Selasa, 8 Julai 2014

Menafaat Daun Pegaga untuk Pengubatan - Fully benefit Centella leaves for Medications

sha3622.blogspot..com

Pokok pegaga dikenal juga dengan nama latinnya Centella asiatica (Linn) dan termasuk dalam keluarga Umbelliferae. 

Daun pegaga ini memiliki sifat manis dan sejuk. Sementara kesan farmakologisnya adalah anti penyakit berjngkit, antitoxic, penurun panas, peluruh air kencing disebabkan keannya itut daun 
pegaga selalu dijadikan sebagai ubat tradisional.

Kandungan kimiainya terdiri dari asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahminoside, brahmic acid, madasiatic acid, meso-inositol, centellose, carotenoids, garam-garam mineral seperti garam kalium, natrium, magnesium, kalsium, besi, vellarine dan zat samak.

Menafaat Daun Pegaga untuk Pengubatan


Berikut ini beberapa penyakit yang boleh dioubati dengan menggunakan daun pegaga sebagai ramuan ubat tradisional.

Darah tinggi
Ambil lebih kurang 20 helai daun pegagan kemudian direbus dalam 3 gelas air hingga menjadi 3/4-nya. Ramuan tersebut diminum 3 kali sehari,sebanyak 3/4 gelas. sekali minum.

Demam
Segenggam daun pegaga segar ditumbuk hingga halus, kemudian ditambah sedikit air dan garam, lalu ditapis,airnya diminum pagi-pagi sebelum makan.

Buasir
Ambil 4-5 helai pegaga bersama akar-akarnya, lalu direbus dengan 2 gelas air selama ± 5 minit. Minum air rebusan ini secara rutin selama beberapa hari.

Bisul 
Cara pertama, sediakan 30 gram - 60 gram pegaga segar,bersihkan lalu direbus, dan air rebusannya diminum. Cara kedua, pegaga segar dibersih, kemudian dilumatkan dan ditempelkan ke bahagian tubuh yang sakit.

Batuk berdarah, muntah darah, pendarahan hidung

Ambil 60 - 90 gram daun pegaga segar lalu direbus atau diperah, kemudian airnya diminum.

Mata merah, bengkak
Daun pegagan boleh juga dijadikan sebagai ubat titis dimata. Caranya pun cukup mudah. Pegaga segar dicuci bersih, dilumatkan, diperah, airnya ditapis. Titiskan ke mata yang sakit 3-4 kali sehari.

Batuk kering
Ambil segenggam penuh pegaga segar, kemudian dilumatkan, dan perah airnya, tambahkan air dan gula batu secukupnya. Kemudian minum ramuan tersebut sekaligus.

Menambah nafsu makan
Untuk menaikkan nafsu makan, ambil 1 genggam daun pegaga segar direbus dengan 2 gelas air sampai berbaki 1 gelas, minum air rebusan daun pegagan tersebut sehari 1 gelas.

Menafaat teh daun pegagan
Teh daun pegagan segar berkhasiat untuk membangkitkan nafsu makan, menyegarkan badan, menenangkan, menurunkan panas, batuk kering, mengeluarkan cacing didalam perut, 
pendarahan hidung
Menafaat lalap pegaga
Lalaban pegagan segar berkhasiat Membersihkan darah, terutama pada bisul, pendarahan ulser . Memperbanyak cairan hempedu, sehingga dapat memperbaiki gangguan pencernaan.

Susah kencing
Jika Anda mengalami susah untuk kencing, ambil 30 gram pegaga segar. Lumatkan atau tumbuk halus. Ramuan tersebut ditempelkan di sekitar pusat.
Ambil 3/4 genggam pegagan dicuci bersih, lalu direbus dengan 3 gelas air sampai menjadi 3/4 -nya. tapiskan setelah sejuk diminum sehari 3 kali 3/4 gelas.sekali minum

 Demam Campak
Untuk mengubati penyakit demam campak, ambillah 60 -120 gram pegaga, cuci bersih lalu direbus. Kemudian air rebusannya diminum.

Pembengkakkan hati (liver)
Ambil 240 gram - 600 gram pegagan segar, kemudian direbus. setelah sejuk, air rebusannya minum secara rutin.

Isnin, 7 Julai 2014

Menafaat dan khasiat ikan - Fully benefit and nutrients in fish

Menafaat dan khasiat ikan

sha3622.blogspot.com
 Ikan adalah salah satu sumber makanan yang paling baik diambil kerana memiliki banyak maenafaat. 
 makan ikan sangat disarankan, kerana dipercaya dapat mencegah penyakit jantung.  
Beberapa kajian kesihatan yang mengaitkan khasiat ikan dengan jantung memperlihatkan bahawa khasiat ikan sangat berkait rapat dengan organ jantung, Pada kala ini pun sudah lebih dari 5000 kajian di dunia yang melaporkan khasiat ikan terhadap kesihatan jantung. Salah satu kajian terawal adalah yang dilakukan oleh dua pengkaji Denmark di tahun 1970. Mereka menemui fakta rendahnya kes kematian orang Eskimo akibat penyakit jantung  walaupun mereka banyak mengambili makanan berlemak tinggi. ternyata rahsia disebalik fakta ini adalah orang Eskimo memiliki kebiasaan untuk memakan daging ikan.







sha3622.blogspot.com

Khasiat Ikan

Bukan hanya jantung sahaja yang boleh di sembuhkan oleh khasiat ikan, beberapa penyakit lain pun dapat disembuhkan oleh khasiat ikan dan berikut adalah beberapa khasiat yang bolah didapati daripada ikan


  1. Khasiat yang terkandung dalam ikan boleh menyekat risiko terjadinya strok dan serangan jantung, ini adalah kerana ianya mengandungi asid lemak dan omega-3 yang  diperlukan oleh otak. Mengambil ikan secara tetap dan kerap  boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada lelaki dan wanita.
  2. Rendah lemak,  sebahagian besar ikan memiliki kandungan jumlah lemak yang paling rendah dibandingkan sumber protein haiwan yang lainnya terutama ikan tuna sirip kuning.
  3. Sumber protein, vitamin, dan mineral, kelebihan pada ikan ini adalah tubuh mampu menyerap lebih zat yang terdapat dalam ikan kerana  ikan memiliki kandungan vitamin A, vitamin D, fosfor, magnesium, selenium, yodium dan kalsium. Pada dasarnya ikan memiliki sumber protein  yang sama dengan daging lembui, tapi kelebihan ikan adalah tidak memiliki lemak yang tinggi.
  4. Khasiat ikan dapat mengurangi kolesterol LDL (kolesterol jahat), ini karena ikan memiliki kandungan lemak tepu yang paling sedikit  berbanding dengan protein ynag terdapat pada haiwan lain seperti daging ayam,
  5. Khasiat lain  ikan ialah dapat mengurangi peradangan dan sakit sendi,  ini adalah kerana ikan memiliki kandungan asid lemak omega-3 ikan tuna, salmon, makarel ataupun sardin yang boleh menghilangkan resiko peradangan dan sakit sendi.
  6. Khasiat yang terkandung dalam ikan dapat menambah zat pada otak,  ini disebabkan oleh khasiatya yang mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat penting untuk otak. pengambilannya  sangat diperlukan untuk meningkatkan stamina otak.


Semua kandungan positif yang terdapat dalam ikan tidak akan kita dapati kalau kita memilih ikan yang salah. Bukan salah jenis ikannya  tetapi salah memilih ikan yang tidak dalam keadaan segar atau salah dalam proses pengolahannya. 

Para pengkaji tidak memberikan penjelasan terperinci tentang jenis ikan apa  yang memberikan khasiat ikan yang terbaik. Tapi, ikan salmon dipercaya memiliki kandungan omega-3 yang cukup tinggi. Dan beberapa pemorsesan sebenarnya cukup baik untuk ikan. Tapi, pemorsesan dengan cara menigoreng atau membakar dengan sapuan mentega  akan meningkatkan kadar lemak, jadi tidak digalakkan untuk cara yang sedemikian. Selain itu minyak masak yang dipanaskan akan menurunkan kadar omega-3 dalam ikan sehingga keberkesanannya pada jantung berkurangan.

Ahad, 6 Julai 2014

Kimia Dalam Pewangi - Fragrance contains Chemicals

Pewangi
sha3622.blogspot.com
Pewangi atau perfium telah digunakan sejak zaman dahulu terutama oleh kaum wanita. Penggunaanya mulai dari upacara keagamaan, pernikahan  bahkan kematian dimana setiap keadaan memiliki aroma tersendiri, seiring dengan perkembangan zaman, penggunaan ini semakin berkembang. Pewangi atau parfum digunakan pada setiap produk, mulai dari barangan keperluan wanita, hingga barangan keperluan rumah tangga seperti cairan pembersih bahkan ubat anti nyamuk. produk yang memiliki pewangi yang khas dan menarik memang cukup digemari oleh masyarakat, kerana memang kesan bersih, segar dan menyenangkan akan ditimbulkan dari wangian tersebut.
Apakah penambahan bau pewangi atau parfum pada beberapa produk harian atau kosmetik tersebut baik bagi penggunanya? Bagaimana dengan ibu hamil yang menyedutnya apakah wangi tersebut benar-benar murni terbuat dari campuran bunga dan buah seperti yang dicantum pada bungkusan atau pada iklan produk tersebut. Mungkinkah kita mendapatkan wangian yang benar-benar asli dan baik dengan harga yang sangat murah? Dibawah ini akan kita lihat jadual yang memberikan informasi tentang kandungan wangian  serta beberapa kesan sampingan yang akan timbul jika tersedut dalam jumlah yang banyak dan berulang.
AromaBahan Yang di Kandung(% Berat Bersih)Tanda Keracunan
Limau, lemonFruity-fragrance 86-173Limonin > 50%kanser, peradangan pada mata dan kulit
LavenderLavender-fragrance 93-054Linalool 10-50%Gangguan pernafasan
TomatoTomato Oil 010Propilin glikol > 50%Peradangan pada mata dan kulit, jika tertelan dan tersedut dapat menyebabkan pingsan dan tak sadar
PepermintSpearmint oil 660Karvon > 50%Menyebabkan peradangan pada mata dan kulit.
Musim bungaSpring Flowers Fragrance 5975Karbitol 10 – 50%Gangguan pernafasan dan sistem saraf, peradangan mata.
PepermintPeppermint 5011-Menthol 10 – 50%Lesu lemah mual, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma
Buah-buahanBergamont Oil 100Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50%Gangguan pernafasan, peradangan mata dan kulit.
Bunga-bungaanBouquet Floral 3881Benzal asetat 10 – 50%Kanser pankreas, peradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
Kulit Kayu ManisCinnamon Oil 950Sinamik Aldehid > 50%Peradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan diare.
Wangi CemaraAlpha Pinene P & Fa-Pinen 97.5%Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, prning, , kebakaran dan kesan terbakar pada kulit, konjunktivitas, merosakkan sistem pertahanan badan.
LilaAlpha Terpineol P & F, FCCa-Terpineol 88.5%Peradangan lapisan mucus pada paru-paru, pneumonitis, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala.

Kandungan Pewangi
Setiap barangan pewangi mengandung pelarut tambahan yang berfungsi sebagai bahan dasar (fondation) baik parfum itu asli atau tiruan. jumlah kandungan bahan kimia dalam pewangi atau parfium antara lingkungan 30 % tergantung dari jenis barangannya. namun dari beberapa analisa dipasaran, sebanyak 95 % bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia tiruan yang bahan dasarya petroleum yang merupakan dari asalnya benzena, aldehid atau zat yang pada dasarnya adalah racun. Salah satu organisasi di Amerika yang menangani masalah kesihatan  menemui bahan kimia beracun dari 815 sampel yang mereka ambil,kajian yang dilakukan pada tahun 1991 menemui bahan-bahan yang terkandung adalah kloroform yang terdapat juga pada pelembut pakaian dan p-diklorobenzena yang telah diketahui bersifat karsinogenik pada produk pewangi bilik dengan dos yang tinggi.
Selain itu juga terdapat haruman yang beraroma musk, yang dicurigai mengakibatkan sakit kepala dan juga bersifat karsinogenik meskipun pada kandungan yang sedikit. Berdasarkan kajian dari FDA pada tahun 1968-1972, bahan kimia seperti alfa-terpineol, benzil asetat, benzil alcohol, limonin, lioanalol yang sering terdapat dalam kosmetik, bahan-bahan ini dicurigai sering memberikan kesan sampingan pada kulit pemakai.
Bahaya Kesihatan
Salah satu ciri keracunan yang disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam pewangi yang ditambahkan dalam sesuatu produk pembersih dan kosmetik adalah asma, kanser, kecacatan janin pada bayi dalam kandungan, keguguran, gangguan pada syaraf, seperti Parkinson , alzheimer, dll. kesan sampingan ini dapat ditemui baik dalam jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek
Pada tahap awal keracunan dapat diketahui melalui reaksi seseorang terhadap suatu produk tertentu yang dicurigai mengandung bahan pewangi sintetik yang mengandung bahan kimia yang berbahaya. Walaupun pada tahap ini hanya sebahagian orang yang sensitif yang menunjukkan tanda-tanda keracunan, sama keadannya seperti seseorang yang alah terhadap debu, sedangkan sebahagian individu yang lain boleh jadi tidak menunjukkan reaksi apapun pada tahap awal pemakaian produk. Namun pada pemakaian produk yang sama dalam jangka waktu lama dan berulang-ulang barulah ternampak gejala keracunan dengan keadaan yang agak sulit untuk disembuhkan seperti kanser atau penyakit berat lainnya. 
sha3622.blogspot.com
Produk yang dapat memberikan kesan langsung kepada pemakai sehingga dapat diketahui tanda keracunannya adalah produk yang biasanya berhubung langsung dengan sistem pernafasan, seperti pewangi bilik, minyak wangi badan, pewangi rambut, dan lain-lain .Kesannya akan lebih berbahaya terutama produk yang bersifat semburan pada bahagian tubuh dalam bentuk gas, sehingga terjadi kontak langsung pada sistem pernafasan mulai dari bahagian hidung, , paru-paru dan seterusnya keanggota badan dibahagian lain yang disalurkan melalui sistem peredaran darah. Untuk produk yang digunakan pada bahagian luar iaitu pada kulit seperti sabun, shampoo, krim pencukur, pemutih pakaian, bahan pencuci, pelembut pakaian, dan  sebagainya, proses keracunan terjadi sewaktu produk yang dipakai menyerap pada pori-pori kulit dan memasuki aliran darah dan seterusnya pada bahagian anggota tubuh bahagian dalam.
sha3622.blogspot.com
Dibawah ini jadual bahan kimia dan kesan sampingnya yang biasa di rasakan oleh tubuh manusia, yang terkandung dalam produk rumah tangga dan kosmetik yang mengandung parfum atau pewangi seperti minyak wangi, pewangi badan, penyegar udara, sabun pencuci, pewangi rambut,  dan  sebagainya.
Kandungan Bahan KimiaTanda keracunan / Kesan sampingan
3-Butane-2-onePeradangan pada kulit dan sistem pernafasan
AsetonMenganggu sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut dan tenggorokan, pusing, lesu, hilang keseimbangan, tidak sadarkan diri, dan koma.
Siklopentana(g)-2-benzopiranPeradangan pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
EtanolLesu, Peradangan pada mata dan bagian atas sistem pernafasan, pusing, penglihatan yang kabur, hilang keseimbangan, kesemutan..
Etil asetatSakit kepala, kulit kering dan pecah-pecah, kekurangan darah, kerusakan hati dan ginjal, Peradangan pada mata dan saluran pernafasan
Fenol, EsterGangguan sistem saraf, kanker
Hidrosinamaldehid, p-tert-butil-alfa-metilPingsan, sulit bernafas, gangguan sistem reproduktif pada pria
Metilen Kloridakanker, sesak nafas (karena dimetabolisme karbon monoksida), sakit kepala, pusing, lelah, sensitif
Phenol, 2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metilGangguan pada janin dan sistem reproduksi.
BenzaldehidMengganggu sistem saraf pusat, peradangan pada mulut, tenggorokkan, mata, kulit, paru-paru, lesu, sakit perut dan kerusakan ginjal.
Kamper (kapur barus)Alergi pada kulit, Peradangan pada mata, hidung dan tenggorokkan, pusing, lesu dan tak sadarkan diri.
Benzil alkoholPeradangan pada sistem pernafasan, pusing, lesu, muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf, kesulitan bernafas.
KarbitolPeradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru.


Tanda Keracunan
Pada dasarnya keracunan disebabkan oleh pewangi di tunjukkan oleh beberapa gejala seperti berikut berdasarkan kementerian kesehatan di Kanada (tahun 1990) iaitu mata berair, penglihatan berganda , bersin, sesak nafas, alahan,resedung,telinga berdesing (tinunitus), pening,, batuk, , sukar bernafas, sesak nafas, asma, , migren, hilang ingatan bertahap, ketegangan, alahan akut, kemurungan, perubahan tingkah laku, lebam pada kulit, peradangan otot dan sendi, sakit, lemah, denyutan jantung yang tidak teratur atau lebih cepat. Oleh sebab itu disarankan untuk membaca label pada produk yang akan dibeli untuk mengetahui kandungan kimia yang digunakan apakah bahan yang terkandung tidak berbahya untuk digunakan, dan sebaiknya jauhkan pemakian produk yang mnegandungi bahan kimia yang berbahaya pada anak-anak dan juga ikuti cara pemakaian dan keselamatan pada label yang tertera. Jadi ingatlah, tidak semua produk pewangi baik untuk digunakan.

Sabtu, 5 Julai 2014

Waktu dilarang Mandi

Waktu dilarang Mandi


sha3622.blogspot.com
A. 30 Minit Setelah Solat Asar.
B. Setelah Maghrib.
C. Waktu Tengah hari 
D. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.
Penjelasan :
A. 30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.
B. Jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.
C. Waktu tengahari dan tengah malam dikatakan pertembungan antara wap bumi dan wap dari langit oleh itu mandi pada waktu ini  tidak digalakkan
D.Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.

Jumaat, 4 Julai 2014

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan

Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan

\
sha3622.blogspot.com

Kecenderungan negara ini menggunakan botol air mineral plastik secara berulang kali untuk menjimatkan kos, sebenarnya boleh mengundang maut.

Ini kerana kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.


Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya.

“Pembungkus makanan daripada bahan PVC sepatutnya tidak boleh mengandungi lebih daripada satu miligram per kilogram (mg/kg) VCM.

“Makanan yang dibungkus dengan PVC dan dicemari VCM melebihi 0.05mg/kg tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan kesan mudarat pada kesihatan,” katanya.

Dr Jamal berkata, beg plastik makanan diperbuat daripada polyethylene (PE) dan PE tidak mengandungi VCM. Jadi penggunaannya tidak menyebabkan barah, namun masih tidak sesuai digunakan berulang-ulang.

Katanya, botol minuman diperbuat daripada polyethylene terephthalate (PET) selamat digunakan dalam keadaan biasa, namun memanaskannya boleh mengeluarkan ‘phthalates’.

Phthalates disyaki boleh meniru hormon manusia, tetapi ia tidak menyebabkan barah, namun ia boleh mengganggu fungsi hormon manusia.

“Jika peraturan ini tidak dipatuhi, ia boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna. Peraturan mengenai pembungkus dan bekas makanan daripada PVC terkandung di dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

“Namun tidak ramai menyedarinya kerana kesedaran terhadap penggunaan barangan plastik untuk pembungkusan atau menyimpan makanan atau air masih rendah,” katanya.

Dr Jamal berkata, penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.

“Jika ragu-ragu mengenai jenis plastik yang boleh digunakan secara berulang untuk menyimpan makanan, sila rujuk kepada Bahagian Kawalan Mutu Kementerian Kesihatan,” katanya.

Kenyataan Dr Jamal mengesahkan laporan Buletin Pengguna mengenai bahaya penyalahgunaan botol plastik serta bekas makanan diperbuat daripada stirofom dan polisterin.

Buletin itu diterbitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Pengarah Komunikasi Fomca yang juga Timbalan Ketua Sidang Pengarang Buletin Pengguna, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata pihaknya mengetengahkan bahaya penggunaan botol plastik berulang kali kerana ramai menggunakan botol air mineral sebagai bekas minuman di dalam peti sejuk.

“Lebih berbahaya, ramai menjadikan botol itu sebagai bekas minuman anak ke sekolah, bekal ke pejabat atau untuk beriadah. Sedangkan botol berkenaan hanya boleh digunakan sekali atau dua atau paling lama seminggu sebelum perlu dibuang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, kurang pengetahuan dan kesedaran menyebabkan banyak lagi amalan rakyat negara ini mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit kronik.

Katanya, penggunaan kertas akhbar dan majalah, selain bekas makanan diperbuat daripada stirofom atau polisterin, juga boleh mengakibatkan tersebarnya logam ke dalam tubuh.

“Kertas akhbar dan majalah mengandungi timah hitam melebihi had dibenarkan. Apabila timah hitam ini ada dalam tubuh, ia masuk ke saluran pernafasan dan pencernaan, seterusnya sistem peredaran darah sebelum tersebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf dan tulang. Ini cukup berbahaya dan tidak boleh dijadikan pembungkus makanan.

“Bahan pembungkus stirofom dan polisterin pula kini cukup popular, tetapi kajian mendapati ia mengandungi bahan unsur karsinogen,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd, Mohamed Siraj Razack, turut memberi amaran mengenai bahaya penggunaan botol plastik, bekas menyimpan makanan serta bahan pembungkus jenis stirofon atau polisterin yang disifatkannya pembunuh senyap.

“Bahan berasaskan plastik itu boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, bahan kimia dalam bekas plastik mudah terhasil apabila terkena cahaya matahari, misalnya botol mineral bagi mengisi air minuman yang ditinggalkan dalam kereta.

“Bekas plastik terbabit sepatutnya dikitar semula untuk dijadikan barangan berasaskan plastik lain yang tiada kaitan dengan makanan.

“Sebaiknya, untuk menyimpan makanan atau minuman, gunakan bahan dibuat khusus untuk digunakan berulang kali, misalnya termos atau jenis plastik tahan panas dan khusus untuk menyimpan makanan,” katanya.

Mohamad Siraj berkata, kepanasan makanan atau minuman yang disimpan dalam bekas plastik tertentu juga boleh menghasilkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan, misalnya amalan minum teh tarik bungkus.

“Teh tarik seeloknya diminum menggunakan cawan kerana wap yang keluar daripada plastik pembungkus yang bercampur dengan teh boleh menyebabkan tindak balas kimia.

“Kari panas dibungkus menggunakan bahan. plastik juga amalan tidak baik dan kesannya sama seperti teh tarik bungkus,” katanya.

Mohamed Siraj berkata, semua barangan plastik diterima oleh pusat kitar semula. Sehubungan itu, kesedaran terhadap bahaya penggunaan bekas plastik secara berulang akan mengalihkan perhatian pengguna untuk mengitar semula barangan terbabit dalam menjaga alam sekitar