Jumaat, 19 Ogos 2016

Khasiat Gam Arab (Al Manna) Yang Wajib diketahui








 Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Manna" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu". Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (Al-Baqarah 57)
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَىٰ ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَٰكِنْ كَانُوا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ


Apakah Gum Arabic (Manna Wassalwa)
Gum arabic dikenal sebagai makanan kesihatan atau serat makanan (dietary fiber), yang sering juga dikenali dengan Cam Arab, di dunia industri makanan, nama Gum Arabic lebih di kenal sebagai emulsifier dengan kod E414. Tetapi orang Arab di Afrika dan Semenanjung Arab lebih mengenali produk ini sebagai Gum Arabic (atau Samghu 'Arabi dalam bahasa Arab). Mungkin sebahagian besar daripada orang Arab, kalau tidak semua, tidak tahu apa itu Gum arab .
 
Gum Arab dihasilkan daripada getah pohon Acacia yang mengeras menjadi damar berupa kristal. Getah yang keras ini diambil daripada batang, dahan dan ranting pohon ini. Kualiti yang terbaik banyak terdapat di sebelah barat negara Sudan. Gum Arab berwarna jernih keperangan, rapuh dan tidak mempunyai rasa yang kuat.
Terdapat 2 jenis gum Arab, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal, juga dikenali sebagai Hashab di Sudan, adalah dari jenis yang terbaik. Semua makanan yang berasaskan gum Arab menggunakan gam Arab Hashab kerana warnanya lebih cerah dan kandungan serat larut yang lebih tinggi.
Gum Arab Elnasr dibuat 100% daripada gum Arab Hashab asli tanpa bahan pengawet atau bahan kimia berbahaya. Ia diproses secara mekanikal sehingga ia menjadi serbuk yang sangat larut dalam air. Produk ini juga diproses di Sudan dalam cuaca yang panas dan kering, jadi kandungan nutriennya terpelihara. Kandungan serat larut dalam Gum Arab Elnasr menjangkau 85%, nilai yang biasa terdapat dalam gum Arab Hashab. Kandungan serat larut dalam gum Arab Hashab adalah yang tertinggi pernah ditemukan saat ini.
Gum Arab Elnasr memelihara kesihatan, sistem pencernaan dan sistem imun dengan menyuburkan bakteria baik dalam usus (kolon), dan memberi bekal serat makanan larut yang secukupnya kepada sistem pencernaan untuk sistem pencernaan berfungsi dengan lebih efektif untuk menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah dan membuang lemak berlebih dan toksin dari badan.
Gum Arab Elnasr larut dengan mudah dalam air dan boleh dicampurkan dengan makanan lain seperti nasi, bubur, salad, cereal dan sebagainya. Untuk kegunaan biasa bagi memelihara kesihatan sistem pencernaan, ambil 2 hingga3 sudu teh pagi dan malam.
Dengan Gum arabic Elnasr, anda akan mendapat menafaat sepenuhnya daripada khasiat dan kebaikan gum Arabic termasuk penyerapan mineral-mineral and nutrien-nutrien penting (seperti Kalsium, Magnesium, Vitamin dan Zat Besi) yang lebih efektif, peningkatan sistem imun untuk melawan serangan berbagai penyakit yang dibawa oleh bakteria berbahaya, pengurangan risiko terhadap serangan kanser usus, menjaga berat badan, kelancaran pembuangan air kencing dan penjagaan optimal kandungan gula dan kolestrol dalam darah.

Hasil carian imej untuk arabic gum

Kebaikan Gum Arab Sebagai makanan kesihatan
Gum Arab telah terbukti melalui banyak kajian dimana pengambilan gum Arabic yang secara rutin memberi banyak manfaat kepada kesihatan. Bukan sekedar itu saja, gum Arabic dapat mengubati berbagai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kerosakkan buah pinggang.. sesuatu yang terkandung dalam gum Arabic yang tidak pada suplemen-suplemen lain. Jika begitu hebat khasiatnya, mengapa gum Arabic ini tidak dijadikan sebagai obat?.

Pertama. Rahsia gum Arabic. Gum Arabic adalah suplemen atau sumber serat prebiotik (prebiotic fiber) yang tertinggi dan terbaik pernah ditemui sampai saat ini. Kandungan prebiotik dalam gum Arabic menjangkau sehingga 85%. Ini artinya, pengambilan gum Arabic sebanyak 10 gram sehari akan memberikan badan kita dengan 8.5 gram prebiotik, memenuhi keperluan harian. Kandungan prebiotik dalam gum Arabic adalah dari jenis kualiti yang terbaik. Kajian membuktikan prebiotik dalam gum Arabic adalah setara dengan prebiotik dalam susu ibu.
Prebiotik banyak terdapat dalam makanan harian kita seperti gandum, bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kadar yang berbeda. Bawang putih dan bawang merah contohnya mengandung 17% dan 9% prebiotik. Pisang mengandung 1% prebiotik. Jadi untuk mendapatkan bekalan 8.5 gram prebiotik daripada pisang, kita kena makan 850 gram pisang sehari. Mampukah anda melakukannya?
Berapa jumlah prebiotik diperlukan oleh badan setiap hari? kajian-kajian yang berhubung dengan prebiotik menganjurkan antara 4 hingga 8 gram untuk kegunaan biasa. Untuk tujuan pengubatan, dos yang lebih tinggi diperlukan, antara 15 ke 20 gram sehari.

Usus merupakan saluran pembuangan sampah hasil pencernaan (fases), adalah satu organ kesihatan yang sangat kompleks dan sensitif. Proses pembuangan tidak hanya berlaku di dalam perut tetapi bersambung di dalam usus . Di mana makanan yang tidak dibuang atau tidak boleh dibuang di dalam perut akan bergerak ke dalam usus besar dan berakhir di dalam kolon untuk melalui proses pencernaan yang terakhir. Di dalam kolon inilah proses penyerapan air, mineral dan nutrien dan penyingkiran lemak yang berlebihan, najis dan toksin terjadi. Efek kolon dalam fungsi ini amat bergantung kepada kehadiran dan kesuburan bakteria Probiotik yang menghuni usus ini. Usus adalah seumpama kilang memperosesan dan probiotik adalah pekerja-pekerja yang menjalani aktiviti-aktiviti dalam kilang tersebut. Jika pekerja berkurangan atau lemah, maka kuranglah produktivi dan akhirnya banyaklah aktviti-aktiviti yang terbengkalai, mesin-mesin rosak dan sebagainya.
Bagaimana prebiotik dapat membantu? Prebiotik adalah makanan untuk probiotik. Jumlah populasi dan kesuburan probiotik sangat bergantung kepada kehadiran penghantarani prebiotik yang secukupnya. Gum Arabic tidak dicerna dalam perut dan usus besar. Ia diperam di dalam usus dan apendiks untuk menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang berfungsi dan bertindak sebagai prebiotik.
Berikut adalah kebaikan prebiotik atau kesan pengambilan prebiotik yang telah dibuktikan melalui kajian:
peningkatan kadar penyerapan mineral dan nutrien, yang biasanya terlepas keluar sebagai bahan buangan, terutamanya kalsium dan magnesium
peningkatan sistem imun
pengurangan kadar gula dan kolestrol dalam darah
penurunan berat badan (melalui penjagaan selera makan)
peningkatan jumlah bakteria baik atau probiotik dalam kolon
pengurangan bakteria berbahaya (bakteria pembawa penyakit) dalam sistem usus
kelancaran pembuangan fases dan air kencing
pengurangan atau pencegahan kanser atau radang usus dan penyakit-penyakit yang lain
pengurangan jangkitan (infections) pada dinding usus

 Imej yang berkaitan

Dengan fungsi-fungsi inilah prebiotik dapat merawat dan mencegah penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, obesitas, gagal ginjal, kanser usus dan sakit jantung koronari.
Begitulah kehebatan prebiotik yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesihatan tubuh badan kita. Kemampuannya merawat penyakit-penyakit kronik telah terbukti. Dan inilah RAHASIA GUM ARABIC. Nikmatilah menafaat prebiotik sepenuhnya dengan menambahkan Gum Arabic Elnasr dalam makanan harian anda!
Jika begitulah hebatnya gum Arabic, mengapa gum Arabic tidak dijadikan ubat?
Pertamanya, ubat dibuat atau diformulasikan untuk menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Antibiotik, misalnya, dapat melegakan demam panas dalam masa 1-3 hari. Kesan penyembuhan segera ini tidak datang dari bahan-bahan semulajadi (natural ingredients). Ia datang dari bahan-bahan kimia atau bahan-bahan lain. Sebab itu setiap ubat ada efek sampingnya. Antibiotik contohnya dapat melemahkan fungsi buah pinggang dan membunuh semua bakteria dalam usus termasuk bakteria baik atau probiotik.
Gum Arabic adalah 100% bahan semulajadi. Ia dihasilkan daripada pokok Akasia,di proses sehingga halus tanpa menambahkan bahan-bahan lain dan kemudian diminum. secara semulajadi, sebagaimana produk-produk semulajadi yang lain, gum Arab tidak dapat menyembuh penyakit dalam kadar yang segera. Ia akan melalui proses pembaik-pulihan dan pemantapan sistem pencernaan dan imun, dan cepat atau lambat kesannya adalah berbeda dari satu individu kepada individu yang lain. Yang pentingnya, penggunaan gum Arabic yang secara rutin akan melindungi badan kita daripada penyakit-penyakit kronik dengan izinNya.
Rahasia Kedua, gum Arabic banyak digunakan dalam industri makanan dan minuman sebagai agen penstabil dan . Tidak ada bahan lain yang sebaik gum Arabic untuk fungsi-fungsi ini. Perusahaan minuman Coca-cola dan Pepsi, contohnya, bergantung sepenuhnya kepada gum Arabic. Oleh kerana pasokan gum Arabic dunia dari jenis Hashab (Acacia Senegal) adalah terbatas, maka pihak barat mengelak untuk mengakui gum Arabic ini sebagai suplemen kesihatan agar permintaan gum Arabic tidak mendadak tinggi sehingga tidak mencukupi untuk industri-industri yang disebutkan tadi. Pada masa yang sama, pihak barat terutamanya negara-negara Eropah lebih mempromosikan Inulin sebagai prebiotik bagi mengurangkan tumpuan terhadap gum Arabic. Inulin dihasilkan daripada Akar Chikori (Chicory Root) yang dikatakan mengandungi 65% prebiotik. Walau bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahwa gum Arabic adalah lebih baik daripada Inulin dari segi efek prebiotik (prebiotic effects) terhadap penyuburan dan penambahan bakteria Probiotik dalam usus.
Bagaimana pula prebiotik dapat mengubati sakit ginjal yang tiada perubatan moden yang dapat mengubatinya?
Kebanyakan kesan positif penggunaan gum Arabic datang daripada pesakit buah pinggang. Kalau kita tanya orang-orang Sudan, di mana terdapat banyaknya gum Arabic, semua mereka akan mengakui bahwa gum Arab ini sangat baik untuk buah pinggang. Jadi bagaimana prebiotik dalam gum Arabic bertindak memulihkan fungsi ginjal?
Jawaban nya yang lebih tepat adalah dari hasil kajian yang dilakukan oleh Bliss et al. dalam tahun 1996 yang telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition. Laporan itu menyebut bahwa pesakit buah pinggangl kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum Arabic sehari mempunyai nitrogen yang lebih besar dan urea serum lebih rendah daripada penderita yang hanya mengambil diet rendah protein saja tanpa mengambil gum Arabic.Kesan ini menyebabkan uraemia menurun dan perawatan dialisis dapat dikurangi.
Riset yang dilakukan dalam tahun 2008 oleh Adil Ahmed Ali et. al. dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan ke atas 36 penderita ginjal kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahwa pengambilan gum Arabic dapat mengurangi efek buruk CRF.

Gum Arabic Elnasr sangat larut dalam air dingin dan mudah untuk minum. Menyediakan Gum arabic Elnasr adalah semudah menyediakan gula dalam air. Gum Arabic Elnasr tidak mempunyai rasa yang kuat. Cara Penyediaan yang disarankan ialah dengan mengadunkan 5 gram Gum Arab Elnasr dengan 1 gelas air biasa. boleh di tambahkan dengan sedikit perahan limau nipis untuk menambahkan rasa masam agar lebih mudah diminumkan. Limau Nipis juga baik untuk membuang lemak dari badan.
Mengapa Gum arabic Elnasr Berbeda?
Ataupun boleh juga di tambahkan madu untuk rasa manis.
Gum Arabic Elnasr adalah 100% gum Arabic asli dari jenis Hashab, kualitas terbaik. Kandungan korbohidrat dalam Gum Arabic hingga 85% yang berupa serat makanan larut (soluble dietary fiber). Serat larut ini juga dikenali sebagai serat prebiotik kerana efek prebiotik yang terkandung di dalamnya. Jadi Gum Arabic Elnasr dapat dikatakan sebagai suplemen 2 dalam 1 iaitu sebagai suplemen serat larut dan juga suplemen prebiotik. Jadi dengan pengambilan Gum Arabic Elnasr anda mendapat cukup serat larut dan prebiotik yang terbaik

Kenapa serat larut sangat penting?
Perut orang dewasa memerlukan serat makanan di antara 25 gram hingga ke 38 gram sehari untuk memelihara kesihatan sistem pencernaan, di mana satu pertiga daripadanya dalam bentuk serat makanan larut. Laki-laki lebih memerlukan banyak serat makanan. Pengambilan 10 gram sehari Gum arabic akan memberikan serat larut yang mencukupi untuk tubuh anda. Serat lain nya dapat diperoleh daripada makanan-makanan lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kacang-kacang. Serat tidak larut diperlukan untuk membersihkan dinding usus (cleansing effects) dan melancarkan pergerakan fases ke bahagian dubur.
Serat larut pula memainkan peranan yang lebih kepada perlindungan dan penjagaan. Kebanyakan pakar berpendapat bahwa kanser usus berpunca dari kekurangan serat larut dalam makanan. Serat larut bertindak membentuk asid lemak rangkaian pendek dalam usus yang akan menghalangi bakteria berbahaya, terutamanya pathogen, daripada membentuk sel-sel kanser (cancerous polyps) pada dinding usus.
Serat larut juga memainkan peranan penting dalam menjaga kandungan gula dan kolestrol dalam darah. Kebanyakan penyakit-penyakit kronik akibat kehadiran gula dan kolestrol yang berlebihan dalam darah terutamanya kencing manis dan sakit jantung koronari. Jadi pengambilan serat larut yang secukupnya akan memelihara tubuh kita daripada penyakit-penyakit kronik ini.
Apa akan terjadi bila mengambil Gum Arabic Elnasr?
Kehadiran kesan positif daripada pengambilan Gum Arabic Elnasr adalah bergantung kepada individu. Ada yang dapat merasakan perubahan dalam waktu seminggu dan ada juga yang mengambil masa sebulan. Gum Arabic adalah sumber tenaga semulajadi. Petani-petani di Sudan biasanya akan memakan gam Arab ini dalam perjalanan mereka ke ladang dan mereka mampu bekerja di ladang hingga ke petang tanpa memakan apa-apa hingga mereka kembali ke rumah.
Kesan pengambilan Gum Arabic Elnasr juga bergantung kepada jumlah dos, waktu dan cara pengambilan. Jadi banyak faktor yang mempengaruhi kesan dari gum Arabic. Oleh kerana gum Arabic ini bukan ubat, maka tiada dos tertentu untuk penyakit tertentu. Kajian menerangkan bahwa pengambilan hingga 30 gram sehari untuk merawat sesuatu penyakit dan 10 gram sehari untuk tujuan pemeliharaan kesihatan. Waktu penyajian yang disarankan adalah ketika perut kosong dan sebelum tidur supaya serat prebiotik dalam gum Arabic ini akan terus sampai ke bahagian usus dan terus dicerna.
 
Pentingnya gum Arabic adalah makanan kesihatan dan perlu diambil secara rutin sebagaimana perlunya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan secara rutin. Dengan adanya gum Arabic dalam makanan kita, kita akan mendapat kecukupan serat prebiotik untuk membantu badan kita memperolehi cukup mineral dan nutrisi. Untuk mengetahui bagaimana gum Arabic memberi kesan atau tidak, dan bagaimana anda telah menggunakan gam Arab dengan cara dan dos yang betul atau tidak, lakukanlah ujian sebelum dan 3 bulan sesudah menggunakan gum Arabic, terutamanya ujian tekanan darah dan ujian kadar gula dan kolestrol dalam darah.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya




Isnin, 16 Mei 2016

Kebaikan dan keburukkan Minuman Teh yang sangat perlu diketahu.i.Fully benefit of Tea need to know



Kết quả hình ảnh cho teh


Kebaikan dan keburukkan Minuman Teh :

Kebaikan Teh

1. Memperkuat Gigi & Mencegah Penkeries pada Gigi
Unsur Flouride ( F ) yang cukup tinggi pada Teh, dapat membantu dalam mencegah mengawal Penkeries pada gigi serta dapat memperkuat gigi

2. Mengurangi Resiko Keracunan Makanan
Unsur Catechin ( salah satu unsur dalam Polyphenols ), telah terbukti bahwa unsur tersebut memiliki kemampuan untuk menghentikan pertumbuhan beberapa bakteri yang menyebabkan keracunan makanan ( menurut kajian  dari Taiwan dan Jepun ).

3. Memperkuat Daya Tahan Tubuh
Dengan adanya vitamin C dan vitamin E, maka Teh dapat juga membantu memperkuat daya tahan tubuh.

4. Menyegarkan Tubuh
Teh mengandungi sejenis kafein yang berbeza dengan kopi, maka Teh juga dapat merangsang sistem saraf tubuh kita sehingga pengambilan oksigen kedalam tubuh lebih lancar.


5. Mencegah Tekanan Darah Tinggi
Epigallocatechin dan Gaul epicatechin yang adalah variasi catechin, mampu bertindak sebagai  penindas angiotensin pada trasferase, iaitu enzim menyebabkan tekanan darah tinggi. Banyak lagi boleh juga disimpulkan bahawa dengan keupayaan catechin untuk mengelakkan tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan menghindari radikal, kemudian catechin boleh juga mengurangkan risiko penyakit kardiovascular.

6. Mengawal Kolesterol
Catechin, ternyata juga telah dibuktikan bahwa dapat mengurangi penimbunan kolesterol dalam darah dan mempercepat pembuangan kolesterol melalui najis

7. mengoptimumkan metabolisme gula
mangan (Mn), terkandung dalam teh boleh membantu penguraian gula menjadi tenaga. Oleh itu teh boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam darah



8. Mencegah Pertumbuhan Kanser
Kemampuan Catechin ( salah satu unsur dalam Polyphenols ) dapat mengawal tumbuhnya sel-sel kanser pada tubuh dan meneutralkan radikal bebas.

Kết quả hình ảnh cho teh

Bahaya Dari Minuman Teh :

Teh memang dapat memberikan menafaat bagi para peminumnya, tetapi ada juga dikalangan orang tertentu yang dianjurkan untuk tidak mengambil teh terlalu banyak kerana boleh menjadi masaalah bagi kesihatannya,mereka itu adalah:

1. Pesakit yang fungsi ginjalnya tidak baik dan tak dapat menahan kencing atau inkontinensia kerana teh berfungsi melancarkan pembuangan air kencing. Banyak minum teh mengganggu fungsi ginjal,jadi ianya akan meyebabkan masaalah pesakit itu bertambah parah .

2. Wanita hamil
Wanita yang sedang hamil memerlukan berbagai Janis zat untuk membekal keperluan metabolisme tubuhnya dan juga janin dalam kandungannya,jika terlalu banyak minum teh, maka zat tanin atau samak dalam teh dapat berpadus dengan zat besi dalam makanan yang diambil. menjadi semacam sebatian yang tidak diserap oleh tubuh. selain dapat mengakibatkan anemia dan kekurangan zat besi pada wanita hamil, juga dapat mengakibatkan janin dalam kandungan menjadi kekurangan zat besi . Sehingga setelah lahir bayi juga akan menderita anemia dan kekurangan zat besi.

3. Wanita yang sedang menyusui
Wanita yang sedang menyusui sebaiknya tidak minum teh kental. Ini kerana salah satu dari racun dalam teh (kafein) boleh mempengaruhi pengeluaran air susu, sehingga ASI menjadi berkurang, selain itu kafein juga boleh masuk kedalam tubuh bayi melalui air susu yang dapat mengakibatkan usus bayi menjadi kejang, sehingga bayi akan menangis tak berhenti

4. Orang yang sedang demam
Untuk orang yang sedang  demam, minum teh bukannya dapat menurunkan suhu badannya tetapi  akan meningkatkan suhu panas tubuhnya. Ini disebabkan theophyline yang terkandung dalam teh dapat meninggikan suhu badan, bahkan membuat fungsi ubat penurun suhu badan menjadi hilang atau berkurang.

5. Orang yang lemah saraf dan mengalami insomnia
Para penderita penyakit ini sebaiknya tidak meminum teh kerana hanya akan semakin parah .ianya disebabkan kandungan kafein dalam teh dapat mengakibatkan gairahnya sistem saraf dan menaikkan metabolisme dasar, sehingga akan membuat semakin sukar untuk tidur lena dan merasa
gelisah.

6. Orang yang kurang darah
Zat besi dalam makanan memasuki saluran pencernaan dalam bentuk feros hidrosida koloid. Zat besi dalam bentuk koloid ini tidak dapat diserap tubuh secara langsung. Ia harus melalui peran getah perut barulah dapat diserap melalui tubuh. Asid tanat dalam teh sangat mudah bersebati dengan zat besi dan membentuk asid tanat feros larut yang merintangi penyerapan zat besi. Bila tubuh orang yang kurang darah kekurangan zat besi, hemoglobin sintetis dalam tubuh boleh berkurangan, dan penyakitnya menjadi bertambah parah.

7. Orang yang mengalami sembelit
Mereka iii mesti berpantang meminum teh pekat kerana asid tanat dalam teh mempunyai peranan astringen, iaitu melemahkan kerja saluran usus. Jika mereka tetp nekat meminum teh pekat maka sembelit akan semakin bertambah parah.

8. Kanak-kanak
Minum teh tidak terlalu baik untuk kana-kanak,  ini adalah kerana setelah minum teh kanak-kanak mudah terangsang semangatnya, nafsu makannya menurun, selaput lendir saluran pencernaan menyusut sehingga mempengaruhi pencernaan makanan dan penyerapannya.Asid tanat dalam teh juga dapat mempengaruhi penyerapan vitamin B dan zat besi dalam makanan sehingga mengakibatkan menurunnya hemoglobin dan menuyustnya volume eritrosit, yang akan mengakibatkan mudah terserang anemia atau kurang darah.

9. Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi dan mengidap jantung teh memang dapat membantu melindungi jantung tapi bagi yang telah menderita penyakit jantung keronik harus menghindari minum teh pekat, kerana kadar kafein dalam teh bole merangsang orang dan menaikkan tekanan darahnya. Bila mereka tetap meminum teh maka jantungnya akan berdetak cepat,merasa sangat gelisah bahkan mengalami arrhythmia atau tidak adanya irama jantung.
Setelah mengetahui beberapa sebab mereka pantang minum teh tentunya akan menjadi perhatian bagi kita. Walaupun teh juga mempunyai manfaat bagi kesihatan tapi efek kesehatan teh lebih bersifat sebagai preventif (mencegah). Dan itupun akan berarti jika teh diminum secara teratur dan dengan ukuran yang tepat

Kajian yang dilakukan i dari Loyola University Medical Center, Amerika, menemui bahwa orang yang suka minum The Ais boleh beresiko besar terkena penyakit batu ginjal.

Kết quả hình ảnh cho teh

Untuk mengurangi resiko buruk tersebut, kita harus bijaksana dalam mengambil minuman dan makanan terutama Teh.


Disini Ada beberapa langkah yang boleh diambil sewaktu pengambilan Teh
  • Usahakan minum Teh tidak terlalu kerap .
  • Banyak minum air putih kerana sudah terbukti ianya sangat baik untuk tubuh.
  • Teh baik jika diadunkan, / dicampur dengan perahan limau kerana limau mengandungi acid sirat yang berfungsi sebagai pembersih dan antioksidan.
  • Buatlah minuman  Teh tidak terlalu manis supaya tidak menghilangkan zat yang bermenafaat dalam Teh tersebut.
  • Jangan Minum Teh pada saat atau sesudah makan. Sebab zat yang terkandung dalam makanan akan dinetralisir oleh Teh.
  • Jangan minum teh saat perut kosong sebab dapat meningkatkan produksi asid perut.
  • Untuk wanita hamil dan sedang menyusui, hindari minuman teh kerana kafein dan zat stimulan yang lain bisa merangsang kontraksi rahim dan mengganggu produksi kelenjar ASI.


Cara membuat Teh : gunakan air mendidih bersuhu 80 derajat celcius, jangan menggunakan air dengan yang suhunya lebih tinggi dari 80 derajat ini penting kerana dapat membuat hilangannya menafaat dari teh.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
 



Ahad, 8 Mei 2016

Menafaat Tanaman Teratai Yang perlu diketahui - Fully benefit Lily Plants




Hasil carian imej untuk akar rimpang teratai
sha3622.blogspot.com

Teratai [Nelumbium nelumbo Druce.] dikenali sebagai water-lily Teratai terdiri dari sekitar 50 spesies..ianya merupakan tumbuhan yang tumbuh di dalam air. Teratai dibiakkan diperairan dan kolam, . Daunnya digunakan sebagai bahan pembungkus makanan
Sejarah Bunga Teratai
Pada zaman Mesir kuno, teratai dan lotus banyak tumbuh di pinggir Sungai Nil. Nymphaea caerulea dan Nymphaea lotus adalah dua spesies yang berasal dari Mesir. Bunga N. caerulea hanya berumur sehari, mekar di pagi hari dan tenggelam di bawah air di senja hari. Bunga dari N. lotus mekar pada malam hari dan menguncup di pagi hari. Peninggalan dari kedua jenis teratai asli Mesir ini ditemui di makam Ramses II.
.Ianya menjadi lambang ketenangan pada ugama Budha dan menganggap bunga ini sebagai lambang kesucian ,Dalam masyarakat india juga sangat terkenal
 

Kegunaan Teratai



Biji Teratai:
memelihara jantung, bermenafaat untuk ginjal, dan menguatkan limpa..

Tunas biji teratai : menghilangkan panas dalam jantung, menurunkan panas (antipiretik), menghentikan pendarahan (hemostatik) Kulit biji teratai : menghentikan pendarahan (hemostatik) menghentikan panas dalam di lambung, mengeluarkan panas dan lembab dari usus.

Benangsari : menghilangkan panas dari jantung, menguatkan fungsi ginjal, menghentikan pendarahan (hemostatik).
Penyangga bunga (receptacle) : memecahkan darah beku, menghentikan pendarahan (hemostatik).

Batang teratai (tangkai bunga, tangkai daun) : menurunkan panas dan memperlancar pembuangan air kecil (diuretik).

Daun : membersihkan panas dan menghilangkan lembab, menghentikan pendarahan (hemostatik).

Dasar daun : menurunkan panas (antipiretik), menormalkan menstruasi, menguatkan kehamilan.

Kelopak : dimakan mentah berkhasiat menurunkan panas (antipiretik), menguraikan darah beku. Bila dimasak berkhasiat menguatkan limpa, menambah selera makan (stomakik), penambah darah, membantu pertumbuhan otot dan menyembuhkan cirit-birit.

Akar : menghentikan pendarahan (hemostatik), mencairkan darah beku, penenang (sedatif).

Tambah kapsyen

Hasil carian imej untuk teratai
sha3622.blogspot.com
                                                         
Kandungan Kimia



Bunga : kuersetin, luteolin, isokuersitrin, kaempferol.
Benangsari : kuersetin, luteolin, isokuersitrin, galuteolin, juga terdapat alkaloid.
Penyangga bunga (receptacle) : protein, lemak, karbihidrat, karoten, asid nikotinat, vitamin B1, B2, C dan sedikit mengandungi nelumbin.
Biji : kaya akan pati juga mengandungi raffinosa, protein, lemak, karbihidrat, kalsium, phosphor, dan besi. Kulit biji teratai mengandungi nuciferin, oxoushinsunine, N-norarmepavin.
Tunas biji teratai : liensinin, isoliensinin, neferin, nuciferin, pronuciferin, lotusina, methylcorypalline, demethylcoclaurine, galuteolin, hyperin.
Kelopak: pati, protein, asparagin, vitamin C, selain itu juga mengandungi katekol, d-gallocatechol, neochlorogenic acid, leucocynidin, leucodelphinidin, peroksidase, dan lain-lain.
Akar : zat tanat dan asparagin.
Daun : roemerin, nuciferin dan nornuciferin.
Tangkai daun : roemerin, nornuciferin, resin, dan zat tanat.
Oxoushinsunine yang terdapat pada kulit biji teratai berkhasiat menekan perkembangan kanker hidung dan tenggorokan, sedangkan niji dan tangkai teratai berkhasiat antihipertensi.



Bahagian yang Digunakan
Seluruh tumbuhan, daun dan tangkai, bunga dan benangsari, biji dan penyangga bunga yang seperti tawon (receptacle), serta tunas biji. Pemakaian segar atau yang telah dikeringkan.
Kegunaan
1. Biji :



Gangguan penyerapan makanan (malabsorbtion);
Cirit-birit (Diare), disentri;
Radang usus  (enteritis );
Hepatitis;
Muntah-muntah (hiperemesis);
Kanser (nesopharynx);
Lesu tidak bersemangat (neurasthenia);
Susah tidur (insomnia), banyak mimpi ;
Mimpi basah (spermatorrhea);
Buang air kecil terasa sakit dan keruh (disuria);
Keputihan (leukorrhea), pendarahan pada wanita;

2. Tunas biji teratai :



Demam, rasa haus;
Jantung berdebar (palpitasi);
Tekanan darah tinggi (hipertensi);
Muntah darah (hematemesis);
Susah tidur (insomnia);
Mata merah dan bengkak;

3. Benangsari :



Pendarahan seperti muntah darah (hemetemesis), disentri;
Keputihan (leukorrhea);
Sering buang air kecil/besar;
Tidak dapat menahan buang air kecil (enuresis);

4. Receptacle (dasar bunga) :



Pendarahan sewaktu hamil;
Keluar cairan (lochia) yang berlebihan setelah melahirkan;
Darah haid berlebihan (metrorrhagia);
Sakit perut bawah akibat sumbatan darah;
Buang air besar berdarah (hematuria);

5. Akar rimpang:



Demam, rasa haus;
Tekanan darah tinggi (hipertensi);
Sakit jantung;
Gangguan lambung;
Kurang darah (anemia);
Batuk darah (hemoptysis), muntah darah (hematemesis), mimisan;
Kencing darah (hematuria), buang air kecil panas dan merah, buang air besar berdarah (melena);
Gangguan pada mati haid (menopause);
Neurosis,
Buasir (hemorrhoids);

6. Daun :



Pingsan kerana hawa panas (heat sroke);
vertigo, sakit gigi;
Cirit-birit kerana panas atau lembab;
Bengkak-bengkak pada betis
Pendarahan seperti mimisan, muntah darah (hematemesis), buang air besar berdarah (melena);
Pendarahan pada wanita;

7. Dasar daun :



Disentri, cirit-birit;
8. Batang :



Pingsan karena hawa panas (heat sroke);
Dada terasa tertekan karena panas atau lembab;
Diare;
Muntah (hisperemesis);
Keputihan (leucorrhea);

9. Bunga :



Luka terpukul (trauma);
Pendarahan;
Radang kulit bernanah (pioderma);

10. Tepung rimpang :



Menambah selera makan (stomakik);
Badan lemah dan kurang darah (anemia);
Diare.


Dos kegunaan



Pemakaian luar : ruas akar teratai dicuci lalu dijus, airnya sebagai ubat titis.
Pemakain dalam (minum) :
Batang : 240 gram, direbus atau dijus;
Daun : 5-12 gram, direbus lalu airnya diminum;
Tangkai : 3-5 gram, , direbus lalu airnya diminum;
Bunga : 3-5 gram, , direbus lalu airnya diminum;
Benang sari : 3-10 gram, , direbus lalu airnya diminum;
Receptacle : 10-15 gram, , direbus lalu airnya diminum;
Biji : 5-12 gram, , direbus lalu airnya diminum;
Tunas biji teratai : 1,5-3 gram, , direbus lalu airnya diminum;


Pemakain Luar



Mimisan (keluar darah dari hidung) : ruas akar teratai dicuci bersih lalu dijus, airnya dititiskan ke hidung.

Tambah kapsyen
Hasil carian imej untuk akar bunga teratai
sha3622.blogspot.com

 
                                                                                                                           

Pemakaian Dalam




Demam, sakit tekak, tekak kering dan basah : 30 gram batang teratai, 15 gram tebu (Saccharum officinarum) yang telah dibuang kulitnya dan 1 buah pir. Semua bahan dikisar, ditapis lalu airnya diminum.

Sakit kepala :
15 gram daun teratai kering (ho lien ye), 6 gram bunga ros/mawar kering (Rosa chinensis Jacq.), dan 10 gram halia (Zingiber officinale Rosc.) direbus dengan air secukupnya, kemudian airnya diminum dikala masih panas..

Batuk berdarah (hemoptysis), muntah darah (hematemesis) : Akar rimpang teratai dicuci bersih lalu dijus sampai terkumpul 200 cc kemudian airnya diminum.

Batuk berdarah (hemoptysis), radang kelenjar gondong (parotitis) dan demam : 30 gram rimpang teratai dan 30-60 gram akar alang-alang (Imperata cylindrica L.). dicuci lalu direbus dengan air secukupnya, setelah dingin ditapis lalu airnya diminum.

Mimisan, batuk darah (hemoptysis) :
Akar rimpang teratai, kangkung (Ipomoea reptans Poir.), dan lobak (Raphanus sativus L.) masing-masing secukupnya, dicuci dan dijus lalu diminum.

Pendarahan pada telinga, hidung, mulut dan alat kelamin :
100 gram akar rimpang teratai dan 100 gram bunga delima (Punica granatum L.) direbus dengan air secukupnya, kemudian airnya diminum sementara akar teratai dan bunga dapat dimakan.

Pendarahan pada rahim : 100 gram akar rimpang teratai, 30 gram cendawan putih kering (Tremella fuciformis Berk.), dan 10 buah kurma, dimasak sesuai selera lalu dimakan.

Menghentikan pendarahan (hemostatik) : cara ke-1 : 100 gram akar rimpang teratai dan 30 gram daun hia/baru cina (Artemisia vulgaris L.) direbus dengan 300 cc, setelah dingin airnya diminum, sedangkan rimpang teratainya dapat dimakan; Atau cara ke-2 : 200 gram rimpang teratai segar dan 60 gram daun dewa segar (Gynura segetum [Lour] Merr.) dicuci lalu dijus, tambahkan gula merah secukupnya kemudian diminum, lakukan 2-3 kali sehari; Atau cara ke-3 : 200 gram rimpang teratai segar dan 100 gram kucai segar (Allium odorum Linn.) diblender, lalu direbus, setelah dingin airnya diminum. Atau cara ke-4 : 30 gram rimpang teratai dan 10 gram jamur kuping hitam (Auricularia auricula), dicuci dan dipotong-potong lalu ditumis (bisa ditambah bahan lain yang disukai), setelah matang dimakan.

Mengatasi pengerasan pembuluh darah (arteriosclerosis) :
30 gram rimpang teratai dipotong-potong, 20 gram jali (Coix lacryma jobi L.), 20 gram rumput laut, 100 gram kacang hijau (Phasiolus radiatus Linn.), 30 gram kacang cuka dan gula pasir secukupnya. Rendam secara terpisah jali, rumput laut, dan kacang hijau. Masak semua bahan menjadi bubur, lalu makan setelah agak dingin.

Darah tinggi (hipertensi) :
cara ke 1 : 10 gram biji teratai/lien ce dan 15 gram tunas biji teratai (Lien sim), direbus dengan 40 cc air sampai tersisa 200 cc, lalu airnya diminum seperti teh dan biji teratainya dimakan, lakukan setiap hari;
cara ke 2 : 10 - 15 gram biji teratai/lien ce direbus dengan air secukupnya sampai mendidih, lalu diminum sebagai teh; dapat juga tunas biji teratai digiling halus, diseduh dengan air panas lalu diminum;
cara ke 3 : 30 gram biji teratai/lien ce, 75 gram seledri (Apium graveolens Linn.) dan 25 gram jamur putih kering (Tremella fuciformis Berk.) yang telah direndam terlebih dahulu, direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, setelah dingin airnya diminum sedangkan biji teratai, seledri dan jamur putihnya dapat di makan, lakukan setiap hari; cara ke 4 : 30 gram biji teratai/lien ce, 75 gram seledri segar (Apium graveolens Linn.), 50 gram asparagus segar (Asparagus officianalis L.), 25 gram jamur putih kering (Tremella fuciformis Berk.) dan 20 butir kacang cuka. Semua bahan tersebut dimasak sesuai selera lalu di makan.

Mengatasi sakit perut dan usus pada usia lanjut :
20 butir biji teratai/lien ce (direndam dahulu), rimpang teratai secukupnya dan 30 gram kacang tanah (Arachies hypogaea), dimasak sop setelah matang dimakan.

Radang usus (enteritits), muntah (hisperemesis), diare :
30 gram rimpang teratai dan 15 gram jahe (Zingiber officinale Rosc.), dicuci, dipotong-potong seperlunya lalu diblender, kemudian diminum.

Muntah (hisperemesis) : lendir dari tangkai daun dan tangkai bunga teratai masing-masing 1 sudu teh, diseduh dengan 200 cc air panas, diminum selagi hangat. Lakukan satu kali sehari.
Muntah (hisperemesis), cirit Brit (dare) : 50 gram rimpang teratai segar, dan 15 gram halia dicuci lalu dijus kemudian diminum. Lakukan 3 kali sehari.

Panas dalam, gondokan, juga bermenafaat untuk penderita jantung dan hate (lever) : 100 gram rimpang teratai dan 50 gram akar alang-alang segar (Imperata cylindrica L.), dicuci dan dipotong-potong seperlunya lalu direbus dengan 500 cc air bersih hingga tersisa 250 cc. Setelah dingin ditapis lalu airnya diminum seperti teh.
Menghilangkan gangguan lever dan empedu, menurunkan tekanan darah (hifotensif dan mengembalikan nafsu makan : 30 gram rimpang teratai dimasak dengan 500 gram kacang hijau (Phaseolus radiatus Linn.) atau 60 gram jali (Coix lacryma-jobi L.), kemudian dimakan.
Meningkatkan fungsi jantung, melancarkan peredaran darah, menormalkan tekanan darah, mengembalikan nafsu makan, dan sebagai penenang (sedatif) : 30 gram biji teratai (Lien ce) dimasak dengan 60 gram jali (Coix lacryma jobi L.) sampai menjadi bubur lalu setelah dingin dimakan buburnya.
Jantung coroner : cara ke 1 : 100 gram rimpang teratai segar dan 100 gram akar alang-alang segar (Imperata Cylindrica L.), jamur putih kering (Tremella fuciformis Berk.) dan jamur hioko kering (Pasanea prumus) masing-masing 20 gram, semuanya dicuci lalu direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu airnya diminum untuk dua kali sehari, setiap kali 150 cc, sedanhgkan jamur putih, jamur hioko dan akar rimpang teratai dapat dimakan.; cara ke 2 : 30 gram rimpang teratai dipotong-potong, 50 gram asparagus segar (Asparagus officinalis L.), 10 gram jamur putih kering (Tremella fuciformis Berk.) atau 10 gram jamur hioko (Pasanea prumus) dan 10 butir kacang cuka, dimasak sesuai selera lalu dimakan.
Jantung berdebar kuat (palpitasi) : 60 gram biji teratai (lien ce), kaktus gepeng (Opuntia dilenii Haw.) secukupnya (yang telah dibuang kulitnya lalu dijus), tambahkan gula dan air secukupnya kemudian ditim, setelah matang dimakan.
Mencegah dan mengatasi hepatitis : 10 butir biji teratai (lien ce) segar direbus dalam periuk tanah dengan air secukupnya hingga lembut lalu masukkan satu buah kesemek kering (Dyospyros kaki L.) yang telah diiris-iris, lalu direbus kembali hingga airnya tersisa 400 cc, kemudian diminum untuk 2 kali sehari, setiap kali 200 cc, biji teratai dan kesemeknya dapat dimakan.
Tifus : 100 gram rimpang teratai muda, 30 gram sambiloto (Andropaghis paniculata Ness.) dan 200 gram pepaya 1/2 matang (Carica papaya L.), direbus dengan air secukupnya, tambahkan satu sendok makan madu lalu airnya diminum selagi hangat sedangkan rimpang teratai dan pepaya dapat dimakan.
.Cara pada anak-anak : 5 kuntum bunga teratai direbus dengan air secukupnya, setelah dingin airnya diminum untuk menurunkan panas.

Mengatasi sering berpeluh pada malam hari di musim panas pada anak-anak : daun teratai (ho lien ye) secukupnya, 100 gram kacang hijau (Phaseolus radiatus L). dan 50 gram krokot segar (Portulaca oleraceae L.) direbus dengan 600 cc air hingga betbaki 300 cc, setelah dingin ditaapis lalu airnya diminum. Lakukan 2-3 kali sehari.

Susah tidur (Insomnia) 5-12 gram biji teratai (lien ce) direndam, direbus dengan air secukupnya, lalu air rebusannya diminum dan biji teratainya dimakan.

Defresi, stres, dan gelisah : 20 butir biji teratai (lien ce), 15 gram biji lengkeng (Euphioria longana Lamk.), 10 butir angco dan 10 butir kim cim, semuanya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, airnya diminum sedangkan biji teratai, angco dan kim cim dapat dimakan.

Meningkatkan stamina tubuh, meningkatkan gairah seksual dan menunda proses penuaan : 30 gram biji teratai (lien ce), 15 gram biji kucai (Allium odorum Linn.), direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 200 cc, tambahkan madu secukupnya lalu airnya diminum, biji teratainya dapat dimakan.

Menunda penuaan : 30 gram biji teratai (lien ce) , 15 gram bunga teratai dan 50 gram akar rimpang teratai yang telah dipotong-potong, rebus bersama 25 gram beras merah (Oryza sativa L.) sampai menjadi bubur, lalu dimakan.

Mengatasi gangguan psikis (cemas, emosional) dan fisik pada masa menopause : cara ke-1 : 10 gram biji teratai (lien ce), 10 gram umbi bunga lili/pahap (dapat dibeli ditoko obat Tionghoa), dan 15 gram kulit labu bligo kering (Benincasa hispida Cogn.). direbus dengan 500 cc air hingga tersisa 250 cc, setelah dingin airnya diminum, sedangkan pahap dan biji teratainya dimakan. Cara ke-2 : 20 butir biji teratai (lien ce), 20 butir angco dan 30 gram kie cie (beli di supermarket), 5 gram kulit jahe kering (Zingiber officinale Rosc.), direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu airnya diminum, sedangkan biji teratai, angco dan kie cie dapat dimakan.

Menghaluskan kulit : 30 gram bunga teratai dimasak dengan ketan secukupnya, ōtambahkan sedikit gula lalu dimasak sampai menjadi bubur kemudian dimakan.
Bercak-bercak di kulit karena kekurangan trombosit : 250 gram akar teratai dimasak dengan 100 gram angco atau kurma (beli di supermarket) setelah matang dimakan.
Mengatasi jerawat : 60 gram daun teratai kering (ho lien ye) atau 250 gram yang segar direbus dengan air secukupnya lalu airnya diminum seperti teh.

Buasir (hemorrhoids) disertai pendarahan : 100 gram rimpang teratai dipotong-potong lalu direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu airnya diminum selagi mash panes

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya