Jumaat, 8 Ogos 2014

Sistem Pencernaan - The Digestive System



SISTEM PENCERNAAN




Terdiri daripada satu saluran yang berotot berukuran kira-kira 9.75 meter dengan bukaan pada mulut dan dubur di kedua-dua hujungnya.

Bahagian-bahagian sistem pencernaan manusia:

Makanan dihancurkan secara mekanikal oleh gigi kepada butir-butir yang lebih kecil supaya jumlah luas permukaan makanan ditambahkan untuk tindakan enzim.

Semasa pengunyahan, makanan dicampurkan dengan air liur daripada 3 pasang kelenjar liur, iaitu
  1. kelenjar parotid
  2. kelenjar sublingua
  3. kelenjar submandibel


Air liur melembutkan makanan dan menjadikannya lebih mudah ditelan.

Air liur mengandungi sejenis enzim, iaitu ptialin @ amilase liur. Enzim ini menghidrolisiskan kanji masak kepada maltosa.
   

Lidah menolong membulatkan gumpalan makanan menjadi bolus dan menolaknya ke arah faring.

Semasa menelan, lidah menolak makanan ke belakang mulut dan seterusnya ke esofagus. Lelangit lembut menghalang makanan daripada memasuki rongga nasal.

Makanan bergerak melalui esofagus secara peristalsis.

Peristalsis - penguncupan dan pengenduran beritma yang berlaku di sepanjang salur alimentari.



Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster.

Jus gaster mengandungi   

a)   asid hidroklorik

membunuh kuman di dalam makanan

menyediakan pH yang sesuai bagi enzim renin & pepsin (kedua-dua enzim ini paling aktif dalam keadaan berasid)
b)   enzim renin

mengentalkan susu dengan menukarkan kaseinogen (protein susu yang larut) kepada kasein (protein susu yang tidak larut)
https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEjJAnknYU0Zc2vSqZdTW3JfyybJIj-goY24DSWN33qJH88KuG9hhGZPCrWIghpkjnTssrhk1piT5eN0DRd9_sKr2SpbJzqFjeThu0xe8NdnJYFj527LuInG0RgbAAXPRA=
c)   enzim pepsin

menghidrolisiskan protein kepada pepton & polipeptida
https://blogger.googleusercontent.com/img/proxy/AVvXsEijsNDVDEyGv6f-iu6LyfxGG7QrdK9w6RU6Eiky8mt1wQJjJuNCplQf5M6dJLLMO4r8j1deJyGJtkptlulDu04BpPm4YAfEw9L9PZaN5l2F_uL2wej-gGEGOAcC5TH4v20=   


Penguncupan dan pengenduran perut membantu memecahkan makanan secara fizikal. Tindakan peristalsis membantu mencampuradukkan makanan dengan enzim.

Makanan berada di dalam perut selama kira-kira 4 jam. Makanan yang meninggalkan perut adalah separa cecair dan dikenal sebagai kim.


Duodenum menerima hempedu dari pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas.

Hempedu disintesiskan oleh hati dan disimpan dalam pundi hempedu. Hempedu disalurkan melalui duktus hempedu ke dalam duodenum apabila diperlukan.

Hempedu mengandungi garam hempedu, tetapi tidak mempunyai enzim.

Fungsi hempedu : Mengemulsikan lemak (memecahkan lemak menjadi titisan halus yang terampai di dalam air). Pengemulsian lemak menambahkan jumlah luas permukaannya untuk tindakan enzim.

Jus pankreas diangkut dari pankreas ke duodenum melalui duktus pankreas.

Jus pankreas mengandungi 3 jenis enzim
  1. amilase
  2. tripsin
  3. lipase

Amilase menghidrolisiskan kanji yang masih belum dihidrolisiskan oleh ptialin dalam rongga mulut kepada maltosa.

Tripsin menghidrolisikan pepton dan polipeptida kepada peptida.


Lipase menghidrolisiskan lemak atau minyak menjadi asid lemak dan gliserol.




Kelenjar usus pada dinding usus kecil menghasilkan jus usus yang bersifat alkali.

Jus usus mengandungi enzim:
  1. erepsin (peptidase) yang menhidrolisiskan peptida menjadi asid amino
  1. maltase yang menhidrolisiskan maltosa kepada glukosa
  1. sukrase yang menghidrolisiskan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa
  1. laktase yang menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa dan galaktosa


Gula ringkas, asid amino, gliserol, dan asid lemak adalah hasil akhir pencernaan. Semua hasil ini diserap di usus kecil.

PENYERAPAN & ASIMILASI HASIL PENCERNAAN

bullet
Usus kecil mencapai luas permukaan yang besar dengan cara berikut
  1. usus kecil adalah sangat panjang, kira-kira 6 meter
  2. terdapat banyak lipatan di dalam usus kecil
  3. seluruh permukaan dalam usus kecil mempunyai unjuran berbentuk jari yang dinamakan vilus
  4. pada permukaan epitelium vilus, terdapat unjuran halus yang dinamakan mikrovilus
bullet
Setiap vilus mengandungi satu jaringan kapilari darah. Di tengah-tengah vilus, terdapat satu lakteal yang berwarna putih. Lakteal bersambungan dengan salur limfa.
bullet
Proses penyerapan makanan berlaku secara resapan diikuti dengan pengangkutan aktif.
bullet
Gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C yang larut dalam air diserap ke dalam kapilari darah di dalam vilus.
bullet
Kapilari darah daripada semua vilus bersatu dengan vena portal hepar. Vena portal hepar membawa darah yang mengandungi makanan tercerna ke hati.
bullet
Asid lemak dan gliserol meresap ke dalam epitelium vilus. Di dalam sel epitelium vilus, gliserol berpadu dengan asid lemak membentuk titisan lemak. Titisan lemak ini kemudian diserap ke dalam lakteal.
bullet
Vitamin A, D, E, dan K yang larut dalam lemak juga diserap ke dalam lakteal.
bullet
Dari lakteal, titisan lemak diangkut oleh salur limfa yang akhirnya membuka ke dalam vena subklavika kiri di bahagian antara leher dan bahu.
bullet
Makanan tercerna yang telah diserap akan diasimilasikan.
bullet
Asimilasi - Proses penggabungan makanan tercerna ke dalam sel dan tisu badan.
bullet
Sebahagian besar makanan tercerna diangkut oleh vena portal hepar ke hati. Proses asimilasi bermula di sini.
bullet
Glukosa berlebihan yang terhasil akan ditukarkan oleh sel hati menjadi glikogen dan disimpan di dalam hati.
bullet
Hati juga membina pelbagai jenis protein seperti enzim, protombin, dan fibrinogen daripada asid amino yang diterimanya.
bullet
Asid amino yang berlebihan tidak boleh disimpan kerana beracun. Hati menguraikannya menjadi urea. Urea diangkut oleh darah ke ginjal untuk dikumuhkan melalui air kencing.
bullet
Lemak yang berlebihan akan dibina menjadi tisu lemak dan disimpan di bawah kulit serta di sekeliling usus.

bullet
Sisa makanan yang tidak tercerna akan disalurkan ke usus besar.
bullet
Penyerapan air berlaku di usus besar. Kesannya, sisa makanan mengeras menjadi tinja. Tinja disimpan di dalam rektum buat sementara waktu.
bullet
Apabila penuh, dinding berotot rektum akan mengecut untuk mengeluarkan tinja melalui dubur. Proses penyingkiran tinja disebut penyahtinjaan.
bullet
Pergerakan tinja di dalam usus besar menuju ke dubur berlaku secara peristalsis.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Khasiat Minum Air Zam Zam











   

Doa Khasiat Minum Air Zam Zam Yang Penuh Keajaiban! 
| Doa zam-zam

َﻚُﻟَﺄْﺳْﺃ ْﻲِّﻧِﺇ َّﻢُﻬّٰﻠﻟَﺍ
ﺎًﻗْﺯِﺭَﻭ ﺎًﻌِﻓﺎَﻧ ًﻢْﻠِﻋ
ْﻦِﻣ ًﺀﺂَﻔِﺷَﻭ ﺎًﻌِﺳﺍَﻭ
ٍﻢَﻘَﺳَﻭ ٍﺀﺁَﺩ ِّﻞُﻛ
َﻢَﺣْﺭَﺃ ﺂَﻳ َﻚِﺘَﻤْﺣَﺮِﺑ
َﻦْﻴِﻤِﺣﺍَّﺮﻟﺍ.
Allahumma innii as aluka ‘ilman naafi’an wa rizqan waasi’an
wasyifaa an min kulli daa in wasaqamin birahmatika yaa
arhamarraahimiin.
Ya Allah, aku mohon kepadaMu ilmu pengetahuan yang
bermenafaat, rezeki yang luas dan sembuh dari segala sakit dan
penyakit dengan rahmatmu Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


MAKNA ZAM-ZAM
Kata Zam-Zam dalam bahasa Arab berarti, yang banyak atau melimpah [2]. Adapun air Zam-Zam yang dimaksud oleh syari'at, yaitu air yang berasal dari perigi Zam-Zam. Letaknya dengan Ka'bah, berjarak sekitar 38 hasta. 

Dinamakan Zam-Zam, sesuai dengan artinya, kerana memang air dari perigi tersebut sangat banyak dan berlimpah. Tidak habis walau sudah diambil dan dibawa setiap harinya ke seluruh penjuru dunia oleh kaum Muslimin. 

Dinamakan dengan Zam-Zam, bisa juga diambil dari perbuatan Hajar. Ketika air Zam-Zam terpancar, ia segera mengumpulkan dan membendungnya. Atau diambil dari galian Malaikat Jibril dan perkataannya, ketika ia berkata kepada Hajar.  


Air Zam – Zam dapat Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, Zamzam ini air yang
sangat diberkati, ia adalah minuman yang mengandung khasiat”. Nabi
saw menambahkan: “Air zamzam bermenafaat untuk apa saja
yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan
maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya
merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika
engkau meminumnya agar hilang rasa dahagamu, maka Allah akan
menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril,
minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu
Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah saw pernah mengambil air zamzam dalam sebuah
kendi dan tempat air dari kulit, kemudian membawanya kembali
ke Madinah. Air zamzam itu digunakan Rasulullah saw untuk
memerciki orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam kajian ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah,
terbukti bahwa zamzam memang lain. Kandungan airnya berbeza
dengan perigi yang ada di sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding
air lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa dahaga dan
kesan penyembuhan.
2.Air Zamzam juga mengandung zat fluorida yang berkhasiat
membunuh kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan
airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah, tak ada sedikit pun lumut di
dalamnya,Air Zamzam sentiasa bebas daripada pencemaran kuman..

4. Anehnya lagi, pada saat semua perigi air di sekitar Mekah
dalam keadaan kering,perigi air zamzam tetap berair. Dan perigi air zamzam
memang tak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fikih menyarankan agar jamaah haji
membawa air zamzam ketika pulang ke negaranya sebab zamzam
itu dapat dijadikan sebagai obat untuk suatu penyembuhan. Dan ini terbukti,
banyak jamaah dari Indonesia maupun negara lain yang pernah
merasakan keajaiban air zamzam.
Molekul Air Paling Cantik dan Indah



