Ahad, 11 Januari 2015

Najis sebenarnye boleh memberi petanda tentang tahap kesihatan

Tahukah anda, najis kita sebenarnye boleh memberi ‘clue’ tentang tahap kesihatan kita. 

  Image result for najis dan tahap kesihatan

Ciri-ciri najis yang sihat:

a) Bewarna perang dan kuning
b) Tidak berbau
c) Berbentuk seperti pisang, berdiameter kurang lebih 3cm, pnjang 6cm 
d) kekerasannya biasanya mengandungi :
          -75% - 80% kelembapan
          -90% najis berair
          -70% najis keras
e) kuantiti lebih kurang satu kilogram.

Satu info menarik perhatian saya untuk berkongsi adalah. Kajian mendapati apabila toksin dari najis lebih dari 3 hari, dan apabila diambil dan di suntuk kedalam tubuh tikus, ia akan membunuh tikus tersebut sekelip mata sahaja.

Ciri najis yang menunjukkan mempunyai masalah kesihatan:

a) najis berwarna kehitaman dan tenggelam di dalam air. Ia menunjukankan  kurang pengambilan serat.
b) Najis berbentuk tahi kambing. Ia menunjukakn badan  sangat kekurangan serat.
c) Najis  bercampur darah.  perlu mendapatkan pemereksaan untuk barah usus.

90% daripada jenis penyakit adalah berkaitan degan usus kotor. Najis yang tersimpan terlalu lama itu akan melekat di sepanjang dinding usus besar korang.  Lama kelamaan, najis pada dingding usus tersebut semakin menebal dan menyebabkan laluan semakin sempit. 
Perkumuhan (pembuangan najis) ni penting untuk menyingkirkan toksin2 dalam badan. Bayangkan kalau beberapa hari kita x ‘membuang’, berapa banyak asid terkumpul dalam badan sampai kepala rasa pening, tekak loya, perut pun x sedap. 
Banyakkan pengambilan air bersih (sebaiknya yg beralkali e.g. Air Zamzam, Air Bio Aura dll). Juga makan makanan berkhasiat, kaya fiber & serat. Avoid Fast Food! 1 pack fries mengandungi lebih kurang 1 cawan minyak. 1 gelas minuman berkarbonat = 16 sudu gula.


Image result for najis dan tahap kesihatan

 Oat juga sangat baik untuk sistem penghadaman kerana mengandungi serat yang tinggi Membersihkan usus besar membantu tubuh dalam banyak hal, termasuk mengurangi risiko kanser. Ingat semua bahwa kandungan serat yang tinggi ada pada oat ianya juga baik untuk membantu menjaga usus besar agar tetap bersih dengan memaksa sisa makanan keluar dari usus besar. dan itu dapat meningkatkan kesihatan .


Buah tin bermenafaat memeperlancar pembuangan angin pengambilan buah tin dan cuka epal membantu untuk mengubati masaalah sembelit kronik. 
Pengambilan secara harian buah tin cuka epal adalah ubat yang berkesan untuk terapi penyembuhan buasir  (Hemorrhoid atau Piles). Buah tin mengandungi enzim seperti flavonoid dan ficin baik untuk sistem pencernaan.
Pengambilan supplement dapat membantu proses detoksifikasi (buang toksin melalui perpeluhan, pembuangan air kecil & besar) & “nutrien absorption” atau penyerapan nutrien dengan lebih baik.
* ambil sepeket Garam Buluh 1 x sehari utk membuang toksin & menambah alkali dalamn tubuh badan. Badan kita sebaiknya dalam keadaan 80% alkali & 20% berasid.  Penghidap cancer, 100% badan mereka berasid! 

Info Garam Buluh :
* minum Lactolite seminggu 2-3 kali untuk menambah bakteria baik (Lactolite mengandungi :
1) probiotik – bakteria baik &
2) prebiotik – inulin, makanan kpd bakteria baik, so bakteria baik tu boleh hidup lebih lama dalam usus kita)
* minum banyak air beralkali (atau air Bio Aura jika x mampu nak beli air zamzam setiap hari). PH air bioaura adalah alkali, hampir sama SIFAT & kaya dgn garam mineral seperti air zamzam. Of course air zamzam #1 yea! Avoid air R.O jika anda sihat. Air R.O ni air bersih, dh mcm air suling, semua dah ditapis sampai x de garam mineral langsung dah. Ni sesuai utk pesakit buah pinggang atau utk kegunaan industri. Org yg belum ada penyakit buah pinggang kronik, minum air mineral atau yg beralkali ye…
Air berasid + Badan berasid = ASID
Air neutral + Badan berasid = ASID
Air beralkali + Badan berasid = NEUTRAL -> ALKALI
Bila susuk tubuh kita beralkali, kita ambil supplement apa pun akan lagi cepat nampak kesan sebab penyerapan nya optimum.  Memang awet muda! Cuba bayangkan kalau kolon kita penuh dgn bakteria jahat, banyak toksin, makan lah berkarton2 kolegen pun, kulit still bermasalah, kusam, sebab dalaman nya x bersih.\
Jangan bergantung 100% pada ubat hospital sebab mmg ALMOST 100% drugs = chemical. Ubat hanyalah penahan sakit sahaja. Kalau diambil dlm kuantiti yg banyak & berpanjangan, mungkin akan mengakibatkan komplikasi pada hati, buah pinggang & jantung.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Khamis, 18 Disember 2014

Penyakit Asma



 ASMA









Hakikatnya, membiarkan penghidap asma mendapat serangan akut tanpa rawatan sebenarnya boleh mengundang maut.
Pakar Perunding Pulmonari dan Penjagaan Kritikal, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia/Global Initiave For Asthma (WHO/GINA), Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai berkata, pandangan yang mengatakan asma adalah penyakit kronik yang tidak mengakibatkan kematian menyebabkan sebahagian besar pesakit asma tidak mengawal penyakit mereka dengan baik.
Menurut beliau, kebanyakan penghidap asma hanya mendapatkan rawatan apabila terkena serangan atau menghadapi gejala seperti nafas berbunyi atau sesak nafas.
``Biasanya pesakit yang mendapat serangan asma akut akan dirujuk ke Jabatan Kecemasan di mana mereka akan dirawat.
``Rawatan ini akan mengurangkan gejala sesak nafas tetapi ia tidak dapat merawat masalah asma sepenuhnya,'' ujarnya.
Amalan rawatan seperti itu menyebabkan ramai di kalangan penghidap asma tidak dapat mengawal penyakit yang mereka hidapi.
Asma atau juga dikenali sebagai penyakit lelah merupakan sejenis penyakit saluran pernafasan yang kronik.
Ia dicirikan dengan masalah pada sistem pernafasan yang berulang.
Semasa bernafas, udara bebas keluar masuk ke dalam paru-paru.
Bagaimanapun, semasa serangan asma berlaku, pernafasan menjadi sukar kerana berlaku pengecutan otot di sekeliling saluran pernafasan.
Pada masa yang sama, selaput saluran pernafasan akan mengalami radang di mana kedua-dua unsur ini menyebabkan pesakit mengalami sesak nafas.
Pada hari ini dianggarkan 200 juta orang di seluruh dunia menghidap asma. Jumlah ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan penyakit diabetes iaitu sebanyak 145 juta orang.
Di kebanyakan negara, asma adalah penyakit kronik yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Menurut Dr. Jeyaindran, dianggarkan 40 hingga 50 kes serangan asma akut dirawat di Jabatan Kecemasan HKL setiap hari.
Berbanding dengan serangan jantung, hanya satu atau dua kes sahaja penghidap penyakit itu dirawat di jabatan berkenaan setiap hari.
``Oleh kerana jumlah pesakit asma yang terlalu banyak dan risiko kematian rendah, serangan asma akut kurang mendapat perhatian jika dibandingkan dengan penyakit jantung.
``Memandangkan serangan jantung boleh meningkatkan risiko kematian sebanyak 80 peratus, maka ia dianggap lebih serius dan mendapat perhatian lebih rapi berbanding asma,'' katanya.
Mengikut kajian, seperti juga serangan penyakit jantung, serangan asma akut merupakan masalah perubatan yang perlu diberi keutamaan.
Dr. Jeyaindran memberitahu, berdasarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Global Initiave For Asthma (GINA) rawatan asma bergantung pada tahap keseriusannya.
Tahap keseriusan penyakit asma yang dihidapi boleh dikenal pasti melalui gejala-gejala yang dialami pesakit. Ia diukur dengan menggunakan alat aliran puncak.
``Setelah mengetahui tahap penyakit itu, jenis ubat dan dos yang perlu diambil dapat ditentukan oleh doktor,'' katanya.
``Apabila serangan berlaku, pesakit perlu mengambil ubat sedutan biru bronchodilator yang dapat membantu mengembangkan semula otot-otot yang mengecut.
``Ubat ini dapat membantu menghilangkan gejala sesak nafas dan nafas berbunyi,'' jelasnya.
Bagaimanapun, walaupun ubat itu diberi pembengkakan pada saluran pernafasan masih ada.
Jika masalah ini tidak ditangani dengan baik, serangan akan berulang.
Sehubungan itu, pesakit memerlukan ubat sedutan steroid berwarna coklat untuk mengurangkan pembengkakan pada otot paru-paru.
Menurut Dr. Jeyaindran, banyak pesakit hanya mengambil ubat-ubatan apabila mereka mengalami gejala asma sedangkan penghidap asma memerlukan rawatan sepanjang hayat dan bukan cuma ketika berlaku serangan asma akut.
Dalam rawatan, jika keadaan pesakit kurang serius, dos ubat-ubatan boleh dikurangkan atas nasihat doktor.
Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Kedua di Malaysia pada 1996 mendapati 4.2 peratus penduduk negara ini menghidap asma.
Kajian itu juga mendedahkan penyakit asma lebih tinggi di kalangan penduduk bandar (4.5 peratus) berbanding penduduk luar bandar (4.0 peratus).
``Daripada jumlah itu, 89.1 peratus menghidap asma yang ringan, 8.8 peratus asma yang sederhana, manakala 2.1 peratus asma yang serius.
``Jika dibandingkan dengan gejala di Eropah, penyakit asma di sana agak tinggi dengan catatan sebanyak 55 peratus ringan, 24 peratus sederhana dan 21 peratus serius,'' jelas Dr. Jeyaindran.
Walaupun hanya 2.1 peratus pesakit asma dikategorikan pada tahap yang serius, secara purata pesakit asma mendapat serangan sebanyak 14 kali dalam setahun.
Setiap serangan berterusan selama empat hari. Dalam tempoh itu, pesakit tidak akan bekerja atau ke sekolah selama dua hari.
Ini menunjukkan kawalan asma tidak begitu memuaskan.
Berdasarkan garis panduan GINA, asma dianggap terkawal apabila:
- Pesakit tidak menghadapi gejala-gejala kronik
- Pesakit tidak mendapat serangan akut
- Tidak memerlukan bronchodilator
- Dapat melakukan sebarang aktiviti tanpa
masalah.

Gejala
Selama ini gejala asma hanya dikaitkan dengan nafas berbunyi atau jika seseorang mengalami sesak nafas ketika melakukan aktiviti-aktiviti seperti menaiki tangga, bersenam atau berlari.
Sebaliknya, jika pesakit asma kerap batuk sama ada ketika bercakap atau ketawa itu adalah gejala pertama keadaan asma mereka sudah tidak terkawal.
Biasanya, batuk itu adalah jenis tanpa kahak.

Punca asma
Faktor keturunan. Ia merupakan sejenis penyakit genetik di mana saluran pernafasan penghidap menjadi begitu sensitif dengan alahan-alahan tertentu. Ini termasuklah habuk, debu bunga, bulu haiwan peliharaan, asap rokok, bahan-bahan kimia seperti cat, gam dan sebagainya.
Dianggarkan 80 peratus penghidap asma mengalami masalah sinusitis (resdung) dan alahan pada makanan. Mereka juga mudah terkena penyakit kulit.

Komplikasi
Asma yang tidak dirawat boleh mengakibatkan paru-paru menjadi keras dan tidak dapat berkembang dengan baik.

Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan fungsinya.

Salah faham mengenai asma
- Penggunaan istilah semput yang dikonotasikan dengan asma adalah tidak tepat. Semput tidak semestinya bermakna penghidapnya mengalami asma. Semput boleh berpunca daripada penyakit paru-paru seperti pneumonia, kronik bronkitis, fibrosis atau penyakit jantung seperti lemah jantung dan kekurangan darah (anemia)
- Asma bukan penyakit berjangkit
- Asma sukar dirawat
- Penyakit ini boleh dirawat dengan rawatan tradisional
- Gejala asma hanya boleh ditangani dengan alat semburan bronchodilator.

Menguji tahap asma
Anda boleh mengesan sama ada asma anda terkawal atau sebaliknya dalam tempoh 30 saat dengan menjawab soalan-soalan berikut:
- Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit
dada kerana asma selama empat hari atau lebih
dalam seminggu?
- Adakah anda batuk, nafas berbunyi atau sakit
dada ketika anda terjaga pada waktu malam?
- Adakah anda berhenti melakukan senaman
kerana asma dalam tempoh tiga bulan lalu?
- Adakah anda menggunakan ubat sedutan
empat kali atau lebih dalam masa seminggu?
Jika jawapan anda `Ya' pada salah satu soalan atau lebih yang dinyatakan, penyakit asma anda adalah tidak terkawal.
Berbincanglah dengan doktor anda secepat mungkin untuk memastikan asma anda tidak merebak.

Mengurut Tapak Kaki dapat mengurangkannya dengan memberi tumpuan kepada point asma

Rabu, 10 Disember 2014

Sistem Peredaran Darah


  Sistem Peredaran Darah



Sistem peredaran darah manusia adalah proses pengaliran 
darah yang kompleks, karena melibatkan beberapa organ 
khusus untuk menjalani proses peredaran  tersebut. , 
Tidak semua makhluk memiliki  sistem peredaran darah 
yang bersifat kompleks seperti manusia,

Hasil carian imej untuk darah peredaran
Pada tubuh manusia peredaran darah yang terjadi begitu 
rumit karena melibatkan berbagai komponen organ lain 
iaitu pada Jantung berfungsi untuk mengepam darah, 
melalui pembuluh darah dihantar ke nadi dan keseluruh 
sel dan balik semula ke jantung. 

Sistem Peredaran Darah

Sistem peredaran darah dikatakan komplek karena 
melibatkan banyak organ, yang pada  bekerja secara 
sistematik untuk memindahkan zat dan oksigen dari 
satu sel ke sel lain. Peredaran darah pada manusia ini,
  dilakukan oleh sel darah yang mengalir melalui
 pembuluh. Peredaran darah yang berada di dalam
 pembuluh darah disebut dengan peredaran darah tertutup.








Pada manusia, sistem peredarah darah ini disebut juga 

kardiovaskular dan juga bertanggung jawab terhadap 
kestabilan pH dan suhu dalam tubuh. Peredaran darah 
manusia ada 2, iaitu :

Hasil carian imej untuk darah peredaran
1. Sistem peredaran darah besar (sistemik)
Peredaran besar atau sistemik di mulai dari bahagian jantung, 
menuju pada bahagian tubuh lainnya, pada bahagian tubuh
 atas maupun tubuh manusia bahagian bawah. Peredaran 
darah terjadi melewati pembuluh darah (arteri), mengalirkan 
darah yang kaya dengan oksigen dan kemudian menuju kesemua organ 
dalam tubuh manusia,,peredaran darah 
 ini disebut peredaran darah besar.
2. Sistem Peredaran darah kecil (Pulmunol)
Untuk peredaran darah kecil ini, merupakan peredaran darah
 pada manusia yang beris  darah kotor, yang diangkut oleh
 arteri Pulmonalis bermula dari serambi bahagian kanan ke 
organ paru-paru. Pada  paru-paru inilah  akan terjadi 
kegiatan  “pembersihan”, yang pada akhirnya darah bersih
 ini akan di bawa keluar dari paru-paru melewati Vena 
pulmonalis dan menuju ke jantung tepatnya pada bahagian bilik kiri.

Hasil carian imej untuk darah peredaran


Sistem peredaran darah pada manusia 
 Sistem peredaran darah pada manusia  begitu kompleks 
dan memerlukan keadaan yang baik antara satu organ
 dengan organ lain. Pengaliran darah ini mesti bekerja 
dengan baik, karena memang peredaran darah ini yang
 akan menghantarkan fungsi darah untuk tubuh :
darah juga berperanan sebagai pengankutan iaitu
Mengangkut karbondioksida dari tisu-tisu untuk 
dikeluarkan melalui paru-paru. 
Mengambil zat-zat makanan dari usus halus untuk
 diedarkan dan dibahagikan keseluruh tisu-tisu  tubuh. 
juga sebagai pertahanan tubuh terhadap serangan penyakit
 dan racun dalam tubuh dengan perantaraan  antibodi
 yang berselerak seluruh tubuh
Darah juga memberikan kestabilan terhadap suhu tubuh 
manusia, yang berperanan penting dalam mengedarkan .
 Air ini yang sangat diperlukan oleh tubuh badan,dalam 
mengatur  enzim,
Darah juga berfungsi sebagai pengangkutan untuk 
mengedarkan getah bening pada sistem saraf kelenjar
 getah bening. Pada hal ini, kelenjar getah bening 
membentuk antibodi iaitu sel darah putih dan juga sel 
yang berguna menutup luka agar terhidar dari jangkitan 
kuman.Darah juga berfungsi untuk mengatur  keseimbangan
 kadar asid  di dalam tubuh manusia.