Khasiat sarang burung layang-layang
Sarang burung layang-layang umumnya mudah didapati dipasaran. sarang burung layang-layang biasanya dihidangkan dalam bentuk sup atau manisan sebagai makanan penutup. “Yan Wo” begitu namanya dilafalkan dalam bahasa Mandarin, selama berabad-abad lamanya dijadikan makanan kaum kelas atasan kerana khasiatya yang tinggi. di masa tertentu hanya dapat dinikmati oleh kaum bangsawan di Tiongkok Kuno. Makanan ini menjadi kegemaran para raja dan bangsawan. Menurut ceritanya (mitos) bahawa Kaisar Ming sangatlah menggemari sup yang satu ini. Mungkin kerana cerita atau mitosnya itulah, maka sup sarang burung layang-layang dijadikan simbol makanan yang mewah dan berprestiji dan sangat mahal harganya.
Dikala ini banyak ahli pengubatan China tradisional mengadunnya dengan mencampurkan sarang burung layang-layang ke dengan herba penguat kesihatan dan dikebelakangan ini sup sarang burung walet dibungkus dan dikeluarkan secara moden sebagai salah satu minuman penambah tenaga, namun harganya masih sangat mahal.
Untuk menentukan kualiti sarang burung layang-layang, ada syarat – syarat tertentu yang harus dipenuhi, misalnya ketebalan sarang,seperti yang diketahui, sarang burung itu dibuat dari air liur burung layang-layang tersebut. Setiap hari, sepasang layang-layang betina dan jantan bergantian membuat sehelai sarang dengan cara mengoleskan air liurnya ke dinding gua, dinding tebing, atau pun atap rumah. Ianya mengambil masa kerana, satu hari hanya mengoleskan satu helai sahaja jadi, untuk membuat sarang sahaja diperlukankan waktu sekitar 33-41 hari. Malah, pada saat musim kemarau, pembuatan sarang menjadi lebih lama, sekitar 80 hari. Kualiti itulah yang menentukan harga atau nilai dari sarang burung layang-layang,tersebut. Sarang burung dengan kualiti sempurna iaitu memiliki bentuk seperti mangkuk, dindingnya tebal, kuat dengan tinggi kira – kira 5 cm, serta bersih tidak tercemar kotoran, didijual dengan harga yang cukup tinggi.
Khasiat Sarang layang-layang antara Mitos dan Fakta
Entah dari mana mulanya khasiat sarang burung walet (Collocalia fuciphaga) cukup terkenal di seluruh dunia. Sarang burung anggota famili apodiae ini sejak puluhan bahkan mungkin ratusan tahun lalu diyakini mempunyai khasiat dalam memberikan kesegaran dan bahkan untuk menjaga kesehatan tubuh manusia. Mitos baik untuk kesehatan timbul dari pengalaman pengguna yang disampaikan dari mulut ke mulut itu kemudian diperluaskan pula oleh media masa.Ilmuwan, mengatakan bahwa sarang layang-layang, Mempunyai banyak kebaikkan diantaranya ialah menjaga kesegaran tubuh, meningkatkan kesihatan, ubat-ubat awet muda, mengekalkan kecantikan dan menghalang kanser.
Didakwa kelenjar air liur kelenjar yang boleh meningkatkan ketahanan badan..namun,ianya bukanlah untuk mengubati penyakit. Sarang layang-layang itu berfungsi sebagai makanan kesihatan ibarat multivitamin dipasaran, Pengambilan sarang walet akan perestasi organ-organ dalaman tubuh lebih baik,sistem imiun tubuh menjadi lebih baik dan dapat menjauhi berbagai-bagai macam penyakit. Selain itu juga sarang burung layang-layang mengandung protein yang berbentuk glikoprotein yang merupakan komponen terbesar selain karbohidrat, lemak dan air. Jumlahnya mencapai 50 persen. Protein berperanan sebagai zat pembangunan pada tubuh. Ia membentuk sel – sel dan baru serta berperanan aktif dalam metabolisma,protein haiwan berasaskan buah-buahan lebih berkhasiat mempunyai sebatian ikatan kompleks daripada protein sayur-sayuran.
Malah salah satu sebatian yang derivatif mereka telah dikaji ( azitothymidine ) boleh melawan AIDS.. selain itu sarang walet merupakan ‘sumber asid amino’ yang lengkap. terkandung sekitar 17 asam amino esensial, semi esensial dan non-esensial yang dimiliki. Salah satunya kini dibangunkan oleh penyelidik di Barat sebagai antivstrok dan kanser. mineral yang terdapat disarangnya juga dapat menyokong aktiviti badan.
Ada 6 mineral yang sudah diketahui seperti kalsium, besi, phospor, kalium dan natrium. Di dalam tubuh, kalsium berperanan untuk pembentukan tulang.Malangnya, mineral dan pati sebatian penting sarang mudah hilang. Oleh karena itu, Dr. Kong Yun Cheung dari Universitas Hongkong, menyarankan sarang walet tidak perlu di cuci, sebab glikoprotein akan terbuang,
Sup Sarang Burung Layang-layang
Jika ingin mencuba sendiri khasiatnya , buatlah sup sarang burung layang-layang dengan bahan dasar nya sarang burung walet yang telah dibersihkan lalu dimasak dalam dengan ayam campurkan bumbu seperti dengan lada hitam, bawang putih dan halia. Jika ingin khasiatnya lebih bertambah, bolehlah ditambahkan ginseng atau akar teratai
Sarang burung layang-layang yang biasanya dibuat ialah dengan memasak bersama gula batu
Sarang burung layang-layang yang biasanya dibuat ialah dengan memasak bersama gula batu