Rabu, 14 Mei 2014

Khasiat Timun - The Benefits Of Cucumber

khasiat Timun



Timun sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris, isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar, kebiasaannya bersaiz lebih kecil.


Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas, sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk menusia.

Nutrisi Timun

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas :

* Karbohidrat – 3.63 gm
* Gula – 1.67 gm
* Serat – 0.5 gm
* Lemak – 0.11 gm
* Protein – 0.65 gm
* Thiamin (Vitamin B1) – 0.027 mg
* Riboflavin (Vitamin B2) – 0.033 mg
* Niacin (Vitamin B3) – 0.098 mg
* Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) – 0.259 mg
* Vitamin B6 – 0.040 mg
* Folat (Vitamin B9) – 7 μg
* Vitamin C – 2.8 mg
* Kalsium – 16 mg
* Besi – 0.28 mg
* Magnesium – 13 mg
* Fosforus – 24 mg
* Potasium – 147 mg
* Zink – 0.20 mg

Pelbagai Kegunaan

1. Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.
- Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.
2. Membuang Toksin Dari Badan.
- Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu, menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).
3. Keperluan Vitamin Harian
- Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
4. Membekalkan Mineral Mesra Kulit
- Timun mengandungi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.
5. Membantu Dalam Penurunan berat badan dan Penghadaman
- Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak.
Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian sebagai bantuan untuk sembelit kronik.
6. Memulihkan Mata
- Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.
7. Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah
- Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol.
Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
8. Menyegarkan Mulut
Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.
9. Menyihatkan Kuku dan Rambut
- Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.
10. Kesihatan Sendi, Melegakan Artritis dan Sakit Gout
- Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.
# Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

# Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

# Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

# Hirisan timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

# Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

# Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

# Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

# Timun mengandungi erepsin – enzim yang membantu menghadamkan protein.

# Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut, terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kobis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak mereka juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik dalam badan.

# Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.

 Ada juga timun yang rasanya pahit, jika anda suka minuman jus. Kami cadangkan anda membuat jus timun. Caranya mudah sahaja, buangkan kulit timun, hiris kecil-kecil dan masukkan dalam blender. Kemudian hasil timun yang sudah dikisar, masukkan sedikit air masak dan masukkan gula sedikit. Cubalah rasa, ia sangat sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan