Rabu, 2 Julai 2014

Fakta berbagai

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Fakta tentang Bayi


TENTANG BAYI (info)




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.


2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel .

Fakta berkenaan binatang

Info Kalajengking 
Ada lebih dari 2,000 spesies kalajengking berbeza di bumi ini. Ekor kalajengking memiliki alat penyengat dengan kelenjar racun di dalamnya. 40 sampai 50 spesies diantaranya bahkan memiliki racun yang mampu untuk membunuh seorang manusia.   

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.


Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.


Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.


Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.


Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.


Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.


Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.


Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.


Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.


Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.


Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.


Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.


Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.


Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.


Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


Fakta berkenaan Manusia





Fakta berkenaan Manusia
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur 
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.


Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.


Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.


Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.


Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.


Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.


Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.



Mata manusia

Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari..Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.


Selasa, 1 Julai 2014

Khasiat Buah Betik Baik Untuk Penyakit Buasir (Papaya Fruit Nutrition Is Good For Hemorrhoids)

Buah betik 



sha3622.blogspot.com
Mempunyai nama latin iaitu Carica papaya dan termasuk dalam keluarga Caricaceae. Pokok Berik ini berasal dari daerah Mexiko dan kebiasaannya di tanam di pekarangan rumah atau kebun.. Buah  betik  yang sudah matang berwarna oren rasanya manis dan mengandung banyak air.

Meski buah  betik  termasuk buah yang murah dan mudah didapat, namun , buah  betik  dipercayai memberi banyak menafaat bagi manusia. baik darisegi kesehatan maupun kecantikan.


 Zat yang terkandung dalam buah betik :-



Vitamin A (1.750 IU)
Vitamin B ( 0.03 mg)
Riboflavin (0.04 mg)
Niacin (0.3 mg)
Vitamin C (56 mg)
Kalsium (20 mg)
Zat Besi (0.3 mg)
Fosfor (16 mg)
Kalium (470 mg)
Lemak (0.1 gr)
Karbohidrat (10 gr)
Protein (0.6 gr)
Kalori (39)


Menafaat dan Khasiat Buah Betik


Berkat kandungan Zat di dalamnya, buah betik  menjadi buah yang sangat berkhasiat bagi kesehatan. Berikut ini beberapa khasiat dari segi kesihatan kesehatan dari buh pepaya untuk tubuh manusia.

Mengatasi Gangguan Pencernaan

Buah  betik mengandung enzim papain dan serat yang dapat membantu mengatasi masalah perut dan gangguan pencernaan seperti susah buang air besar dan efektif untuk mencegah buasir. Kajian juga membuktikan bahwa kandungan papain dalam buah  betik  dapat membunuh parasit yang mengganggu aktivitas pencernaan didalam usus.

Mencegah Selsema

Kandungan vitamin C pada buah pepaya dapat memperbaiki sistem imiun tubuh dan mencegah serangan penyakit seperti batuk,selsema, sehingga kanser

Menjaga Kesehatan Buah Pinggang

Selain buahnya, biji pepaya juga mengandung Zat penting untuk kesehatan. Biji  buah betik  mengandung flavonoid dan phenotic, iaitu zat aktif yang berperanan penting dalam menjaga kesehatan buah pinggang.

Mencegah Serangan jantung dan Stroke

Kandungan antioksidan yang tinggi pada  buah betik  dapat untuk menghalang pengoksidaan kolesterol dan dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan stroke.

Mempertajam Penglihatan

Jika Anda memiliki masalah kesehatan mata, sebaiknya rajin-rajinlah mengambil untuk menghalang pengoksidaan kolesterol. Buah ini mengandung betakaroten yang dapat ditukarkan menjadi vitamin A untuk menjaga kesehatan mata Anda.

Mencegah penuaan 

Kandungan antioksidan di dalam   buah betik bermenafaat melawan radikal bebas yang dapat menyebabkan berbagai masalah di kulit seperti bintik-bintik, kedutan,dan sebagainya.

Kesehatan Kulit

Kandungan vitamin A, C dan E sendiri baik untuk kesehatan kulit. Selain membantu melembabkan, vitamin tersebut juga dapat membantu mengembalikan kulit kusam menjadi cerah dan lebih segar.

Kecergasan Leleaki

Kandungan enzim arginine di dalam  buah betikberkesan meningkatkan aliran darah

Antiradang

Kandungan papain dan chymopapain dapat meredakan peradangan dan mempercepat penyembuhan luka terbakar. Menafaat inilah yang digunapakai dalam membantu menyembuhkan berbagai luka di kulit,  dan berbagai penyakit kulit lainnya.

Kesehatan Pencernaan

Tidak hanya memperlancar buang air besar, buah betik juga  membantu membersihkan usus dari racun-racun yang secara tidak sengaja diserap oleh tubuh. Ianya juga membersihkan bahagian usus dan membawanya melalui saluran pembuangan

Sabtu, 28 Jun 2014

Petua mengubati Resedung

Petua mengubati Resedung

     

Bahan-bahannya

1. Limau nipis 8 biji.
2. Daun pandan 10 helai

CARA-CARA

Hiris daun pandan halus macam membuat bunga rampai.. Perah limau nipis tadi.. Gaulkan shingga sebati..Satu sebatian akan terbentuk..

Sapu pada muka. terutama dipersekitaran hidung. Jika cara ini serasi dengan anda,dalam masa, tak sampai 5 minit ulat resdung akan keluar ikut kulit muka.. Paling banyak akan keluar ikut kening. InsyaAllah ramai selepas mengamalkannya..

Ulat Resedung


Lakukan 3 kali dalam masa seminggu, seelok dilakukan antara jam 10am -3 ptg kerana waktu ini virus sedang aktif.. Campuran lebih boleh disimpan dalam peti sejuk.tetapi campuran yang masih baru lebih efektif daripada yang disimpan

Jumaat, 27 Jun 2014

Fungsi dan menafaat vitamin K

Vitamin K 



Vitamin K  termasuk jenis vitamin yang larut dalam lemak,hampir serupa dengan vitamin E, fungsi utama vitamin K adalah membantu proses pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan.

Dos seharian pengambilan vitamin K adalah 2 mcg per 1 kg berat badan. Gejala kekurangan vitamin K adalah pembekuan darah tidak normal. Kekurangan vitamin ini jarang terjadi pada orang dewasa, tapi sering terjadi pada bayi yang baru lahir. Gejala kelebihan vitamin K boleh menyebabkan rasa loya, muntah-muntah, anemia, cirit-birit, dan ruam kulit.
diantara sumber makanan yang mengandung vitamin K  ialah  sayuran hijau, kacang soya, kobis bunga, brokoli, susu, hati, dan asparagus. 

Berikut ini beberapa manfaat dan fungsi vitamin K bagi tubuh manusia.

Pembekuan Darah
Seperti yang sudah kita sedia maklum bahwa fungsinya untuk membantu pembekuan darah. Jika kekurangan vitamin K maka proses pembekuan darah akan terganggu, contohnya, jika  luka terkena pisau, luka yang biasanya sembuh dalam waktu 1 hari  (sembuh sepenuhnya) pada orang yang kurang vitamin K dalam tubuhnya akan menjadi lebih dari 1 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Pertumbuhan Tulang dan Mencegah  Kerapuhan Tulang  (osteoporosis)
Kajian lain juga membuktikan bahawa selain membantu melawan  penyakit kencing manis, vitamin K juga dapat meningkatkan kepadatan tulang membentuk struktur rangka tubuh yang kuat khususnya pada wanita, vitamin K juga dapat menurunkan risiko terkena osteoporosis. , vitamin K ini  membantu sebatian osteokalsin yang berperanan dalam penyerapan mineral untuk membentuk stuktur tulang yang kuat. Osteoklasin sendiri dikeluarkan oleh osteoblas, kumpulan sel pembentuk tulang.

Mencegah Kencing Manis
Kajian di Tufts menemui bahawa vitamin K, khususnya K1, dapat mengurangi risiko rintangan insulin dalam membantu melawan penyakit kencing manis. Penemuan ini diterbitkan dalam Diabetes Care, selain itu, vitamin ini juga membantu metabolisme tubuh

Mencegah Pendarahan Hati
Di dalam tubuh, vitamin K juga dapat melawan proses pendarahan di hati yang seringkali muncul akibat pengambial ubat berasaskan kimia ( aspirin ) atau antibiotik secara berlebihan.

Mencegah Kanser
Melalui cara yang sama, vitamin K dapat memperlambat proses pembentukan sel kanser di hati dan paru-paru.