sha3622.blogspot.com |
Pokok Hempedu Bumi banyak digunakan untuk berbagai pengubatan tradisional. Ianya yang mempunyai nama latin Andrographis Paniculata Ness merupakan tumbuhan berkhasiat Pokok tegak yang tingginya boleh mencapai ketinggian 90 cm. Berasal tumbuhan ini di percayai dari asia tropika. Dari India kemudiannya ke selatan di Thailand, ke timur sampai semenanjung Malaysia
Hempedu Bumi
Cara Mengutip Hasil : bahagian pokok di atas permukaan tanah di tuai secara manual sebelum pokok berbunga. Kutipan hasil berikutnya dilakukan selepas 1.5 - 2 bulan.
Daun Hempedu Bumi
Hempedu Bumi sendiri adalah tumbuhan liar yang memiliki banyak khasiat iaitu dapat mengubati berbagai macam penyakit. Ciri-ciri dan kandungan Daun Hempedu Bumi
Daun Hempedu Bumi mengandungi laktone dan flavonoid. Laktone di perolehi dari daun dan cabangnya, masing-masing mengandungi deoxyandrographoldie, andropraholide (zat pahit), 14-deoxy-n, 12-didehydroandrographolide, dan homoandrographolide. Terdapat juga alkane, keton, aldehid, mineral (kalsium, kalium, natrium), asid kersik dan damar. Flavonoid sendiri paling banyak dari akar, iaitu polimetoksiflavon, andrgrafin, pan ikulin, mono-0-metilwithin, dan apigenin-7, 4-dimetiler.
Buah berbentuk kapsul , panjang sekitar 1,5 cm, lebar 0,5 cm pangkal dan hujungnya berbentuk tajam.
sha3622.blogspot.com |
Khasiat dan Menafaat Daun Hempedu Bumi
Digunakan untuk mencegah pembentukan radang, memperlancar perjalanan air kencing (diuretika).
1. Menurunkan panas pada badan (antipiretika)
Daun Hempedu Bumi memiliki kandungan yang sangat mujarab untuk menurunkan panas dalam.
2. Mencegah kanser
Daun Hempedu Bumi dapat mengubati penyakit seperti trofoblas seperti hamil anggur (mola hidatisoda), dan penyakit trofoblas ganas (tumor trofoblas) serta tumor paru-paru yang merupakan penyebab terjadinya kanser.
3. Menurunkan Tekanan Darah
Kandungan sebatian kalium memberikan khasiat menurunkan tekanan darah. Hasil kajian makmal menunjukan bahwa air rebusan daun Hempedu Bumi 10% dengan takaran 0,3 ml/kg berat badan dapat memberikan penurunan kadar gula darah yang sebanding dengan pemberian suspensi glibenclamid.
4. Berkesan untuk penyakit Demam kepialu
Hempedu Bumi juga di percayai dapat di gunakan sebagai ubat penyakit Demam kepialu dengan cara mengambil 10-15 daun yang direbus sampai mendidih dan diminum air rebusannya.
Khasiat Hempedu Bumi lainnya yang tidak kurang pentingnya adalah seperti berikut
5. Mengatasi gatal-gatal
6. Mengubati demam malaria
7. Meningkatkan daya tahan tubuh
8. Menjaga stamina
9. Mengubati sakit perut
10. Kencing manis (DM)
11. Gejala penyakit hepatitis
12. Jangkitan saluran Hempedu
13. Mengatasi Cirit Birit (Diare)
14. Mengatasi disentri basiler
15.Merawat Demam kepialu
16. Mengubati radang paru-paru (pneumonnia)
17 Mengubati radang saluran pernapasan (bronkhitis)
18. Mengubati radang ginjal akut (pielonefritis akut)
19. Mengubati radang telinga tengah (OMA)
20 Mengubati radang usus
21. Mengubati sakit gigi
22. Menyembuhkan atau membaiki penyakit kencing tikus (leptospirosis)
23. Berkesan untuk menawar racun
24. Baik Untuk Kulit (penggunaan luar)
25. Mengubati kencing manis
26. Menghilangkan jeragat hitam di kulit
sha3622.blogspot.com |
Penggunaan Daun Hempedu Bumi Untuk Bahagian Luar
Untuk penggunaan bahagian luar anda dapat menggunakan beberapa cara di bawah ini.
Tumbukan daun sampai halus
Letakkan didalam kain yang halus untuk menampung bekas daun yang telah dihaluskan
Letakkan selama beberapa minit pada bahagian kulit atau wajah yang bermasaalah itu.
Untuk penggunaan bahagian dalam
Selain untuk bahagian luar, ada banyak khasiat daun Hempedu Bumi pada bahagian dalaman, berikut caranya:
Rebus dalam air hingga berbaki 1/4 daripadanya
Apabila sudah sejuk ,Minumumlah secukupnya.
Untuk memanfaatkan daun Hempedu Bumi ada baiknya meminta saran ahli pengubatan tradisional yang sangat memahami mengenai berbagai khasiat utamanya.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.