Rabu, 23 Julai 2014

Panduan Untuk Menyimpan Makanan

Panduan Untuk Menyimpan Makanan 

Jika makanan tidak disimpan dengan selamat, ia akan menjadi tempat untuk bakteria membiak dan perubahan kimia akan berlaku. Cara menyimpan makanan dengan betul adalah penting kerana :
  • Untuk memastikan makanan berada dalam keadaan yang selamat sehingga dimakan
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut
  • Untuk kesedapan makanan tersebut
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut
Makanan perlu disimpan pada suhu yang betul, persekitaran yang bersih dan
dimakan sebelum tarikh luput.
Fakta penting
  • Menyimpan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan membazir.
  • Makanan yang telah dimasak boleh menjadi tercemar walaupun bercampur dengan sedikit sahaja bahan mentah.
  • Menyimpan dalam peti sejuk adalah cara yang mudah dan selamat untuk menyimpan makanan untuk tempoh yang singkat.
  • Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Simpan mentega atau marjerin berasingan dari ikan dan buah-buahan kerana ia boleh berubah dengan bau tersebut.
  • Jangan bekukan kembali makanan selepas dinyahbekukan.
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur berasingan dari bawang kerana ia boleh berubah dengan bau bawang.
  • Makanan untuk bayi mesti segar dan buang lebihan makanan tersebut (ia tidak sepatutnya disimpan langsung).
  • Baca label pada pembungkus/bekas makanan untuk cara menyimpan sebelum dan selepas membukanya.
Bagaimana untuk menyimpan makanan dengan betul?
Ada beberapa cara untuk menyimpan makanan:
  • Penyejukan
  • Pembekuan
  • Penyimpanan pada suhu bilik
Cara untuk menyimpan makanan bergantung kepada jenis makanan.
Bagaimana cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk?
Peraturan untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:
Anda perlu :
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa?Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa?Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)
Anda jangan :
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan ayam/ itik di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari
Apakah yang dikatakan menyimpan beku?
Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.
Peraturan untuk menyimpan makanan di bahagian beku:
Anda perlu :
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Anda jangan :
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging ayam/ itik yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda.. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah)
Bagaimana untuk menyimpan pada suhu bilik?
Cara untuk menyimpan makanan pada suhu bilik
Anda mesti :
  • Menyimpan makanan kering seperti tepung, gula, beras dan serbuk teh di dalam bekas yang bertutup rapat. (Kenapa? Untuk menghalang pencemaran oleh serangga dan tikus)
  • Simpan makanan dalam tin di tempat yang sejuk
  • Simpan sayuran seperti ubi kentang dan bawang di tempat yang sejuk dan kering, jauh dari sinaran langsung matahari untuk menghalang makanan tersebut dari bercambah
  • Simpan susu yang telah dinyahkuman atau UHT di tempat sejuk. Simpan di dalam peti sejuk apabila telah dibuka dan habiskan dalam masa seminggu.
  • Simpan roti pada suhu bilik di dalam bekas yang bersih, kering dan berangin.
  • Simpan tepung dalam bekas asalnya di tempat yang sejuk, kering dan berangin. Jangan campur tepung yang lama dengan yang baru
  • Simpan buah-buahan yang belum masak seperti pisang pada suhu bilik
  • Jauhkan makanan dari dinding dan paip-paip bagi mengelakkan dicemari oleh tikus dan serangga.
  • Pastikan kabinet untuk menyimpan makanan bersih, kering dan berangin
Anda jangan :
  • Menyimpan makanan bersama-sama dengan bahan kimia, ubat-ubatan dan racun seperti racun serangga, racun rumpai, racun tikus, peluntur dan sabun
  • Biarkan makanan yang telah dimasak terhidang lebih dari 4 jam pada suhu bilik

Khasiat Vitamin D - Nutrients Of Vitamin D

Vitamin D
Vitamin D adalah kumpulan vitamin yang larut dalam lemak  Ianya juga dikenal dengan nama kalsiferol di dalam tubuh, vitamin ini memberi berperanan dalam pembentukkan struktur tulang dan gigi yang baik. Vitamin ini banyak ditemui pada Buah limau,strawberi,tomata,sayur brokoli,, dan sayuran hijau  ikan tuna, udang, mentega, biji bunga matahari, dan minyak ikan.
lainnya.

Bentuk-bentuk vitamin D

Vitamin ini sendiri merupakan turunan dari molekul steroid yang merupakan salah satu turunan dari kolesterol, terdapat dua kandungan aktif dari vitamin ini, iaitu vitamin D2 dan vitamin D3.aktiviti  Vitamin D2 atau dikenali juga dengan nama ergokalsiferol ini berasal dari  sebatian kolesterol yang banyak ditemui pada ragi dan tanaman. Vitamin D3 (kolekalsiferol) sendiri berasal dari sebatian dehidrokolesterolGolongan vitamin inilah yang paling banyak ditemui pada kulit manusia juga pada buah pinggang, vitamin D ditukar menjadi bentuk aktif yang disebut 1,25 dihydroxycholecalciferol 

Peranannya didalam tubuh

Di dalam tubuh, vitamin D dapat membentuk struktur tulang dan gigi yang kuat. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium di saluran pencernaan. selain itu, vitamin D juga dapat memperkuatkan imium sistem dan mencegah berbagai jenis kanser,apabila terjadi kekurangan vitamin D, tubuh akan mengalami berbagai gangguan penyakit, antara lain osteoporosis, osteopenia, kencing manis, darah tinggi dan berbagai masaalah penyakit jantung, kanser payudara dan barah endometrial. Anda akan terhindar dari penyakit kanser seperti kanser usus dan kanser prostat.kajian yang telah dijalankan mendapat rumusan bahawa pegambilan vitamin D dapat menghindar dari terjadi penggandaan sel kanser. semakin banyak dan tinggi vitamin D dalam darah iaitu sekitar 25-hidroksi vitamin D maka semakin rendah terjadinya kanser kolon.
Molekiul aktif dari vitamin D, iaitu kalsitrol, berperanan utama dalam metabolisme penyerapan kalsium ke dalam tulang, fungsi otot, serta mempengaruhi  sistem imun untuk melawan beberapa jenis penyakit, termasuk kencing manis dan kanser , sumber utama vitamin D adalah kulit yang menyerap sinaran ultraungu dari matahari.

Bagaimana dengan menafaat untuk kulit?
Memang diketahui umum bahawa tubuh dapat mengeluarkan vitamin D namun begitu pengambilannya tetap diperlukan dari makanan semulajadi contohnya dari ikan-ikan, dan telur,  menafaatnya untuk kulit membuatnya lebih sihat, lebih-lebih lagi  vitamin D2 dan D3 dapat mencegah gangguan kulit seperti psoriasis. dan dapat memperbaiki kerosakan kulit, mencegah jangkitan luka dikulit dan memudakan kulit yang biasanya digunakan dalam produk perawatan kecantikan.
Di dalam tubuh, vitamin D diserap di usus dengan bantuan sebatian garam hempedu, setelah diserap, vitamin ini kemudiannya akan disimpan di sel lemak (adiposa dalam bentuk yang tidak aktif.

Pengeluaran vitamin D


Vitamin D merupakan satu-satunya jenis vitamin yang dikeluarkan oleh tubuh.yang diserap dari cahaya matahari, sebatian prekursor 7-dehidrokolestrol akan diubah menjadi sebatian kolekalsiferol. hal ini berlaku  disebabkan oleh sinarultraungu. Pada tahap selanjutnya, sebatian kolekalsiferol ini akan diubah menjadi sebatian kalsitrol yang merupakan bentuk aktif dari vitamin D didalam tubuh. Kalsitrol sendiri dikeluarkan oleh buah pinggang yang kemudiannya diedarkan ke bahagian-bahagian tubuh yang memerlukannya, terutamanya di organ tulang dan gigiSebenarnya pembentukan dan pemeliharaan tulang ini tidak serta merta hanya kerana vitamin D. disebabkan vitamin D dapat berkerjasama dengan vitamin lain seperti vitamin C untuk dapat membantu pembentukan tulang. Namun fungsi khusus dari vitamin D adalah untuk membantu pengerasan tulang dengan cara mengatur kalsium dan fosfor pada tubuh agar ada didalam darah yang kemudian diendapkan sewaktu  proses pengerasan tulang, salah satu cara pengerasan tulang ini adalah pada tulang kalsitriol dan hormon paratiroid yang merangsang pelepasan kalsium dari permukaan tulang masuk ke dalam darah.
Begitulah  beberapa menafaat vitamin D bagi tubuh 

Selasa, 22 Julai 2014

Khasiat Bunga kemboja -Nutrients Flowers Kemboja (Plumeria rubra L.cv. Acutifolia.)


Khasiat Bunga Kamboja
Bunga kemboja(Plumeria rubra L.cv. Acutifolia.). Kemboja termasuk tanaman hiasan yang ditanam di pekarangan rumah . Kemboja dalam beberapa jenis, ada yang kecil ada juga yang besar yang boleh mencapai ketinggian beberapa meter. 
Tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah. Nama Plumeria diberikan untuk menghormati Charles Plumier (1646-1706), pakar botani asal Perancis. Walaupun berasal dari tempat yang jauh, kemboja sekarang merupakan pohon yang sangat populer di Pulau Bali karena ditanam di hampir setiap serta sudut kampung, dan memiliki fungsi penting dalam kebudayaan setempat. Di beberapa tempat di Nusantara, termasuk Malaysia, kemboja ditanam di pekuburansebagai tumbuhan peneduh dan penanda tempat. Kemboja dapat diperbanyak dengan mudah, melalui stek batang.
Selain ukuran pohonnya, jenis pohon kamboja juga boleh dibezakan dari daunnya. Ada pokok kamboja yang daunnya lebar , ada kamboja yang daunnya kecil dan lonjong dengan hujung tumpul. Bunga kamboja memiliki aneka warna, dari warnai putih, kuning, merah dan merah muda atau kombinasi dari warna-warna tersebut.

Sama seperti tanaman hiasan lainnya, misalnya bunga melati, bunga pohon kamboja juga menyebarkan wangian yang khas. Selain bermanfaat sebagai tanaman hiasan, bunga kamboja juga sering digunakan sebagai ubat tradisional untuk mengatasi beberapa penyakit. diantaranya bisul, kencing bernanah (Gonorrhea), bengkak, kutil, kapalan, menghaluskan kulit dan frambusia.

Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah akar, daun, getah, serta kulit pohonnya. Getah Pohon Kamboja (Plumeria acuminata) mengandungi sebatian sejenis karet, triterpenoid amyrin, lupeol, kautscuk dan damar. Kandungan minyaknya terdiri dari geraniol, sitronellol, linallol, farnesol dan fenetilalkohol.

Berikut ini beberapa contoh cara pengubatan menggunakan bunga kamboja.

1. Mengubati Bisul
Untuk mengubati bisul dengan bunga kamboja, boleh dilakukan dengan dua cara. Cara pertama menggunakan daun kamboja dan minyak kelapa. Daun kamboja diramaskan dan diadunkan dengan minyak kelapa, kemudian ditempelkan pada bahagian tubuh yang ditumbuhi bisul. Setelah kering ganti dengan daun yang lain.

Cara kedua, menggunakan getah pohon kamboja. Ambil getah kamboja terus dari pokoknya dan disapukan pada bahagian tubuh yang ditumbuhi bisul.

2. Mengatasi Bengkak
Cara mengubati bahagian tubuh yang bengkak adalah dengan kulit pohon kamboja. Caranya, ambil  kulit pohon kamboja kemudian ditumbuk hingga halus. Rebus dengan setengah cerek air hingga mendidih. Air tersebut digunakan untuk merendam bahagian tubuh yang bengkak j

3. Puru (Frambusia)
Caranya, kulit kamboja, ditumbuk halus dan direbus dengan 1 cerek air sampai mendidih. Air tersebut digunakan untuk mandi dan menggosok bahagian tubuh yang bermasaalah.

4. Kencing Bernanah (Gonorrhea)
Cuci bersih 1 potong akar pohon kamboja, kemduian direbus dengan dua gelas air hingga mendidih hingga berbaki 1 gelas. Air ramuan tersebut diminum satu kali sehari sebanyak 1 cawan.

5. Mengubati Sakit Gigi Berlubang
Untuk mengubati sait gigi akibat gigi berlubang, caranya mudah. Ambil getah pohon kamboja menggunakan kapas, kemudian kapas tersebut digunakan untuk menyocok gigi yang berlubang.

6. Menghilangkan Tahi Lalat Hidup
Tahi lalat boleh menambah kecantikan wajah seseorang, namun juga boleh mengganggu. Jika anda memiliki tahi lalat yang mengganggu, bolehlah dihilangkan dengan menggunakan getah pohon kamboja. Caranya, ambil getah kamboja menggunakan kapas, kemudian tempelkan pada tahi lalat. Lakukan secara rutin sampai tahi lalat hilang dengan sendirinya.

7. Menghilangkan kutil (Ketuat)
Caranya sama dengan menghilangkan tahi lalat, iaitu menggunakan getah kamboja. Namun harus waspada kerana getah kamboja sifatnya tajam, jadi jangan sampai terkena bahagian tubuh yang yang lain.

Bunga kamboja memang kaya akan kandungan emolien dan vitamin E. Selain untuk pengubatan, bunga kamboja juga bermenafaat untuk kecantikan, terutama perawatan kecantikan kulit. Bunga eksotis ini memberikan sensasi melembabkan, melembutkan, serta menambah zat dan menjaga keanjalan kulit.

Ahad, 20 Julai 2014

Pencegahan Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi) - Prevention Of High Blood Pressure (Hypertension)

Pencegahan Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)



Tekanan Darah Tinggi (hipertensi) adalah suatu peningkatan tekanan darah di dalam salur darah, kebiasaannya, hipertensi merupakan suatu keadaan dimana tekanan yang tidak normal tinggi di dalam arteri berunca dari kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyebabkan meningkatnya resiko terhadap stroke, aneurisma, kegagalan jantung, serangan jantung dan kerosakan ginjal.

Pada pemeriksaan tekanan darah akan didapat dua angka. Angka yang lebih tinggi diperoleh pada saat jantung berkontraksi (sistolik), angka yang lebih rendah diperoleh pada saat jantung berelaksasi (diastolik). Tekanan darah ditulis sebagai tekanan sistolik garis miring tekanan diastolik, misalnya 120/80 mmHg, dibaca seratus dua puluh per delapan puluh. Dikatakan tekanan darah tinggi jika pada saat duduk tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, atau tekanan diastolik mencapai 90 mmHg atau lebih, atau keduanya. Pada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik.

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam kisaran normal. Hipertensi ini sering ditemukan pada usia lanjut. Sejalan dengan bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sampai usia 80 tahun dan tekanan diastolik terus meningkat sampai usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau bahkan menurun drastis.

Hipertensi maligna adalah hipertensi yang sangat parah, yang bila tidak diobati, menyebabkan kematian dalam waktu 3-6 bulan. Hipertensi ini jarang terjadi, hanya 1 dari setiap 200 penderita hipertensi.

Tekanan darah dalam kehidupan seseorang bervariasi secara alami. Bayi dan anak-anak secara normal memiliki tekanan darah yang jauh lebih rendah daripada dewasa. Tekanan darah juga dipengaruhi oleh aktivitas fisik, dimana akan lebih tinggi pada saat melakukan aktivitas dan lebih rendah ketika beristirahat. Tekanan darah dalam satu hari juga berbeda; paling tinggi di waktu pagi hari dan paling rendah pada saat tidur malam hari.

PENGENDALIAN TEKANAN DARAH
Meningkatnya tekanan darah di dalam arteri bisa terjadi melalui beberapa cara:

1. Jantung menepam  lebih kuat sehingga mengalirkan lebih banyak cairan pada setiap detiknya

2. Arteri besar kehilangan kelenturannya dan menjadi kaku, sehingga ianya tidak dapat mengembang pada saat jantung mengepam darah melalui arteri tersebut,dengan ini darah pada setiap denyut jantung dipaksa untuk melalui pembuluh yang sempit daripada biasanya dan menyebabkan naiknya tekanan. Inilah yang terjadi pada usia lanjut, dimana dinding arterinya telah menebal dan kaku karena arteriosklerosis.

Dengan cara yang sama, tekanan darah juga meningkat pada saat terjadi vasokonstriksi, yaitu jika arteri kecil (arteriola) untuk sementara waktu mengkerut kerana perangsangan saraf atau hormon di dalam darah.

3. Bertambahnya cairan dalam edaran boleh menyebabkan meningkatnya tekanan darah. Hal ini terjadi jika terdapat kelainan fungsi ginjal yang tidak mampu membuang sejumlah garam dan air dari dalam tubuh. Volume darah dalam tubuh meningkat, menyebabkan tekanan darah juga meningkat.

Sebaliknya, jika:
- aktivitas mengepam jantung berkurang,
- arteri mengalami pelebaran,
- banyak cairan keluar dari edaran,
maka tekanan darah akan menurun.

Penyesuaian terhadap faktor-faktor tersebut dilaksanakan oleh perubahan di dalam fungsi ginjal dan sistem saraf otonomi (bagian dari sistem saraf yang mengatur berbagai fungsi tubuh secara otomatis).

1. Perubahan fungsi ginjal
Ginjal ( Buah Pinggang ) mengendalikan tekanan darah melalui beberapa cara:
- Jika tekanan darah meningkat, ginjal akan menambah pengeluaran garam dan air, yang akan menyebabkan berkurangnya volume darah dan mengembalikan tekanan darah ke normal.
- Jika tekanan darah menurun, ginjal akan mengurangi pembuangan garam dan air, sehingga volume darah bertambah dan tekanan darah kembali ke normal.
- Ginjal juga bisa meningkatkan tekanan darah dengan menghasilkan enzim yang disebut renin, yang memicu pembentukan hormon angiotensi, yang selanjutnya akan memicu pelepasan hormon aldosteron.

Ginjal merupakan organ penting dalam mengendalikan tekanan darah; sebab itulah berbagai penyakit dan kelainan pada ginjal boleh menyebabkan terjadinya tekanan darah tinggi, misalnya penyempitan arteri yang menuju ke salah satu ginjal (stenosis arteri renalis) bisa menyebabkan hipertensi.( darah tinggis ) Peradangan dan cedera pada salah satu atau kedua ginjal juga bisa menyebabkan naiknya tekanan darah.

2. Sistem saraf simpatis merupakan bahagian dari sistem saraf otonomi,  untuk sementara waktu akan:
- meningkatkan tekanan darah selama respon fight-or-flight (reaksi fisikal tubuh terhadap ancaman dari luar),
- meningkatkan kecepatan dan kekuatan denyut jantung; juga mempersempit sebahagian besar arteriola, tetapi memperlebar arteriola di daerah tertentu (misalnya otot rangka, yang memerlukan pasokan darah yang lebih banyak),
- mengurangi pembuangan air dan garam oleh ginjal, sehingga akan meningkatkan volume darah dalam tubuh,
- melepaskan hormon epinefrin (adrenalin) dan norepinefrin (noradrenalin), yang merangsang jantung dan pembuluh darah.


PENYEBAB
Pada sekitar 90% pesakit  hipertensi (Darah Tinggi ), penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Jika penyebabnya diketahui, maka disebut hipertensi sekunder. Pada sekitar 5-10% pesakit darh tinggi, penyebabnya adalah masaalah buah pinggang. Pada sekitar 1-2%, penyebabnya adalah kelainan hormonal atau pemakaian ubat tertentu (misalnya pil KB).

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin (noradrenalin).

Kegemukan (obesitas), gaya hidup yang tidak aktif (malas berolah raga), stress, pengambilan alkohol, atau garam dalam makanan; boleh menjadi penyebab terjadinya hipertensi . Stress cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stress telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

Beberapa penyebab terjadinya hipertensi sekunder:

1. Penyakit buah pinggang (ginjal) 
- arteri stenosis tulang belakang kiri 
- sebagai pyelonephritis-Glomerulonephritis
-tumor-buah pinggang tumor-buah pinggang penyakit polikista (biasanya diwarisi) 
- Trauma kepada buah pinggang (ginjal mengenai luka) 
- KImiotrapi buah pinggang

2. Kelainan Hormonal
- Hiperaldosteronisme
- Sindroma Cushing
- Feokromositoma

3. Ubat-ubatan berasaskan kimia
- Pil KB
- Kortikosteroid
- Siklosporin
- Eritropoietin
- Kokain
- Penyalahgunaan alkohol
- Kayu manis (dalam jumlah sangat banyak)

4. Penyebab Lainnya
- Koartasio aorta
- Preeklamsi pada kehamilan
- Porfiria intermiten akut
- Keracunan timbal akut.


GEJALA
Pada sebahagian besar pesakit darah tinggi  tidak menimbulkan gejala; meskipun secara tidak sengaja beberapa gejala terjadi bersamaan dan dipercayai berhubungan dengan tekanan darah tinggi (padahal sesungguhnya tidak). Gejala yang dimaksud adalah sakit kepala, perdarahan dari hidung, pening, wajah kemerahan, dan kelelahan; yang boleh terjadi baik pada pesakit darah tinggi, maupun pada seseorang dengan tekanan darah yang normal.

Jika hipertensinya berat atau sudah lama dan tidak diubati, boleh menimbulkan gejala  seperti berikut:
- sakit kepala,
- kelelahan,
- mual,
- muntah,
- sesak napas,
- gelisah,
- pandangan menjadi kabur,
yang terjadi disebabkan oleh adanya kerosakan pada otak, mata, jantung, dan ginjal.

Kadang kala pesakit darah tinggi ketegori  berat mengalami penurunan kesedaran dan bahkan koma kerana terjadi pembengkakan pada otak, keadaan ini disebut ensefalopati hipertensif, yang memerlukan rawatan segera.


DIAGNOSA
Tekanan darah diukur setelah seseorang duduk atau berbaring selama 5 minit. Ukuran tinggi dari angka 140/90 mmHg dikelasifikasikan sebagai pesakit darah tinggi (hipertensi), tetapi diagnosis tidak dapat ditegakkan hanya berdasarkan satu kali pengukuran.

Jika pada pengukuran pertama memberikan hasil yang tinggi, maka tekanan darah diukur kembali dan kemudian diukur sebanyak 2 kali pada 2 hari berikutnya untuk meyakinkan adanya hipertensi. Hasil pengukuran bukan hanya menentukan adanya tekanan darah tinggi, tetepi juga digunakan untuk menentukankan beratnya hipertensi, setelah diagnosis ditegakkan, dilakukan pemeriksaan terhadap organ utama, terutama pembuluh darah, jantung, otak, dan ginjal.

Retina (selaput peka cahaya pada permukaan dalam bagian belakang mata) merupakan satu-satunya bagian tubuh yang secara langsung bisa menunjukkan adanya efek dari hipertensi terhadap arteriola (pembuluh darah kecil). Dengan anggapan bahwa perubahan yang terjadi di dalam retina mirip dengan perubahan yang terjadi di dalam pembuluh darah lainnya di dalam tubuh seperti ginjal. Untuk memeriksa retina, digunakan suatu oftalmoskop. Dengan menentukan derajat kerusakan retina (retinopati), maka bisa ditentukan beratnya hipertensi.

Perubahan dijantung, terutama pembesaran jantung, boleh ditemui pada elektrokardiografi (EKG) dan foto rontgen dada. Pada stadium awal, perubahan tersebut boleh ditemui melalui pemeriksaan ekokardiografi (pemeriksaan dengan gelombang ultrasonik untuk menggambarkan keadaan jantung). Bunyi jantung yang tidak normal (disebut bunyi jantung keempat), boleh didengar melalui stetoskop dan merupakan perubahan jantung paling awal yang terjadi akibat tekanan darah tinggi.

Petunjuk awal adanya kerosakan buah pinggang boleh diketahui  melalui pemeriksaan air kencing. Adanya sel darah dan albumin (sejenis protein) dalam air kencing boleh merupakan petunjuk terjadinya kerosakan buah pinggang. Pemeriksaan untuk menentukan penyebab dari hipertensi terutama dilakukan pada penderita usia muda. Pemeriksaan ini bolehjadi berupa rontgen dan radioisotop ginjal, rontgen dada, serta pemeriksaan darah dan air kencing untuk hormon tertentu.

Untuk menemukan adanya kelainan pada ginjal, ditanyakan mengenai msaalah kelainan ginjal sebelumnya. Sebuah stetoskop diletakkan di atas perut untuk mendengarkan adanya bruit (suara yang terjadi kerana darah mengalir melalui arteri yang menuju ke ginjal, yang mengalami penyempitan). Dilakukan analisa air kencing dan rontgen atau USG ginjal.

Jika penyebabnya adalah feokromositoma, maka di dalam air kencing boleh ditemui adanya bahan-bahan hasil penguraian hormon epinefrin dan norepinefrin, biasanya hormon tersebut juga menyebabkan gejala sakit kepala, kecemasan, palpitasi (jantung berdebar-debar), peluh yang berlebihan, tremor (gemetar), dan pucat.

Penyebab lainnya ditemukan melalui pemeriksaan rutin tertentu. Misalnya mengukur kadar kalium dalam darah bisa membantu menemukan adanya hiperaldosteronisme dan mengukur tekanan darah pada kedua lengan boleh membantu menemukan adanya koartasio aorta.


PENGUBATAN
Tekanan darah tinggi - Hipertensi esensial tidak dapat diubati tetapi dapat diberikan pengubatan untuk mencegah terjadinya komplikasi.

Langkah awal biasanya adalah merubah cara hidup pesakit:

1. Penderita hipertensi yang mengalami kelebihan berat badan disarankan untuk menurunkan berat badannya sampai tahap normal.
2. Merubah cara pemakanan pada penderita diabetes, kegemukan, atau kadar kolesterol darah tinggi.
Mengurangi pemakaian garam ketahap kurang dari 2,3 gram natrium atau 6 gram natrium klorida setiap harinya (disertai dengan asupan kalsium, magnesium, dan kalium yang cukup) 
3. Olahraga yang tidak terlalu berat.
Penderita hipertensi esensial tidak perlu membatasi aktivitasnya selama tekanan darahnya terkendali.
4. Berhenti merokok.


PEMBERIAN UBAT-UBATAN

1. Diuretik thiazide biasanya merupakan ubat pertama yang diberikan untuk mengubati hipertensi. Diuretik membantu ginjal membuang garam dan air, yang akan mengurangi volume cairan di seluruh tubuh sehingga menurunkan tekanan darah.

Diuretik juga menyebabkan pelebaran pembuluh darah. Diuretik menyebabkan hilangnya kalium melalui air kencing, sehingga kadang kala diberikan tambahan kalium atau ubat penahan kalium.

Diuretik sangat efektif pada:
- orang berkulit gelap,
- lanjut usia,
- kegemukan,
- pesakit jantung atau pesakit buah pinggang yang telah lama.

2. Perawatan adrenergik merupakan sekelompok ubat yang terdiri dari alfa-blocker, beta-blocker dan alfa-beta-blocker labetalol, yang merawat kasan sistem saraf simpatis. Sistem saraf simpatis adalah sistem saraf yang dengan segera akan memberikan respon terhadap stres, dengan cara meningkatkan tekanan darah.

Yang paling kerap digunakan adalah beta-blocker, yang efektif diberikan kepada:
- pesakit muda,
-  pesakityang pernah mengalami serangan jantung,
pesakit dengan denyut jantung yang cepat,
- angina pektoris (sakit dada),
- sakit kepala migren.

3. Angiotensin converting enzyme inhibitor (ACE-inhibitor) menyebabkan penurunan tekanan darah dengan cara melebarkan arteri.

Ubat ini berkesan diberikan kepada:
- orang berkulit putih,
- usia muda,
-pesakit jantung,
-  pesakit dengan protein dalam air kencingnya yang disebabkan oleh penyakit ginjal bertahun atau penyakit ginjal diabetik,
- Pesakit lelaki yang menderita impotensi sebagai kesan sampingan dari ubat lain.

4. Angiotensin-II-bloker menyebabkan penurunan tekanan darah dengan suatu mekanismea yang mirip dengan ACE-inhibitor.

5. Antagonis kalsium menyebabkan melebarnya pembuluh darah dengan mekanisma yang benar-benar berbeza.

Sangat efektif diberikan kepada:
- orang berkulit hitam,
- lanjut usia,
-  pesakit angina pektoris (sakit dada),
- debaran jantung yang cepat,
- sakit kepala migren.

6. Vasodilator langsung menyebabkan melebarnya pembuluh darah. Ubat dari golongan ini hampir selalu digunakan sebagai tambahan terhadap ubat anti-hipertensi lainnya.

7. Kedaruratan hipertensi (misalnya hipertensi maligna) memerlukan ubat yang menurunkan tekanan darah tinggi dengan segera.

Beberapa ubat boleh menurunkan tekanan darah dengan cepat dan sebahagian besar diberikan secara intravena (melalui pembuluh darah):
- diazoxide,
- nitroprusside,
- nitroglycerin,
- labetalol.

Nifedipine merupakan kalsium antagonis dengan kerja yang sangat cepat dan boleh diberikan per-oral (ditelan), tetapi obat ini boleh menyebabkan hipotensi, sehingga pemberiannya harus diawasi secara ketat.


PENGELOLAAN HIPERTENSI SEKUNDER
Pengobatan hipertensi sekunder tergantung kepada penyebabnya. Mengatasi penyakit ginjal kadang dapat mengembalikan tekanan darah ke normal atau paling tidak menurunkan tekanan darah.

Penyempitan arteri boleh diatasi dengan memasukkan selang yang pada ujungnya terpasang belon dan mengembangkan belon tersebut. atau boleh dilakukan pembedahan untuk membuat jalan pintas (operasi bypass). Tumor yang menyebabkan hipertensi (misalnya feokromositoma) biasanya dibuang melalui pembedahan.


PENCEGAHAN
Perubahan gaya hidup boleh membantu mengendalikan tekanan darah tinggi.

Sabtu, 19 Julai 2014

Khasiat Buah Tembikai - Watermelon Nutrition

Buah tembikai  memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan.ianya merupakan salah satu dari jenis tumbuhan yang hidup menjalar yang berasal dari daerah gurun  di Afrika.
sha3622.blogspot.com

Isinya mempunyai warna yang berbeza, ada yang merah dan ada yang kuning.,perbezaannya ialah tembikai berwarna merah mempunyai kadar lycopene yang tinggi.Lycopene adalah salah satu sumber antioksidan, kandungan lycopene dalam buah tembikai
Tembikai berwarna merah adalah lebih baik bagi tubuh jika dibandingkan dengan tembikai berwarna kuning.
Buah tembikai yang menawarkan rasa manis dan sangat segar jika dimakan pada hari yang panas. Selain rasanya yang manis, buah tembikai ini juga memiliki khasiat yang baik untuk kesihatan.Tembikai merupakan salah satu dari jenis tumbuhan yang hidup menjalar  berasal dari daerah gurun  di Afrika.
  Ia mempunyai warna yang berbeza, ada yang merah dan ada yang kuning. akan tetapi yang isi berwarna merah mempunyai kadar lycopene yang tinggi.Lycopene adalah salah satu sumber antioksidan, kandungan lycopene dalam buah tembikai isi berwarna merah adalah lebih baik bagi tubuh jika dibandingkan dengan tembikai berwarna kuning.



Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW. Nabi menciumnya dan bersabda:"Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". 

Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagaijenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.


Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. 

 Membangkitkan Libido Lelaki
Tembikai mengandungi Likopen yang memberi kasiat khusus untuk lelaki. Buah ini dapat meningkatkan kesuburan dan membantu membangkitkan gairah seksual
Percaya atau tidak, kajian menunjukkan bahwa sebatian sitrulin dalam tembikai, memiliki kesan afrosidiak yang sama hebatnya dengan viagra, tapi sama sekali tanpa kesan samping.
. Menurunkan kadar kolesterol, Mencegah tekanan darah tinggi dan stroke .
tembikai sangat baik bagi pesakit darah tinggi. Kandungan air, magnesium  dan kaliumnya yang tinggi dapat  dan menurunkan  tekanan darah ,selain  itu adanya karotenoid di dalamnya juga dapat mencegah pengerasan pada dinding arteri maupun pembuluh vena, sehingga dapat membantu mengurangi tekanan darah.

 Sebagai Antioksidan
Khasiat lain buah tembikai adalah sebagai anti oksidan, Antioksidannya termasuk betakaroten dan vitamin C membantu sel-sel tubuh tetap sehat. Beta karoten, yang dikenali dengan  anti oksidan yang sangat baik juga membuat Anda tetap berjiwa muda dan mencegah penuaan dini. Likopen berguna untuk membuat wajah tampak bercahaya, tampak segar dan lebih muda.Kepada warga tua, tembikai itu bukanlah hanya membantu memulihkan masalah kesihatan lebih cepat, tetapi juga membantu meningkatkan ketajaman dan ingatan

 Membantu Fungsi Buah Pinggang
Buah tembikai juga berfungsi untuk merangsang keluarnya air kencing , sangat baik untuk mereka yang mengalami gangguan buang air kencing kerana mengandungi  banyak  kalium , yang sangat membantu dalam pembersihan racun-racun di buah pinggang. selain itu, buah ini juga sangat baikmengurangkan kepekatan asid urik di dalam darah, mengurangkan kemungkinan kerosakan kepada buah pinggang dan pembentukan batu buah pinggang.

 Membantu dalam peroses penyembuhan luka, dengan caranya mengambil isi putih pada buah tembikai yang kebiasaannyadibuang, kandungan yang kaya dengan zat  Ctrulline dan asid Amino membantu dalam peroses penyembuhan luka dan pembelahan Sel

Biji tembikai juga banyak khasiatnya yang diantaranya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.
l
Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapat­kan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup. 

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki. 

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan. 

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan ­lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan. 

Tubuh memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan. 

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual. 

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein. 

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein. 

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah penuaan pramatang. 
biji tembikai juga dapat membantu dalam masaalah lika kecil dimulut atau dikenali dengan serawan caranya jemur biji buah tembikai kemudian ditumbuk halus lalu disapu ditempat yang bermasaalah

Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.