Rawatan herba
Mengempiskan Perut
Bahan-bahan
Limau nipis, kapur
Caranya
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . - Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) - Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.
Mengelak Rambut Gugur
Bahan-bahan
daun bunga raya, daun lidah buaya
Caranya
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. - Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. - Perap ramuan di atas kepala selama sejam. - Lakukan 2 kali seminggu. - Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
HANCUR BATU KARANG
Bahan-bahan
TEBU HITAM ( DAUN KELABU HITAM ) & TIMUN
Caranya
Dapat 1 kaki tebu hitam ( Bukan daun hijau ) dan 1 biji timun. Perah air tebu dan campurkan dengan timun yang dikisar dengan blender. minum campuran tersebut. Baca selawat 3x insyaallah batu karang hancur ( 1 ~ 2 jam )
KENCING MANIS
Bahan-bahan
KAYU HEMPEDU BERUANG
Caranya
REBUSKAN KAYU HEMPEDU BERUANG DAN MINUM AIRNYA PADA WAKTU PAGI DAN PETANG. BAIK PADA KAKI ATAU KWS YANG BERNANAH INSYAALLAH IANYA AKAN KERING
UNTUK MENERANGKAN MATA YG KABUR
Bahan-bahan
Teras POKOK MAMBU
Caranya
Dapatkan teras pokok mambu yang agak tua.( yang berwarna putih ) kemudian masuk ke periuk tanah + air dan masak sehingga mendidih. Amalkan dengan minum pada sebelah pagi dan petang. Selamat mencuba
Ubat Telinga bernanah
Bahan-bahan
Daun lidah jin hijau
Caranya
Telinga bernanah adalah penyakit biasa yang dialami oleh budak2 dikampung2. Penyakit ini kalau tak cepat dirawat boleh menyebabkan gangguan pendengaran. caranya ambil sepotong daun lidah jin hijau, bakar hingga kulit luarnya agak hangus, picit hingga keluar airnya dan air ni dititiskan kedalam telinga pagi dan malam, insyaallah mujarab.
Menghitamkan rambut
Bahan-bahan
Caranya
bakar isi kelapa tua, kemudian parut dan dapatkan patinya. urap di rambut biarkan selama 10 minit. cuci rambut dengan air bersih dan hasilnya amat mamuaskan. amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yang labih baik lagi
Menghilangkan kedut wajah
Bahan-bahan
putih telur
Caranya
lulurkan putih telur dimuka, biarkan sehingga kering. cuci muka dengan air cucian beras. kemudian bilas dengan menggunakan air bersih. selamat mencuba
Menghilangkan Kelimumur
Bahan-bahan
Santan Kelapa
Caranya
Ambil santan kelapa, campur sedikit garam, lumur kat kepala dan bungkus kepala dengan tuala selama 5 minit. lepas tu bilas, amalkan 2 kali seminggu.
patawali boleh hilangkan jerawat
Bahan-bahan
patawali dan air
Caranya
minum air rebusan patawali ini selama 7 malam…insaallah jerawat anda akanberkurangan
Ubat sakit buah pinggang
Bahan-bahan
daun misai kucing
Caranya
rebus daun misai kucing dan minum
UBAT PENYAKIT KARANG
Bahan-bahan
air kelapa muda, lada hitam
Caranya
ambil air kelapa muda kemudian bubuhkan ke dalamnya sedikit lada hitam yang sudah lumat ditumbuk, lalu diminum.Buatlah sekali sehari selama seminggu.Insya Allah akan ok nanti.
UBAT SAKIT GIGI
Bahan-bahan
getah pokok kemboja
Caranya
ambil getah pokok kemboja kemudian bubuh ke lubang tempat gigi rasa sakit, begitu juga ubat bagi gusi bengkak, bubuhnya di tempat yang bengkak itu.
Mudah bersalin
Bahan-bahan
marjerin
Caranya
ambil sesudu marjerin dan amalkan makan pada waktu pagi selepas kandungan 7 bulan. InsyaAllah mudah untuk kita bersalin.
Hilangkan jerawat di muka
Bahan-bahan
Daun sirih, air panas
Caranya
Rendam sehelai daun sirih di didalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai, tunggu hingga sejuk dan daun telah layu. Selawat 3kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan biarkan hingga kering sendiri. anda akan rasa muka anda bersih dan segar. Amalkan insyaAllah berkesan.
kencing manis
Bahan-bahan
akar jerun
Caranya
satu cekak akar jerun direbus dalam satu cupak air.biarkan ia mendidih sehingga airnya tinggal separuh sahaja.air ini diminum 2 kali sehari iaitu pada waktu sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur. insya Allah akan ok nanti. selamat mencuba. sesiapa yang ingin jerun boleh hubungi saya.
Penyakit darah tinggi
Bahan-bahan
akar tongkat ali,ubi jaga,tunjuk langit
Caranya
satu ruas jari akar tongkat ali, sedikit ubi jaga dan banyakkan tunjuk langit.rebus semua bahan hingga mendidih airnya.minum airnya sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Khasiat Madu Asli
Bahan-bahan
madu lebah asli
Caranya
Amalkan pengambilan madu 2 kali sehari dapat meningkatkan tahap kesihatan diri. Sesudu makan madu yang dicampurkan dengan segelas air suam hendaklah diminum sebelum tidur dan pada awal pagi, iaitu sebelum mengambil apa-apa sarapan. Amalan ini dapat mengatasi masalah lemah tenaga batin bagi lelaki dan perempuan dan penyakit-penyakit lain. Cubalah.
Megubati penyakit batu karang.
Bahan-bahan
25g misai kucing, 25g keji beling, 25g ngokilo, 25g pokok dukung anak bersama-sama akarnya sekali.
Caranya
bahan-bahan ini direbus dengan 4 gelas air sehingga mendidih. tapis dan minumlah airnya setelah sejuk. sumber: agromedia, samiyah mohamed nasir.
Mengubati penyakit keputihan pada wanita
Bahan-bahan
suku gelas daun misai kucing, 2 batang tapak leman, suku genggam daun pacar jawa(inai), satu jari akar kunci kuning, 3 jari gula enau, 4 gelas air.
Caranya
bahanbahan tadi dirajang dan direbus sehingga tiga suku dr jumlah asal. diminum 3 kali sehari.
kembiskan perut yang buncit
Bahan-bahan
kapur sirih dan limau kasturi
Caranya
ambil kapur sirih dan limau kasturi yang diambil airnya campurkan bersama dan sapu keatas perut yang bermasalah tersebut,selamat mencuba.
Memecah batu karang
Bahan-bahan
Bayam karang(batu jin),barli cina
Caranya
Ambil 10 helai daun batu jin yang segar ,besar.Basuh dan gosok untuk membuang miang.Rebus bersama barli cina (segenggam) dan 1.5 liter air selama setengah jam.Lepas itu biarkan air jadi suam dan minium untuk 3 kali dalam sehari.Amalkan selama 4 hari paling lama 7 hari.
hilangkan bau badan
Bahan-bahan
daun sirih
Caranya
Lumurkan daun sirih muda ke bahagian badan yang berbau semasa mandi.Bagi wanita elok daun sirih itu direbus dan dibuat air mandian.
Menhilangkan ketuat @kematu
Bahan-bahan
kerengga
Caranya
ambil kerengga dan picitkan air bisa yg berada di punggungnya pada ketuat beberapa kali.lebih mustajab jika di potong sedikit permukaan baru di lumurkan air bisa kerengga.isya.lama-kelamaan ketuat atau kematu akan hitam dan gugur serta tak akan tumbuh lagi.
melangsingkan badan
Bahan-bahan
serbuk kayu manis & madu lebah
Caranya
1 sudu serbuk kayu manis n 1 sudu madu lebah di bancuh dgn air suam dan minum tiap2 pagi sebelum sarapan.
haluskan tumit yang pecah-pecah
Bahan-bahan
getah betik
Caranya
ambil getah betik dan sapukan pada tumit yang pecah-pecah. lakukan 3 kali sehari, insyaallah tumit kaki akan halus jika rajin melakukannya
Rawatan Untuk Mengubati Penyakit Batu Karang
Ramuannya:
1. Madu Lebah Asli
2. Jintan Hitam (Habbatus Sauda)
2. Jintan Hitam (Habbatus Sauda)
Tumbuk jintan sehingga lumat. Kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya, gaul sama rata hingga sebati. Campurkan ramuan ini ke dalam air hangat lalu diminum.
Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap
Penyakit kayap..
kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. gunakan daun cili dan kapur makan..
Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.
Mengubati Penyakit Keputihan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah
- Suku gelas daun misai kucing
- 2 batang tapak sulaiman
- suku gengam daun inai
- satu jari akar kunci kucing
- 3 jari gula enau
- 4 gelas air
Cara Membuatnya:
Bahan-bahan ini dirajang dan direbus sehingga air menjadi tiga suku jumlah asal. Diminum 3 kali sehari
Cara Kedua:-
Ambil 2 biji delima putih yang masih muda, ditumbuk halus. Campurkan segengam daun delima putiih. Bahan-bahan ini direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas air. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Jangan makan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.
KHASIAT MADU LEBAH ASLI
Dapat mengubati penyakit dalam perut.
Dapat mengubati penyakit medu.
Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
Dapat mengubati penyakit ketaihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum..
Melawaskan pembuangan air besar.
Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
Menghilangkan penyakit banyak kahak.
Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat diparu-paru.
Mencerdaskan otak kanak-kanak.
Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, dikacau dan di bawa minum.
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.
Dapat mengubati penyakit medu.
Dapat membuangkan kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besar.
Dapat mengubati penyakit ketaihan dadah dengan mencampur minyak air bunga yang panas, lalu diminum..
Melawaskan pembuangan air besar.
Boleh mencerahkan mata sekiranya dilumurkan ke bahagian kening.
Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya sebagai ubat gigi.
Menghilangkan penyakit banyak kahak.
Menghilangkan kesan pati candu rokok yang melekat diparu-paru.
Mencerdaskan otak kanak-kanak.
Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat.
Sesuai untuk mengubati setiap penyakit, dengan mengambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar, dikacau dan di bawa minum.
Dilarang sama sekali memakan buah tembikai (timun cina ) dengan madu. Boleh membawa maut.