonese)
Wai san juga banyak didapati di Korea dan China terutama di
wilayah Henan dan Hunan. Wai san di dalam gambar merupakan akar berwarna putih
seperti kapur atau keperakan. Wai san atau shan yao (bahasa Mandarin)
dipercayai sangat berkesan sebagai ubat menyegar dan menguatkan badan terutama
for the kidneys and lungs, and prescribed for diarhoea, diabetes, and urinary
problems.
Gambar di atas ini belum diberi nama... ada sesiapa tahu?
Saya perlu rujuk kawan-kawan Tionghua.....dan akhirnya rakan sekerja saya, Ivy
Chai Wei Yee dapat menjawab persoalan itu....herba ini diberi nama 'tong gui'
dalam bahasa Mandarin.
herba yang ini pun belum pasti apa namanya.....dan sekarang
(18 Februari 2011) dapatlah nama herba di atas iaitu 'hei mu er' (Mandarin).
Ginseng (English)
Banyak orang pernah dengar 'ginseng'.... di atas ialah
gambar akar ginseng. Sebutan Cantonese ialah 'yong sam' dan sebutan bahasa
Mandarin pula ialah 'xi yang shen'. Akar
ginseng secara keseluruhannya kelihatan seperti bentuk manusia yang mempunyai
dua kaki, two hands and a lean torso, tetapi kepalanya pula could be a
maniature man. Masyarakat Cina mempercayai setiap bahagian tubuh akar ginseng
mempunyai khasiatnya yang tersendiri dan setiap bahagiannya pula mempunyai nama
masing-masing misalnya 'yong sam tau' ialah bahagian kepala akar dan 'yong sam
soe' pula rerambut akar.
Lotus Seeds (English)
Kita sudah biasa melihat bunga teratai yang terapung di atas
kolam atau tasik. Cantik bukan....secantik itulah khasiatnya yang jarang sangat
kita ketahui. Selain akar teratai yang digunakan dalam masakan sup, biji
teratai atau 'lien chi' (Cantonese) pun mempunyai hasiatnya yang tersendiri.
Biji teratai (lian zi - Mandarin) tidak semesti dicampur sebagai bahan masakan
sup tetapi penggunaannya boleh dipelbagaikan.
Dried magnolia petals (English)
Magnolis petals dipercayai to be beneficial for an
extraordinary range of illness, from pulmonary diseases and deafness to ulcers
and cough.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
BalasPadamdapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q