Jumaat, 28 Mac 2014

kesan sampingan daripada ubat kencing manis.


Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.



Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia boleh mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.



Antaranya ubat jenis metoformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iaitu Co-Q10.



Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.


Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya. 


Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat. Berhati-hatilah dengan ubat-ubatan yang anda ambil...ubahlah gaya hidup anda sekarang...apa yang anda ambil pada hari ini menentukan siapa anda pada masa akan datang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan