Ahad, 6 Julai 2014

Kimia Dalam Pewangi - Fragrance contains Chemicals

Pewangi
sha3622.blogspot.com
Pewangi atau perfium telah digunakan sejak zaman dahulu terutama oleh kaum wanita. Penggunaanya mulai dari upacara keagamaan, pernikahan  bahkan kematian dimana setiap keadaan memiliki aroma tersendiri, seiring dengan perkembangan zaman, penggunaan ini semakin berkembang. Pewangi atau parfum digunakan pada setiap produk, mulai dari barangan keperluan wanita, hingga barangan keperluan rumah tangga seperti cairan pembersih bahkan ubat anti nyamuk. produk yang memiliki pewangi yang khas dan menarik memang cukup digemari oleh masyarakat, kerana memang kesan bersih, segar dan menyenangkan akan ditimbulkan dari wangian tersebut.
Apakah penambahan bau pewangi atau parfum pada beberapa produk harian atau kosmetik tersebut baik bagi penggunanya? Bagaimana dengan ibu hamil yang menyedutnya apakah wangi tersebut benar-benar murni terbuat dari campuran bunga dan buah seperti yang dicantum pada bungkusan atau pada iklan produk tersebut. Mungkinkah kita mendapatkan wangian yang benar-benar asli dan baik dengan harga yang sangat murah? Dibawah ini akan kita lihat jadual yang memberikan informasi tentang kandungan wangian  serta beberapa kesan sampingan yang akan timbul jika tersedut dalam jumlah yang banyak dan berulang.
AromaBahan Yang di Kandung(% Berat Bersih)Tanda Keracunan
Limau, lemonFruity-fragrance 86-173Limonin > 50%kanser, peradangan pada mata dan kulit
LavenderLavender-fragrance 93-054Linalool 10-50%Gangguan pernafasan
TomatoTomato Oil 010Propilin glikol > 50%Peradangan pada mata dan kulit, jika tertelan dan tersedut dapat menyebabkan pingsan dan tak sadar
PepermintSpearmint oil 660Karvon > 50%Menyebabkan peradangan pada mata dan kulit.
Musim bungaSpring Flowers Fragrance 5975Karbitol 10 – 50%Gangguan pernafasan dan sistem saraf, peradangan mata.
PepermintPeppermint 5011-Menthol 10 – 50%Lesu lemah mual, muntah, sakit perut, vertigo, hilang keseimbangan pergerakan anggota badan, mengantuk dan koma
Buah-buahanBergamont Oil 100Linalil asetat, lomonin, linalool, 10 – 50%Gangguan pernafasan, peradangan mata dan kulit.
Bunga-bungaanBouquet Floral 3881Benzal asetat 10 – 50%Kanser pankreas, peradangan mata, saluran pernafasan dan batuk.
Kulit Kayu ManisCinnamon Oil 950Sinamik Aldehid > 50%Peradangan sistem pernafasan dan kulit, mengantuk. Jika tertelan menyebabkan muntah, sakit perut dan diare.
Wangi CemaraAlpha Pinene P & Fa-Pinen 97.5%Mengganggu sistem pernafasan, kerosakan paru-paru, vertigo, denyutan jantung meningkat, prning, , kebakaran dan kesan terbakar pada kulit, konjunktivitas, merosakkan sistem pertahanan badan.
LilaAlpha Terpineol P & F, FCCa-Terpineol 88.5%Peradangan lapisan mucus pada paru-paru, pneumonitis, susah bernafas, kehilangan koordinasi anggota badan, sakit kepala.

Kandungan Pewangi
Setiap barangan pewangi mengandung pelarut tambahan yang berfungsi sebagai bahan dasar (fondation) baik parfum itu asli atau tiruan. jumlah kandungan bahan kimia dalam pewangi atau parfium antara lingkungan 30 % tergantung dari jenis barangannya. namun dari beberapa analisa dipasaran, sebanyak 95 % bahan kimia yang terkandung di dalam produk wangian adalah bahan kimia tiruan yang bahan dasarya petroleum yang merupakan dari asalnya benzena, aldehid atau zat yang pada dasarnya adalah racun. Salah satu organisasi di Amerika yang menangani masalah kesihatan  menemui bahan kimia beracun dari 815 sampel yang mereka ambil,kajian yang dilakukan pada tahun 1991 menemui bahan-bahan yang terkandung adalah kloroform yang terdapat juga pada pelembut pakaian dan p-diklorobenzena yang telah diketahui bersifat karsinogenik pada produk pewangi bilik dengan dos yang tinggi.
Selain itu juga terdapat haruman yang beraroma musk, yang dicurigai mengakibatkan sakit kepala dan juga bersifat karsinogenik meskipun pada kandungan yang sedikit. Berdasarkan kajian dari FDA pada tahun 1968-1972, bahan kimia seperti alfa-terpineol, benzil asetat, benzil alcohol, limonin, lioanalol yang sering terdapat dalam kosmetik, bahan-bahan ini dicurigai sering memberikan kesan sampingan pada kulit pemakai.
Bahaya Kesihatan
Salah satu ciri keracunan yang disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat dalam pewangi yang ditambahkan dalam sesuatu produk pembersih dan kosmetik adalah asma, kanser, kecacatan janin pada bayi dalam kandungan, keguguran, gangguan pada syaraf, seperti Parkinson , alzheimer, dll. kesan sampingan ini dapat ditemui baik dalam jangka masa panjang ataupun jangka masa pendek
Pada tahap awal keracunan dapat diketahui melalui reaksi seseorang terhadap suatu produk tertentu yang dicurigai mengandung bahan pewangi sintetik yang mengandung bahan kimia yang berbahaya. Walaupun pada tahap ini hanya sebahagian orang yang sensitif yang menunjukkan tanda-tanda keracunan, sama keadannya seperti seseorang yang alah terhadap debu, sedangkan sebahagian individu yang lain boleh jadi tidak menunjukkan reaksi apapun pada tahap awal pemakaian produk. Namun pada pemakaian produk yang sama dalam jangka waktu lama dan berulang-ulang barulah ternampak gejala keracunan dengan keadaan yang agak sulit untuk disembuhkan seperti kanser atau penyakit berat lainnya. 
sha3622.blogspot.com
Produk yang dapat memberikan kesan langsung kepada pemakai sehingga dapat diketahui tanda keracunannya adalah produk yang biasanya berhubung langsung dengan sistem pernafasan, seperti pewangi bilik, minyak wangi badan, pewangi rambut, dan lain-lain .Kesannya akan lebih berbahaya terutama produk yang bersifat semburan pada bahagian tubuh dalam bentuk gas, sehingga terjadi kontak langsung pada sistem pernafasan mulai dari bahagian hidung, , paru-paru dan seterusnya keanggota badan dibahagian lain yang disalurkan melalui sistem peredaran darah. Untuk produk yang digunakan pada bahagian luar iaitu pada kulit seperti sabun, shampoo, krim pencukur, pemutih pakaian, bahan pencuci, pelembut pakaian, dan  sebagainya, proses keracunan terjadi sewaktu produk yang dipakai menyerap pada pori-pori kulit dan memasuki aliran darah dan seterusnya pada bahagian anggota tubuh bahagian dalam.
sha3622.blogspot.com
Dibawah ini jadual bahan kimia dan kesan sampingnya yang biasa di rasakan oleh tubuh manusia, yang terkandung dalam produk rumah tangga dan kosmetik yang mengandung parfum atau pewangi seperti minyak wangi, pewangi badan, penyegar udara, sabun pencuci, pewangi rambut,  dan  sebagainya.
Kandungan Bahan KimiaTanda keracunan / Kesan sampingan
3-Butane-2-onePeradangan pada kulit dan sistem pernafasan
AsetonMenganggu sistem saraf pusat, kekeringan pada mulut dan tenggorokan, pusing, lesu, hilang keseimbangan, tidak sadarkan diri, dan koma.
Siklopentana(g)-2-benzopiranPeradangan pada kulit, mata dan saluran pernafasan.
EtanolLesu, Peradangan pada mata dan bagian atas sistem pernafasan, pusing, penglihatan yang kabur, hilang keseimbangan, kesemutan..
Etil asetatSakit kepala, kulit kering dan pecah-pecah, kekurangan darah, kerusakan hati dan ginjal, Peradangan pada mata dan saluran pernafasan
Fenol, EsterGangguan sistem saraf, kanker
Hidrosinamaldehid, p-tert-butil-alfa-metilPingsan, sulit bernafas, gangguan sistem reproduktif pada pria
Metilen Kloridakanker, sesak nafas (karena dimetabolisme karbon monoksida), sakit kepala, pusing, lelah, sensitif
Phenol, 2,60bis(1,1-dimetileti)-4-metilGangguan pada janin dan sistem reproduksi.
BenzaldehidMengganggu sistem saraf pusat, peradangan pada mulut, tenggorokkan, mata, kulit, paru-paru, lesu, sakit perut dan kerusakan ginjal.
Kamper (kapur barus)Alergi pada kulit, Peradangan pada mata, hidung dan tenggorokkan, pusing, lesu dan tak sadarkan diri.
Benzil alkoholPeradangan pada sistem pernafasan, pusing, lesu, muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf, kesulitan bernafas.
KarbitolPeradangan pada mata, kulit, saluran pernafasan paru-paru.


Tanda Keracunan
Pada dasarnya keracunan disebabkan oleh pewangi di tunjukkan oleh beberapa gejala seperti berikut berdasarkan kementerian kesehatan di Kanada (tahun 1990) iaitu mata berair, penglihatan berganda , bersin, sesak nafas, alahan,resedung,telinga berdesing (tinunitus), pening,, batuk, , sukar bernafas, sesak nafas, asma, , migren, hilang ingatan bertahap, ketegangan, alahan akut, kemurungan, perubahan tingkah laku, lebam pada kulit, peradangan otot dan sendi, sakit, lemah, denyutan jantung yang tidak teratur atau lebih cepat. Oleh sebab itu disarankan untuk membaca label pada produk yang akan dibeli untuk mengetahui kandungan kimia yang digunakan apakah bahan yang terkandung tidak berbahya untuk digunakan, dan sebaiknya jauhkan pemakian produk yang mnegandungi bahan kimia yang berbahaya pada anak-anak dan juga ikuti cara pemakaian dan keselamatan pada label yang tertera. Jadi ingatlah, tidak semua produk pewangi baik untuk digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan