Rabu, 23 Julai 2014

Khasiat Vitamin D - Nutrients Of Vitamin D

Vitamin D
Vitamin D adalah kumpulan vitamin yang larut dalam lemak  Ianya juga dikenal dengan nama kalsiferol di dalam tubuh, vitamin ini memberi berperanan dalam pembentukkan struktur tulang dan gigi yang baik. Vitamin ini banyak ditemui pada Buah limau,strawberi,tomata,sayur brokoli,, dan sayuran hijau  ikan tuna, udang, mentega, biji bunga matahari, dan minyak ikan.
lainnya.

Bentuk-bentuk vitamin D

Vitamin ini sendiri merupakan turunan dari molekul steroid yang merupakan salah satu turunan dari kolesterol, terdapat dua kandungan aktif dari vitamin ini, iaitu vitamin D2 dan vitamin D3.aktiviti  Vitamin D2 atau dikenali juga dengan nama ergokalsiferol ini berasal dari  sebatian kolesterol yang banyak ditemui pada ragi dan tanaman. Vitamin D3 (kolekalsiferol) sendiri berasal dari sebatian dehidrokolesterolGolongan vitamin inilah yang paling banyak ditemui pada kulit manusia juga pada buah pinggang, vitamin D ditukar menjadi bentuk aktif yang disebut 1,25 dihydroxycholecalciferol 

Peranannya didalam tubuh

Di dalam tubuh, vitamin D dapat membentuk struktur tulang dan gigi yang kuat. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium di saluran pencernaan. selain itu, vitamin D juga dapat memperkuatkan imium sistem dan mencegah berbagai jenis kanser,apabila terjadi kekurangan vitamin D, tubuh akan mengalami berbagai gangguan penyakit, antara lain osteoporosis, osteopenia, kencing manis, darah tinggi dan berbagai masaalah penyakit jantung, kanser payudara dan barah endometrial. Anda akan terhindar dari penyakit kanser seperti kanser usus dan kanser prostat.kajian yang telah dijalankan mendapat rumusan bahawa pegambilan vitamin D dapat menghindar dari terjadi penggandaan sel kanser. semakin banyak dan tinggi vitamin D dalam darah iaitu sekitar 25-hidroksi vitamin D maka semakin rendah terjadinya kanser kolon.
Molekiul aktif dari vitamin D, iaitu kalsitrol, berperanan utama dalam metabolisme penyerapan kalsium ke dalam tulang, fungsi otot, serta mempengaruhi  sistem imun untuk melawan beberapa jenis penyakit, termasuk kencing manis dan kanser , sumber utama vitamin D adalah kulit yang menyerap sinaran ultraungu dari matahari.

Bagaimana dengan menafaat untuk kulit?
Memang diketahui umum bahawa tubuh dapat mengeluarkan vitamin D namun begitu pengambilannya tetap diperlukan dari makanan semulajadi contohnya dari ikan-ikan, dan telur,  menafaatnya untuk kulit membuatnya lebih sihat, lebih-lebih lagi  vitamin D2 dan D3 dapat mencegah gangguan kulit seperti psoriasis. dan dapat memperbaiki kerosakan kulit, mencegah jangkitan luka dikulit dan memudakan kulit yang biasanya digunakan dalam produk perawatan kecantikan.
Di dalam tubuh, vitamin D diserap di usus dengan bantuan sebatian garam hempedu, setelah diserap, vitamin ini kemudiannya akan disimpan di sel lemak (adiposa dalam bentuk yang tidak aktif.

Pengeluaran vitamin D


Vitamin D merupakan satu-satunya jenis vitamin yang dikeluarkan oleh tubuh.yang diserap dari cahaya matahari, sebatian prekursor 7-dehidrokolestrol akan diubah menjadi sebatian kolekalsiferol. hal ini berlaku  disebabkan oleh sinarultraungu. Pada tahap selanjutnya, sebatian kolekalsiferol ini akan diubah menjadi sebatian kalsitrol yang merupakan bentuk aktif dari vitamin D didalam tubuh. Kalsitrol sendiri dikeluarkan oleh buah pinggang yang kemudiannya diedarkan ke bahagian-bahagian tubuh yang memerlukannya, terutamanya di organ tulang dan gigiSebenarnya pembentukan dan pemeliharaan tulang ini tidak serta merta hanya kerana vitamin D. disebabkan vitamin D dapat berkerjasama dengan vitamin lain seperti vitamin C untuk dapat membantu pembentukan tulang. Namun fungsi khusus dari vitamin D adalah untuk membantu pengerasan tulang dengan cara mengatur kalsium dan fosfor pada tubuh agar ada didalam darah yang kemudian diendapkan sewaktu  proses pengerasan tulang, salah satu cara pengerasan tulang ini adalah pada tulang kalsitriol dan hormon paratiroid yang merangsang pelepasan kalsium dari permukaan tulang masuk ke dalam darah.
Begitulah  beberapa menafaat vitamin D bagi tubuh 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan