Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.Barli mempunyai khasiat yang tinggi kerana mengandungi sumber yang mengandungi molibdenum, mangan, serat pemakanan, dan selenium, dan sumber yang baik tembaga, vitamin B1, kromium, fosforus, magnesium, dan niasin.
1. Dapat membantu merendahkan kolestrol
Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yangmembantu untuk menurunkan kolesterol dengan mengikat kepada
asid hempedu dan mengeluarkan daripada badan melalui najis.
Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang
dihasilkan oleh hati daripada kolesterol. Apabila dikeluarkan bersama-sama
dengan serat barli itu, hati mesti mengeluarkan asid hempedu baru dan
menggunakan lebih banyak kolesterol, dengan itu mengurangkan
jumlah kolesterol dalam darah. Serat larut juga boleh mengurangkan
jumlah kolesterol dihasilkan oleh hati. Makan hidangan bijirin penuh, seperti barli, sekurang-kurangnya 6 kali
setiap minggu adalah dicadangkan terutama bagi wanita menopaus
dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau tanda-tanda
penyakit kardiovaskular.
2. Mambantu mengelakkan darah membeku
Buah barli mempunyai kandungan niacin yang membantu untuk mencegahradikal-radikal bebas daripada mengoksidakan LDL (low density lipoprotein).
LDL akan menjadi berbahaya apabila terjadi pengoksidaan pada
dinding-dinding pada salur darah. Selain itu, barli membantu untuk
mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).
3. Membantu mencegah batu karang
Barli yang kaya dengan serat tidak larut membantu untukmempercepatkan masa transit usus (iaitu berapa lama makanan
bergerak dalam usus). Selain itu, ia membantu mengurangkan rembesan
asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu)
dan meningkatkan sensiviti insulin dan merendahkan trigliserida (lemak darah).
4. Mengurangkan Reumatoid Artritis (RA)
Dalam barli terdapat mineral iaitu tembaga bagi mengurangkangejala-gejala Reumatoid Artritis. Tembaga ini penting dalam enzim
oksidatif utama yang dipanggil superoxide dismutase. Selain itu, tembaga
juga terlibat dalam aktiviti lysyl oxidase iaitu salah satu enzim yang terlibat
dalam pembentukan kolagen.
2. Kurma – Nabi SAW berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera
Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.
2) Kaya dengan serat dan potassium
Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.
Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.
3) Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25
Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).
5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”
6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.Jika buah tin dimakan dalam bentuk yg kering TETAPI tidak terlalu banyak, boleh membantu dalam :
mengelak daripada bahan2 keracunan
melicinkan tekak dan dada
mencuci hati dan jantung
membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-
mengelak daripada bahan2 keracunan
melicinkan tekak dan dada
mencuci hati dan jantung
membersihkan lendir2 yg terdapat di dalam usus.
Selain itu, buah tin juga dikatakan dapat menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti :-
penyakit buasir
sakit2 dan bengkak badan
batuk yg berpanjangan
melawaskan kencing
Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.
Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.
Rasa manis buah tin itu mengandungi zat2 yg penting dalam tubuh kita. Serat, kallium dan magnesium di dalam buah tin dapat mengurangkan serangan angin dan mengawal tekanan darah tinggi. Buah tin jugalah dijadikan pencegah untuk penyakit darah tinggi.
Bagi penyakit kencing manis pula, serat yg terdapat di dalam buah tin dapat memperlahankan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan serat yg tinggi dan karbohidrat mampu mengawal kadar gula darah seseorang.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi SAW berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.Buah tembikai mengandungi vitamin A, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan buang air kecil dan merawat masalah ginjal
7. Susu – Nabi SAW berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawatradang perut.Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.
Ibnu Qayyim meriwayatkan bahawa minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan. Ia boleh menguatkan akar dan melembutkan kulit.Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi SAW selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan