Jumaat, 4 Julai 2014

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan

\
sha3622.blogspot.com

Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan. plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar

Rabu, 2 Julai 2014

Fadhilat dan kelebihan Berpuasa Menurut Para Ilmuan - Virtues and advantages of Fasting according to Scholars

Fadhilat dan kelebihan Berpuasa

Menurut Para Ilmuan




sha3622.blogspot.com
Puasa menurut syariat agama islam ertinya menahan diri dari makan dan minum serta berbagai hal yang dapat membatalkan puasa,mulai dari terbit fajar hingga tenggelamnya matahari, dengan syarat tertentu yang berpandukan pada  Al-Qur’an dan Hadis bagi meningkatkan ketaqwaan seorang muslim. Puasa juga merupakan salah satu dari lima Rukun Islam.
Dari segi syariat, tentunya puasa yang baik dan sesuai dengan ketentuan syariat merupakan salah satu amal yang dapat mendatangkan keridhaan Allah SWT. Seperti yang terkandung hadis berikut :
Abu Said Al-Khudri r.a. berkata: Aku telah mendengar Nabi saw. bersabda: Siapa yang berpuasa sehari karena Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun. (Bukhari, Muslim).
Kemudian akan disediakan pintu khusus di shurga kelak, hanya bagi orang- orang yang berpuasa :
Sahl r.a. berkata: Rasul SAW bersabda: Sesungguhnya di surga ada sebuah pintu bernama Ar-Rayyan, yang masuk dari pintu itu pada hari kiamat hanya orang yang berpuasa, tidak boleh masuk dari pintu itu selain mereka, lalu dipanggil: Dimanakah orang-orang yang berpuasa, maka bangunlah mereka dan masuk ke pintu itu dan tidak boleh masuk dari situ selain mereka, jika sudah semuanya masuk maka ditutup dan tidak boleh orang lain masuk. (Bukhari, Muslim).
Demikian beberapa dari sekian banyak menafaat berpuasa yang akan kita peroleh untuk kehidupan akhirat kita.,  Namun tahu kah anda? selain memiliki menafaat untuk kehidupan akhirat, puasa juga memiliki menafaat yang tidak sedikit bagi kesihatan kita didunia.  telah terbuktikan oleh kajian para ilmuwan. Berikut beberapa menafaat kesehatan yang dapat diperoleh dari berpuasa 
1)      Riyad Albiby and Ahmed Elkadi
Puasa dapat meningkatkan kekebalan tubuh atau imun sistem terhadap berbagai penyakit. Ditunjukkan dengan peningkatan fungsi sel limpa yang mengeluarkan sel limfosit T yang bertambah, setelah puasa.
2)      Sulimami
Penyakit seperti kencing manis ( diabetes ) sekalipun puasa ramadhan tidak akan berbahaya , malah memberikan banyak manfaat (Sulimami, dll, 1988: 549-552).

3)      Jalal Saour
Berkurangnya cairan pada puasa akan menurunkan heart rate atau kerja jantung, pencegahan terhadap penggumpalan darah yang termasuk penyebab serius panyakit jantung.(Jalal, Riyad,1990).
4)       Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Puasa juga adalah selamat untuk pesakit yang mempunyai ulser gastrik pada gangguan. Kajian yang dijalankan oleh Muzam MG, Ali m. N dan Husain dalam pemerhatian Ramadhan puasa kesan terhadap asid dalam perut.

5)       Elson M. Haas M.D. Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984)
Dalam berpuasa (cleansing dan detoksifikasi) merupakan bahagian dari trilogy zat, balancing, building( toning). Elson percaya bahwa dengan berpuasa ada bahagian yang hilang “missing link” dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan, lemak yang berlebihan pula. Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermenafaat sebagai: purifikasi, peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, awet muda, mengurangi alergi, mengurangi berat badan, detoksikasi, relaxasi mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawal, meningkatkan imunisasi tubuh. dan lebih baik lagi bila dalam pengawasan dokter. penyakit-penyakit seperti cirit-birit, bronkitis, Influeza, sembelit, alahan makanan, astma, aterosklerosis, penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi, kencing manis, obesiti, kanser, Sawan, sakit di bahagian belakang, sakit jiwa, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), haba dan insomnia
6)      Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Puasa dapat mengurangi jumlah hormon penyebab tekanan (stress) Beliau bersama kumpulannya dari Falkutas kedokteran Universiti King Saud.yang melakukan penyelidikan terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya tidak ada perubahan ketara pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini menunjukkan bahawa puasa dibulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang membebankan, dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf. kajian ini menunjukan peningkatannya terjadi pada perbezaan waktu sahaja,  pada hari tidak berpuasa prolaktin mengalami kenaikan tertinggi pada jam 16.00. sementara pada bulan Ramadhan mengalami puncaknya pada pukul 21.00 dan menurun lagi sampai batas terendahnya pukul 04.00. Sementara insulin meningkat pada pukul 16.00, sedang pada bulan ramadhan pukul 21.00, menurun sampai batas terendah pukul 16.00. Sedangkan Kortisol pada hari biasa mencapai puncaknya pukul 09.00, menurun pada pukul 21.00, sementara pada bulan Ramadhan tidak ada perubahan
7)       Dr Ahmad al-Qadhi, Dr. Riyadh al-Bibabi,
Bersama rakannya di Amarika, ia melakukan ujian laboratorium terhadap sejumlah sukarelawan yang berpuasa selama bulan Ramadhan. Hasil penyeidikkannya menunjukan pengaruh positif puasa yang cukup ketara terhadap sistem kekebalan tubuh. fungsi sel-sel getah (lymfocytes) diperbaiki sehingga sepuluh kali ganda, walaupun jumlah keseluruhan sel-sel getah bening tidak berubah, namun prosentase jenis getah bening yang bertanggung jawab melindungi tubuh dan melawan berbagai penyakit yaitu sel T mengalami kenaikan yang pesat.
8)      Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
Pada tahun 1990 dari RS Universitas King Khalid, Riyadh Saudi melakukan kajian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 pesakit kencing manis (diabetes) jenis kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah orang sehat. Hasil kajian menunjukkan bahawa berpuasa dibulan ramadhan tidak menimbulkan penurunan berat badan yang ketara. Tidak ada pengaruh apapun yang bererti pada pengawalan penyakit kencing manis dikalangan penderita ini. Sejauh ini puasa Ramadhan baik sahaja bagi penderita kencing manis setakat apa yang dilakukan dengan kesedaran dan pengawalan makanan serta ubat-ubatan.
9)       Dr. Muhammad Munib dan kumpulannya dari Turki
Melakukan sebuah penyelidikkan terhadap 100 responden beragama Islam, Sampel darah mereka diambil sebelum dan diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan kajian dan pengukuran terhadap kandungan protein , jumlah lemak (total lipid), lemak fosfat, asid lemak bebas, kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur pembentuk darah lainnya, dan didapati, antara lain bahawa terjadi penurunan secara umum pada kadar gula (glukos) dan tryacyglicerol pada orang yang berpuasa, terjadinya penurunan sebahgianl dan ringan pada berat badan, tidak kelihatan acetone dalam air kencing, baik pada awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan, kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya bagi tubuh selama bulan puasa Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam tubuh mengalami peremajaan,mengepam sendiri lemak yang disimpan, dengan itu menghasilkan lebih banyak tenaga meningkatkan.
10)   Dr. Yuri Nikolayev 
Pengarah bahagian diet pada Rumah Sakit Jiwa Moskow menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang bersangkutan menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini. Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat Anda, apakah penemuan terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya, penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya tetap awet muda secara fisik, mental, dan spiritual, melalui puasa ).
11)  Allan Cott, M.D.,
seorang pakar dari Amerika, telah menghimpun hasil pengamatan dan kajian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya dalam sebuah buku Why Fast mendedahkan pelbagai Hikmah puasa, antara lain: a. untuk berasa lebih baik secara fizikal dan mental (merasa lebih baik secara fizikal dan mental). b. To look and feel younger (melihat dan merasa lebih muda). c. To clean out the body (membersihkan badan) d. To lower blood pressure and cholesterol levels (menurunkan tekanan darah dan kadar lemak. e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks). f. To let the body health itself (membuat badan sehat dengan sendirinya). g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa). h. To sharp the senses (menajamkan fungsi indra). i. To gain control of oneself (memperoleh kemampuan mengendalikan diri sendiri). j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
12)  Alvenia M. Fulton,
Pengarah Lembaga Makanan Sehat “Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan kelembutan pesona dan daya pemikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier, it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes the body contour).
Demikian beberapa fakta-fakta ilmiah mengenai menfaat berpuasa bagi kesihatan. Kesimpulan yang dapat kita ambil disini dengan berpuasa, kita tidak hanya  untuk  akhirat kita,akan tetapi ianya juga bermenfaat untuk kehidupan didunia kita untuk kesehatan.

Fakta berbagai

Andai kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu -
di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat 1.7
peratus. Peningkatan yang sedikit ini bagaimanapun menaikkan paras
air sehingga 60 meter daripada yang sediada. Jika ini berlaku,
sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun
dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat
apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah
daripada membuat terowong bawah laut.

Sungai Huang Ho digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut
ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.

Tempat paling sejuk di dunia bukanlah di Kutub Utara atau Kutub
Selatan tetapi Verkovank, Siberia dengan suhu serendah 100 darjah di
bawah paras beku pernah dicatitkan.

Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila
bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air
terjun ini.

Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini mempunyai `bar
code' bagi memudahkan proses pembayaran. Sebenarnya produk pertama
yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.

Semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut
pusingan jam kecuali Venus yang melawan jam.

Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan.
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red
Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang
sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini
disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah
kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh
2500 SM.

Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian
dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet
telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga
tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan
pelbagai jenis penyakit polio.

Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona
Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk
menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu
berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja
dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang
lebih dewasa daripadanya.

Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella
mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah
untuk mengenai tentang pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln.
Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia
menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa
manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah
pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari
1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan
semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955
apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral
dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan
tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga
ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia
dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar
beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

Fakta berkenaan binatang

Info Kalajengking 
Ada lebih dari 2,000 spesies kalajengking berbeza di bumi ini. Ekor kalajengking memiliki alat penyengat dengan kelenjar racun di dalamnya. 40 sampai 50 spesies diantaranya bahkan memiliki racun yang mampu untuk membunuh seorang manusia.   

Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer.

Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga.

Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000
telur setiap hari.


Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih
berat badannya dalam masa 36 jam.


Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya
boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji
lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.

Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari
sentiasa siang.

Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang
dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara
betina menghasilkan bunyi yang berdesir.


Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ
itu melekat pada lelangit.


Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus
menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat
jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang
semasa haiwan itu melompat.


Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya
adalah satu juta bagi setiap orang.

Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang
tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.


Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan
lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung
pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang
hamil.


Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia
akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.


Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak
sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen
setiap 20 minit.


Gajah Afrika hamil selama 640 hari.

Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.


Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh
David D.Porter, seorang anggota tentera laut US.


Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa
saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah
atau kuning.


Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali
berat badannya dalam masa 56 hari.


Kucing tidak boleh merasa rasa manis.

Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja.


Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut
taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya
tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.
Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan
gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan
melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.


Fakta tentang Bayi


TENTANG BAYI (info)

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel .

Fakta berkenaan Manusia





Fakta berkenaan Manusia
Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur 
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi
satu perkataan.

Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan
kimia.

Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih
lama daripada mereka yang kidal.

Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut
di telefon sepanjang hayatnya.


Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang
hidupnya.


Darah akan memancut apabila kulit seseorang luka, samada ditikam
atau ditembak. Keadaan ini berlaku kerana jantung menghasilkan
tekanan yang cukup kuat kerana ia berupaya mengepam darah pada kadar
10 meter.


Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau
luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak
bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.


Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga empat
gelen sehari. Tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat
mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan
hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga
kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di
negara ini, peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan
yang berkelembapan rendah. Pengeluaran peluh amat penting bagi
menyejukkan badan. Tetapi anjing yang tiada kelenjar peluh masih
boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap
(menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba.


Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap
batang rokok yang tidak dihisap.


Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di
kulit atau terbakar.


Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air
berbanding udara dalam suhu yang sama.



Mata manusia

Mata manusia boleh mengesan 10 juta warna warna, tetapi ia tidak dapat melihat cahaya ultraungu atau inframerah. Serangga boleh melihat cahaya ultraungu.Mata anda berkelip sehingga lebih 27 397 kali dalam satu hari..Biji mata manusia mempunyai berat kira-kira 28 gram.


Selasa, 1 Julai 2014

Khasiat Buah Betik Baik Untuk Penyakit Buasir (Papaya Fruit Nutrition Is Good For Hemorrhoids)

Buah betik 



sha3622.blogspot.com
Mempunyai nama latin iaitu Carica papaya dan termasuk dalam keluarga Caricaceae. Pokok Berik ini berasal dari daerah Mexiko dan kebiasaannya di tanam di pekarangan rumah atau kebun.. Buah  betik  yang sudah matang berwarna oren rasanya manis dan mengandung banyak air.

Meski buah  betik  termasuk buah yang murah dan mudah didapat, namun , buah  betik  dipercayai memberi banyak menafaat bagi manusia. baik darisegi kesehatan maupun kecantikan.


 Zat yang terkandung dalam buah betik :-



Vitamin A (1.750 IU)
Vitamin B ( 0.03 mg)
Riboflavin (0.04 mg)
Niacin (0.3 mg)
Vitamin C (56 mg)
Kalsium (20 mg)
Zat Besi (0.3 mg)
Fosfor (16 mg)
Kalium (470 mg)
Lemak (0.1 gr)
Karbohidrat (10 gr)
Protein (0.6 gr)
Kalori (39)


Menafaat dan Khasiat Buah Betik


Berkat kandungan Zat di dalamnya, buah betik  menjadi buah yang sangat berkhasiat bagi kesehatan. Berikut ini beberapa khasiat dari segi kesihatan kesehatan dari buh pepaya untuk tubuh manusia.

Mengatasi Gangguan Pencernaan

Buah  betik mengandung enzim papain dan serat yang dapat membantu mengatasi masalah perut dan gangguan pencernaan seperti susah buang air besar dan efektif untuk mencegah buasir. Kajian juga membuktikan bahwa kandungan papain dalam buah  betik  dapat membunuh parasit yang mengganggu aktivitas pencernaan didalam usus.

Mencegah Selsema

Kandungan vitamin C pada buah pepaya dapat memperbaiki sistem imiun tubuh dan mencegah serangan penyakit seperti batuk,selsema, sehingga kanser

Menjaga Kesehatan Buah Pinggang

Selain buahnya, biji pepaya juga mengandung Zat penting untuk kesehatan. Biji  buah betik  mengandung flavonoid dan phenotic, iaitu zat aktif yang berperanan penting dalam menjaga kesehatan buah pinggang.

Mencegah Serangan jantung dan Stroke

Kandungan antioksidan yang tinggi pada  buah betik  dapat untuk menghalang pengoksidaan kolesterol dan dapat menurunkan risiko penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan stroke.

Mempertajam Penglihatan

Jika Anda memiliki masalah kesehatan mata, sebaiknya rajin-rajinlah mengambil untuk menghalang pengoksidaan kolesterol. Buah ini mengandung betakaroten yang dapat ditukarkan menjadi vitamin A untuk menjaga kesehatan mata Anda.

Mencegah penuaan 

Kandungan antioksidan di dalam   buah betik bermenafaat melawan radikal bebas yang dapat menyebabkan berbagai masalah di kulit seperti bintik-bintik, kedutan,dan sebagainya.

Kesehatan Kulit

Kandungan vitamin A, C dan E sendiri baik untuk kesehatan kulit. Selain membantu melembabkan, vitamin tersebut juga dapat membantu mengembalikan kulit kusam menjadi cerah dan lebih segar.

Kecergasan Leleaki

Kandungan enzim arginine di dalam  buah betikberkesan meningkatkan aliran darah

Antiradang

Kandungan papain dan chymopapain dapat meredakan peradangan dan mempercepat penyembuhan luka terbakar. Menafaat inilah yang digunapakai dalam membantu menyembuhkan berbagai luka di kulit,  dan berbagai penyakit kulit lainnya.

Kesehatan Pencernaan

Tidak hanya memperlancar buang air besar, buah betik juga  membantu membersihkan usus dari racun-racun yang secara tidak sengaja diserap oleh tubuh. Ianya juga membersihkan bahagian usus dan membawanya melalui saluran pembuangan