MENGAPA RASULULLAH SAW MELARANG MINUM SAMBIL BERDIRI?
Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil
berdiri”.
---Dari segi kesihatan----
Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh
sfringer.
Sfringer adalah suatu struktur muskular (berotot) yang boleh
membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.
Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’
penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik
masuk tanpa disaring lagi.
Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan
di saluran sepanjang perjalanan (ureter).
Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal
mula munculnya bencana.
Benar, penyakit kristal ginjal.
Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.
Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan
dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.
Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang
seseorang untuk minum sambil berdiri".
Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas
tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh
seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lambat.
Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan
jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan keras.
Jika ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan
menyebabkan membesar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.
Adapun Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri,
maka itu disebabkan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti
penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ
keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu
mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga boleh berdiri stabil dan
dengan sempurna.
Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua
susunan saraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak boleh
mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di
mana saraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem
pencernaan dalam keadaan sedia untuk menerima makanan dan minum dengan cara
cepat.
Makanan dan minuman yang dimakan pada masa berdiri, boleh
memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana
(saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang
mengelilingi usus.
Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba,
boleh menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk
menghantarkan detik mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau
mati mendadak.
Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus
sangat membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada
tempat-tempat yang biasa berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk.
Sebagaimana keadaan keseimbangan pada masa berdiri disertai
pengecutan otot pada kerongkong yang menghalang jalannya makanan ke usus secara
mudah, dan kadang-kadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu
fungsi pencernaan, dan seseorang boleh kehilangan rasa selesa semasa makan dan
minum.
Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a.
sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan
lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah
s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata:
"Lihatlah orang itu duduk seperti budak."
Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang
hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak."
Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.
Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah
dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya,
"Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan"
(HR Bukhari).
Subhanallah, setiap perintah dan larangan Rasul pasti
bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIR MASAK..
Minum 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan
organ-organ internal.
Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu
fungsi seluruh pencernaan dan ginjal.
Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan
darah.
Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan
serangan jantung.
INGAT -----> AIR MASAK...yakni air yang terlebih dahulu
dimasak, telah menggelegak kemudian disejukkan......juga dipanggil air
jarang....
“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman,dan yang beramal soleh dan yang berpesan-pesan kepada
kebenaran dan yang berpesan-pesan kepada kesabaran”.
~Surah Al-’Asr.
Subhanallah! Banyak sebenarnya kelebihan minum air secara
duduk yang kita sendiri pun tidak tahu.
Rasulullah SAW sendiri yang mengajar kita cara minum dengan
baik tanpa berdiri.
Begitu juga...kita dilarang MAKAN BERDIRI....apatah lagi
SAMBIL BERJALAN!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan