Khamis, 5 Februari 2015

Khasiat Gamat Emas yang mesti diketahui - Fully benefit of sea cucumber very important to know


Menafaat Gamat Emas Bagi Kesihatan Tubuh
Gamat sudah sejak dahulu kala di gunakan sebagai ubat alternatif untuk membantu pengubatan berbagai penyakit. “Dalam sejarah tradisional China ianya telah digunakan sejak lebih dari 1000 tahun yang lalu untuk membantu mengatasi masaalah kesihatan seperti 

- Menyembuhkan luka, 
- Meredakan rasa sakit di persendian, 
- Memperlancar perjalanan darah 
- Secara umum diginakan sebagai hidangan istimewa untuk menjaga kesihatan kerana diumpamakan    sebagai ginseng laut”.

 Gamat berbentuk silinder, tanpa tulang belakang dan mempunyai bukaan pada bahagian hadapan dan belakang. Terdapat beberapa mekanisma pembiakan bagi gamat iaitu secara seksual, atau aseksual (pembelahan badan) dan autotomi (penyerpihan kulit badannya).

Berdasarkan hasil kajian di berbagai Universiti di seluruh dunia, ditemui bahwa  gamat sangat berkhasiat sebagai ubat serba guna dan sebagai antiseptik tradisional. 

Menurut Dr.Ir.M. Ahkam Subroto, M.App.Sc., Periset Bioteknolog LIPI, kandungan protein tinggi pada gamat mencapai 82%, baik diberikan kepada pesakit kencing mans (diabetes). 
Protein tinggi berperanan merangsang sel beta pankreas yang memproduksi insulin. Hasilnya, pengeluaran insulin meningkat.. 

Berbagai kajian tersebut juga membuktikan bahwa gamat memiliki kandungan “Cell Growth Factor” (faktor pembiakan sel) sehingga mampu merangsang pembiakan / pemulihan sel dan  tisu badan yang telah rosak/sakit bahkan membusuk, memperbaiki menjadi sehat / pulih kembali. 

Gamat kaya dengan faktor penyembuhan membuatkannya dapat memperbaiki sel-sel yang rosak. Kandungan protein hingga 82% dan asid lemak essensial mujarab memperkuat sel hati untuk mengeluarkan antibodi,disebabkan itu juga gamat kerap disebut imunomodulator. 

Lantaran kandungan kolagen yang tinggi, gamat ampuh melakukan penembuhani sel dalam waktu yang singkat, kajian menunjukan, gamat larut dalam air  dimana ianya dapat diserap oleh hati tanpa mengalami detoksifikasi.  Hal tersebut juga di kuatkan oleh hasil kajian Prof. Aleli Gana dan Dr. Florinia Merca dari Fakulti Kimia, University of the Philippines, Filipina menemui sebatian aktif melawan pertumbuhan sel kanser. Sebatian itu bernama lektin.Kajian mengungkap, gel gamat pada kepekatan 50 mikrogram dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Hal serupa dibuktikan oleh Jaime Rodriguez, Universidad de Santiago de Compostela, Spanyol.   
sha3622.blogspot.com

Kandungan dan khasiat Gamat 

Protein Bermenafaat Untuk :
Sistem pencernaan / perut
Memperkuat sistem daya tahan tubuh / imiun sistem
Membantu sistem pernafasan
Menghasilkan hormon & enzim serta fungsi protein lainnya

Kolegen Bermanfaat Untuk :
Kecantikan kulit
Membantu menyembuhkan luka
Mengurangi masalah perut/ulser
Baik untuk paru-paru
Bersama chondroitin membentuk tulang rawan baru

Glukosaminoglykan (GAGs) Bermenafaat Untuk :
Meringankan arthritis dan sakit persendian
Membantu meningkatkan kadar insulin darah
Bersama omega 3, 6, dan 9 mencegah penyumbatan dalam perjalanan darah

Glucosamine dan Chondroitin Bermenafaat Untuk :
Meringankan Artritis
Menjaga Persendian (pelicin sendi), menjaga kelenturan sendi
Membantu dan mencegah osteoporosis dan osteoarthritis
Membantu memelihara sel ligmen pada tulang

sha3622.blogspot.com

Mukopolisakarida Bermenafaat Untuk :
Membantu/melancarkan perjalanan darah
Memelihara sistem jantung
Menghilangkan rasa sakit (zat penahan sakit alamiah)
Membantu menurunkan inflamasi dan mempercepat proses penyembuhan luka
Membantu masalah buasir
Menurunkan & menstabilkan hipertensi/darah tinggi

Omega 3 dan Omega 6 Bermenafaat Untuk :
Membantu pembakaran tenaga & metabolisme sel
Menjaga system penghantaran impuls syaraf dan memelihara tekanan darah
Menurunkan kekentalan darah, sehingga mengurangi resiko serangan jantung
Menurunkan kolesterol LDL dan Trigliserida
Menurunkan HDL
Mineral, Potassium, Fosfor, Kromium, Magnesium, Kalsium, Besi, Sodium Bermanfaat Untuk :
Mengaktifkan keseimbangan enzim
Bersama protein membentuk keseimbangan hormon & sistem kelenjar
Menghasilkan sel darah merah
Mencegah anemia darah
Membantu toleransi gula darah
Bersama GAGs, membantu mengatasi toleransi gula darah

Asid Amino Bermenafaat Untuk
Terdapat 18 macam asam amino, termasuk 9 macam asam amino esensial, kandungan asid aminonya lebih tinggi dari asid amino yang terdapat pada ikan laut, ayam dan telur.
Membentuk sel-sel baru
Memperbaiki jaringan
Membentuk anti bodi atau daya tahan tubuh
Menyelaraskan enzim & hormon

Menafaat Vitamin B 

1.. Vitamin B1 (Thiamin)   – Sebagai sebahagian dari enzim      – Membantu fungsi sel syaraf.                  -Diperlukan untuk pengeluaran tenaga di dalam otak. 
2. Vitamin B2 (Riboflavin) - Diperlukan untuk metabolisma tenaga dan membangun jaringan. 
3..Vitamin B3 (Niasin) - Diperlukan untuk  pencernaan dan metabolisma tenaga syaraf yang sihat 
     Antiseptik Alamiah
- Zat untuk mencegah bakteri, kulat, infeksi
- Anti tumor

Saponin
Antioksidan, anti mikrob dan anti kanser
Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
Merangsang pembentukan sumsum tulang, memproduksi darah dan mencegah anemia
Bertindak sebagai perangsang untuk membantu masalah impotensi
Meningkatkan metabolisme energi dan mengatasi keletihan


Lektin 
Lektin pada Gamat tidak berpengaruh pada jenis golongan darah. Lektin tersebut memiliki keupayaan anti kanser bahkan kesan yang positif terhadap penentangan virus HIV. Dengan  asid amino Trypsin lektin tersebut ianya meningkatkan aktiviti agglutinasi, iaitu aktiviti darah dalam proses pembentukan antibodi dari serangan bakteria / mikroorganisma yang menjangkiti darah.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 3 Februari 2015

Tanda-Tanda Sakit Jantung Yang Perlu Kita Ketahui.- Sign of heart attack that We Need To Know

sha3622.blogspot.com
Tanda Tanda Sakit Jantung .Penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. 

Sumber dari  Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL. 

Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. 

Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat.           
 (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan) 
Lidah terasa tegang dan pendek. 
Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab. 
Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat. 
Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.
Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem. 
Rasa kepala berpusing tidak seimbang. 
Rasa keletihan sepanjang masa. 
Rasa meloya dan tidak ada selera makan. 
Degupan jantung tidak menentu. 
Nafas terasa pendek. 
Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen. 
Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.


sha3622.blogspot.com

Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. 


Keterangan lebih lanjut lagi. 

Rahang tidak selesa

Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda.Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda. 

Leher rasa terbakar 

Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda. 

Sakit di bahu 

Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu. 

Rasa berat di bahagian dada 

Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung. 

Sakit belakang 

Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda. 

Tidak selesa pada lengan 

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda. 

Rasa Letih 

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum. Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini. 

Rasa Loya 

Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit. 

Sumber dari DEMC menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas: 


-Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya. 

-Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa. 
-Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh. 
Bila perlu jumpa doktor? 
Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila : Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung. 
-Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda. 
-Sakit yang kuat. 
-Sakit dada apabila melakukan aktiviti. 
-Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam. 
-Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan. 
=Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya. 
-Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit. Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap. 

Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia 


Serangan sakit jantung mengejut 

Contohnya 

Anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa. 


Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat? 

Jadi, bagaimana menangani sakit jantung bila seorang diri? 
-Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan. 
-Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru. 
-Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula. 
-Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar. 
-Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri. 
Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor 

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.



sumber - gigitankerengga.

Sabtu, 31 Januari 2015

Makanan yang dapat meningkatkan mood - Foods that can enhance mood

sha3622.blogspot.com

Berikut 10 makanan yang dapat meningkatkan mood atau suasana hati seseorang,membuatkan anda mempunyai rasa gembira dan teruja. Faedah-faedah lain yang tidak kurang penting adalah, anda juga akan lebih sihat dalam jangka panjang!

1. Buah berrie

Buah berrie sangat berkesan terhadap kemurungan, kerana banyak mengandungi antioksidan yang dapat menyokong fungsi otak dan meningkatkan fungsi kognitif, Di samping itu, buah  ini juga akan menggalakkan tenaga positif, yang akan merangsang penghasilan "rasa baik enzim" di dalam otak. Menafaat lain yang baik dan juga dapat mencegah penyakit-penyakit yang membawa maut seperti kanser, tingginya jumlah antioksidan dalam buah ini juga berguna untuk mencegah oksidasi sel yang disebabkan oleh radikal bebas, serta mencegah penuaan pramatang.dengan kata lain, Anda harus mengganti popcorn dengan blueberry ketika menonton TV, atau ketika Anda merasa sedih – Anda tidak hanya akan tetap kekal cergas dalam jangka panjang, tetapi juga Anda akan merasa lebih bahagia!

2. Cokelat

Cokelat gelap (Dark chocolate) dapat meningkatkan fungsi kognitif, serta dapat mencegah Alzheimer dan demensia, sekaligus juga dapat meningkatkan mood Anda dalam hitungan saat. Semakin gelap warna cokelat yang Anda makani, maka semakin baik! Ianya akan memperlambat produksi hormon stress, dan tingkat kecemasan automatik akan menurun . Ini kerana coklat akan membuat pelepasan endorfin otak, dan juga dapat meningkatkan kadar serotonin. Inilah yang akan  membuatkan rasa bahagia  selama beberapa jam.

3. Green Tea

Teh Hijau telah digunakan selama ribuan tahun kerana diyakini banyak khasiatnya. Sama seperti buah, teh hijau juga sangat kaya akan antioksidan, asid amino dan L-theanine, yang diketahui dapat mengurangi keteganggan (stress) dan kecemasan serta meningkatkan mood. Jika diambil secara teratur, teh hijau dapat memberikan perasaan bahagia secara keseluruhan. Selain mengangkat mood, L-theanine yang ditemui dalam teh hijau juga dapat meningkatkan memori, fokus serta kewaspadaan mental. Untuk hidup sehat, dokter lagi-lagi menyarankan satu cawan teh hijau setiap hari!

sha3622.blogspot.com

4. Pisang

Pisang mengandungi vitamin dan mineral dalam jumlah yang tinggi, serta triptofan yang dikenali dapat meningkatkan kadar hormon serotonin. Semua sebatian yang ditemui dalam pisang dapat meningkatkan mood, dan vitamin B6 dalam pisang akan  mengubah triptofan menjadi serotonin, hormon yang bertugas mengangkat suasana hati. Dengan cara ini, Anda tidak hanya akan merasa lebih baik,  tetapi Anda juga akan memperoleh tidur malam yang lebih baik. Triptofan adalah sebatian yang banyak digunakan untuk ubat insomnia, kecemasan dan kemurungan. Buah pisang dapat mengurangkan kemrungan jika diabil dengan betul.

5. Alvokado

Alvokado mengandungi lemak yang sihat, yang diketahui dapat meningkatkan kadar hormon dopamin serta meningkatkan endorfin. Alvokado adalah buah yang sangat berkhasiat sangat baik untuk menaikkan mood ketika dalam keadaan celaru!

6. Daging burung

Sama seperti pisang, ayam, daging burung juga mengandungi jumlah tinggi triptofan yang dapat meningkatkan kadar serotonin. Selain itu, ayam dan burung juga sangat kaya dengan tirosin, asid amino yang akan membantu tubuh untuk mengatasi stress secara lebih berkesan. Selain itu,  disebutkan bahwa tirosin adalah yang mencakup norepinefrin dan dopamin, dua neurotransmitter penting yang dapat mempengaruhi suasana hati. Jika Anda meningkatkan pengambilan tirosin, maka Anda secara otomatik akan meningkatkan mood , dan mencegah kemurungan dalam jangka masa yang panjang!

7. Sayuran berdaun hijau gelap

Mengambil sayuran berdaun hijau pekat juga dapat melegakani kecemasan dan kemurungan. Ini kerana kandungannya yang mengandungi  asid folat dalam jumlah tinggi, yang dapat mengangkat suasana hati dan juga mengurangi keletihan, selain kaya dengan asid folat, sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam dan kailan akan menjamin berfungsinya saraf dan otot. Selain itu, kajian terbaru menunjukkan bahwa kadar magnesium yang rendah dapat menyebabkan penurunan kadar serotonin, sehingga menyebabkan kemurungan.

8. Telur

Telur (terutama kuningnya) juga berguna ketika Anda mencuba untuk melawan depresi dan meningkatkan keadaan uasana hati T elur sangat kaya akan vitamin D, dan studi telah mengungkapkan bahwa Vitamin D juga dapat meredakan gangguan mood, karena merangsang produksi serotonin di otak. - See more at: http://www.tipscaramanfaat.com/makanan-yang-dapat-meningkatkan-mood-763.html#sthash.4Tp8O9Hk.dpuf


9.Kenari

Walnut dikenali juga berkhasiat untuk meningkatkan kesihatan sel,  kerana faktanya bahawa walnuti kaya dengan lemak esensial. Sepuluh bibji walnut  sehari benar-benar mengoptimalkan komposisi dinding sel, serta menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Ini secara otomatik juga akan meningkatkan pengaliiran darah, mengubati kemurungan dan memberikan rasa kebahagiaan secara keseluruhan.

10.Ikan Salmon

Salmon mengandung omega-3 yang baik untuk melawan kemurungan dan membantu merubahsuasana hati menjadi lebih baik. Ianya juga dapat meningkatkan memori dan tingkat kefokusan anda.

Itulah 10 makanan yang dapat meningkatkan mood atau suasana hati dengan cepat, secara semulajadi,  tanpa kesan sampingan. Semua makanan yang disebutkan di atas telah terbukti secara ilmiah untuk meninmkatkan mood, membolehkan Anda  mengganti suplemen dan pil dengan satu atau lebih dari makanan tersebut. Jika Anda memiliki kecenderungan  mengalami kemurungan dan stress, maka Anda dapat dengan mudah untuk mencegahnya asalkan Anda memahami hubungan antara makanan dan suasana hati. Makanan tertentu tidak hanya dapat meningkatkan keberkesanani anti kemurungan, tetapi juga dapat mencegah berulang bagi untuk jangka waktu yang panjang.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya

Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Paracetamol - How To Treat A Headache Without Medicine

Paracetamol (atau dalam nama kimianya acetaminophen) diedarkan di hospital dan klinik sebagai ubat demam dan selesema atau ubat tahan sakit tahap sederhana (sakit kepala contohnya) dan diedarkan di hampir kesemua kedai farmasi di seluruh negara. Diperkenalkan sejak 1886, paracetamol diterima bercampur-campur dengan kecaman di kalangan doktor perubatan.

1. Paracetamol Adalah Selamat 
Jumlah maksimum paracetamol disarankan adalah 2x500mg bagi selang masa empat jam. Secara teorinya, paracetamol adalah selamat (jika mengikut preskripsi) kepada semua peringkat umur dengan kesan sampingan yang hampir tiada. Dengan kualiti perubatan masa ini, tiada masalah kematian dan keracunan paracetamol dicatatkan sekurang-kurangnya semenjak 10 tahun lalu.

2. Risiko Penggunaan Paracetamol
Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.

Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.

3. Jenama Komersial Paracetamol
Calpol, Disprol, Panadol, Panaleve. - See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2011/07/kebenaran-tentang-paracetamol-ubat.html#sthash.sPeMbG6y.dpuf
sha3622.blogspot.com
Paracetamol (atau dalam nama kimianya acetaminophen) diedarkan di hospital dan klinik sebagai ubat demam dan selesema atau ubat tahan sakit tahap sederhana (sakit kepala contohnya) dan diedarkan di hampir kesemua kedai farmasi di seluruh negara. Diperkenalkan sejak 1886, paracetamol diterima bercampur-campur dengan kecaman di kalangan doktor perubatan.

1. Paracetamol Adalah Selamat 
Jumlah maksimum paracetamol disarankan adalah 2x500mg bagi selang masa empat jam. Secara teorinya, paracetamol adalah selamat (jika mengikut preskripsi) kepada semua peringkat umur dengan kesan sampingan yang hampir tiada. Dengan kualiti perubatan masa ini, tiada masalah kematian dan keracunan paracetamol dicatatkan sekurang-kurangnya semenjak 10 tahun lalu.

2. Risiko Penggunaan Paracetamol
Seperti biasa, paracetamol juga dikumuhkan hanya melalui buah pinggang, jadi jika anda mempunyai masalah pada buah pinggang, sila berhati-hati terhadap penggunaan paracetamol.

Terdapat artikel tidak rasmi menyatakan ada doktor di Malaysia yang menjadikan paracetamol sebagai ubat pilihan kedua selepas perubatan herba kerana hakikat paracetamol hanya mampu diuraikan oleh organ hati dan pengambilan paracetamol secara kerap dan berlebihan sebenarnya boleh merosakkan hati.

Mengelakkan penggunaan paracetamol (untuk kesakitan tahap rendah) adalah wajar disebabkan hakikat penggunaan paracetamol secara kerap sebenarnya akan merendahkan daya tahan badan dalam mengatasi kesakitan. Logiknya, makin kerap paracetamol digunakan, makin tinggi dos paracetamol diperlukan badan dalam merawat sakit yang sama.

Kajian perubatan juga secara umumnya mengetahui bahawa penggunaan paracetamol melebihi 1g (2x500mg) setiap hari secara berterusan boleh menyebabkan kerosakan teruk terhadap organ hati dan buah pinggang.

Pengguna paracetamol yang kerap berisiko menghidapi asthma 3 kali lebih tinggi (Dr Seif Shaheen Imperial College, London) di kalangan orang dewasa.

3. Jenama Komersial Paracetamol
Calpol, Disprol, Panadol, Panaleve. - See more at: http://www.blog.khaltamarplus.com/2011/07/kebenaran-tentang-paracetamol-ubat.html#sthash.sPeMbG6y.dpuf

Cara Hilangkan Sakit Kepala secara Rawatan Semulajadi! 
Cara Hilangkan Sakit Kepala Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala  samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.

Diantara penyebab sakit kepala ialah: 
Tekanan (tension headache). 
Kemurungan 
Migrain (pengecutan salur darah) 
Penyakit serta ketegangan dalam mata. 
Sakit gigi dan tulang rahang. 
Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak. 
Kejang otot. Kecederaan kepala dan tengkuk/leher. 
Angin Ahmar Jangkitan dalam otak,
ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor). 
Tekanan Darah Tinggi
 Pengambilan dadah dan racun 

Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit. 

 Guna limau kasturi 
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan. 

Terapi urutan tapak kaki 
Saraf ditapak kaki dan tangan menghubungkan salur darah keserata saraf badan, Saraf diIbu jari menghubungkan saraf diKepala dengan urutan di belakang Ibu jari kaki  dapat melegakan saraf dikepala. 

Urut dengan minyak panas 
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak! 

Guna pek ais Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. 
Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit. 

Jauhi MSG 'Ajinomoto'
Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”. Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron. Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masah di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya! 

Rehatkan diri 
Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat. 

Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar) 
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

 Minum air elektrolit 
Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

 Letak kain basah di dahi Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega. 

Rendam kaki dalam bekas air panas 
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar! 

Rawatan akupuntur 
Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan. Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Kami percaya, cara hilangkan sakit kepala 

 Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut. Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan. 

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya


Ahad, 25 Januari 2015

Masaalah Kelenjar Tiroid yang perlu diketahui - Thyroid gland problem that must take note








http://sha3622.blogspot.com


Kenali Kelainan Kelenjar Tiroid


Kelenjar tiroid adalah salah satu dari kelenjar endokrin terbesar pada tubuh manusia. Kelenjar ini dapat ditemui di bahagian depan leher, sedikit di bawah laring. Kelenjar ini berfungsi untuk mengatur kecepatan tubuh membakar energi, membuat protein, dan mengatur sensitivitas tubuh terhadap hormon lainnya.

Kelenjar tiroid boleh merangsangi dan menjadi lebih besar oleh epoprosteno

Tiroid mengeluarkan dua hormon penting, iaitu:
Triodotironin dan Tiroksin mengatur laju metabolisme dengan cara mengalir bersama darah dan memicu sel untuk mengubah lebih banyak glukosa.

Jika Tiroid mengeluarkan terlalu sedikit Triodotironin dan Tiroksin (Hipotiridisme), maka tubuh akan merasa kedinginan, letih, kulit mengering dan berat badan bertambah. Sebaliknya jika terlalu banyak (Hipertiroidisme), tubuh akan berkeringat, merasa gelisah, tidak boleh diam dan berat badan akan berkurang.

Selidiki Kelenjar Tiroid
Kelenjar Tiroid atau Thyroid Scan menggunakan sumber radiasi terbuka yang mengandungi sinar gamma dalam dos yang sangat rendah dan waktu  yang pendek yang relatif aman dengan peralatan penangkap gelombang sinar gamma


Kenali Kelainan Kelenjar Tiroid! 

Wanita 8 kali lebih banyak mengalami gangguan Tiroid

Kehamilan dan Tiroid

Kelainan hipotiroid harus diwaspadai oleh wanita yang berada pada usia produktif. Kerana disaat hamil, janin belum dapat mengeluarkan sendiri hormon tiroidnya di 5 bulan pertama kehidupannya. Si janin bergantung sepenuhnya pada peneluaran hormon si ibu, apabila janin tidak boleh mendapatkan cukup iodin, maka pembangunan otak akan terjejas, jadi boleh mengakibatan Kurang Upaya fizikal (tumbuh kerdil/cretin) dan rencatan mental (sindrom down).
Apabila seorang wanita mengelami hipotiroid, kekurangan hormon itu harus segera dinormalkan melalui terapi hormon. Dia tidak boleh hamil sekurang-kurangnya 6 bulan. Wanita dengan kelenjar tiroid normal juga cenderung akan mengalami kekurangan iodin semasa mengandung. Oleh itu, doktor biasanya mencadangkan  makanan tambahan penggunaan kalium iodin setiap hari sepanjang kehamilan.
Bagi wanita yang tahu dirinya mengidap hipotiroid, harus memberitahu hal ini pada dokter kandungan saat hamil dan melahirkan. Ada baiknya dilakukan screening TSH pada tiap bayi baru lahir untuk mengetahui apakah terdapat kelainan kelenjar tiroid. Tiap bayi yang dilahirkan memiliki peluang 1/8.000 – 1/10.000 untuk terkena kelainan kelenjar ini. Bila terdeteksi dini dan segera diubati, maka bayi luput dari kecacatan.

Kelainan Kelenjar Tiroid Boleh Dicegah

  1. Selidiki Riwayat Kesihatan Keluarga. Kelainan tiroid boleh juga terjadi akibat keturunan. Mereka yang memiliki keluarga dengan riwayat penyakit diabetes tipe 1 dan rematik arthritis, terdedah terkena gangguan tiroid. Penyebab utama gangguan tiroid adalah sistem kekebalan tubuh yang menyerang kelenjar tiroid.
  2. Cukupi Keperluan Iodin.  Ianya tidak hanya diperoleh dari garam beriodin, tapi juga banyak terdapat dalam susu dan rumput laut.
  3. Hindari Ketegangan (Stress). Stress melemahkan imiunisasi tubuh yang dapat menyebabkan timbulnya gangguan tiroid.
  4. Lakukan  Pemeriksaan Hormon TSH setiap 5 tahun sekali, dimulai sejak memasuki usia 30-an, sekalipun tidak terdapat gejala.

Fakta Penting Tentang Kelainan Kelenjar Tiroid

  • Bangsa Asia berpotensi 3 kali lebih teruk kecacatan kelenjar Tiroid dan mendapati wanita dalam 8 kali lebih banyak daripada semua kaum. Lelaki lebih kerap terdedah kepada kecacatan kelenjar Tiroid, malignan tetapi boleh 60% - 70%.
  • Lapan puluh peratus gangguan tiroid biasanya berupa hipotiroid.
  • Wanita lebih kerap terkena hipotiroid dengan perbandingan 5:1 akibat auto immune yang rendah. Selain itu, faktor keturunan dan meningkatnya usia juga mempertinggi risiko terkena hipotiroid.
  • Terapi hipertiroid kadang kala dapat mengakibatkan hipotiroid.
Meskipun berfungsi dalam mengatur metabolisme tubuh, kelenjar tiroid  jarang diperbincangkan dan gejala gangguan kelenjar ini juga samar-samar jadi tidak hairanlah ramai yang tidak menyadari mengalami gangguan kelenjar tiroid atau malah mengira terkena penyakit lain.

Apa Itu Tiroid?

Tirodi adalah kelenjar kecil berbentuk kupu-kupu, terletak di bahagian depan leher, tepat di bawah halkun.

Apa Fungsi Tiroid?

Memproduksi hormon thyroxine  dan triiodothyronine . Hormon ini merangsang metabolisme sel-sel di dalam badan, melaraskan kelajuan badan dalam pembakaran tenaga dan membuat protein, serta menyelaras sensitiviti badan kepada hormon lain

Hiper Vs Hipo

Kelenjar tiroid yang terlalu aktif menyebabkan hipertiroid (kelebihan kelenjar tiroid), yang dapat meningkatkan risiko terkena gagal jantung. sementara, yang kurang aktif akan mengakibatkan hipotiroid (kekurangan hormon tiroid), memberi kesan menurunkan mental dan daya pikir pada janin sehingga ketika lahir berpotensi tumbuh kerdil (cretin) dan down syndrome. Hipotiroid juga meningkatkan kadar kolesterol, menyebabkan meningkatkan resiko sakit jantung.

Penyebab Kelainan Kelenjar Tiroid

Hipertiroid dapat disebabkan oleh gangguan autoimun yang disebut dengan penyakitgraves, pengeluaran abnormal dari TSH (thyroid stimulating hormone), tiroiditis (peradangan kelenjar tiroid), dan konsumsi yodium berlebihan.
Hipotiroid dapat disebabkan oleh gangguan hipofisis di otak, kekurangan iodin yang teruk, dan faktor keturunan. Ia juga boleh berlaku disebabkan oleh kesan-kesan sampingan rawatan hipertiroid terapi (ubat-ubatan, pembedahan  dan terapi penyinaran radioaktif).

Kenali Gejala Kelainan Kelenjar Tiroid

Gejala umum gangguan tiroid, baik hipo maupun hiper, iaitu pembesaran kelenjar. Namun, pada beberapa kes kelainan ini tidak terjadi.
Gejala Hipertiroid antara lain:
  • Berat badan menurun, meski banyak makan.
  • Mudah kepanasan
  • Haid yang sedikit
  • Mual
  • Gemetaran (tremor)
  • Terlalu bersemangat
  • Peluh berlebih
  • Jantung berdebar debar
  • Gelisah
  • Konsentrasi menurun
  • Mata menonjol atau melotot
Pengesanan klinikal Hipertiroid
Pemeriksaan adanya pembesaran atau benjolan di leher dilakukan oleh dokter umum.
Pengubatan Hipertiroid
  1. Pemberian obat anti tiroid (thyrosol) untuk menghambat aktivitas kelenjar memproduksi hormon tiroid.
  2. Terapi sinaran dengan iodin radioaktif untuk memusnahkan sel-sel Tiroid.
  3. Pembedahan  untuk mengeluarkan sebahagian daripada kelenjar Tiroid.
Gejala Hipotiroid antara lain
  1. Berat badan meningkat, meski sudah diet.
  2. Mudah kesejukkan
  3. Haid sangat banyak
  4. sembelit
  5. Suara serak dan parau
  6. Keletilahan
  7. Gerakan lamban
  8. Depresi
  9. Sering mengantuk, walau cukup tidur
  10. Konsentrasi dan daya ingat menurun
  11. Kulit dan rambut kering atau gugur
Pengesanan klinikal Hipotiroid
Pemeriksaan fizikal (leher), biasanya dilakukan oleh dokter umum, dilanjutkan dengan pemeriksaan laboratorium untuk menguji kadar hormon tiroksin dan TSH (thyroid stimulating hormone). Pemeriksaan TSH dapat dilakukan di semua klinik laboratorium dan hospital.
Pengbatan Hipotiroid

 Segera menambah kekurangan hormon tiroid secara bertahap lmelalui penggunaan levothyroxine hormon Tiroid . Pada kes selain hipotiroid yang parah, penggunaan ubat harus diambil seumur hidup agar fungsi tiroid tetap normal.

Kanser Tiroid

Kanser tiroid merupakan penyakit ganas yang sering ditemui pada sistem endokrin. Mujurlah, hanya 5 % saja jenis kenser yang ganas dan merupakan jenis kasker yang paling lambat membiak.  Pesakit mempunyai kadar kelangsungan hidup tertinggi, sehingga ia mencapai 90%..
Golongan umur yang kerap terkena kanser tiroid adalah kanak-kanak dibawah usia 14 tahun dan warga emas berusia lebih daripada 70 tahun. Wanita lebih banyak mengalaminya yaitu dengan nisbah 3 banding 1.
Gejala yang dirasakan: sesak napas, perubahan suara (serak), sukar menelan, dan pembesaran kelenjar getah bening leher. Penyebabnya berbagai cara, antara lain: persekitaran, usia, faktor keluarga, dan pernah terdedah kepada radiasi.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya