Rabu, 11 Jun 2014

Makanan Kegemaran Rasullallah SAW

Makanan Kegemaran Rasullallah SAW

        
            
 Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.Barli mempunyai khasiat yang tinggi kerana mengandungi sumber yang mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan, dan selenium, dan sumber yang baik tembaga, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium, dan niasin. 

1. Dapat membantu merendahkan kolestrol

     Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang
     membantu untuk menurunkan kolesterol dengan mengikat kepada
     asid hempedu dan mengeluarkan daripada badan melalui najis.
    Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang
    dihasilkan oleh hati daripada kolesterol. Apabila dikeluarkan bersama-sama
    dengan serat barli itu, hati mesti mengeluarkan asid hempedu baru dan
    menggunakan lebih banyak kolesterol, dengan itu mengurangkan
    jumlah kolesterol dalam darah. Serat larut juga boleh mengurangkan
    jumlah kolesterol dihasilkan oleh hati. Makan hidangan bijirin penuh, seperti barli, sekurang-kurangnya 6 kali
    setiap minggu adalah dicadangkan terutama bagi wanita menopaus
    dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau tanda-tanda
    penyakit kardiovaskular. 

2. Mambantu mengelakkan darah membeku

    Buah barli mempunyai kandungan niacin  yang membantu untuk mencegah
    radikal-radikal bebas daripada mengoksidakan LDL (low density lipoprotein).
    LDL akan menjadi berbahaya apabila terjadi pengoksidaan pada
    dinding-dinding pada salur darah. Selain itu, barli membantu untuk
    mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

3. Membantu mencegah batu karang

    Barli yang kaya dengan serat tidak larut membantu untuk
    mempercepatkan masa transit usus (iaitu berapa lama makanan
    bergerak dalam usus). Selain itu, ia membantu mengurangkan rembesan
    asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu)
    dan meningkatkan sensiviti insulin dan merendahkan trigliserida (lemak darah).

4. Mengurangkan Reumatoid Artritis (RA)

    Dalam barli terdapat mineral iaitu tembaga bagi mengurangkan
    gejala-gejala Reumatoid Artritis. Tembaga ini penting dalam enzim
    oksidatif utama yang dipanggil superoxide dismutase.  Selain itu, tembaga
    juga terlibat dalam aktiviti lysyl oxidase iaitu salah satu enzim yang terlibat
    dalam pembentukan kolagen. 

2. Kurma – Nabi SAW berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2)  Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam : 
mengelak daripada bahan2 keracunan
melicinkan tekak dan dada
mencuci hati dan jantung
membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-
penyakit buasir
sakit2 dan bengkak badan
batuk yg berpanjangan
melawaskan kencing
Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.
Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi SAW berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal

7. Susu – Nabi SAW berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawatradang perut.Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi SAW selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥

Selasa, 10 Jun 2014

Mengapa Rasullah SAW melarang minum sambil berdiri

MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?

 
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”.

---Dari segi kesihatan----

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer.

Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.

Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.

Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa disaring lagi.

Terus menuju kandungan air kencing.

Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter).

Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana.

Benar, penyakit kristal ginjal.

Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.

Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri".

Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."

Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.

Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.

Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.

Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat.

Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak.

Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.

Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.

Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.

Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:

"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."

Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."

Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.

Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,

"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).

Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!

Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..

Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal.

Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.

Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah.

Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung.

INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air jarang....

“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.

~Surah Al-’Asr.

Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.

Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan baik tanpa berdiri.

Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi SAMBIL BERJALAN!!!!!

Indahnya Islam jika penuh dengan adab