Menurut Prof Hembing dalam bukunya 'Ensiklopedia ,tanaman ini memiliki berbagai khasiat sebagai ubat, diantaranya, sebagai antikanser (antineoplastik), menurunkan tekanan darah (hipotensif), penenang (sedatif), menyejukkan darah, menghentikan pendarahan (hemostatik), menetralkan panas dan racun, serta sangat berkesan untuk penghidap kencing manis (diuretik).
Pada akar, batang, daun, dan biji bunga tapak darah ditemui lebih dari 70 jenis alkaloid. Komponen antikanser yang terdapat didalamnya iaitu alkaloid seperti vinblastine (VLB), vincristine (VCR), leurosine (LR), vincadioline, leurodisine, dan catharanthine. Alkaloid yang berkesan menurunkan kadar gula, antara lain leurosine, catharanthine, lochnerine, tetrahydroalstonine, vindoline, dan vindolinine.
Kembang Cina( dapat dimenafaatkan sebagai ubat Kencing Manis (diabetes mellitus), masaalah pembuagan air kecil samaada sakit ketika kencing mahupun jumlah yang sedikit, batu ginjal, pendarahan akibat penurunan trombosit, hipertensi, kanser payudara, radang hati, bronkhitis, asma, batuk, demam, malaria, kurang darah, bisul, luka terbakar, bengkak, disentri, sariawan, sembelit, haid tidak teratur, dan lain-lain.
sha3622.blogspot.com |
Cara penggunaannya
Mengubati luka terbakar
Khasiat daun tapak dara bagi luka bakar.
Untuk mengubati luka terbakar maka ambil daun tapak dara secukupnya, kemudian ditumbuk halus dengan sedikit beras, hingga menjadihasil seperti pasta atau bubur. Kemudian ambil hasil tumbukan tersebut dan sapukan pada luka bakar, tunggu hingga kering.
Masaalah leukemia
Untuk mengatasi ini, anda juga boleh menggunakan daun tapak dara, iaitu dengan mengambil 15 gram daun dan direbus denganair secukupnya, tapis dan minum secara rutin rebusan air daun tapak dara ini.
Masaalah kanser,
15 gram tapak dara segar, 30 hingga 60 gram daun pepaya segar, 30 gram daun bayam merah, 30 gram rumput mutiara, direbus dengan 700 cc air hingga berbaki 300 cc. kemudian ditapis dan ditambahkan madu, diminum tiga kali sehari sebanyak 100 cc
Mengatasi kanser payudara,
6 sampai 15 gram tapak dara kering direbus dengan 400 cc air hingga berbaki 200 cc, lalu ditapis dan diminum airnya.
Mengatasi kanser Rahim,
15 gram bunga tapak dara, 30 gram rumput lidah ular, direbus dengan 600 cc air hingga berbaki 200cc dan diminum airnya.
Mengatasi tekanan darah tinggi,
15 gram daun atau bunga tapak dara direbus dengan 400 cc air hingga berbaki 200 cc, lalu ditapis dan diminum airnya sebelum tidur.
Masaalah Kencing Manis,
enam lembar daun tapak dara, 15 kuntum bunga tapak dara, direbus dengan 800 cc air hingga berbaki 400 cc. Kemudian, ditapis dan diminum airnya dua kali sehari, pagi dan malam.
Mengatasi masaalah batu ginjal,
30 gram daun tapak dara, 30 gram daun keji beling, 15 gram daun tempuyung, direbus dengan 600 cc air hingga berbaki 300 cc. Kemudian, ditapis dan diminum dua kali sehari.
Manfaat daun tapak dara untuk mengubati Demam
Rebus 1 genggam (12 -20 gram) daun tapak dara, 3 potong batang dan akar tapak dara dengan 4 gelas air sampai mendidih hingga berbaki 1,5 gelas, campurkan dengan gula kelapa, kemudian diminum pagi dan petang.
Menafaat daun tapak dara untuk mengubati Tangan gementar
Ambil 4 – 7 lembar daun tapak dara dengan 1 gelas air panas kemudian ditapis. Diminum seperti biasa.
Manfaat daun tapak dara untuk mengubati Bengkak Cantik, bengkak dan bisul
Tumbuk hingga halus 1 genggam daun tapak dara, kemudian tempelkan daun yang sudah di tumbuk pada bahagian luka yang sakit.
Menafaat daun tapak dara untuk mengubati Luka
Kunyah 2 – 5 lembar daun tapak dara sehingga lembut ,kemudian tempelkan pada luka baru.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.
Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.