Khamis, 21 Ogos 2014

Punca Gastrik cara mengatasinya - Gastric and how to overcome it

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).




Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami stress ( Tekanansama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional yang dicampur steroid.


Rawatan Kelinik

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Petua Hilangkan Gastrik 
Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali
4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2).Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik
3).Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4).Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 19 Ogos 2014

Menafaat Air Putih Dalam Kehidupan - Fully Benefit of Water In Life

sha3622.blogspot.com
sha3622.blogspot.com

Menafaat dan potensi dahsyat air putih telah disebutkan dalam al-Qur’an. Disebutkan bahwa air adalah sumber kehidupan. Tanpa air akan terhentilah sistem kehidupan dunia.

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?.” (QS. 21: 30).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

Manusia boleh tidak makan tapi jangan tidak minum. Sebab akan menyebabkan kematian. Orang dapat bertahan hidup sampai tiga puluh hari tanpa makan, tetapi boleh meninggal gara-gara tidak minum selama berhari-hari.

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya diwaktu proses biologis berlangsung. Itulah mengapa rasulullah saw menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja.

Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeda dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Adab lain Islam terhadap minum adalah tidak meniupnya.

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)



Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
Sebuah apresiasi penting al-Qur’an adalah bahwa air itu merupakan asal dari segala organisme (Q.S. al-Anbiyâ’/21: 30), termasuk manusia (Q.S. al-Furqân/25: 54), dan haiwan (Q.S. al-Nûr/24: 45). Ketika organisme itu eksis, khususnya manusia, ternyata dua pertiga berat fiziknya merupakan cairan, baik dalam bentuk darah, air liur, maupun pelincir sendi tulang, dan cairan sumsum tulang belakang, yang kesemuanya mengatur suhu badan manusia (Aishah Stacey, 2009). Ketika makhluk harus bertahan hidup, baik manusia, haiwan, maupun tumbuhan, maka air menjadi keperluan tunjang hidupnya. Tanpa air yang mencukupi, semua makhluk akan mati dalam beberapa hari (Aishah Stacey, 2009). Memang, air disediakan Allah untuk diminum manusia dan haiwan, dan untuk menumbuhkan tanaman (Q.S. al-Baqarah/2: 22, 60; al-Hijr/15: 22; al-Nahl/16: 10-11; Thâhâ/20: 53; dan al-Wâqi`ah/56: 68-69). Bahkan mineral, seperti tanah, dapat meningkat kualitinya dari kering atau tandus menjadi subur dengan air, sehingga bermenafaat bagi kehidupan manusia melalui tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang dihasilkannya (Q.S. al-Baqarah/2: 164; dan al-Hajj/22: 5). Air dalam pemahaman yang lebih luas, dengan demikian, merupakan sarana konservasi tanah.
Selain itu, air diapresiasikan sebagai sarana penyucian sebagaimana diungkap dalam Q.S. al-Anfâl/8: 11.Untuk menghadap Allah, melakukan solat, misalnya, setiap Muslim harus bersuci, dan di sini air berperanan penting, baik dalam berwudhu (agar suci dari hadaŝ kecil) maupun mandi (agar suci dari hadaŝ besar), sebagaimana dijelaskan dalam Q.S. al- Mâidah/5: 6. Adanya hubungan antara mandi dan kesihatan tidak dapat dinafikan. berkaitan dengan kesihatan, air (terutama air zamzam) memiliki khasiat menyembuhkan penyakit sesuai dengan tujuan meminumnya (H.R. Ibn Mâjjah No. 3053 dan H.R. Ahmad No. 2517). Dengan demikian, Islam telah menempatkan air sebagai sesuatu yang esensial untuk memelihara kesihatan, kebersihan individu, dan kesihatan umum (Aisha Stacey, 2009).
Lebih lanjut, air dalam volume yang besar, seperti sungai dan laut, dinyatakan dalam banyak ayat, seperti Q.S. al-Baqarah/2: 164 dan Luqmân/31: 31, sebagai lahan transportasi yang membawa kemanafaatan bagi kehidupan manusia. Lebih dari itu, laut, danau, dan/atau sungai juga menjadi habitat bagi banyak makhluk yang memainkan peranan penting dalam pelestarian dan pengembangan kehidupan (Q.S. Al-Nahl/16: 14). Akhirnya, air dijadikan sebagai simbol surga, ketakwaan, dan rahmat Tuhan sekaligus di dalam kehidupan akhirat, kerana surga selalu digambarkan sebagai tempat yang dijanjikan bagi orang bertakwa, penuh rahmat Tuhan kerana mengalir di dalamnya aneka ragam sungai (Q.S. al-Nahl/16: 31), di antaranya sungai dari air, sungai dari air susu, sungai dari arak, dan sungai dari madu (Q.S. Muhammad/47: 15). Dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa air merupakan esensi taman surga. Lebih dari itu, air surga disejajarkan dengan ketulusan moral (Q.S. al-Gâsyiyah/88: 11-12)
Dari penelusuran ayat-ayat al-Qur’an di atas, Islam jelas-jelas memberikan apresiasi yang tinggi terhadap air. Apresiasi tersebut dapat dikategorikan dalam enam macam, yaitu: (1) air sebagai asal dari segala organisme; (2) air sebagai kebutuhan pokok makhluk hidup untuk dapat survive; (3) air sebagai sarana konservasi tanah (menyuburkan tanah yang kering/tandus); (4) air sebagai sarana penyucian dan kesihatan; (5) air (dalam bentuk sungai, tasik dan laut) sebagai lahan untuk transportasi dan habitat bagi banyak makhluk; dan (6) air sebagai simbol surga, ketakwaan, dan rahmat Tuhan di dalam kehidupan akhirat.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.





Isnin, 18 Ogos 2014

Masalah Cacing - Worm Problem



Cara Atasi Anak Masalah Cacing









Jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit masih wujud.
Bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih.
Masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.“Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan, mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan muntah serta gangguan metabolisma.
Masalah jangkitan cacing bagaimanapun tidak terhad pada sejenis cacing sahaja. Jangkitan cacing lain yang sering berlaku adalah cacing gelang dan cacing cemeti.

MESKIPUN saiz cacing kerawit kecil, kemampuannya untuk menjejaskan kesihatan tidak boleh dipandang ringan.



“Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
Justeru, masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius berupaya menyebabkan kegagalan jantung," katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, lemah daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Serangan cacing di dalam usus ini juga antara penyebab utama sakit abdomen akut di kalangan kanak-kanak di kawasan endemik di negara tropika.


“Kajian status pemakanan di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun mendapati pengambilan zat besi adalah rendah dan ia berkait dengan jangkitan cacing,” tambah Norhayati.
Di samping itu, cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak sekolah malah jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
“Ia turut berkait rapat dengan masalah buta malam sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami infeksi parasit usus,” maklum Norhayati.

Cacing Pita Cestoda

Ciri Cestoda
  • Cestoda adalah cacing yang berbentuk pipih seperti pita yang merupakan endoparasit dan dikenal sebagai cacing pita (lihat gambar). 
  • Cacing dewasa hidup dalam usus Vertebrata dan larvanya hidup di jaringan vertebrata dan invetebrata 
  • Semua anggota Cacing kelompok Cestoda memiliki struktur pipih dan tertutup oleh kutikula ( zat lilin)
  • Cestoda disebut sebagai Cacing pita karena anggotanya berupa cacing yang bentuknya pipih panjang seperti pita.
  • CESTODA (Cacing Pita) terlihat secara morfologi : Tubuhnya terdiri dari rangkaian segmen-segmen yang masing-masing disebut Proglottid. Kepala disebut Skoleks dan memiliki alat isap (Sucker) yang memiliki kait (Rostelum) terbuat dari kitin. 
  • Pembentukan segmen (segmentasi) pada cacing pita disebut Strobilasi. 
  • Tubuhnya Cacing pita (Cestoda) memiliki tubuh bentuk pipih, panjang antara 2 - 3m dan terdiri dari bagian kepala (skoleks) dan tubuh (strobila). 
  • Kepala (skoleks) dilengkapi dengan lebih dari dua alat pengisap. Sedangkan setiap segmen yang menyusun strobila mengandung alat perkembangbiakan. Makin ke posterior segmen makin melebar dan setiap segmen (proglotid) merupakan satu individu dan bersifat hermafrodit.
  • Cacing ini biasanya hidup sebagai parasit dalam usus vertebrata dan tanpa alat pencernaan.
  • Contoh : Taenia solium Cacing pita manusia Menyebabkan Taeniasis solium. Pada skoleknya terdapat kait-kait sebagai alat pengisap yang matang menjadi alat reproduksinya. Memiliki hospes perantara Babi
  • Skoleks pada jenis Cestoda tertentu (Taenia solium ) selain memiliki alat pengisap, juga memiliki kait (rostelum)
  • Rostellum berfungsi untuk melekat pada organ tubuh inangnya.
  • Dibelakang skoleks pada bagian leher terbentuk proglotid.
  • Setiap proglotid mengandung organ kelamin jantan (testis) dan organ kelamin betina (ovarium).
  • Tiap proglotid dapat terjadi fertilisasi sendiri.dan mempunyai rumah tangga sendiri ( metameri)
  • Makin ke posterior segmen makin melebar dan setiap segmen (proglotid) merupakan satu individu dan bersifat hermafrodit.
  • Proglotid yang dibuahi ( yang matang ) terdapat di bagian posterior / paling bawah tubuh cacing.
  • Proglotid dapat melepaskan diri (strobilasi) dan keluar dari tubuh inang utama bersama dengan tinja.
  • Cacing ini biasanya hidup sebagai parasit dalam usus vertebrata dan tanpa alat pencernaan.
-->Sistem eksresi terdiri dari saluran pengeluaran yang berakhir dengan sel api.

  • Sistem saraf sama seperti Planaria dan cacing hati, tetapi kurang berkembang.
  • Cestoda bersifat parasit karena menyerap sari makanan melalui permukaan tubuhnya secara osmosis
  • Penyerapan sari makanan terjadi dari usus halus inangnya melalui seluruh permukaan proglotid
  • Jadi sari makanan diserap langsung oleh seluruh permukaan tubuhnya karena cacing ini tidak memiliki mulut dan system pencernaan , skolex hanya untuk menempelkan dirinya ke usus
  • Manusia dapat terinfeksi Cestoda saat memakan daging hewan yang dimasak tidak sempurna, belum matang
  • Daging hewan hospes ( inang perantara ) yang mengandung Cysticercus
  • Inang pernatara Cestoda adalah hewan ternak misalnya Sapi yang tubuhnya terdapat Cisticercus jenis Taenia saginata yang ada pada ototnya dan Babi yang tubuhnya terdapat Cisticercus jenis Taenia solium yang ada pada ototnya.
  • di Kedua ternak itu Cacing pita hanya sementara terjadi cyclus ditubuhnya hingga membentuk Cysticercus
  • Jadi di sapi dan babi tidak dijumpai dala bentuk Dewasa ( yang dewasa di tubuh manusia) hanya bentuk larva
  • di Ternak berurutan cyclusnya : Telur - Oncosfer - Hexacant - Cysticercus ( T-O-H-C),
  • T-O-H-ada di Ususnya dan C(cysticercus) meninggalkan usus ke otot( daging )
  • Agar kita tidak kena Taeniasis ini dimasak yang matang dagingnya, dan manusia yang kena Taeniasis janganbuang air besar ke lingkungan , karena Faecesnya yang ada telurnya sangat kuat di lingkungan yang mungkin di rumput 
  • Siklus hidup cestoda, Proglottid Masak (terdapat dalam feses) bila tertelan oleh babi Þ Embrio Heksakan, menembus usus dan melepaskan kait-kaitnya Larva Sistiserkus (dalam otot lurik babi) tertelan manusia Cacing dewasa. 
  • Taenia saginata Cacing pita manusia. Menyebabkan Taeniasis saginata. Pada skoleknya tidak terdapat kait-kait. Memiliki hospes perantara Sapi. Daur hidup Taenia saginata sama dengan Taenia solium. 
  • Diphyllobothrium latum, Menyebabkan Diphyllobothriasis. Parasit pada manusia dengan hospes perantara berupa katak sawah (Rana cancrivora), ikan dan Cyclops. Echinococcus granulosus Cacing pita pada anjing
  • Himenolepis nana :Cacing pita yang hidup dalam usus manusia dan tikus. Tidak memiliki hospes perantara.
  • pemberian obat anti cacing sangat dianjurkan. Obat-obatan ini bisa diminum golongan obat anticacing albendazole dosis sehari 500 mg lebih baik , biasanya dosis 250 cacing mati dalam bentuk utuh

  • -->Contoh cacing golongan Cestoda ini adalah
    1. Taenia saginata (dalam usus manusia) di bawa oleh sapi
    2. Taenia solium (dalam usus manusia) dibawa oleh babi
    3. Choanotaenia infudibulum (dalam usus ayam)
    4. Echinococcus granulosus (dalam usus anjing)
    5. Diphyllobothrium latum (menyerang manusia melalui inang katak , ikan, Cyclops Udang udangan)
    6. Hymnelopsis nana ( di usus manusia , tikus tanpa inang perantara)
    -->
    Taenia solium
    • Taenia solium dewasa hidup parasit pada saluran pencernaan manusia (usus).
    • Inang perantaranya (hospes intermediet) adalah babi.
    • Tubuhnya berbentuk pipih, ukuran panjang tubuhnya dapat mencapai 3m.
    • struktur tubuh cacing ini terdiri atas kepala (skoles) dan rangkaian segmen yang masing-masing disebut proglotid.
    • Pada bagian kepala terdapat 4 alat isap (Rostrum) dan alat kait (Rostellum) yang dapat melukai dinding usus.
    • Disebelah belakang skoleks terdapat leher/daerah perpanjangan (strobilus).
    Taenia saginata
    • Taenia saginata dewasa hidup sebagai parasit dalam usus manusia.
    • Cacing ini masuk kedalam tubuh manusia melalui perantara sapi (sebagai hospes intermediet).
    • Skoleks taenia saginata terdapatrostrum tetapi tidak mempunyai Rostelum (kait).
    • Jenis cacing ini kurang berbahaya bagi manusia dibandingkan taenia solium.

    Gejala atau tanda terinfeksi cacing pita antara lain :
    • perut terasa mulas dan mual,
    • kadang perih dan tajam menusuk-nusuk tetapi akan hilang sesudah makan
    • Selain itu muka pucat
    • sering pusing
    • kurang nafsu makan
    • feses berlendir


    PERBANDINGAN MORFOLOGI CACING PITA
    Diphyllobothrium latum
    • Merupakan jenis cacing pita yang hidup sebagai parasit pada manusia, anjing, kucing dan serigala.
    • Sebagai inang perantaranya adalah katak sawah (Rana cancrivora)ikan danCyclops.
    • Menyebabkan Diphyllobothriasis.
    • Daerah penyebarannya meliputi wilayah eropa, afrika, amerika utara dan jepang.
    Echinococcus granulosus
    • Jenis cacing pita berukuran kecil (berkisar antara 3-6mm) dan hidup sebagai parasit pada usus anjing liar / serigala dan karnivora lainnya.
    • Inang perantaranya adalah babi, biri-biri dan manusia.
    • Daerah penyebaran utama Australia, argentina dan pulau es.
    • Terlihat bahwa oncosfer yang berkembang menjadi Cysticercus di Biri biri (herbivora) dimakan sama hewan carnivora sehingga di tubuh Carnivora ( anjing / serigala ) menjadi cacing pita dewasa. cacing pita dewasa yang berada di tubuh carnivora akan melepaskan proglotidnya yang mengandung telur yang mature ke lapangan/ rumput untuk dimakan kembali hewan herbivora. OK
    Hymnelopsis nana
    • Jenis cacing pita kerdil yang hidup sebagai parasit pada manusia dan tikus.
    • Daerah penyebarannya meliputi seluruh dunia
    • Tanpa inang perantara

    Jadi
    • Manusia yang Ususnya terdapat cacing pita dewasa , di usus halusnya itu dipastikan Cacing pita tersebut pada Proglotid segmen terakhir yang masak “mature” banyak mengandung telur yang sudah dibuahi membentuk Zygot.
    • Dimana telur yang ada di Proglotid itu dilepaskan (Fragmentasi) sehingga mengikuti sisa makanan ke usus besar dan ke anus .
    • Telur yang berada bersama kotoran itu bisa bertahan selama berhari-hari atau berbulan bulan di lingkungannya .
    • Vegetasi yang ada di lingkungan misalnya rumput yang terkontaminasi oleh kotoran yang berisi proglotid berisi telur itu bila termakan oleh ternak ( Babi , Sapi) maka masukklah telur tersebut ke pencernaaan nya
    • Dalam usus ternak telur tergesek sehinngga menetas membentuk larva yang disebut Oncospheres
    • Oncosfer segera tumbuh membentuk larva Hexacant ( larva dengan 6 kait yang tajam)
    • Hexacant menginvasi dinding usus, dan bermigrasi ke otot lurik ( daging)
    • Di jaringan Otot ( daging) itulah larva bertahan membentuk cacing gelembung yang disebut Cysticercus
    • Sebuah cysticercus dapat bertahan hidup selama beberapa tahun di daging Ternak.
    • Manusia terinfeksi karena menelan mentah atau setengah matang daging yang terinfeksi / di dalamnya ada Cysticercusnya .
    • Dalam usus manusia Cysticercus berkembang lebih dari 2 bulan menjadi cacing pita dewasa , yang dapat bertahan hidup selama bertahun-tahun.
    • Cacing pita dewasa melekat pada usus halus dengan Scolexnya { kepala) dan scolex mereka berada menancap di dinding usus halus
    • Panjang cacing dewasa Taenia saginata bisa mencapai sampai 25 m, sedang T. solium lebih pendek
    • Proglottids atau bagian segment nya dari cacing pita bagian posterior yang paling belakang ( paling dewasa) menghasilkan telur yang matang,
    • Proglotid itu kemudian dilepaskan dari cacing pita, dan bermigrasi ke usus besar , bersama kotoran segera le anus (sekitar 6 per hari) begitu seterusnya
    ]


    Cara mengatasi masaalah cacing – Ubat Cacing 
    Bagaimana mengubati masaalah cacing yang benar dan cepat dengan bahan semulajadi ? 
    Masaalah cacing di dalam perut akan mempengaruhi tubuh, terutama anak-anak.besar kecilnya pengaruh tersebut tergantung dari jenis  cacing itu sendiri yang meliputi faktor usia cacing, ukuran cacing, dan dibahagian mana cacing bersarang pada tubuh kita.
    Jenis cacing ganas seperti cacing pita dan cacing tambang sudah tentu akan menimbulkan masalah lebih besar daripada pengaruh yang ditimbulkan oleh jenis cacing yang tidak ganas, apalagi jika cacing ganas tersebut masih berusia muda dan berukuran besar, pennderita cacing sering di indentikan dengan kejangalan yang ditandai dengan adanya penurunan berat badan, nafsu makan berkurang  hal itu kerana cacing dapat menyebabkan sakit perut dan cirit-birit apabila  cacing tersebut berada di dalam usus, apabila cacing berada pada usus bahagian atas dekat hati atau perut maka akan menyebabkan batuk dan mual pada perut.
    Harus diketahui  gerakan cacing boleh menyebabkan hancurnya kotoran-kotoran yang ada dalam usus yang akhirya usus akan mendapat jangkitan,hal tersebut boleh menyebabkan ginjal, hati, empedu juga lambung tidak dapat bekerja sebgaimana kebiasaan, apalagi dengan bertambahnya lendir-lendir yang dikeluarkan oleh tubuh, yang akan menyebabkan sakit perut, susah makan dan juga cirit-birit. selain itu juga boleh menyebabkan penurunan nafsu makan, dan berat badan, juga berkurangnya imunisasi tubuh dan senang mendapat penyakit.
    Gejala Cacing.
    Tanda-tanda cacing pada anak memang sulit diketahui sebab sulitnya membedakan antara sakit akibat cacing dengan sakit lainya . Hal ini disebabkan karena masalah komunikasi dengan anak kurang baik, selain itu hampir semua keluhan berkenen cacing dan gejalanya juga nampak pada anak-anak yang sedang sakit lainya, seperti batuk-batuk, muntah-muntah, , perut kembung, susah makan dan lainya.
    Ciri-ciri masaalah cacing.
    Caran untuk memastikan gejala-gejala cacing pada anak boleh dilakukan dengan melihat struktur kotorannya tatkala berak atau dengan melihat cairanya, tatkala sedang muntah apakah ada cacingnya atau juga telur telurnya. Namun usaha ini juga sangat sulit bagi orang tua yang tidak terbiasa mengawall kotoran anak-anaknya, kerana telur cacing tidak mudah dikenali, apalagi bagi yang belum pernah tahu bentuk dari telur cacing.jadi pedoman dasar mengubati masaalah cacing dapat dikenali melalui kesan yang timbul dari cacing itu sendiri, jika muntahan anak ada cacingnya berarti cacingnya sudah dewasa akan tetapi jika anak hanya mengalami batuk-batuk atau cirit-birit maka cacingnya masih kecil.
    Cara mengubati masaalah cacing
    Cara mengubati masaalah cacing dapat dilakukan menggunakan ubat-ubat dipasaran, namun lebih baik anda menggunakan ubat-ubatan herbai secara semulajadi, sebab dalam proses pengubatan cacing pada anak  lebih sempurna.Caranya 
    Anda boleh menggunakan : Minyak Zaitun, Minyak kelapa murni, Parutan kelapa.
    Cara membuat ramuan : Gunakan parutan kelapa atau minyak kelapa yang dicampur dengan minyak zaitun. 
    Jika kesulitan mendapatkan minyak Zaitun cukup dengan kelapa atau minyak kelapa saja.  perlu anda ketahui cara pengubatan dengan menggunakan minyak kelapa tidak dapat mematikan cacing, akan tetapi hanya mengusir atau mengelurkan cacing sewaktu berak atau diluar berak saja.
    Ubat Cacing secara semulajadi
    1. Mengubati Cacing dengan lobak merah.
    Jika anda ingin membasmi cacing dalam perut anda juga boleh menggunakan ramuan dari air perahan lobak merah, caranya campurkan air perahan lobak merah dengan santan kental masing-masing berukuran 1 sudur, masukkan sedikit garam gaul sampai rata, kemudian minumkan pada anak yang menderita masaalah cacing. Ramuan ini dapat memberantas cacing yang menyerang anak-anak maupun orang dewasa.
    2. Mengubati Cacing Dengan Kulit Mangga.
    Kulit mangga yang biasanya dibuang begitu saja ternyata dapat dijadikan sebagai ubat cacing. Daya antelmintik pada kulit mangga akan membantu mencegah penyakit cacing terutama untuk anak-anak, antelmintik juga sangat baik untuk membunuh kuman dan bakteri yang ada di dalam perut.
    Cara membuatnya : rebuslah kulit mangga Selama lebih kurang  15 minit, hal ini akan menjadikan keluarnya zat antelmintik dari kulit mangga. ambil dan  kemudian minumlah air rebusan itu . Air rebusan kulit mangga ini cukup berkesan dalam membunuh bakteria jahat di dalam perut dan juga larva cacing.
    3. Mengubati Cacingan Dengan Kelapa.
    Bahan yang diperlukan 1/4 butir kelapa dan 1 biji lobak merah.
    Cara membuat ramuan : Semua bahan diatas dicucil hingga bersih sebelum diparut, campur parutan dengan segelas air matang. Perah, tapis dan minumlah sebelum tidur.
    4. Mengubati Cacing Dengan Akar Delima.
    Bahan yang diperlukan ambil 7 gram akar delima saja.
    Cara membuat ramuan: Akar delima dicuci bersih lalu dipotong kecil. Rebuslah dengan segelas air matang selama 15 minit. kemudian tapis minum airnya sampai habis.
    5. Mengobati Cacingan Dengan Biji Jeruju.
    Bahan yang diperlukan biji jeruju 4-6 butir.
    Cara membuat ramuan : Tumbuklah biji jeruju hingga halus, kemudian seduhlah dengan setengah gelas air panas. Dinginkan sebentar lalu minum saja sampai habis. lakukan hal ini sekali sehari.
    6. Mengubati Cacing Dengan Biji Betik untuk Cacing Gelang.
    Bahan yang diperlukan 2 sudu makan biji betik dan Madu
    Cara membuat ramuan : Biji betik dikeringkan, kemudian ditumbuk hingga halus. masukkan  setengah gelas air dan tambahkan dengan sedikit madu. Minum secara teratur sehari 2 kali.
    7. Mengbatui Cacingan Dengan Daun  betik  Untuk Cacing Kremi. (Pinworms)
    Bahan yang diperlukan 1 lembar daun betik dan 15 gram akar pohon bunga melati.
    Cara membuat ramuan : Selain biji  betik, daun betik juga dapat digunakan untuk mengubati cacing terutama cacing kremi. Cucilah semua bahan hingga bersih. Rebus semuanya dengan 600cc air, hingga berbaki 300 cc. Minum air rebusannya sewaktu masih panas. Lakukan secara teratur 2 kali sehari.
    8. Mengubati Cacing Dengan Bawang Putih Untuk Cacing Kremi.
    Bahan yang diperlukan bawang putih 3 butir, 30 gram akar betik, gula merah secukupnya.
    Cara membuat ramuan : , bawang putih juga berkesan untuk mengubati cacing kremi. Caranya gula merah dipotong dan semua bahan dicuci bersih. Lalu rebus kesemuanya dengan 600cc air, hingga berbaki 300 cc. Minum air rebusannya sewaktu masih panas. Lakukan secara teratur 2 kali sehari.                                   
    9. Mengubati Cacing Dengan Pokok Putri Malu.
    Caranya cukup mudah, cuci 15 – 30 gram tanaman putri malu, rebuslah dalam 3 gelas air sampai hanya berbaki 1 gelas. Setelah sejuk, tapis kemudian diminum pada malam hari sebelum  tidur.
    Peringatan penggunaan ramuan dengan Putri malu :
    • Ingat !! akar putri malu dalam dosis tinggi dapat menyebabkan keracunan juga muntah-muntah.
    • Wanita hamil dilarang meminun rebusan tanaman ubat ini kerana dapat menyebabkan kematian pada janin yang dikandungnya bahkan boleh menggugurkan kandungan.
     Masalah cacing yang sering dialami oleh anak yang kecil. Ia perlu diatasi lebih awal melalui perubatan tradisional dan semulajadi untuk mengubati dan mencegahnya. Masalah cacing ini membuatkan anak tidak selesa dan membuatkan anak sakit dan perut agak kembung. Disini ada sedikit petua dari orang dahulu untuk mengubati penyakit ini.
    Kebiasaannya selepas anak pandai makan selain dari susu ibu, masalah cacing dalam kalangan kanak-kanak bermula. Ini kerana kanak-kanak telah mula terdedah dengan pencemaran di dalam makanan dan juga minuman. Tanda-tanda biasa ialah kanak-kanak selalu menangis sakit perut, kerap membuang najis serta mengandungi cacing dan juga telur cacing.
    Oleh itu, cara untuk mengatasinya selain dari memberi makan ubat cacing yang diperoleh dari klinik, hospital atau farmasi, ibu bapa juga boleh mencuba ubat tradisional ini yang mudah dan senang diperoleh terutamanya di kawasan perkampungan iaitu daun pokok petai belalang.
    Daun dan ranting pokok petai belalang, dibasuh bersih dan direbus,kemudian diembunkan semalaman,selepas itu, panaskan kembali air tersebut dan dimandikan pada waktu pagi sebanyak tiga kali,diberi minum seteguk jika boleh,  insyaAllah dapat membantu.
    Pengubatan pada kes cacing dapat menimbulkan kesan yang berbeza. boleh jadi setelah diubati, cacing akan mati dan keluar bersama kotoran. Jika cacing tidak mati maka akan meyebabkan cirit-birit kejadian ini akibat dari kerusakan yang ditimbulkan oleh sicacing yang sedang marah maupun karena obatnya yang kurang cocok. Kemungkinan lain adalah cacing akan keluar dalam keadaan masih hidup, baik sewaktu berak atau tidak berak (seperti pengubatan dengan kelapa atau minyak zaitun).
    Bagaimana cara mencegah cacing ?
    Pencegahan cacing yang kita lakukan tidak  terlepas dari masalah yang berhubungan dengan faktor penyebaran telur-telur cacing. cara terbaik mencegah cacing adalah dengan menghindari sumber telur maupun cacing sedapat mungkin, sentiasa memelihara kebersihan makanan dan kawasan tempat bermain kanak-kanak. Asuh mereka dengan  menerapkan pola hidup bersih, cuci tangan sebelum makan menggunakan sabun anti septik, dan yang terpenting jauhkan anak dari permainan menggunakan tanah, kuku-kuku jari tangan hendaknya dipotong pendek agar tidak boleh menggaru dubur yang kemungkinan terdapat cacing. setelah bangun pagi, anak harus segera mencuci tangannya agar telur-telur cacing yang melekap pada jari tangan dapat terlepas sehingga tidak melekat pada tangan. 

     Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.