Limau nipis
Nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat
dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang
Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian
hingga 4 meter, lebih pendek dari ‘saudara’nya limau purut. Buahnya
berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau,
setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun
berukuran kecil-kecil berwarna putih.
Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan
pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan
unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan
racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda
boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis
setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam
berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh
digantikan dengan limau biasa.
Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya
gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan
seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar.
Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain
itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin
ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi
kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That
Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan
tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan
menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh.
Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk
membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk
memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru
yang parah,
limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana
beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti
kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu
antioksidan.
Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada
pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan
beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan
ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara
tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup
dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap
di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan
kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat
kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan
juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya
batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di
kedai-kedai ubat Cina.
Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas
air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya
dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada
dahi pesakit.
Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah
tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan
memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga
menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung
perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga
untuk menyembuhkan
Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya
yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan
beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk
merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada
gigi dan mulut.
Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan
campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.
Lakukan pagi dan petang.
khasiat limau nipis terhadap kecantikan kulit adalah…………
Menyingkirkan sel kulit mati- Apabila anda
menggosokkan kulit dengan menggunakan limau nipis, ia sebenarnya dapat
membantu untuk menanggalkan sel kulit mati yang masih melekat pada
tubuh.
Mengurangkan kedutan- Khasiat limau nipis juga dapat membantu sebagai bahan awet muda terhadap kulit.
Melembapkan kulit- Sekiranya anda mempunyai masalah kulit kering, cubalah rawatan yang menggunakan limau nipis pula. Ini kerana khasiatnya mampu untuk membantu melembapkan lagi kulit anda.
Menghilangkan masalah kelemumur- Limau nipis
bukan sahaja baik untuk kulit biasa sahaja, tetapi ia juga berkhasiat
terhadap kulit kepala anda. Khasiat yang berada didalamnya dapat
membantu untuk menghilangkan masalah kelemumur.
Menyegarkan lagi kesihatan kuku- Sekiranya kuku
anda direndam didalam jus limau nipis, ia dapat membantu untuk
menyinarkan lagi kilauan kuku anda. Selain daripada itu, khasiat yang
berada didalam jus limau nipis juga dapat membantu untuk rawatan kuku
seperti masalah cekam dan sebagainya.
Batuk juga memiliki berbagai ketegori mulai dari batuk ringan, sedang sampai batuk berat yang kerap kali disusuli dengan keluarnya darah.
Batuk bukanlah sesuayu yang remeh sebagaimana yang disangka kebanyakan orang. Ada beberapa penyebab yang menyebabkan seseorang diserang batuk baik berjangkamasa pendek sampai berpanjangan yang kalau tak segera diubatikan akan bertambah parah dan sangat mengganggu aktiviti seharian, ianya sepertii berikut:
- Terjadinya titisan di belakang hidung
Pengeluaran kahak secara berlebihan boleh terjadi pada sesetengah alahan dan resdung (radang mukus lapisan dalam sinus). Mukus yang menetes dari belakang hidung ke tekak akan mengakibatkan iritasi dan biasanya boleh mendatangkan batuk. - Selsema dan influenza
Diserang selsema dan influenza juga merupakan penyebab yang paling biasa terjadinya batuk. - Asma
- Batuk yang menyerang boleh disebabkan oleh asma ringan (terjadinya peradangan atau penyempitan pada saluran nafas). Jadi, bagi Anda atau keluarga yang ingin terhindar dari serangan asma, berusahalah agar terhindar diri dari gejala yang dapat menyebabkan gangguan pernapasan, termasuk batuk.
- Persekitaran
Keadaan pesekitaran seperti asap, debu, asap rokok, udara yang sejuk boleh menyebabkan batuk. - Ubat-ubatan
Mungkin Anda tidak mengetahui yang batuk juga boleh terjadi dari kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil misalnya kortikostreoid. Batuk juga boleh terjadi kerana pemakaian betablocker dan penghambat angiotensin converting enzyme (ACE) yang biasanya diresepkan untuk penyakit jantung. - Gastroesophagael reflux
Keadaan batuk yang semakin parah ketika Anda berbaring boleh disebabkan oleh mengalirnya asid perut ke dalam esophagus. Gatroeshopagael reflux juga bisa menjadikan batuk akibat asma semakin parah.
batuk dapat dibahagikan dalam berberapa ketegori, ada yang disebut dengan batuk berkahak dan batuk tidak berkahak. Batuk berkahak sangat mengganggu aktiviti seharian
Batuk berkahak ternyata tidak hanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan dari gedung perubatan tetapi juga boleh dirawat dengan bahan-bahan tradisional.
Sebelum itu ada beberapa tips yang mesti dilakukan jika mengalami batuk berkahak diantaranya ialah sebagai berikut: .
- Menjauhi tempat yang berdebu dan juga tempat yang sejuk. Kedua hal tersebut adalah penyebab batuk.
- Jaga tubuh Anda supaya tetap panas dengan mengunakan selimut atau jaket.
- Kalau mandi jangan lupa untuk menggunakan air panas.
- Menghentikan tabiat buruk yang boleh menjadikannya semakin parah iaitu merokok atau minum minuman beralkohol.
- Menjaga waktu untuk beristirahat secara teratur dan jangan terlalu berlebihan menggunakan tenaga untuk bekerja.
- Memperbanyakan meminum air putih lebih kurang antara 7-8 gelas seharinya. Minum air putih dapat membantu memecahkan kahak.
Dan berikut merupakan bahan-bahan semulajadi yang dapat digunakan untuk mengubati batuk berkahak..
- Halia
Sebagaimana diketahui bahwa halia mengandung zat anti-bakteri yang baik. halia juga memanaskan tubuh dan mengubati batuk berkahak.Jika mengalami batuk berkahak disarankan untuk meminum jus halia panas sekurang-kurangnya sehari sekali. Cara membuatannya sangat mudah iaitu dengan mengiris halia dan daun Kencur, kemudian direbus dan diambil air rebusannya. Air rebusan itulah yang diminum. - Limau nipis
Sudah banyak orang yang merasakan bahwa Limau Nipis yang dicampurkan dengan kicap mujarab untuk mengubati batuk berkahak. Kalau Anda tidak suka kicap, boleh diganti dengan mencampurkan Limau Nipis dengan Madu. Minumlah air perahan Limau Nipis dengan kicap atau Madu sebanyak 2-3 kali dalam sehari. - Daun Sirih
Daun Sirih juga dapat dijadikan ubat untuk batuk berkahak. Caranya dengan merebus daun Sirih secukupnya dan campurkan juga drngan potongan halia. Kemudian air rebusannya diminum sekurang-kurangya sekali dalam sehari supaya tubuh tetap panas dan sehat.
Itulah beberapa bahan-bahan semulajadi yangdapat dimanfaatkan untuk mengubati batuk berkahak. Banyak kebaikan menggunakan bahan-bahan semulajadi kerana tida kesan sampingan pada tubuh berbeza dengan ubat-ubatan yang mengandung bahan kimia.