sha3622.blogspot.com



Di sebuah hotel di kota Kualalumpur, Malaysia, Dr. Masaru Emoto
dari Universitas Yokohama, Jepun, memaparkan hasil kajiannya
mengenai air yang ditulisnya dalam buku “The True Power of
Water.” Sejumlah  kristal molekul air dari berbagai sumber,
seperti air dari mata air, sungai, laut, telaga dsb. ditayangkan 
Beberapa molekul air yang ditelitinya berbentuk tak teratur, kecuali
molekul air zam-zam. Susunan molekul air zam-zam berstruktur
sangat indah, teratur, cantik bak berlian yang berkilauan, dan
memancarkan lebih dari 12 warna jika dibekukan. Rangkaian
bentuk heksagonal-nya sangat indah, cemerlang berkilau dan
penuh warna ketika dibacakan ayat yang mulia. Ada satu kristal air
yang nampak paling indah dan cantik, berbentuk seperti bunga
atau cakra, bagaikan bertahta berlian mutu manikam, berkilau-kilau
memancarkan belasan warna. “Molekul air apakah ini?” Tanya
Masaru Emoto. Suasana mendadak senyap, hadirin nampak
terpana dan tak tahu persis kristal molekul apa gerangan. Namun
tiba-tiba seorang dosen dari Universitas Malaysia mengacungkkan
tangan, “mungkin itu adalah molekul air Zam zam.” Katanya.Dr.
Masaru Emoto balik bertanya, “mengapa Anda berpendapat
bahwa itu adalah molekul air Zamzam?”Kata dosen itu, “Sebab air
Zamzam adalah air yang paling mulia di dunia ini, jadi wajar kalau
ia memiliki molekul berupa berlian yang berpendar
indah.”Ternyata dugaan dosen itu benar. Itu memang air
Zamzam. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahwa
air Zam zam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara
air lainnya.
Khasiat Air Zam-Zam
Air Zam-Zam merupakan salah satu bahan yang dijadikan ubat
pada berbagai pengubatan, terutama pengubatan thibbun nabawi
seperti kelinik terapi bekam, diantara yang menjadi dasanya adalah
hadits :
“Sesungguhnya air zam-zam adalah air yang diberkahi, air
tersebut adalah makanan yang mengenyangkan.” HR. Muslim
dalam Kitab Keutamaan Para Sahabat, Bab Keutamaan Abu Dzar,
no. 4520.
“Air zam-zam adalah ubat dari rasa sakit (obat penyakit).” HR. Abu
Daud Ath Thoyalisiy dalam musnadnya no. 459. Dikeluarkan pula
oleh Al Haitsamiy dalam Majma’ Az Zawa-id, 3/286 dan Al Hindiy
dalam Kanzul ‘Ummal, 12/34769, 3480.
Hadits Air Zam-Zam tersebut di atas menunjukkan khasiat air
zam-zam. Air tersebut boleh menjadi minuman yang
mengenyangkan dan boleh juga  menjadi ubat penyakit. Air zam-
zam juga adalah air yang penuh keberkahan.
Beberapa khasiat lainnnya dari air zam-zam adalah :
Nutrisi dan kekuatan bagi ibu hamil
Memperbanyak dan memperbaiki kualiti ASI
Membersihkan wajah dan jerawat
Membersihkan dan menajamkan pandangan mata (pengubatan mata)
Menangkal pengaruh sihir
Mengenyangkan perut
Memperbaiki pencernaan
Melancarkan peredaran darah
Melancarkan Buang Air Besar
Energi dan meningkatkan stamina
“Sebaik-baik air di muka Bumi adalah air Zam zam, di
dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan obat
yang menyembuhkan penyakit.” (Thabrani dan Ibnu
Hibban).



 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Rabu, 6 Ogos 2014

Menafaat Buah Pir bagi kesihatan dan kecantikan - Benefits Of Pir for health and beauty






Menafaat Buah Pir bagi kesihatan dan kecantikan


http://sha3622.blogspot.com
Buah Pir sangat  disukai  kerana rasanya yang segar manis dan menyegarkan. Waktu musim panas, buah Pir yang kaya serat dan tinggi air ini paling disukai  terutama kanak-kanak kerana rasanya yang menyejukkan, selain kandungan serat dan kadar air tinggi, buah ini juga mengandungi zat antioksida yang berguna untuk meningkatkan imiunisasi atau kekebalan tubuh.

1. Anti radikal bebas :

Buah pir mengandungi vitamin C, vitamin K, dan tembaga, semuanya bermenafaat untuk melawan radikal bebas yang merosak sel-sel tubuh kita.

2. Mencegah penyakit jantung :

Menafaat serat yang banyak ditemui dalam buah pir akan mengurangi kadar kolesterol 

dalam tubuh kita, dimana ianya akan memberikan perlindungan bagi tubuh kita dari 

penyakit jantung. Makan-makanan yang kaya serat seperti buah pir dapat mengurangi 

risiko stroke hingga 50 %. - 

3 . Mencegah kanser :

Kandungan yang dengan kaya serat dalam buah pir akan mengikat sel-sel karsinogenik dan membuangnya keluar dari tubuh dan mencegah kanser usus besar. Sebiji buah pir setiap hari dapat menurunkan resiko kanser payu dara hingga 34 % pada wanita setelah menopause.

4 . Tidak menimbulkan reaksi alahan :

Pir kurang memberikan alahan dibandingkan dengan buah-buahan lain, dimana merupakan salah satu dari banyak jenis buah-buahan yang boleh diberikan kepada bayi.

5 . Menjaga kadar gula darah :

Meskipun agak manis, namun buah pir memiliki indeks gliserin yang rendah dan tinggi serat, dimana ianya dapat membantu mengendkan kadar gula dalam darah dan mencegah diabetes.

6 . Meningkatkan sistem kekebalan tubuh :

Tingginya kandungan antioksidan, seperti vitamin C, A,  dan tembaga akan membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan berbagai penyakit.

7 . Mencegah osteoporosis :

Masalah tulang adalah kejadian yang sangat umum masa kini. Jadi  untuk mempertahankan kesihatan tulang dan mencegah osteoporosis, sangat penting untuk menjaga pH tubuh dan mencukupi pengambilan kalsium. pH tubuh dapat dipertahankan dengan jalan diet dengan pengambilani buah-buahan dan sayuran setiap hari.kandungan Buah Pir  dapat mempermudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh.

8 . Meningkatkan tingkat tenaga :

Kadar glukosa yang tinggi dalam buah pir akan memberikan Anda tenaga secara cepat ketika Anda merasakan tubuh agak lemah. Hal ini akan diserap dengan sangat cepat oleh tubuh, dan menukarkannya menjadi tenaga .

9 . Pencernaan :

Buah pir yang berukuran sedang mengandung sekitar 20-25 % pengambilan serat harian yang disarankan. Kerana jenis serat dalam buah pir adalah tidak larut, maka akan bergerak lebih mudah melalui usus besar dan mencegah polip usus.  Kandungan serat tinggi buah pir akan membantu memperbaiki sistem pencernaan.

10 . Kehamilan :

Asam folat sangat penting bagi wanita hamil untuk menjaga agar bayi aman dan terhindar dari cacat lahir. Buah pir banyak mengandung nutrisi ini, dan Anda bisa memakannya secara teratur selama kehamilan untuk memperoleh manfaatnya.

11 . Untuk kanak-kanak::


Untuk anak-anak, ia sentiasa dinasihatkan untuk memberi mereka buah pir kerana alergen dan keaasamannya adalah rendah, jadi tidak menjadi penyebab tentang masalah penghadaman. Buah-buahan ini boleh dikupas, dipanaskan dan kemudian dijadikan bubur. Kulitnya juga bole juga diberikan tetapi harus berhati-hati kerana ia mempunyai tepi yang keras dan boleh mencederakan kanak-kanak. Pir tidak boleh diberikan kepada anak-anak yang sedang mengalami cirit-birit.
http://sha3622.blogspot.com

12 . Mencegah kandung hempedu, radang usus, radang sendi, dan gout :

Pir membantu mencegah masalah kandung hempedu, radang usus, radang sendi dan asid urat jika dimakan secara teratur.

13 . Tekanan darah :

Sebatian Antikarsinogen glutathione dan antioksidan dalam buah pir akan membantu menjaga tekanan darah.

14 . Peradangan :

Pir memiliki sifat anti inflamasi, yang dapat membantu mengurangi masalah peradangan seperti arthritis dan lainnya.

15 . Sesak napas :

Sewaktu musim panas, gejala sesak nafas sangat ketara kerana hawa panas. Jadi dianjurkan untuk mengambil buah pir sewaktu hari yang panas.

16 . Masalah tekak :

Pir mencegah masalah tekak yang sering terjadi sewaktu musim panas. Jadi sangat baik mengambil buah pir atau segelas jus pir setiap hari.

17 . Serat Mencegah Kerosakan Kulit :

Seperti dikatakan sebelumnya, buah Pir tinggi akan serat, yang juga berperanan penting untuk menjaga kulit kita agar tetap halus dan lembut. Serat dalam Buah pir akan mengurangi kecepatan pembuangan gula ke dalam aliran darah, sehingga mencegah kerosakan kolagen(sejenis protein) pada kulit – yang  disebabkan kerana seringnya kenaikan gula darah. Dengan demikian kita boleh mendapatkan kulit yang halus.

18 . Menghalang kedutan:

Makan buah pir setiap hari akan menjauhkan kulit kita dari penuaan dini. Buah ini kaya akan vitamin C, vitamin K dan tembaga. Semua elemen ini bermenafaat untuk memerangi radikal bebas berbahaya, membolehkan sel-sel kulit kita  terlindung dari kerosakan .  Hal ini akhirnya akan membatasi pembentukan garis-garis halus di dekat mata kita serta daerah bibir.

19 . Mengubati Kulit Berminyak :

Jika Anda memiliki kulit yang berminyak, buah pir  benar-benar bermenafaat bagi Anda, cukup hanya menghancurkan buah pir dan mencampurkannya dengan madu. Gunakan pasta ini sebagai masker muka tiga kali dalam seminggu sebagai masker muka, Ianya akan mengurangkan rembesan kelenjar di kulit anda.

20 . Kulit Bebas jerawat :

Orang dengan kulit yang rawan jerawat juga boleh mendapat manfaat dari pir. Pir mengandung vitamin dan mineral penting dengan kadar tinggi, yang dapat meningkatkan kekebalan tubuh dan membuat kulit lebih kuat , dengan ini, kulit akan lebih mampu untuk melawan jerawat dan semua jenis infeksi kulit dari dalam.

21 . Pelembab kulit secara semulajadi :

Pir tidak hanya baik untuk kulit yang berminyak, tetapi juga baik untuk kulit yang kering dan bersisik. Buah ini mengandung humectants , yang membantu keseimbangan air – sebatian semulajadinya dapat menjaga kelembaban kulit. Ekstrak buah pir digunakan untuk pembuatan lotion pelembab. Pengambilan rutin jus buah pir juga dapat membuat kulit sentiasa halus.

22 . Scrub natural yang Efektif :

Anda dapat dengan mudah menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada di lapisan permukaan kulit Anda dengan cara mencampurkan pir tumbuk kedalam paket wajah biasa, dan kelupaskan kulit Anda dengan itu. Ekstrak buah pir juga dapat digunakan untuk melembutkan kulit , kerana akan mempercepat pergantian sel.

23 . Baik untuk Perawatan Bibir :

Pir juga sangat baik untuk bibir, karena adanya asid laktat didalam ekstraknya. Kandungan asid buah ini dapat menjaga sel-sel bibir tetap sehat dan terhidrasi lebih lama, membuatkan bibir Anda menjadi lembut dan halus.

24 . Anti-radang semulajadi :

Sifat anti radang dari buah pir akan bekerja sebagai ubat kecantikan. Pengambil buah pir atau menggunakan produk kecantikan yang mengandung ekstrak pir tidak menimbulkan reaksi alahan. Oleh  itu baik bagi kulit,  juga untuk bayi.

25 . Menyuburkan rambut anda :

Buah pir juga memiliki kemampuan untuk membuat rambut menjadi sehat. Pir terutama yang masak mengandung alk*hol gula alami yang bernama “sorbitol” atau ‘”glusitol “, yang memberi makan akar rambut, menjaga kulit kepala, serta membuat rambut lembap dan sehat .

26 . Mengurangi Rambut kering:

Sifat pelembab dari buah pir sangat bermanfaat untuk mengurangi kekeringan pada rambut kita. Selain itu, vitamin C yang sebagai antioksidan alami akan membantu menjaga kesehatan sel-sel rambut dan membuatnya halus.

27 . Meredakan  Rambut Keriting :

Pengambilan buah pir secara teratur akan mencegah rambut kusut dan kusam. Jika Anda memiliki Rambut keriting, maka akan menjadi lebih mudah diatur.

28 . Mengembalikan rambut kusam:

Jika Anda khawatir dengan rambut yang kusam, maka pir bisa membantu Anda. Yang perlu Anda lakukan adalah membuat masker rambut semulajadi, iaitu dengan mencampurkan ekstrak 1 buah pir segar dan matang, 2 sudu makan cuka sari apel dan air.  ini akan mengembalikan rambut yang kusam dan membuatnya kembali berkilau.

29 . Merawat rambut ikal:

Rambut ikal akan menjadi tampil menarik dengan penggunaan aplikasi perawatan buah pir. Kupas dan lembutkan buah pir , kemudian bentuk menjadi pasta halus dengan cara menambahkan minyak kacang soya, ratakan pasta ini keseluruh rambut Anda secara merata. Biarkan selama satu jam, kemudian ramasi rambut dengan menggunakan shampoo ringan.

Cara memilih buah pir yang baik :

  • Pir yang matang adalah yang terbaik. Pilih buah yang berwarna kuning keemasan, penampilannya terlihat baik, harum dan leher yang sedikit lembut.
  • Sebiji pir yang baik harus lembut, serta kulitnya utuh tanpa calar. Jika kulit buah berwarna coklat muda, maka buah dalam keadaan baik.
  • Pastikan bahagian atas buah (dekat dengan batang) tidak terlalu lembut atau terlalu keras. Untuk mengetahuinya, cukup tekan dengan ringan menggunakan ujung jari Anda, bukan meramas seluruh buah.

Cara Menyimpan Pir :

  • Jika pir sudah matang, sebaiknya simpan didalam peti sejuk. Sebaliknya, jika Anda ingin membuat nya menjadi matang, simpan dalam mangkuk  tanpa mencucinya. Air boleh membuat buah pir menjadi cepat busuk.
  • Anda juga boleh membantu pir cepat masak, dengan cara menaruhnya kedalam bungkusan kertas yang dilubangi. ini akan membantu buah untuk mendapatkan cukup oksigen, serta memperlambat pembusukan.

Tips Makan buah Pir

  • Bersihkan buah pir segar, keringkan dan makan bersama dengan kulitnya. Dengan cara ini anda akan mendapatkan sebagian besar kandungan serat, fitonutrien dan antioksidan dalam buah.
  • Pir boleh dihiris Anda perlu memotongnya menggunakan papan memotong, agar bijinya dapat dibuang dengan mudah. Teteskan 2-3 tetes jus lemon ke dalam hirisan pir secepat mungkin, agar tida cepat teroksidasi.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.