Rabu, 11 Februari 2015

Menafaat Dan Khasiat Jambu Batu Untuk Kesihatan - Benefits of Guava For Health



Image result for jambu batu
sha3622.blogspot.com



Jambu Batu merupakan buah yang berasal dari Brazil dan disebar melalui Negara Thailand,  memiliki nama latin Psidium Guajava.

Khasiat Jambu Batu
  1. Jambu batu dapat melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas. selain itu jambu batu juga dapat digunakan untuk perawatan kulit kerana kandungan zat antioksidan dan vitamin C di dalamnya.
  2. Jambu batu juga dapat membantu dalam melawan sel kanser kerana tingginya vitamin C di dalamnya.
  3. Jambu batu dapat meningkatkan fungsi otak kerana adanya kandungan vitamin B yang penting untuk peredaran darah.
  4. Ianya juga dapat meningkatkan kesuburan kerana kaya dengan asid folat.
  5. Jus dari jambu biji juga memiliki khasiat sebagai ubat semulajadi kerana dapat menyembuhkan masalah pernafasan.
  6. Jambu batu juga dapat memperbaiki penglihatan kerana kandungan vitamin A di dalamnya.
  7. Kandungan kalium di dalam buah jambu batu dapat digunakan untuk mengurangi tekanan darah dan juga mengawal kesetabilan tekanan darah .
  8. Jambu batu dapat menurunkan kadar kolesterol kerana dapat mencairkan darah yang mana akan meningkatkan pengaliran darah.
  9. Kencing manis pada kanak-kanak dapat dicegah dengan pengambilan buah jambu batu kerana dapat membantu memperlambatkan penyerapan gula .
  10. Jambu batu dapat digunakan untuk mengubati sembelit kerana tingginya serat yang terkandung.


Image result for jambu batu
sha3622.blogspot.com

Jambu batu dipercayai mempuyai sumber vitamin C yang tinggi didalam bentuk asid askorbik. Secara perbandingan kandungan asid askorbiknya jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang lain. Ia mengandungi 3 hingga 6 kali lebih banyak vitamin C berbanding dengan buah oren, 10 - 30 kali lebih banyak berbanding dengan pisang, dan kira-kira 10 kali lebih banyak berbanding dengan buah betik. 

Suatu kultivar yang diperkenalkan dan ditanam di Malaysia iaitu Donrom tanpa biji, dilaporkan mempuyai kandungan vitamin C nya 100 - 300 I.U. bersamaan dengan jumlah kandungan dalam 27 biji epal. Julat nilai asid askorbik yang dilaporkan ialah 10-1160 mg per 100g buah.

 Kebanyakan asid askorbik tertumpu di dalam kulit dan mesokarpa luar, mencapai nilai maksimum didalam buah hijau yang matang sepenuhnya dan merosot apabila buah ranum. Kultivar isi merah jambu dilaporkan mengandungi jumlah asid askorbik yang lebih tinggi berbanding isi bewarna putih. Walau bagaimanapun, sesetengah saintis mendapati jumlahnya berbeza mengikut varieti dan kawasan. Selain daripada kandungan vitamin C yang tinggi, jambu batu juga didapati mengandungi kandungan vitamin A yang agak banyak. 


Hasil carian imej untuk jambu batu

Kultivar isi merah jambu dilaporkan mempuyai paras kandungan yang lebih tinggi (3.1 mg/100 g) berbanding kultivar isi putih. Jambu batu juga mempuyai sedikit vitamin B-tiamina (B1), riboflavin (B2), asid nikotinik dan asid pantotenik. Contohnya ialah kultivar isi merah mempuyai 0.17 mg/100g asid pantotenik dan 0.05 mg/100 g amina.

Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan