Selasa, 2 Januari 2018

14 Ciptaan Saintis Islam Zaman Dulu Yang Mengubah Dunia


saintis islam 1lh64
Pastinya anda kenal dengan nama-nama ini iaitu Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Khindi, Ibn al-Nafis dan ramai lagi. Nama mereka ini tidak asing lagi dalam dunia Sains antarabangsa. Sejak kedatangan Islam, orang Islam bukan sahaja memerintah dunia malah saintis Islam turut mempelopori dalam bidang sains seperti kimia, biologi, matematik, geografi dan banyak lagi. Pelbagai ciptaan telah dicipta oleh saintis-saintis ini yang telah mengubah dunia ke tahap yang lebih baik dan digunakan sehingga ke hari ini.
Bagi memperingati saintis-saintis Islam ini, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda 14 ciptaan saintis Islam yang telah mengubah dunia.

1. Berus gigi

Sedar tak sedar, orang pertama yang mencipta berus gigi adalah penghulu segala manusia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang sangat sukakan kebersihan sehingga diceritakan oleh Abu Malik al-Haris ibn 'Asim al-Asy'ari, baginda bersabda :
"Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir AlhamduliLlah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Alhamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Solah itu adalah cahaya. Sadaqah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan (memelihara) dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya,"
Baginda merupakan insan yang pertama menggunakan kayu sugi daripada pokok Miswak sebagai berus gigi untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas baginda. Perbuatan itu kemudiannya dijadikan sebagai asas dalam penciptaan berus gigi. Kebaikan kayu Miswak dijadikan berus gigi kerana keberkesannya dalam menentang penghasilan plak dan jangkitan kuman. Ekstrak daripada Miswak dibuktikan 20 kali ganda lebih berkesan daripada pudina biasa menurut kajian pada 2007, oleh itu ia masih digunakan sehingga ke hari ini dan juga terdapat ubat gigi yang diperbuat daripada bahan dari pokok Miswak.

2. Kriptografi

Siapa ahli IT mesti familiar dengan cryptography kan? Teknik menulis dan menyelesaikan kod-kod ini kelihatan seperti moden tetapi sebenarnya ia sudah berumur ribuan tahun. Dalam risalahnya yang bertajuk "Sebuah manuskrip dalam mentafsir mesej kriptografi", ahli matematik Arab, Al-Khindi menerangkan bagaimana pembacaan tulisan rahsia dilakukan. Beliau merupakan orang yang pertama memberikan penerangan berkenaan kriptografi. Dalam risalahnya itu, beliau juga menghuraikan kaedah analisis kekerapan yang pertama di dunia. 

3. Algebra

Bila cakap pasal algebra, teringatkan subjek matematik tambahan. Sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan serba canggih ini. Tanpa menyedari kepentingannya, kita menggunakan algebra setiap hari dalam kehidupan seharian kita. Al-Khwarizmimerupakan ahli matematik Islam yang pertama sekali mencipta Algebra. Ahli matematik Islam yang terkenal di seluruh dunia ini juga adalah orang yang pertama memberikan idea penggunaan nombor.
Selain itu, Al-Khayyam dan Sharaf al-Din al-Tussi juga menyumbangkan dalam bidang matematik dengan memperkenalkan geometri algebgra dan menyelesaikan persamaan kubik. Sumbangan mereka tidak terhenti setakat itu sahaja dengan memperkenalkan sistem pernomboran berangka oleh Al-Khwarizmi dan Al-Khindi. Hebat kan?

4. Perederan darah dalam jantung

peredaran darah
Pakar perubatan dari Greek adalah orang pertama yang mengkaji peredaran darah yang mengatakan darah mengalir dari kanak ke ventrikel kiri jantung melalui laluan septum. Namun teori itu telah dibuktikan salah oleh ahli perubatan Syria, Ibn al-Nafis dengan ramalannya yang tepat mengatakan bahawa darah bergerak dari kanan ke ventrikel kiri melalui paru-paru. Tambah beliau lagi, darah yang melalui paru-paru itu dicuci untuk digunakan kembali oleh badan. Teori oleh Ibnu al-Nafis tidak diberi perhatian sehinggalah abad ke-20.

5. Penapisan

Saintis pertama yang memperkenalkan proses penapisan yang memisahkan beberapa jenis cecair merupakan ahli kimia Islam terkemuka dan diberi gelaran "Bapa Kimia" iaituJabir ibn Hayyan. Proses penapisan alkemi yang sangat berguna dan digunakan secara meluas sehingga ke hari ini seperti penyejatan, penapisan, penulenan, pengoksidaan dan penghabluran diperkenalkan oleh beliau. 

6. Kapal selam

Ketika dalam pemerintahan empayar Ottoman, Ibrahim Efendi seorang arkitek Islam telah mencipta kapal selam pertama di dunia yang diberi nama "Tahtelbahir" pada tahun 1720. Seorang yang bernama Humayun iaitu penulis Ottoman membandingkan kapal selam ini dengan seekor buaya. Beliau menerangkan dengan berkata kapal selam itu seumpama seekor buaya dalam bentuk mesin yang boleh tenggelam ke dalam air dan mereka yang berada di dalamnya bernafas melalui paip. Selepas setengah jam di dalam air, mesin itu kemudiannya timbul semula ke dasar air lalu keluarlah mereka yang di dalam.

7. Tempoh tahun solar

tahun solar
Orang pertama yang berjaya mengira tempoh tahun solar adalah ahli astronomi Islam yang bernama Al-Battani. Penemuan inilah yang memberikan jumlah hari dalam setahun sebanyak 365.25 yang kita lalui sekarang. Selain itu, sumbangannya sangat besar kepada umat Islam seluruh dunia apabila beliau menemukan cara untuk menentukan arah kiblah dengan menggunakan jadual astronomi dan angka. Bukan itu sahaja, Al-Battani juga meramalkan pergerakan matahari, bulan dan juga planet-planet lain dalam sistem solar.

8. Pembedahan

Al-Zahrawi merupakan seorang pakar bedah Islam yang telah memperkenalkan pembedahan kepada dunia. Digelar sebagai bapa pembedahan, doktor hebat ini telah mencipta beratus-ratus peralatan bedah yang antaranya masih kekal digunakan sehingga kini dalam pembedahan moden seperti gunting tepat, jarum, gergaji tulang dan banyak lagi. Buku perubatan yang sangat terkenal dan berpengaruh dalam bidang perubatan iaitu Kitab Al-Tasrif yang merangkumi rawatan beratus-ratus penyakit dan pelbagai kaedah pembedahan ditulis oleh saintis Islam ini.

9. Vaksinasi dan ubatan

Teknik inokulasi atau vaksinasi yang dikatakan telah dicipta oleh Edward Jenner dan Louis Pasteur adalah tidak benar. Ia sebenarnya dicipta oleh saintis Islam untuk merawat penyakit cacar di Turki yang kemudiannya diperkenalkan ke Eropah oleh orang Turki. Cacar lembu digunakan untuk memvaksin kanak-kanak di Turki bagi merawat penyakit cacar 50 tahun sebelum barat menemukan teknik itu.
Saintis Islam juga memperkenalkan proses awal menggunakan tumbuhan sebagai ubatan untuk menyembuhkan penyakit. Ibn Sina, seorang saintis terkemuka Islam telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang perubatan dengan bukunya "Al Qanun Fil tibb" yang menerangkan beberapa kaedah farmakologi serta beratus-ratus jenis ubat. Saintis Islam juga mencipta merkurik klorida yang digunakan untuk menyembuhkan luka.

10. Persamaan kuadratik

Antara sumbangan lain saintis Islam dalam bidang matematik merupakan persamaan kuadratik yang dicipta oleh ahli matematik Parsi iaitu Abul Wafa Buzjani. Beliau juga membangunkan banyak persamaan quadratik lain dan banyak daripadanya masih digunakan sehingga kini. Ilmu matematiknya sangat hebat beliau dapat menyelesaikan 13 bentuk persamaan kubik. Kalau beliau buat matematik tambahan, mesti dapat A++.

11. Hukum pembiasan

Ahli fizik Islam Ibn Sahl merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta hukum Snell yang digunakan untuk mencari hubungan antara sudut tuju dan pembiasan, yang dikenali sebagai hukum pembiasan. Beliau membentangkan pelbagai jenis bentuk kanta yang menumpukan cahaya tanpa penyimpangan geometeri dalam naskahnya "On Burning Mirrors and Lenses". Beliau juga adalah pencipta kanta-kanta Asfera.

12. Kamera pinhole

Jika anda suka mengambil gambar atau berselfie, anda patut berterima kasih kepada ahli saintis Arab yang bernama Ibn Al Haytham. Beliau bukan sahaja menyumbang dalam bidang matematik, astronomi dan fizik, beliau malah telah memberikan perubahan kepada bidang optik.
Kamera pinhole (kamera dengan aperture pinhole tanpa kanta) dicipta oleh beliau. Kamera yang diciptanya itu menggunakan teknik yang beliau temui ketika membuat kajian menggunakan cahaya yang dipancarkan melalui lubang pada tingkapnya dan membuat kesimpulan bahawa sinar cahaya akan menjadi semakin tajam jika lubang itu semakin kecil. Beliau juga membuktikan bahawa sinar cahaya bukan meninggalkan mata sebaliknya masuk ke dalam mata. 

13. Kaca dan kanta

Orang pertama yang mencipta bekas kaca dan kanta pembesar adalah saintis Islam bernamaAbbas Ibn Firnis dan dengan kanta tersebut, beliau mencipta cermin mata. Cermin juga dicipta oleh orang Islam yang kemudiannya dipelajari oleh orang Itali akan teknik pembuatannya pada abad ke-9 dan ke-10.

14. Minyak wangi

Sejak dari zaman dulu iaitu zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi minyak wangi telah digunakan. Biasanya Rasulullah S.A.W akan mempersiapkan dirinya dengan menyapukan minyak wangi yang dikenali sebagai attar dalam bahasa Arab. Ia diperbuat daripada minyak wangi semulajadi dan tumbuhan. Dua orang ahli kimia Arab iaitu Jabir ibn Hayan dan Al-Khindi adalah orang pertama yang membangunkan industri minyak wangi. Kaedah penapisan yang dicipta oleh Jabir telah memudahkan penghasilan minyak wangi manakala Al-Khindi pula menggabungkan beberapa jenis tumbuhan dan herba untuk menghasilkan pelbagai jenis bau dan wangian.

CNN report 5 Million people converted to Islam in USA




CNN report 5 Million people converted to Islam in USA



Hasil carian imej untuk islam


Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 26 Disember 2017

Khasiat Pokok Setawar Yang Wajib diKetahui

Khasiat Pokok Setawar

Image result for setawar

Pokok Setawarl juga dikenali dengan nama latinnya Kalanchoe Waldheimii. . Sebenarnya tanaman ini berasal dari Madagaskar 


Ianya dapat mencapai ketinggian 1 m. Ianya memiliki batang yang berair didalam, memiliki daun tebal yang pinggirnya bergerigi dan banyak mengandungi air.

Kandungannya

Tanaman ini memiliki kandungan yang banyak menafaatnya terdiri dari vitamin c, quercetin-3-diarabinoside, kaempferol-3-glucoside.


Khasiat Pokok Setawar

Sebagai untuk obat tradisional dapat mengubati berbagai penyakit iaitu
 sebagai
  • Anti radang
  • Menghentikan pendarahan
  • Mengurangi pembengkakan
  • Mempercepat pernyembuhan

Menafaat Pokok Setawar Untuk Ubat Tradisional


Cara Pengobatan



. Cirit-birit Dan mengurangkan demam 

  • Daun cocor Setawar dilumatkan, digunakan untuk tapal di perut, sehari diganti 2 kali.

Image result for setawar


. Bisul, ulser dan lebam

  • 30-60 gr daun Setawar dilumatkan, ambil airnya (perahan) ditambah madu, minum, jus  perhan daun, hampasnya ditempelkan pada daerah yang sakit.


. Radang Tongsil

  • 5-10 lembar Daun Setawar segar dilumatkan, ambil jusnya untuk berkumur.


. Radang Telinga Luar (Otitis Externa)

  • Daun Setawar segar dilumatkan, ambil jusnya. ianya boleh digunakan sebagai ubat titis telinga.


. Masaalah Gastrik

  • Jus perahan 5 lembar Daun Setawar ditambah sedikit garam, diminum biasa.


. Muntah Darah

  • 7 lembar Daun Setawar dilumatkan, dicampur gula merah, ditpanaskan airnya diminum selagi mas.

Image result for setawar


. Rematik

  • 30 gr herba Pokok Setawar (seluruh bahagian tanaman) direbus. Diminum airnya.
  • 4 lembar Daun Setawar , 1 sudu teh adas,  2 jari gula enau, dan 3 gelas air. Semua bahan dipanaskani menjadi 3/4 nya, sesudah dingin ditapis, diminum 3x sehari, masing-masing 3/4 gelas.


. Wasir atau Ambein

  • Daun  Daun Setawar dicuci bersih, dibiar sampai kering, dijadikan serbuk. 1 sudu makan serbuk itu dicampurkan air panas 3/4 cawan, ditambah madu 1 sudu makan, minum sewaktu masih panas, sehari 3 kali.
  • Cara  lain 10 helai Daun Serawar, 7 halai sirih, 1 batang daun Lidah Buaya ( Lendirmya sahaja ) 2 sudu makan madu. semua bahan dikisar halus datmbah air panas diminum 2 jam sebelum tidur

Menanfaat dan Khasiatnya yang Lain ialah:

Meringankan asma dan sakit dada
Mengatasi perut kembung
Mengurangi pembekakkan yang di sebabkan oleh gigitan nyamuk
Melancarkan menstruasi yang tidak teratur
Mempercepat penyembuhan luka
Mengatasi sakit gigi


  Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


YAHUDI, TEMPLAR DAN FREEMASON - Ustaz Auni 2017


Selasa, 5 Disember 2017

Menafaat Teh Rooibos Bagi Kesihatan

Manfaat Teh Rooibos Bagi Kesihatan

Teh Rooibos sebenarnya berasal dari tanaman semak Aspalathus Linearis yang ditemukan di Afrika Selatan. Merupakan teh yang rendah kandungan kafein dan tanin. Selain itu, teh rooibos merah ini memiliki rasa yang unik dan banyak menafaat bagi kesihatan, seperti, membantu mengatasi insomnia, asma, eksim, hipertensi, alergi, memperlambat penuaan dini, meningkatkan sistem kekebalan manusia.

Teh rooibos  kaya akan kandungan mineral, antioksidan (aspalathin dan nothofagin, dan sebatian fenolik) yang sangat kuat dan serbaguna. Teh rooibos merah memiliki asid oksalat, baik bahgi mereka yang mempunyai masallah Batu sehingga aman dikonsumsi oleh orang yang memiliki batu ginjal.


Pengambilan Teh Roiboos sangat baik kerana berbagai Khasiat Yang Terkandung didalamnya
diantara Khasiatnya 

1. Mencegah Hipertensi dan Melancarkan Perjalanan Darah 
Teh rooibos adalah herbal alami yang bisa membantu mencegah hipertensi. Senyawa flavonoid yang disebut dengan chrysoeriol membantu melancarkan sirkulasi darah dengan cara menghambat enzim yang berkontribusi terhadap peningkatan resiko penyakit jantung.

2. Melegakan Perut
Hampir sama seperti minuman herbal lainnya, teh rooibos merah memiliki kesan menenangkan bagi perut dan juga melancarkan pencernaan. Ini dikeranakan adanya kandungan quercetin, iaitu anti-inflamasi yang kuat yang dapat mengurangi kejang perut.
Hampir sama seperti minuman herbal lainnya, Teh rooibos merah memiliki kesan menenangkan bagi perut dan juga melancarkan pencernaan. Hal ini disebabkan adanya kandungan quercetin, iaitu anti-inflamasi yang kuat yang dapat mengurangi kejang perut.

Hasil carian imej untuk teh rooibos

3. Kesihatan Tulang
Teh roiboos merah kaya dengan kalsium, mineral flouride dan mangan yang berguna untuk mempertahankan struktur tulang agar tetap kuat. ini bererti teh rooibos dapat membantu mencegah osteoporosis,sakit pada sendi dan arthritis.

4. Diabetes
Aspalathin adalah sejenis antioksidan yang jarang berlaku, tetapi boleh ditemui dalam teh rooibos merah. Asphalatin membantu meningkatkan resistensi insulin, meningkatkan penyerapan glukosa oleh otot-otot, meningkatkan pengeluaran insulin dari pankreas, dan menyeimbangkan gula darah. Merupakan pilihan minuman yang tepat bagi pesakit kencing manis tahap II.

5. Baik Untuk Kes\ihatan Kulit
Asid alfa hidroksi dan Zink yang terkandung dalam teh rooibos merah memiliki menafaat yang sangat baik bagi kulit. Meletakkan serbuk teh merah pada kulit dapat meredakan jerawat dan mengatasi (sunburn) kulit yang kemerahan kerana terlalu lama terkena sinar matahari.
Selain itu sebatian Asid alfa hidroksi boleh mengurangi atau memperlambat terbentuknya garis-garis halus pada wajah dan gejala penuaan dini lainnya.

Hasil carian imej untuk teh rooibos
6. Sifat Antispasmodic
Rooibos merah kaya akan kandungan agen antispasmodic yang boleh membantu meringankan ketegangan perut dan sakit padan perut. Aktivasi K+ (Ion Kalium) dan Kalsium keduanya boleh mengurangi resiko terkena gangguan pada saluran pencernaan sehingga mencegah cirit birit dan masalah pada usus lainnya.

7. Alergi
Di Afrika Selatan, teh rooibos merah banyak digunakan sebagai bahan yang berkesan untuk mengatasi alergi topikal berbagai jenis di seluruh tubuh, contohnya, ekzim dan demam serta alergi yang berhubungan dengan bronkitis.

8. Menyehatkan Rambut
Teh rooibos merah memiliki beberapa mineral penting yang akan sangat berguna terhadap kesihatan rambut, antara lain, kalsium, tembaga dan kalium. pengambilan secara Rutin teh roiboos  dapat menguatkan serat rambut sehingga rambut akan jadi lebih kuat dan tak akan mudah gugur. Kandungan polifenolnya dapat membuat rambut tampak lebih berkilat dan melindunginya dari kerosakan yang disebabkan oleh matahari.

PENGIKUT BUDHA BERTANYAKAN PANDANGAN ISLAM MENGENAI BUDHA - DR.ZAKIR NAIK-





Hasil carian imej untuk masjid nabawi croud

Sabtu, 18 November 2017

Khasiat Pokok Letup-Letup Atau Pokok Ulat Bulu yang Wajib Diketahui

Khasiat Pokok Letup-Letup Atau Pokok Ulat Bulu yang Wajib Diketahui

Hasil carian imej untuk pokok leletup


Pokok letup-letup atau juga dikenali sebagai pokok ulat bulu merupakan tumbuhan liar 
Pokok menjalar yang yang dikenali dalam nama saitifik, Passiflora foetida, ianya berasal daripada Amerika selatan dan Barat India dan merupakan tumbuhan yang terkenal dikalangan penduduk kampung kerana pucuk daunnya boleh dijadikan ulam dan buahnya boleh dimakan.

Pokok ini mempunya begitu banyak khasiat, siantaranya,

1. UNTUK RAWATAN MENGHIDAPI SALURAN JANTUNG TERSUMBAT

Ubat jantung, ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus. minum tanpa campur apa2. salah satu petua dan ubat untuk jantung kita

-. amalkan meminum air daun pokok ulat bulu dgn cara 'blender' daun yang muda dan dicampur dengan susu tepung.

-. daunnya boleh dibuat ubat sakit jantung dengan memakannya sebagai ulaman dan biasanya pagi-pagi dalam sehelai dua setelah dibersihkan terlebih dahulu.

2. BOLEH DIJADIKAN UBAT PENYAKIT ASMA.

Ambil daun dan batangnya, rebus minum air dia atau ambilkan daunnya dicampur dengan kapur sirih lalu dihancurkan dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. basahkan dengan air. Selepas itu gumpalkan pada tapak tangan sehingga keluar air berwarna hijau keputih-putihan serta berbuih. sapukan bahagian dada, perut dan belakang.

3. DAUN TUMBUHAN INI BOLEH MENGUBATI KURAP.

Hancurkan daun dan letak ditempat yang bermasaalah itu.

4. MENURUNKAN SUHU BADAN YANG PANAS.

Gunakan buahnya dengan cara makan tarus atau buat jus jika deman terutamanya kanak-kanak

5. TURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI.

Amalkan air rebusan daun, buah dan akarnya. berfungsi untuk mencuci darah.

6. MASALAH KENCING KOTOR KETIKA MENGANDUNG.

Amalkan minum air rebusan pokok buah ulat bulu ni. Ambil dari akar sampai pucuknya.

7. MERAWAT KANSER.

Pucuknya yang muda dicampur dengan 4 biji beras dan tunas kunyit digiling dengan tempurung kelapa, sampai lumat kemudiannya ditampalkan pada bisul ataupun yang ada kenser payu dara insya Allah cepat sembuh.

8. MERAWAT KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR.

Ada kawan berbangsa cina bagitau pokok ni dijemur sampai kering pastu buat mandian utk bayi yang baru lahir.

Hasil carian imej untuk pokok leletup

9. MERAWAT ORANG YANG PINGSAN

ambilkan akarnya dan akar samalu dan bakar kemudiannya abuknya campurkan dengan kapur sirih. Dan gaulkan menggunakan minyak kelapa. kemudiannya gosuk pada kepala orang yang pingsan akibat gila babi. cepat dia sadar.

10. MERAWAT JERAWAT.

daunnya boleh guna untuk ubat jerawat.

11. BAGUS UNTUK NERVE ORANG YANG TERKENA STROKE
Siew Ngan Chong: ya sadiah betul waktu aku sakit dulu senget mulut dulu aku memang minum dan makan sayur tu. tanaman ini bagus untuk nerve orang yang stroke. Amalkan, iya sangat membantu.

12. UNTUK CERDAS DAN CERGAS

saya masukan dalam cawan/ gelas campur air + limau nipis, gula ckit.

13. MERAWAT PASANG SURUT (HERNIA).

14. MENGUBATI KENCING MANIS.

Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.

15. SAKIT SENDI LUTUT (ATHRITIS)

Gumpalkan daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut

16. KENCING TIDAK LAWAS

Minum air rebusan daun ulat bulu

17. MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Dengan cara memakan daunnya 2 helai sekali makan dan tiga kali sehari

18. MERAWAT DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS

Rebus daunnya dan minum air.

19. UNTUK TAMBAH DARAH

Untuk tambah darah bagi mereka yang kurang darah, buang daun dan buah tu. masakkan batangnya sahaja dan air tu diminum. selalu amalkan meminum air rebusan tu, in sha Allah darah akan bertambah.

20. KES PESAKIT TALASEMIA

Minum air rebusan dausn, darah dalam badan akan bertambah. kulit dan muka tidak kelihatan pucat.

21. PENAWAR UNTUK ORG YANG TERMAKAN RACUN

Sepohon pokok ini termasuk akarnya boleh juga jadi penawar untuk orang yang termakan racun dan orang yang keracunan makanan

cara mnggunakanya

Gatal Pada Kulit
1. Ambil beberapa batang pokok letup-letup.
Pastikan anda mengambil seluruh bahagian pokok letup-letup. Termasuk bahagian akarnya sekali.
2. Seperti biasa, bersihkanlah dulu keseluruhan bahagian pokok tersebut.
3. Kemudian, rebuskan pokok letup-letup sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sehingga suam
5. sapukanlah air rebusan tersebut pada bahagian kulit  yang terasa gatal.

Melegakan Batuk
1. Sama seperti langkah no. 1 hingga 4 untuk cara merawat gatal kulit di atas.
2. Apa yang membezakannya, anda perlu minum air rebusan itu secara perlahan-lahan.

Merawat Luka
1. Dapatkan beberapa helai daun pokok letup-letup.
2. Bersihkan daun letup-letup tadi dan lumatkan.

3. Bubuh atau tepek daun yang telah dilumatkan pada bahagian badan anda yang luka.

AMARAN!


Lepas makan buah tidak boleh terus meminum kopi . Pernah terjdi keracunan.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya