Rabu, 19 Ogos 2015

Tips Menghapuskan Cicak di Rumah


sha3622.blogspot.com


Cicak adalah jenis Binatang yang mengganggu, ini kerana najisnya walau
tidak berbahaya tetapi ianya menyusahkan , disini terdapat beberapa cara untuk menghalau bahkan membunuh cicak.

TIP (1) Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab takda rezeki kat rumah kita..Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.

TIP (2) Kalau nak hapuskan cicak, JAGA KERSIHAN RUMAH supaya kurangkan serangga. Orang-orang yang beriman suka menjaga kebersihan. Bahan apa yang cicak takut atau tak suka?
Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak tahan pijau.
 
TIP (3) Tumbuk 2 biji lada merah atau 4 -5 cili padi. Bancuh dengan air. Masuk dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak dok berdiskusi dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak tak suka dengan kulit telur ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telur.

Image result for cicak
sha3622.blogspot.com


TIP (4) Basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak tak suka pada serbok borik acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak.

TIP (5) Kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok. Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas, taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah. JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
Cicak takut dengan kucing. Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.

TIP (6) Cara lain yang paling berkesan adalah dengan membuat sendiri racun cicak
Caranya bancuh racun seranggan dengan susu pekat.. ramuan ini kemudiannya dicalitkan ditempat yang ada lipas. bau susu akan menarik perhatian cicak. ciak akan jatuh dan mati.Awas cicak ini jika dimakan oleh Ayam akan menyebabkannya mabuk.

       Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya. 



 

2 ulasan: