Rabu, 14 Mei 2014

Khasiat Buah Betik

Khasiat Buah Betik 

Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, dan aromanya seharum kasturi.


Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Cara yang terbaik untuk menikmati buah betik yang menyegarkan ini adalah dengan cara memotongnya kepada dua, buangkan biji hitamnya dan potong memanjang.



Khasiat Daun Betik

Khasiat daun betik ini antaranya mampu merawat demam malaria, boleh memperbanyakkan susu badan, dan boleh memperbanyakkan susu badan. Jom kita ketahui bagaimana untuk menggunakan daun betik ini.




Merawat Demam Malaria

Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.

Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.

Memperbanyakkan Susu Badan

Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.

Satay Lebih Empuk dan Wangi

Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi apabila dibakar.



Tiada ulasan:

Catat Komen