Khamis, 8 Mei 2014

Batuk Berkahak secara Pengubatan Tradisional

Mengatasi Batuk Berkahak 
Secara Pengubatan Tradisional


 



Setiap manusia pernah mengalami batuk. Batuk merupakan proses semulajadi yang

 dialami oleh setiap  orang. Batuk itu ialah bentuk pertahanan tubuh. 

Penyebab batuk terdapat banyak gejala dan ianya berkait rapat 

dengan sistem pernafasan.


Batuk juga memiliki berbagai ketegori  mulai dari batuk ringan, sedang sampai batuk berat yang kerap kali disusuli dengan keluarnya darah.
Batuk bukanlah sesuayu yang remeh sebagaimana yang disangka kebanyakan orang. Ada beberapa penyebab yang menyebabkan seseorang diserang batuk baik berjangkamasa pendek sampai berpanjangan yang kalau tak segera diubatikan akan bertambah parah dan sangat mengganggu aktiviti seharian, ianya sepertii berikut:

 
  • Terjadinya titisan di belakang hidung
    Pengeluaran kahak secara berlebihan boleh terjadi  pada sesetengah alahan dan resdung (radang mukus lapisan dalam sinus). Mukus yang menetes dari belakang hidung ke tekak akan mengakibatkan iritasi dan biasanya boleh mendatangkan batuk.
  • Selsema dan influenza
    Diserang selsema dan influenza juga merupakan penyebab yang paling biasa terjadinya batuk.
  • Asma
  • Batuk yang menyerang boleh disebabkan oleh asma ringan (terjadinya peradangan atau penyempitan pada saluran nafas). Jadi, bagi Anda atau keluarga yang ingin terhindar dari serangan asma, berusahalah agar terhindar diri dari gejala yang dapat menyebabkan gangguan pernapasan, termasuk batuk.
  • Persekitaran
    Keadaan pesekitaran seperti asap, debu, asap rokok, udara yang sejuk boleh menyebabkan batuk.
  • Ubat-ubatan
    Mungkin Anda tidak mengetahui yang batuk juga boleh terjadi dari kesan sampingan ubat-ubatan yang diambil misalnya kortikostreoid. Batuk juga boleh terjadi kerana pemakaian betablocker dan penghambat angiotensin converting enzyme (ACE) yang biasanya diresepkan untuk penyakit jantung.
  • Gastroesophagael reflux
    Keadaan batuk yang semakin parah ketika Anda berbaring boleh disebabkan oleh mengalirnya asid perut ke dalam esophagus. Gatroeshopagael reflux juga bisa menjadikan batuk akibat asma semakin parah.
  •  
batuk dapat dibahagikan dalam berberapa ketegori, ada yang disebut dengan batuk berkahak dan batuk tidak berkahak. Batuk berkahak sangat mengganggu aktiviti seharian 
Batuk berkahak ternyata tidak hanya boleh dirawat dengan ubat-ubatan dari gedung perubatan tetapi  juga boleh dirawat dengan bahan-bahan tradisional.
Sebelum itu ada beberapa tips yang mesti dilakukan jika mengalami batuk berkahak diantaranya ialah sebagai berikut: .
  • Menjauhi tempat yang berdebu dan juga tempat yang sejuk. Kedua hal tersebut adalah penyebab batuk.
  • Jaga tubuh Anda supaya tetap panas dengan mengunakan selimut atau jaket.
  • Kalau mandi jangan lupa untuk menggunakan air panas.
  • Menghentikan tabiat buruk yang boleh menjadikannya semakin  parah iaitu merokok atau minum  minuman beralkohol.
  • Menjaga waktu untuk beristirahat secara teratur dan jangan terlalu berlebihan menggunakan tenaga untuk bekerja.
  • Memperbanyakan meminum air putih lebih kurang antara 7-8 gelas seharinya. Minum air putih dapat membantu memecahkan kahak.
Dan berikut merupakan bahan-bahan semulajadi yang dapat digunakan untuk mengubati batuk berkahak..
  • Halia
    Sebagaimana diketahui bahwa halia mengandung zat anti-bakteri yang baik. halia juga memanaskan tubuh dan mengubati batuk berkahak.Jika  mengalami batuk berkahak disarankan untuk meminum jus halia panas sekurang-kurangnya sehari sekali. Cara membuatannya sangat mudah iaitu dengan mengiris halia dan daun Kencur, kemudian direbus dan diambil air rebusannya. Air rebusan itulah yang diminum.

  • Limau nipis
    Sudah banyak orang yang merasakan bahwa Limau Nipis yang dicampurkan dengan kicap mujarab untuk mengubati batuk berkahak. Kalau Anda tidak suka kicap, boleh diganti dengan mencampurkan Limau Nipis dengan Madu. Minumlah air perahan Limau Nipis dengan kicap atau Madu sebanyak 2-3 kali dalam sehari.

  • Daun Sirih
    Daun Sirih juga dapat dijadikan ubat untuk batuk berkahak. Caranya dengan merebus daun Sirih secukupnya dan campurkan juga drngan potongan halia. Kemudian air rebusannya diminum sekurang-kurangya sekali dalam sehari supaya tubuh tetap panas dan sehat.
Itulah beberapa bahan-bahan semulajadi yangdapat dimanfaatkan untuk mengubati batuk berkahak. Banyak kebaikan menggunakan bahan-bahan semulajadi kerana tida kesan sampingan pada tubuh berbeza dengan ubat-ubatan yang mengandung bahan kimia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan