Rabu, 21 Mac 2018

Tulang menyokong tubuh manusia - Bone support the human body

Tulang menyokong tubuh manusia dalam kedudukan tegak. Tanpa tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak mampu menyokong berat badan.

Tulang rangka merupakan penyokong bagi tubuh manusia dan haiwan agar mampu berdiri tegak. Ia merupakan 20 % dari jisim manusia, dan terdiri dari 206 tulang. Secara ringkas terdapat lima fungsi utama tulang dalam badan manusia.
Tulang melindungi organ penting lain seperti tulang dada melindungi paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan mengelilinginya hampir sepenuhnya.
Pertumbuhan tulang selengkapnya terbentuk pada umur lebih kurang 30 tahun. Setelah itu ada juga perubahan yang disebut remodelling. Tulang merupakan reservoir terbesar dari kalsium dan phosphate. 99% kalsium terdapat di tulang (1000 gram) dari jumlah kalsium tubuh, sedangkan phosphate dalam tulang mencapai 90% dari phosphate dalam tubuh. SD
Dari segi bentuk, tulang dapat dibagi menjadi: tulang pipa (seperti tulang hasta dan tibia), tulang pipih (seperti tulang rusuk, tulang dada), tulang pendek (tulang-tulang telapak tangan, pergelangan tangan) dan tulang tak beraturan (seperti tulang rahang, ruas tulang belakang).Menurut letaknya tulang dibagi dua, yaitu: Tengkorak (bagian kepala), dan rangka bada
Tulang turut merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk berpegang, kita tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dengan mudah.
Tulang turut merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas menghasilkan darah. Darah manusia sentiasa diuraikan oleh badan oleh itu ia perlu digantikan secara berterusan. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.
Tulang juga merupakan tempat simpanan bahan galian bagi badan. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang untuk menggantikan galian yang penting. Keadaan ini boleh mendorong kepada penyakit osteoporosis. Oleh itu amat penting bagai kanak-kanak dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat. Ini kerana tulang bagi kanak-kanak sentiasa membesar sementara bagi ibu yang menyusu, kalsium digunakan bagi menghasilkan susu bagi membekal bayi dengan kalsium yang mencukupi bagi perkembangan tulang yang mencukupi. Kalsium boleh diambil dengan meminum susu lembu. Susu soya juga dikatakan mengandungi kandungan kalsium yang tinggi, tetapi terdapat pendapat bahawa kalsium dalam soya / sayuran berada dalam bentuk yang tidak dapat dihadamkan oleh badan manusia.


Sesungguhnya setiap manusia dari keturunan Adam diciptakan dengan 360 sendi. Barang siapa bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, duri atau tulang dari jalalan, memerintahkan kebaikan, mencegah kemungkaran, sejumlah 360 sendi tersebut, maka hari itu ia telah berjalan sambil menjauhkan dirinya dari neraka. (Muslim; 1675)

Di dalam The Hatchinson Encyclopedia (1995menyebutkan jumlah tulang-tulang di dalam kerangka tubuh pada manusia hanya 206 sahaja.

Namun Doktor muslim bernama Hamid Ahmad Hamid di dalam bukunya ‘Perjalanan Iman di dalam tubuh manusia’ (“The Journey of Faith inside the Human Body”), menyebutkan dengan terperinci360 persendian pada manusia, sebagaimana yang disebutkan secara jelas oleh Rasulullah di dalam hadisnya 14 abad yang lalu3.


A. 147 persendian yang terdapat pada vertebrae/ tulang punggung:
- 25 sendi di kawasan vertebrae/tulang punggung
- 72 sendi di antara vertebrae/tulang punggung dan costae/tulang rusuk.
- 50 sendi di antara vertebraetulang punggung.

B. 24 persendian pada thorax/dada:
- 2 sendi di antara 2 tulang dada dan rongga dada
- 18 sendi di antara dada dan rusuk
- 2 sendi di antara tulang selangka dan tulang bahu
- 2 sendi di antara tulang bahu dan dada.

C. 86 persendian area atas:
- 2 sendi di antara 2 tulang bahu
- 6 sendi di antara 2 siku tangan
- 8 sendi di antara 2 pergelangan tangan
- 70 sendi di antara tulang-tulang tangan.


D. 92 sendi area bawah:
- 2 sendi di antara 2 paha
- 6 sendi di antara 2 lutut
- 6 sendi di antara 2 mata kaki
- 74 sendi di antara 2 kaki
- 4 sendi di antara tulang lutut

E. 11 sendi gelang panggul:
- 4 sendi di antara tulang punggung dan tulang ekor
- 6 sendi di antara tulang pangkal paha
- 1 sendi pada simfisis pubis (pubic symphysis).

Jumlah keseluruhan adalah: 147+24+86+92+11= 360 sendi.
Meneliti ilmu osteologi melalui beberapa potong Al Quran dan hadis dia atas sebenarnya mampu memberi keinsafan kepada kita umat akhir zaman. Bagaimana jika sebuah kitab yang dikatakan ciptaan manusia serta hadis Nabi yang dikatakan melalui rekaan ulama’ semata-mata mampu mengungkap setepat itu fakta-fakta berkenaan ilmu yang sebenarnya asing di zaman tersebut.

ILMU OSTEOLOGI DALAM AL QURAN DAN HADIS

Apa sebenarnya rahsia serta keajaiban tulang sulbi sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam sejak 14 abad dahulu?. Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yg terakhir dlm susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yg terletak dibahagian pinggul.
Dalam sebuah hadis marfu’ yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah:
“Tidak ada dari Jasad manusia kecuali akan hancur, kecuali tulang ekornya, dari tulang ekor ini lah tubuhnya akan disusun kembali pada hari kiamat”
Al Qurtubi didalam kitab Tazqirahnya mengutip hadis ini dari Kitab Fitnah Kubur riwayat Muslim pada hadis 2955.
Sahabat bertaya Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam ” Apakah tulang ekor wahai Rasullulah?” Lalu di jawab oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam , ” Yakni seperti biji gandum, dari biji itulah ia tumbuh” – (Riwayat Ahmad)
Drpd Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasululah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda yg bermaksud: “Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan drpdnya dia akan dibangkitkan.” (riwayat An-Nasa’i, Abu Daud dam Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis2 di atas dapat disimpulkan bahawa:
1. Bermulanya kejadian manusia adalah drpd tulang sulbi.
2. Tulang sulbi begitu utuh & tidak akan hancur.
3. Manusia akan dibangkitkan semula pd hari kiamat drpd tulang sulbi.
Seorg saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel2 di dlm coccyx tidak akan hancur. Dalam kajian yg dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur & memanaskannya dgn suhu yg amat panas dlm tempoh masa yg lama. Beliau kemudian memeriksa sel2 tulang tersebut & ternyata ia masih lagi hidup & utuh seperti biasa. Jadi ini bermakna, meskipun jasad seseorg telah meninggal dunia, tetapi sel2 dlm tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan meskipun telah beribu2 tahun lamanya. Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat dengan tulang sulbi
Dalam AL-Qur’an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat.
Firman Allah yang bermaksud “Engkau memasukkan malam ke dalam siang, dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup” (surah Ali Imran, Ayat 27).
Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel-sel tulang coccyx utk tumbuh semula. Beliau tlh memasukkan tulang2 sulbi yg tlh dikisar & dibakar tadi ke dlm embri02 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dpt tumbuh & membentuk paksi janin yg lain yang seterusnya membuktikan kebenaran Al Quran dan hadis.
Beliau adalah tulang belakang keluarga”. Kenyataan atau ayat ini merujuk perumpamaan dalam bahasa melayu yang merujuk kepada individu yang berperanan sebagai penaung, penyara atau individu yang kuat menyokong keperluan keluarganya. Ternyata organ tulang dipilih sebagai menghargai individu yang menjadi harapan keluarga. Tiada pula istilah otak keluarga, jantung syarikat atau hati masyarakat. Yang ada hanya tulang belakang masyarakat, tulang belakang organisasi.

Tulang adalah organ dalam tubuh badan manusia atau haiwan yang cukup signifikan dengan keteguhan, asas yang menjadikan sesuatu makhluk itu berbentuk, mampu bergerak, kuat serta menampung tubuh badan.

Sistem rangka skeletal systemtermasuk semua tulang dan sendi di dalam badan. Setiap tulang adalah organ yang hidup yang kompleks yang terdiri daripada banyak sel, gentian protein, dan mineral. Rangka bertindak sebagai struktur yang menyediakan sokongan dan perlindungan bagi tisu lembut yang membentuk seluruh badan. Sel-sel darah baru dihasilkan oleh sum-sum tulang merah di dalam tulang kita.

7 Saintis Muslim Dengan Penemuan Yang Mengubah Dunia




Apabila bercakap tentang sains, dunia moden lazimnya mengangkat era Renaissancedan Enlightenment Eropah sebagai pencetus penemuan-penemuan saintifik yang hebat – dengan beberapa nama seperti Newton, Darwin dan Einstein diangkat sebagai tokoh sains.
Kami tidak menyangkal sumbangan mereka yang besar terhadap dunia saintifik hari ini, tetapi terdapat sumbangan lain yang seolah-olah dilupakan. Hakikatnya, sains moden yang kita kenali pada hari ini turut diasaskan di dunia Arab ketika zaman kegemilangan Tamadun Islam.
Berikut adalah 7 penemuan saintifik yang ditemui oleh saintis Muslim, tetapi sering disalah anggap sebagai penemuan barat:
1. Kaedah Saintifik dan Optik Moden – Al-Hassan Ibn Al-Haytham (965 – 1040)


haytham
TUMBLR

Perintis dari Iraq yang dianggap sebagai experimental physicist yang pertama ini, membangunkan kaedah saintifik moden 150 tahun sebelum saintis Eropah menggunakannnya.
Haytham menulis secara mendalam tentang kesejagatan sains dan keperluan memberikan bukti empirik dan bukti bagi teori-teori saintifik melalui ujian yang dia sendiri lakukan.
Beliau menyumbang kepada pelbagai disiplin ilmu, akan tetapi, pencapaian terbesar beliau adalah melalui penulisan buku dalam bidang optik moden bertajuk "Buku Optik" yang menjelaskan bagaimana proses penglihatan berlaku dan dibuktikan melalui eksperimen-eksperimen yang telah beliau lakukan. Buku beliau adalah buku pertama dalam sejarah yang menerangkan proses optik dengan betul dan tepat.
2. Algebra dan Sistem Angka Moden – Mohamed Ibn Musa Al-Khawarizmi (780 – 850)


FLICKR.COM

Perintis Parsi ini membangunkan disiplin Algebra melalui bukunya yang bertajuk 'Buku Ringkasan Pengiraan Melalui Penyelesaian dan Keseimbangan'. Nama 'Algebra' diambil daripada perkataan Arab 'Al-Jabr' yang digunakan dalam bukunya.
Ahli matematik ini juga memperkenalkan nombor kosong dan membangunkan sistem angka Hindu-Arab yang menjadi asas kepada sistem angka zaman ini.
3. Kimia Moden – Jabir Ibn Hayyan (721 – 815)


jabir
WIKIMEDIA COMMONS

Perintis Parsi yang dianggap sebagai ahli kimia paling penting dalam sejarah dunia, membangunkan prinsip-prinsip kimia moden dengan pengenalan kaedah saintifik dalam bidang 'alchemy'. Bidang kimia mendapat namanya daripada perkataan Arab "al-kemya'a".
Melalui uji kaji makmal tidak pernah didengari pada zamannya, Hayyan membangunkan proses penghabluran, penyulingan dan pengenalan bahan-bahan asas yang menjadi asas ilmu kimia moden seperti asid asetik, merkuri dan sulfur.
4. Kaedah Pembedahan Moden – Al-Zahrawi (936 – 1013)


zahrawi
SAMEAF.MFA.GO.TH

Perintis Arab ini membangunkan asas pembedahan moden yang sangat mempengaruhi dunia Barat, dengan banyak instrumen pembedahan inovatif dan teknik-teknik masih digunakan sehingga hari ini.
Zahrawi mencipta alat penyuntik (syringe), forsep, cangkuk dan jarum pembedahan, gergaji tulang dan pisau bedah lithotomy. Beliau merupakan doktor pertama yang menerangkan tentang kandungan luar rahim dan yang pertama mengenal pasti sifat genetik hemofilia. Beliau juga menulis satu siri ensiklopedia amalan perubatan dengan tiga puluh jilid yang dikenali sebagai "Kitab Al-Tasrf."
5. Sosiologi Moden dan Historiografi – Ibn Khaldun (1332 – 1406)


WIKIMEDIA COMMONS

Perintis Tunisia ini membangunkan teori dan konsep sosiologi moden dalam buku magnum opus beliau bertajuk "Al-Mukadema", yang bermaksud 'pengenalan'.
Buku beliau bertajuk "Kitab Al-Ibar" memperkenalkan prinsip-prinsip historiografi (pensejarahan) moden dan meliputi sejarah universal manusia sehingga zaman beliau. Hasil tangan Khaldun juga memberi idea awal tentang falsafah dan ekonomi moden.
6. Perubatan Moden – Ibn Sina (980 -1037)


FAMOUSPHILOSPHERS.ORG

Walaupun terma "perubatan Barat" dan "perubatan moden" banyak digunakan pada hari ini, saintis Parsi ini sebenarnya adalah orang pertama yang memperkenalkan prinsip perubatan moden.
Dalam bukunya yang mengubah sejarah – “The Canon of Medicine,” Sina memperkenalkan kaedah mereka bentuk ubat yang jauh terkedepan mendahului zamannya. Teknik-teknik, amalan, dan idea-idea yang digunakan memberi sumbangan besar terhadap dunia perubatan hari ini.
7. Mengira Jejari Bumi dan Geodesi Moden – Abu Al-Rayhan Al-Biruni (973 -1048)


WIKIMEDIA COMMONS

Perintis Parsi ini mencipta teknik untuk mengira jejari Bumi dan jarak menggunakan triangulasi yang memberi sumbangan besar kepada disiplin geografi moden dan geodesi.
Beliau menyelesaikan persamaan geodesik kompleks dan menganggarkan jejari Bumi adalah sepanjang 6,339.6 kilometer (kurang 50 kilometer daripada kiraan sekarang), iaitu satu kiraan yang tidak wujud dalam dunia Barat sehinggalah abad ke-16.

Selasa, 2 Januari 2018

Berbagai Menafaat Ubi kayu yang wajib diketahui

Hasil carian imej untuk ubi kayu

Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggalaubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris,.

Manfaat Ubi kayu Rebus Untuk Kesihatan

Rebusan ubi kayu sangat baik untuk kesihatan kerana kandungan vitamin, mineral dan serat namuni ianya hanya di makan setelah dimasak terlebih dahulu untuk menghindari  racun. Berikut cara merebusnya dengan baik:

Pilih ubi kayu yang segar
Kupas  lalu bersihkan dengan air bersih
Jika ada bahagiannya yang berwarna ungu, buang bahagian tersebut.
Potong sesuai ukuran agar lebih cepat matang
Rebus ubi kayu yang sudah terendam air
Ketika merebus jangan gunakan penutup, agar wap yang mengandungi racun keluar
Untuk mengetahui sudah matang atau belum, anda tusukan garpu atau lidi pada ubi itu jika sudah empuk siap untuk di angkat.
:

- Sumber Tenaga

Dalam 200 gram porsi, ubi kayu mengandungi 76 gram karbohidrat dan 320 kkal kalori.Ini membuatnya menjadi sebagai sumber tenaga yang baik bagi tubuh yang mengalami kerja fizikal yang berat. Karbohidrat pada singkong akan dipecah menjadi glukos yang berguna sebagai sumber tenaga bagi sel tubuh.glukosa akan tersimpan dan bertukar menjadi glikogen dalam otot sebagai reservasi energi.


Mengatasi Rematik

Cara mengatasi rematik :

siapkan 100 gram  ubi kayu 
satu batang serai
15 gram halia
1.000 cc air
semua bahan direbus hingga airnya nerbaki 400 cc
kemudian ditapis, air rebusan yang boleh diminum 200 cc saja ( jangan terlalu banyak)
Membantu Mengatur Denyut Jantung dan Tekanan darah


Ubi kayu  memiliki jumlah kalium yang cukup untuk tubuh (271mg per 100 gram atau 6% dari RDA). Kalium merupakan komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah.

Meningkatkan Sistem Metabolisme


Di dalam  ubi kayu  terdapat vitamin B yang bermanfaat untuk meningkatkan sistem metabolisme tubuh.

Selain itu, terdapat kandungan asid amino esensial dan serat yang berguna sebagai sumber tenaga bagi tubuh manusia.

 Hasil carian imej untuk ubi kayu

Membantu Proses Pembentukan Sel

Kandungan asid amino esensial yang ada di dalam  ubi kayu , bermenafaat untuk pembentuikkan sel-sel yang ada di tubuh.

ianya juga membantu memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak, yang nantinya dapat berfungsi dengan baik lagi.


Menyembuhkan Luka Bernanah dan Terbakar


Untuk luka bernanah, siapkan  ubi kayu  segar yang sudah di tumbuk, lalu tempelkan ke tubuh yang luka bernanah.

Sedangkan untuk luka terbakar, cara mengatasinya dengan menyiapkan  ubi kayu  yang sudah diparut lalu diperah.setelah itu diamkan airnya beberapa saat hingga patinya mendap. Lalu patinya tersebut dioleskan ke tubuh yang tertdapat luka terbakar.

Membantu Pesakit Kencing Manis

Pesakit Kencing Manis lebih dianjurkan mengambil ubi kayu menganti nasi. kerana ubi kayu  tidak memiliki kandungan kadar gula yang tinggi, yang menjadikan baik untuk diambil bagi pesakit kencing manis.

 Membantu Pertumbuhan

  Ubi kayu dapat meningkatkan jisim tulang dan membantu pertumbuhannya. ubi kayu  mengandungi vitamin K. Vitamin K ini berperanan dalam pencegahan ostoeporosis dan juga mempercepat  pertumbuhan tulang.


Mencegah Anemia (Kekurangan Darah)

Kandungan mineral dan zat besi yang ada di dalam ubi kayu berguna untuk membantu proses pembentukan sel-sel darah merah.

Jadi tubuh terhindar dari Anemia.(Kekurangan Darah)


Baik untuk Diet Rendah Lemak

Menafaat ubi kayu rebus lainnya adalah kerana prosesnya direbus bukan digoreng, menjadikanmya rendah lemak dan rendah kalori.

Walaupun ubi kayu di dalamnya mengandungi karbohidrat yang tinggi, disebabkan prosesnya direbus makaianya baik untuk mereka yang sedang melakukan diet lemak.

Hasil carian imej untuk ubi kayu

Melancarkan Pencernaan

Ubi kayu mempunyai banyak kandungan Insoluble Fiber atau serat yang tidak larut dalam air. Serat jenis ini baik untuk memperlancar proses buang air besar, serta menyerap dan membuang toksin di dalam usus, membolehkan peroses pencernaan berjalan dengan baik.

Tubuh daoat terhindar dari dari masalah gangguan pencernaan seperti susah buang air besar ,angin , buasir, perut kembung  dan sembelit. Jika kerap mengambil ubi kayu.


Pertumbuhan Otak

 Ubi kayu rebus juga kaya akan vitamin B dan juga komponen penting lainnya. Seperti asid pantotenant, riboflavin, piridoksin, folat dan juga thiamin yang bagus untuk pertumbuhan otak.


Menurunkan Kolesterol Darah

Negara Filipina pernah melakukan sebuah penelitian terhadap ubi kayu , dalam kaitannya untuk menurunkan kadar kolesterol pada manusia. Hasil kajianmya menunjukkan bahwa ubi kayu memiliki kesan yang ketara dalam mengurangkan tahap kolesterol secara keseluruhan.

  Ubi kayu juga dapat menurunkan kolesterol LDL yang dianggap sebagai kolesterol jahat. Selain itu ianya juga dapat membantu menurunkan tridliserida karena kandungan seratnya yang tinggi.
 Ubi kayujuga dikenal sebagai sumber saponin. saponin akan mencegah asid hempedu dan kolesterol agar yang tidak diserap oleh usus kecil.


Menigkatkan Sistem Kekebalan Tubuh

Serat pada  Ubi kayu dapat mendorong pertumbuhan probiotik atau bakteri baik di dalam usus, probiotik itu sendiri dikenali sebagai sebahagian dari sistem kekebalan tubuh. Pertumbuhan bakteri baik di dalam usus manusia dapat meningkatkan kekebalan dengan membatasi jumlah mikroorganisme patogen dalam tubuh.

Membantu Mengurangi Stress 

Vitamin dan mineral di dalam  Ubi kayu  juga dapat membantu tubuh mengurangi stres dan ketegangan. Magnesium yang terkandung di dalamnya juga dapat menjadi pereda stres dan membantu dalam menenangkan sistem saraf.

Itulah menafaat  Ubi kayu  rebus untuk kesihatan.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

14 Ciptaan Saintis Islam Zaman Dulu Yang Mengubah Dunia


saintis islam 1lh64
Pastinya anda kenal dengan nama-nama ini iaitu Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Khindi, Ibn al-Nafis dan ramai lagi. Nama mereka ini tidak asing lagi dalam dunia Sains antarabangsa. Sejak kedatangan Islam, orang Islam bukan sahaja memerintah dunia malah saintis Islam turut mempelopori dalam bidang sains seperti kimia, biologi, matematik, geografi dan banyak lagi. Pelbagai ciptaan telah dicipta oleh saintis-saintis ini yang telah mengubah dunia ke tahap yang lebih baik dan digunakan sehingga ke hari ini.
Bagi memperingati saintis-saintis Islam ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 14 ciptaan saintis Islam yang telah mengubah dunia.

1. Berus gigi

Sedar tak sedar, orang pertama yang mencipta berus gigi adalah penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang sangat sukakan kebersihan sehingga diceritakan oleh Abu Malik al-Haris ibn 'Asim al-Asy'ari, baginda bersabda :
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solah itu adalah cahaya. Sadaqah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya,"
Baginda merupakan insan yang pertama menggunakan kayu sugi daripada pokok Miswak sebagai berus gigi untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas baginda. Perbuatan itu kemudiannya dijadikan sebagai asas dalam penciptaan berus gigi. Kebaikan kayu Miswak dijadikan berus gigi kerana keberkesannya dalam menentang penghasilan plak dan jangkitan kuman. Ekstrak daripada Miswak dibuktikan 20 kali ganda lebih berkesan daripada pudina biasa menurut kajian pada 2007, oleh itu ia masih digunakan sehingga ke hari ini dan juga terdapat ubat gigi yang diperbuat daripada bahan dari pokok Miswak.

2. Kriptografi

Siapa ahli IT mesti familiar dengan cryptography kan? Teknik menulis dan menyelesaikan kod-kod ini kelihatan seperti moden tetapi sebenarnya ia sudah berumur ribuan tahun. Dalam risalahnya yang bertajuk "Sebuah manuskrip dalam mentafsir mesej kriptografi", ahli matematik Arab, Al-Khindi menerangkan bagaimana pembacaan tulisan rahsia dilakukan. Beliau merupakan orang yang pertama memberikan penerangan berkenaan kriptografi. Dalam risalahnya itu, beliau juga menghuraikan kaedah analisis kekerapan yang pertama di dunia. 

3. Algebra

Bila cakap pasal algebra, teringatkan subjek matematik tambahan. Sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan serba canggih ini. Tanpa menyedari kepentingannya, kita menggunakan algebra setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Al-Khwarizmimerupakan ahli matematik Islam yang pertama sekali mencipta Algebra. Ahli matematik Islam yang terkenal di seluruh dunia ini juga adalah orang yang pertama memberikan idea penggunaan nombor.
Selain itu, Al-Khayyam dan Sharaf al-Din al-Tussi juga menyumbangkan dalam bidang matematik dengan memperkenalkan geometri algebgra dan menyelesaikan persamaan kubik. Sumbangan mereka tidak terhenti setakat itu sahaja dengan memperkenalkan sistem pernomboran berangka oleh Al-Khwarizmi dan Al-Khindi. Hebat kan?

4. Perederan darah dalam jantung

peredaran darah
Pakar perubatan dari Greek adalah orang pertama yang mengkaji peredaran darah yang mengatakan darah mengalir dari kanak ke ventrikel kiri jantung melalui laluan septum. Namun teori itu telah dibuktikan salah oleh ahli perubatan Syria, Ibn al-Nafis dengan ramalannya yang tepat mengatakan bahawa darah bergerak dari kanan ke ventrikel kiri melalui paru-paru. Tambah beliau lagi, darah yang melalui paru-paru itu dicuci untuk digunakan kembali oleh badan. Teori oleh Ibnu al-Nafis tidak diberi perhatian sehinggalah abad ke-20.

5. Penapisan

Saintis pertama yang memperkenalkan proses penapisan yang memisahkan beberapa jenis cecair merupakan ahli kimia Islam terkemuka dan diberi gelaran "Bapa Kimia" iaituJabir ibn Hayyan. Proses penapisan alkemi yang sangat berguna dan digunakan secara meluas sehingga ke hari ini seperti penyejatan, penapisan, penulenan, pengoksidaan dan penghabluran diperkenalkan oleh beliau. 

6. Kapal selam

Ketika dalam pemerintahan empayar Ottoman, Ibrahim Efendi seorang arkitek Islam telah mencipta kapal selam pertama di dunia yang diberi nama "Tahtelbahir" pada tahun 1720. Seorang yang bernama Humayun iaitu penulis Ottoman membandingkan kapal selam ini dengan seekor buaya. Beliau menerangkan dengan berkata kapal selam itu seumpama seekor buaya dalam bentuk mesin yang boleh tenggelam ke dalam air dan mereka yang berada di dalamnya bernafas melalui paip. Selepas setengah jam di dalam air, mesin itu kemudiannya timbul semula ke dasar air lalu keluarlah mereka yang di dalam.

7. Tempoh tahun solar

tahun solar
Orang pertama yang berjaya mengira tempoh tahun solar adalah ahli astronomi Islam yang bernama Al-Battani. Penemuan inilah yang memberikan jumlah hari dalam setahun sebanyak 365.25 yang kita lalui sekarang. Selain itu, sumbangannya sangat besar kepada umat Islam seluruh dunia apabila beliau menemukan cara untuk menentukan arah kiblah dengan menggunakan jadual astronomi dan angka. Bukan itu sahaja, Al-Battani juga meramalkan pergerakan matahari, bulan dan juga planet-planet lain dalam sistem solar.

8. Pembedahan

Al-Zahrawi merupakan seorang pakar bedah Islam yang telah memperkenalkan pembedahan kepada dunia. Digelar sebagai bapa pembedahan, doktor hebat ini telah mencipta beratus-ratus peralatan bedah yang antaranya masih kekal digunakan sehingga kini dalam pembedahan moden seperti gunting tepat, jarum, gergaji tulang dan banyak lagi. Buku perubatan yang sangat terkenal dan berpengaruh dalam bidang perubatan iaitu Kitab Al-Tasrif yang merangkumi rawatan beratus-ratus penyakit dan pelbagai kaedah pembedahan ditulis oleh saintis Islam ini.

9. Vaksinasi dan ubatan

Teknik inokulasi atau vaksinasi yang dikatakan telah dicipta oleh Edward Jenner dan Louis Pasteur adalah tidak benar. Ia sebenarnya dicipta oleh saintis Islam untuk merawat penyakit cacar di Turki yang kemudiannya diperkenalkan ke Eropah oleh orang Turki. Cacar lembu digunakan untuk memvaksin kanak-kanak di Turki bagi merawat penyakit cacar 50 tahun sebelum barat menemukan teknik itu.
Saintis Islam juga memperkenalkan proses awal menggunakan tumbuhan sebagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Ibn Sina, seorang saintis terkemuka Islam telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang perubatan dengan bukunya "Al Qanun Fil tibb" yang menerangkan beberapa kaedah farmakologi serta beratus-ratus jenis ubat. Saintis Islam juga mencipta merkurik klorida yang digunakan untuk menyembuhkan luka.

10. Persamaan kuadratik

Antara sumbangan lain saintis Islam dalam bidang matematik merupakan persamaan kuadratik yang dicipta oleh ahli matematik Parsi iaitu Abul Wafa Buzjani. Beliau juga membangunkan banyak persamaan quadratik lain dan banyak daripadanya masih digunakan sehingga kini. Ilmu matematiknya sangat hebat beliau dapat menyelesaikan 13 bentuk persamaan kubik. Kalau beliau buat matematik tambahan, mesti dapat A++.

11. Hukum pembiasan

Ahli fizik Islam Ibn Sahl merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta hukum Snell yang digunakan untuk mencari hubungan antara sudut tuju dan pembiasan, yang dikenali sebagai hukum pembiasan. Beliau membentangkan pelbagai jenis bentuk kanta yang menumpukan cahaya tanpa penyimpangan geometeri dalam naskahnya "On Burning Mirrors and Lenses". Beliau juga adalah pencipta kanta-kanta Asfera.

12. Kamera pinhole

Jika anda suka mengambil gambar atau berselfie, anda patut berterima kasih kepada ahli saintis Arab yang bernama Ibn Al Haytham. Beliau bukan sahaja menyumbang dalam bidang matematik, astronomi dan fizik, beliau malah telah memberikan perubahan kepada bidang optik.
Kamera pinhole (kamera dengan aperture pinhole tanpa kanta) dicipta oleh beliau. Kamera yang diciptanya itu menggunakan teknik yang beliau temui ketika membuat kajian menggunakan cahaya yang dipancarkan melalui lubang pada tingkapnya dan membuat kesimpulan bahawa sinar cahaya akan menjadi semakin tajam jika lubang itu semakin kecil. Beliau juga membuktikan bahawa sinar cahaya bukan meninggalkan mata sebaliknya masuk ke dalam mata. 

13. Kaca dan kanta

Orang pertama yang mencipta bekas kaca dan kanta pembesar adalah saintis Islam bernamaAbbas Ibn Firnis dan dengan kanta tersebut, beliau mencipta cermin mata. Cermin juga dicipta oleh orang Islam yang kemudiannya dipelajari oleh orang Itali akan teknik pembuatannya pada abad ke-9 dan ke-10.

14. Minyak wangi

Sejak dari zaman dulu iaitu zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi minyak wangi telah digunakan. Biasanya Rasulullah S.A.W akan mempersiapkan dirinya dengan menyapukan minyak wangi yang dikenali sebagai attar dalam bahasa Arab. Ia diperbuat daripada minyak wangi semulajadi dan tumbuhan. Dua orang ahli kimia Arab iaitu Jabir ibn Hayan dan Al-Khindi adalah orang pertama yang membangunkan industri minyak wangi. Kaedah penapisan yang dicipta oleh Jabir telah memudahkan penghasilan minyak wangi manakala Al-Khindi pula menggabungkan beberapa jenis tumbuhan dan herba untuk menghasilkan pelbagai jenis bau dan wangian.

CNN report 5 Million people converted to Islam in USA




CNN report 5 Million people converted to Islam in USA



Hasil carian imej untuk islam


Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 26 Disember 2017

Khasiat Pokok Setawar Yang Wajib diKetahui

Khasiat Pokok Setawar

Image result for setawar

Pokok Setawarl juga dikenali dengan nama latinnya Kalanchoe Waldheimii. . Sebenarnya tanaman ini berasal dari Madagaskar 


Ianya dapat mencapai ketinggian 1 m. Ianya memiliki batang yang berair didalam, memiliki daun tebal yang pinggirnya bergerigi dan banyak mengandungi air.

Kandungannya

Tanaman ini memiliki kandungan yang banyak menafaatnya terdiri dari vitamin c, quercetin-3-diarabinoside, kaempferol-3-glucoside.


Khasiat Pokok Setawar

Sebagai untuk obat tradisional dapat mengubati berbagai penyakit iaitu
 sebagai
  • Anti radang
  • Menghentikan pendarahan
  • Mengurangi pembengkakan
  • Mempercepat pernyembuhan

Menafaat Pokok Setawar Untuk Ubat Tradisional


Cara Pengobatan



. Cirit-birit Dan mengurangkan demam 

  • Daun cocor Setawar dilumatkan, digunakan untuk tapal di perut, sehari diganti 2 kali.

Image result for setawar


. Bisul, ulser dan lebam

  • 30-60 gr daun Setawar dilumatkan, ambil airnya (perahan) ditambah madu, minum, jus  perhan daun, hampasnya ditempelkan pada daerah yang sakit.


. Radang Tongsil

  • 5-10 lembar Daun Setawar segar dilumatkan, ambil jusnya untuk berkumur.


. Radang Telinga Luar (Otitis Externa)

  • Daun Setawar segar dilumatkan, ambil jusnya. ianya boleh digunakan sebagai ubat titis telinga.


. Masaalah Gastrik

  • Jus perahan 5 lembar Daun Setawar ditambah sedikit garam, diminum biasa.


. Muntah Darah

  • 7 lembar Daun Setawar dilumatkan, dicampur gula merah, ditpanaskan airnya diminum selagi mas.

Image result for setawar


. Rematik

  • 30 gr herba Pokok Setawar (seluruh bahagian tanaman) direbus. Diminum airnya.
  • 4 lembar Daun Setawar , 1 sudu teh adas,  2 jari gula enau, dan 3 gelas air. Semua bahan dipanaskani menjadi 3/4 nya, sesudah dingin ditapis, diminum 3x sehari, masing-masing 3/4 gelas.


. Wasir atau Ambein

  • Daun  Daun Setawar dicuci bersih, dibiar sampai kering, dijadikan serbuk. 1 sudu makan serbuk itu dicampurkan air panas 3/4 cawan, ditambah madu 1 sudu makan, minum sewaktu masih panas, sehari 3 kali.
  • Cara  lain 10 helai Daun Serawar, 7 halai sirih, 1 batang daun Lidah Buaya ( Lendirmya sahaja ) 2 sudu makan madu. semua bahan dikisar halus datmbah air panas diminum 2 jam sebelum tidur

Menanfaat dan Khasiatnya yang Lain ialah:

Meringankan asma dan sakit dada
Mengatasi perut kembung
Mengurangi pembekakkan yang di sebabkan oleh gigitan nyamuk
Melancarkan menstruasi yang tidak teratur
Mempercepat penyembuhan luka
Mengatasi sakit gigi


  Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.