KESAN PONSTAN
PADA PERUT DAN USUS (Gastrointestinal)
Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid,
boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya
menyebabkan radang ( inflammation), pendarahan (bleeding), luka
(ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus
besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko
untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari
atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat
kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan
darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula
Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini.
Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok serta mempunyai
sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.
KESAN PADA KULIT
PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi
yang serius pada kulit, iaitu. exfoliative dermatitis, toxic epidermal
necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah
ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus
berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk,
dan boleh melibatkan nyawa.
KESAN PADA GINJAL
Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan
masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal
seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing
(haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan
Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function
test) harus diperiksa secara berkala.
KESAN PADA HATI (LIVER)
PONSTAN harus diberikan secara
berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan
fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam
ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari
bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.
KESAN PADA SEL-SEL DARAH
PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan
prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi
pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada
pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan
kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.
KESAN-KESAN LAIN
PONSTAN juga harus diberikan
berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat
perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan
keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg
mengamalkan IUCD.
KESAN PADA WANITA MENGANDUNG
NSAIDs menghalangkan pembentukan
prostaglandin yg penting di akhir kehamilan, menyebabkan bayi dalam
kandungan bermasalah. Antaranya penutupan saluran darah di jantung (
closure of the foetal ductus arteriosus), masalah ginjal, menyebabkan
darah cair pada bayi, dan proses bersalin yg lama. Ponstan tidak
diberikan terutama beberpa hari sebelum proses kelahiran.
PENGGUNAAN PADA IBU YG MENYUSUKAN ANAK
Sedikit kuantiti PONSTAN yang terdapat
pada susu ibu yg memakan Ponstan , boleh tersebar pada bayi yg menyusu
itu. Tidak digalakkan ibu mengandung yang menyusukan anak memakan
PONSTAN sbg ubat tahan sakit.
PENGGUNAAN PADA KANAK-KANAK
Penggunaannya tidak digalakkan pada kanak-kanak berumur 14 tahun ke bawah.
Posted on October 24, 2012 by sitik
Tidak semua ubat yang dipreskripsi
oleh doktor selamat kepada pesakit. Secara amnya, ubat tahan sakit boleh
menyebabkan seseorang itu sakit, yang boleh membawa kepada kematian.
Oleh itu, jangan ambil risiko dengan membiasakan diri makan ubat tahan
sakit terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, jadi selagi boleh tahan
sakit, cubalah tahan…
Di Amerika, ubat tahan sakit dikatakan
penyebab kematian ke-4 selepas sakit jantung, kanser dan strok. Ini
bermakna, ubat tahan sakit berisiko tinggi menyebabkan kematian
berbanding penyakit lain seperti diabetes, penyakit paru-paru dan
lain-lain. Kemungkinan besar keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia,
cuma di sini tiada data yang sah kerana kurang kajian dilakukan
berkaitan ubat tahan sakit ini.
Disenaraikan di bawah ini 5 ubat tahan
sakit yang paling bahaya. Jika boleh cuba elakkan penggunaan ubat tahan
sakit, terutamanya pada dos yang tinggi.
1. Ubat Cox-2 Inhibitors (Nama biasa: Celebrex, Celecoxib)
Ubat ini mempunyai risiko kematian 3 kali
lebih tinggi daripada serangan sakit jantung. Ia digunakan juga sebagai
ubat anti-kanser. The National Cancer Institute (USA)
melaporkan bahawa pesakit yang mengambil dos 400 mg mempunyai risiko
kematian 250% lebih tinggi daripada serangan sakit jantung atau strok.
Kalau diambil pada dos 800 mg, risiko kematian adalah 340%.
2. Ubat NSAIDs (Nama biasa: Advil, Aleve, Ibuprofen)
Ubat tahan sakit ini digunakan untuk
pesakit atritis, sakit belakang atau sakit tengkuk. Kesan pengambilan
ubat ini ialah ulser gastrointestin dan pendarahan yang boleh
menyebabkan kematian. Kesan ubat ini ternyata selepas 2 bulan. Jumlah
kematian akibat komplikasi selepas pengambilan NSAIDs adalah sama dengan
kematian disebabkan oleh AIDs.
3. Ubat tahan sakit berasaskan opiate (Nama biasa: Vicodin, Lorcet, Norco, Percocet, Hydrocodone, Oxycodone)
Selalunya ubat tahan sakit ini digunakan
selepas pembedahan major, kecederaan teruk akibat kemalangan, atau
sakit-sakit lain. Banyak kematian disebabkan pengambilan dos opiate yang
berlebihan.
4. Ubat Acetaminophen (Nama biasa: Tylenol, Acetaminophen)
Jika ubat ini diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan kegagalan hati berfungsi.
5. Ubat Salicylates (Aspirin) (Nama biasa: Aspirin, Acetylsalicylate)
Ubat tahan sakit ini jika diambil pada dos
yang tinggi atau secara berterusan pada dos yang rendah akan menyebabkan
risiko mendapat ulser dan pendarahan gastrointestine sebanyak 2 kali
ganda. Ubat ini juga boleh menyebabkan Sindrom Reye iaitu penyakit yang
merosakkan organ dalaman, terutamanya otak dan hati. Jika tidak dirawat
segera ia boleh menyebabkan kematian.
Ubat Tahan sakit
semua berasal dari kimia sintetik !!!
1. Aspirin
& Salicylamide & Benorylate
2. Phenylbutazone
& Oxyphenbutazone
3. Indomethacin
& Sulindac
4. Ibuprofen
& Naproxen & Ketoprofen & Fenoprofen & Flurbiprofen
5. Mephenamic
acid & Enfenamic Acid
6. Diclofenac
sodium & Tolmetin
7. Piroxicam
& Tenoxicam
8. Ketorolac
9. Paracetamol
10.
Metamizol &
Propiphenazone
11.
Nefopam
Ubat
Tahan sakit punya kesan sampingan seperti:
1. Merosakkan
permukaan dalaman perut dan peptik ulcer mengakibatkan pendarahan dalam usus
dimana najis anda menjadi hitam berkilat = dark tarry stool @ malena !
2. muntah
+ loya + sakit ulu hati + pendarahan usus
3. rashes,(ruam)
4. urticaria
,
5. meleleh
air hidung (rhinorhea)
6. bengkak
saluran darah (angio edema)
7. lelah
8. tindakan
alahan teruk yg boleg bawa maut = anaphlaxis
9. pening
+ telinga berdesing + kepala pusing2 + pandangan kabur + penglihatan kabur
10.
keliru atau tak keruan
11. merencatkan kebolehan badan
melawan penyakit secara semulajadi kerana sifatnya antiiflammatory ! (Sistem Imiun badan)
Jadi
anda perlu berhati hati bila makan ubat penahan sakit NSAIDs. Biasanya
paracetamol adalah ubat NSAIDs yang dikatakan mereka sebagai NSAIDs paling
selamat. Namun begitu penggunaan jangka panjang paracetamol berkaitan dengan
penyakit sirosis hati ( liver cirrhosis ) !!!