Selasa, 6 Jun 2017

- Berbagai khasiat dan kegunaan Kapur sirih - Various nutrients and uses of sirih Chalk or whiting meal

Kapur yang satu ini tidak berasal dari tanaman sirih. Kata “sirih” melekat oleh sebab kapur tersebut lazim digunakan sebagai pelengkap daun sirih dan pinang dalam budaya mengunyah sirih. Pada hakikatnya, sama seperti jenis kapur lainnya, kapur sirih juga berasal dari batu kapur , ianya direndamkan didalam air sekurang-kurangnya seminggu ( 7-8 hari ) hasil rendaman tersebut maka terbentuklah endapan lumpur kapur,  inilah yang dikenali dengan kapur sirih atau kapur malkan . Meski demikian, jenis batu kapur sirih tidak sama dengan kapur bahan bangunan.

Hasil carian imej untuk kapur sirih

Kapur sirih merupakan jenis yang boleh dimakan. Menafaat kapur sirih cukup beragam, mulai dari sebagai campuran pinang dan daun sirih hingga penghalang timbulnya ketuat dan kanser pada kulit, selain itu, dengan mencampurkannya dengan air akan diperoleh larutan yang juga memiliki banyak khasiat terutama dalam bidang masakan Air kapur sirih sudah lazim digunakan dalam industri makanan sebab secara klinikal baik untuk diambil.
Kapur sirih atau kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada makanan/kuih tersebut.

Hasil carian imej untuk kapur sirih

Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya dalam kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Cara Memperoleh Air kapur Sirih
Bahan yang diperlukan adalah sejumlah kapur sirih dan air bersih. Siapkan pula bekas untuk mencampur kedua bahan ini. Langkah pertama adalah menaruh kapur sirih dalam bekas samaada mangkuk atau gelas. Selanjutnya, tuangkan sedikit demi sedikit air, jumlah air harus dua kali dari kapur sirih. Jadi jika kapur sebanyak 250 gram, maka airnya sebanyak 500ml. Setelah air dituang, adunlah hingga benar-benar rata, Jangan sampai ada serbuk kapur sirih yang menggumpal. Setelah itu biarkan campuran air dan kapur sirih tersebut sekejap,biasanya dalam jangka waktu lebih kurang  30 minit akan terbentuklah endapan kapur. Endapat tersebut mengumpul di lapisan paling bawah bekas. Sementara itu, lapisan atas adalah air. Lapisan atas tersebutlah yang disebut dengan air kapur sirih. Jika Anda menginginkan kualitas air yang lebih jernih dan bersih, sebaiknya dibiarkan seinggai sehari semalam. dengan demikian,ianya bebas dari rasa pahit dan kelat rasa kapur sirih.

Hasil carian imej untuk tepak kapur sirih

Kapur Makan atau kapur Sirih mengandungi beberapa khasiat antaranya .

Penyakit sengal tulang (Rhumatizam), dilumur pada bahagian yang sakit menurut keperluan.

Menghentikan darah dari hidung, disumbat kapur bersama daun siri ke dalam lubang hidung yang berdarah.
Sakit kepala sebelah, makan sedikit kapur bersama secawan air.
Cirit birit, minum air bercampur kapur makan.
Mengelak darah keluar ketika luka, sapu kapur ketempat luka.
Sakit gigi berlubang, masukkan sedikit kapur ke dalam gigi yang sakit berlubang itu.
Memecah bisul, dilumur pada bisul berulang kali hingga pecah. (mujarab sebab kapur bersifat panas).
Menghilangkan uban penyakit, menyapunya dikepala. Kalau uban tua tak boleh                      
Mematikan keinganan seks, dengan mencium kapur tersebut.
Mencairkan air mani, kalau memakannya bersama air.
Memudahkan sistem penghadaman, garam direndam dalam air bersama kapur diminum 1 gelas pada waktu malam.
Mengatasi deman taifoid (kepialu), diminum air bercampur kapur.
Mengatasi selsema, daun dan bunga mekarnya dititikkan ke dalam hidung sesudah dikisar.
Melancarkan peredaran darah, dengan memakannya bersama 1 gelas air.
Mengatasi nanah pada luka, minyaknya disapu pada luka.
Mengatasi radang gusi, memakanya bersama makanan lain.
Mengatasi lelah/asma, daun pokok kapur dimasak dan dimasukkan ke dalam minyak, disapu pada dada.
Penyakit gatal, disapu pada bahagian yang gatal.
Penyekat bisa ular, tanda dengan kapur pada tempat kena patuk ular dengan bacaan jampi tertentu. (mujarab)
Sakit perut kembung, conteng kapur pada perut dengan jampi dari Tok Ki (Deguh Gedegah, Kucing di dapur, kembung segah, conteng dengan kapur)
Merangupkan Goreng pisang, dicampur bersama tepung goreng pisang
Mencuci perut lembu, dibasuh bersama kapur hingga bersih.  – mencuci kulit untuk dibuat gendang


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan