Sabtu, 3 Mei 2014

Darah Tinggi / Darah rendah danToksin

Darah Tinggi (hipertens)





Sewaktu jantung mengepam darah, jumlah tenaga darah yang ditekan terhadap dinding arteri disebut "tekanan darah". Tekanan Darah Tinggi yang dikenal pula dengan hipertensi terjadi ketika tekanan darah terus menerus tinggi dan bertahan selama satu waktu,dengan aliran darah yang tetap tinggi,menyababkan dinding arteri meregang melebihi kebiasaannya. Semakin banyak tenaga yang digunakan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, semakin banyak salur darah yang meregang, dalam jangka masa yang panjang, Banyak masalah yang akan timbul disebabkan dengan tekanan darah tinggi. Meregangnya salur darah secara terus menerus dapat menyebabkan pecahnya pembuluh darah yang boleh menyebabkan stroke 
Rasa sakit terjadi ketika arteri terus menerus meregang, menyebabkan  kerosakkan kecil di dinding arteri dan pembuluh darah. Kerosakan ini akhirnya memerangkap plak, kolesterol dan sel-sel darah ketika mereka melalui arteri. Pembentukan plak menyebabkan gumpalan darah yang memotong atau menurunkan aliran darah ke seluruh tubuh. Potongan pembentukan plak juga dapat terlepas dan menghalangi pembuluh darah, menyebabkan serangan jantung atau stroke. Arteri yang menyempit juga dapat mencegah darah yang mengandung oksigen untuk sampai ke berberapa bahagian tubuh, menyebabkan kerosakan pada sel-sel dan organ-organ.
Pembentukan dan penyempitan arteri juga bererti jantung harus bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Dalam jangka waktu yang panjang, jantung itu sendiri menjadi rosak akibat pengeluaran keupayaan paksaan berlebihan. Hal ini dapat menyebabkan kegagalan jantung atau kerosakan pada otot atau katup jantung,contohnya kereta kancil menarik bebanan muatan lori.
Pada peningkatan tekanan, pembuluh darah di mata dapat menyembur atau mengalami pendarahan, sehingga menyebabkan penurunan penglihatan atau bahkan kebutaan.


Gejala Tekanan Darah Tinggi

Kebanyakan orang tidak mengetahui mendapat tekanan darah tinggi. selama bertahun-tahun tanpa menyedarinya dan sewaktu menyadarinya setelah menderita stroke, penyakit jantung  atau buah pinggang sebab itulah pentingnya untuk memeriksa tekanan darah secara teratur.


Mengenal pasti Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik dan diastolik. Tekanan sistolik adalah tekanan darah ketika jantung berdegup dan mengepmkan darah. Tekanan diastolik adalah tekanan darah ketika jantung berehat di antara degupan. Pengukuran tekanan darah digambarkan dengan jumlah sistolik yang muncul sebelum atau setelah jumlah diastolik. Hasil pembacaan kurang dari 120/80 mmHg dianggap sebagai hasil normal dan yang lebih tinggi dari nilai itu dianggap sebagai tekanan darah tinggi.
Diagnosis tekanan darah tinggi dapat dilakukan dengan cepat dan mudah, d

Pemeriksaan Tekanan Darah

Pesakit disarankan untuk tidak mengambil nikotin atau kafein 30 minit sebelum pemeriksaan kerana keduanya dapat menyebabkan peningkatan tekanan darah. Pesakit juga disarankan untuk berehat sekurang-kurangnya  5 minit dan menghindari aktiviti-aktiviti fizikal.  Selain itu, pundi kencing yang penuh juga menyumbang kepada mengakibatkan tekanan darah lebih tinggi


Mengubati Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi dapat diturunkan dengan  berubah kepada gaya hidup yang lebih sehat disamping mengambil ubat-ubatan.
Penting bagi pesakit darah tinggi untuk menjalani gaya hidup sehat untuk menurunkan tekanan darah tingginya. Beberapa langkah untuk menurunkan tekanan darah tinggi termasklah pengurangan jumlah pengambilan garam dan natrium, berhenti merokok, aktif secara fizikal dan menjaga berat badan.


Tekanan Darah rendah

Tekanan darah setiap orang dikawal sistem tersendiri yang membabitkan kawalan utama di otak, jantung, buah pinggang dan rangsangan di dalam salur darah menyebabkan situasi yang stabil membolehkan aliran darah yang berpatutan ke organ dalam badan. Tekanan darah yang normal ialah lebih kurang 90-120 mmHg pada tahap sistolik dan diastoliknya ialah antara 60-80 mmHg. Ada orang yang mempunyai tekanan darah 90/50 dan tidak mengalami masalah kerana ini adalah keadaan normal untuknya.
Jika tekanan darah rendah, darah tidak dapat dipam ke organ badan dengan sebaiknya. Sebagai contoh, jika tekanan darah tidak sampai ke otak dengan secukupnya, otak tidak menerima oksigen dan zat yang ia kehendaki menyebabkan seseorang itu terasa pening, melayang dan hendak pitam. Ini kerap dialami bila seseorang itu bangun dari duduk atau baring kerana kebanyakan darah berkumpul di bahagian bawah badan. Kebiasaannya, badan akan terus menyesuaikan keadaan ini sehingga kita tidak akan merasai apa-apa perbezaan. Tetapi seseorang bertekanan darah rendah tidak dapat memberi rangsangan yang sepatutnya dan akan mengalami simtom yang tersebut diatas.
Antara penyebab tekanan darah yang rendah termasuk kekurangan sukatan darah, iaitu jumlah cecair mengalir dalam saluran darah yang boleh terjadi seperti dalam kes trauma atau perdarahan tidak terkawal ketika pembedahan, dehidrasi yang akan mengurangkan kandungan cecair dalam badan boleh berlaku dalam kes muntah yang teruk, cirit-birit atau demam yang kuat Masalah jantung seperti kadar jantung yang rendah atau terlalu cepat, otot-otot jantung yang lemah boleh menurunkan tekanan darah.
Jika apa yang dialami rasa pening atau hendak pitam bila bertukar kedudukan seperti penjelasan di atas dan tidak mengalami apa-apa masalah yang lain, anda mempunyai keadaan yang dipanggil tekanan darah rendah ortostatik ('orthostatic hypotension' atau ia juga dikenali sebagai 'postural hypotension'). Keadaan tidak ada rawatan kerana tekanan darah akan pulih bila anda duduk atau baring kembali. Cuma anda harus berhati-hati - jangan bangun dengan cepat, lakukan ia dengan perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan tekanan darah kepada posisi yang baru.
Bagaimanapun anda perlu mendapatkan pendapat pakar untuk meneliti simptom dengan keseluruhannya, kerana ada juga masalah lain seperti ketumbuhan atau penyakit di otak yang boleh menyebabkan simptom yang sama.

 Apakah itu toksin? 


Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

KULIT boleh diumpamakan seperti ‘skrin televisyen’ yang boleh memaparkan apa yang berlaku di dalam tubuh manusia.Jika tubuh tidak sihat ia boleh dilihat daripada kulit yang tidak berseri, pucat, berjerawat dan kusam. Seringkali kita mengutamakan kecantikan dengan memberi penekanan dari luaran. Namun, tidak ramai yang terfikir untuk melakukan pembuangan toksin dalam badan.


Simptom-simptom toksin berlebihan 
  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Tanda tanda lain 
  1. Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.


Punca- punca toksin 

  1. Sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. Pemakanan ubat-ubatan berasaskan kimia
  3. Merokok
  4. Pengambilan minuman keras 
  5. Pemakanan yang tidak seimbang
Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  1. Makan makanan yang kaya dengan fiber
  2. Cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  3. Pengambilan Vitamin C
  4. Minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  5. Pernafasan mendalam (breathe deeply)
  6. Mandi air panas hot shower 5 minit
  7. sauna
  8. Senman (Exercise)
Toksin mempengaruhi emosi 


Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :

  1. Kerap marah-marah
  2. Beremosi
  3. Sering tidak tenang
  4. Tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan