Bahagian-bahagian sistem pencernaan manusia:
|
Makanan dihancurkan secara mekanikal oleh gigi kepada butir-butir
yang lebih kecil supaya jumlah luas permukaan makanan ditambahkan untuk
tindakan enzim.
|
|
Semasa pengunyahan, makanan dicampurkan dengan air liur daripada
3 pasang kelenjar liur, iaitu
|
- kelenjar parotid
- kelenjar sublingua
- kelenjar submandibel
Air liur melembutkan makanan dan menjadikannya lebih mudah
ditelan.
|
|
Air liur mengandungi sejenis enzim, iaitu ptialin @ amilase liur.
Enzim ini menghidrolisiskan kanji masak kepada maltosa.
|
Lidah menolong membulatkan gumpalan makanan menjadi bolus dan
menolaknya ke arah faring.
|
|
Semasa menelan, lidah menolak makanan ke belakang mulut dan
seterusnya ke esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki
rongga nasal.
|
|
Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis.
|
|
Peristalsis - penguncupan dan pengenduran beritma yang berlaku di
sepanjang salur alimentari.
|
Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.
|
|
Jus gaster mengandungi
|
a) asid hidroklorik
|
|
||||
b) enzim renin
|
|
||||
c) enzim pepsin
|
|
Penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan
secara fizikal. Tindakan peristalsis membantu mencampuradukkan makanan dengan
enzim.
|
|
Makanan berada di dalam perut selama kira-kira 4 jam. Makanan
yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenal sebagai kim.
|
Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas
dari pankreas.
|
Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu.
Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila
diperlukan.
|
|
Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mempunyai enzim.
|
|
Fungsi hempedu : Mengemulsikan lemak (memecahkan lemak menjadi
titisan halus yang terampai di dalam air). Pengemulsian lemak menambahkan
jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim.
|
|
Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus
pankreas.
|
|
Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim
|
- amilase
- tripsin
- lipase
Amilase menghidrolisiskan kanji yang masih belum dihidrolisiskan
oleh ptialin dalam rongga mulut kepada maltosa.
|
Tripsin menghidrolisikan pepton dan polipeptida kepada peptida.
|
Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak dan
gliserol.
|
Kelenjar usus pada dinding usus kecil menghasilkan jus usus yang
bersifat alkali.
|
|
Jus usus mengandungi enzim:
|
- erepsin (peptidase) yang menhidrolisiskan peptida menjadi asid amino
- maltase yang menhidrolisiskan maltosa kepada glukosa
- sukrase yang menghidrolisiskan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
- laktase yang menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa dan galaktosa
Gula ringkas, asid amino, gliserol, dan asid lemak adalah hasil
akhir pencernaan. Semua hasil ini diserap di usus kecil.
|
PENYERAPAN & ASIMILASI
HASIL PENCERNAAN
Usus kecil mencapai luas permukaan yang besar dengan cara berikut
|
- usus kecil adalah sangat panjang, kira-kira 6 meter
- terdapat banyak lipatan di dalam usus kecil
- seluruh permukaan dalam usus kecil mempunyai unjuran berbentuk jari yang dinamakan vilus
- pada permukaan epitelium vilus, terdapat unjuran halus yang dinamakan mikrovilus
Setiap vilus mengandungi satu jaringan kapilari darah. Di
tengah-tengah vilus, terdapat satu lakteal yang berwarna putih. Lakteal
bersambungan dengan salur limfa.
|
Proses penyerapan makanan berlaku secara resapan diikuti dengan
pengangkutan aktif.
|
|
Gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C
yang larut dalam air diserap ke dalam kapilari darah di dalam vilus.
|
|
Kapilari darah daripada semua vilus bersatu dengan vena portal
hepar. Vena portal hepar membawa darah yang mengandungi makanan tercerna ke
hati.
|
|
Asid lemak dan gliserol meresap ke dalam epitelium vilus. Di
dalam sel epitelium vilus, gliserol berpadu dengan asid lemak membentuk
titisan lemak. Titisan lemak ini kemudian diserap ke dalam lakteal.
|
|
Vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak juga diserap ke
dalam lakteal.
|
|
Dari lakteal, titisan lemak diangkut oleh salur limfa yang
akhirnya membuka ke dalam vena subklavika kiri di bahagian antara leher dan
bahu.
|
|
Makanan tercerna yang telah diserap akan diasimilasikan.
|
|
Asimilasi - Proses penggabungan makanan tercerna ke dalam sel dan
tisu badan.
|
|
Sebahagian besar makanan tercerna diangkut oleh vena portal hepar
ke hati. Proses asimilasi bermula di sini.
|
|
Glukosa berlebihan yang terhasil akan ditukarkan oleh sel hati
menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
|
|
Hati juga membina pelbagai jenis protein seperti enzim,
protombin, dan fibrinogen daripada asid amino yang diterimanya.
|
|
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan kerana beracun.
Hati menguraikannya menjadi urea. Urea diangkut oleh darah ke ginjal untuk
dikumuhkan melalui air kencing.
|
|
Lemak yang berlebihan akan dibina menjadi tisu lemak dan disimpan
di bawah kulit serta di sekeliling usus.
|
Sisa makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar.
|
|
Penyerapan air berlaku di usus besar. Kesannya, sisa makanan
mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu.
|
|
Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk
mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses penyingkiran tinja disebut
penyahtinjaan.
|
|
Pergerakan tinja di dalam usus besar menuju ke dubur berlaku
secara peristalsis.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya. |