Jumaat, 22 Ogos 2014

Khasiat buah tin untuk kesihatan - Nutrients of Figs fruits for health




  1.  

Khasiat buah tin sangat banyak sekali bagi kesihatan tubuh Kita. Berikut antara menafaat  buah tin setelah dilakukan penyelidikan oleh para ahli kesihatan di sedunia. 


(Surah At Tiin ). maknanya
[1] Demi buah Tiin dan Zaitun,
[2]Dan Gunung Tursina,
[3] Serta negeri (Makkah) yang aman ini, -
[4] Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
[5] Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah,
[6] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus.
[7] (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu?
[8] Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?

Surah At Tiin ayat 1- 3). 
Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata', "inilah buahnya" (tiin),
Kandungan Nutrisi Buah Tin 

(Demi Tin dan Zaitun)
Tema ini diambil dari nama surah ke-095 dari al-Qur'an, yang juga merupakan ayat pertama dari surah tersebut, iaitu tentang buah tin dan buah zaitun. Allah SWT bersumbah demi tin dan zaitun kerana kemulian dan keagungan kedua buah surgawi itu, seperti yang akan diuraikan dalam tulisan sederhana ini,  yang disadur dari buku ke-2 penulis:
Nutrisi Buah Tin Segar
(100 gr)
Nutrisi Buah Tin Kering
(100 gr)
Calories (kcal)
74
Calories (kcal)
249
Fibre
3
Fibre
10
Fat
0
Fat
1
Protein
1
Protein
3
Sugar
16
Sugar
48
Vitamin A
142
Vitamin A
10
Vitamin C
2
Vitamin C
1.2
Vit B1
0.1
Vit B1
0.1
Vit B2
0.1
Vit B2
0.1
Vit B6
0.1
Vit B6
0.1
Sodium
1
Sodium
10
Potassium
232
Potassium
680
Calcium
35
Calcium
162
Phosphorus
232
Phosphorus
67
Magnesium
17
Magnesium
68
Iron
0.4
Iron
3.07
Manganese
0.1
Manganese
0.8
Copper
0.1
Copper
0.3
Selenium
0.2
Selenium
0.6
Zinc
0.2
Zinc
0.5
Kandungan Nutrisi tiap 100 gram
Sumber: California Fig-s Advisory Boards

Gambar Buah Tin
Gambar Buah Tin
Manafaat Buah Tin Untuk Kesihatan
1. Penyakit Darah Tinggi dan Jantung Koroner. Kandungan omega 3, 6 dan kalium, fenol dan magnesium di dalam buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan menjaga dari serangan jantung.
2. Mengurangi Kadar Kolestrol dalam Darah. Serat larut buah tin disebut pektin membantu mengurangi kolesterol darah. Ketika melewati sistem pencernaan, serat pektin akan menyapu bola-bola kolesterol di usus lalu membawanya keluar.
3. Buah tin menurunkan dan mengowal darah tinggi kerana buah tin tinggi akan kalium dan mineral berperanan mengowal tekanan darah. 
4. Kencing manis atau Penyakit diabetes, serat di dalam buah tin memperlambat proses penyerapan glukosa pada usus kecil. Gabungan zat dalam buah tin iaitu serat tinggi dan karbohidrat dalam bentuk ringkas iaitu glukosa serta fruktosa yang mampu mengontrol kadar dari gula darah. Jadi walau rasa buah tin manis, namun baik untuk diambil oleh pesakit kencing manis. (tetapi dalam jumlah yang berpatutan jangan berlebihan karna untuk mendapatkan menafaat dari apa yang kita makan dengan mengambil secukupnya saja)
5. Kanser kolon (usus besar), saluran pencernaan dan Panyuu-dara. Pengambilan buah tin secara rutin membantu mengurangi risiko kanser payuu-dara dan kanser kolon (usus besar). Karna buah tin mengandungi “polyphenols” yang cukup tinggi; dimana zat ini memiliki fungsi sebagai antioksidan yang penting bagi tubuh, dimana antioksidan dapat mengurangi kesan radikal bebas yang menyebabkan kanser. selain itu, tingginya kadar serat pada buah tin dapat mengikat zat karsinogen yang menjadi penyebab timbulnya kanser pada saluran pencernaan.
6. Mencegah osteoporosis. Kandungan kalsium serta kalium buah tin  dapat mencegah penipisan/hakisan tulang atau osteoporosis, sekaligus membantu meningkatkan kepadatan pada tulang. Buah tin mengandungi kalsium, jumlahnya lebih tinggi dari kalsium yang terdapat pada susu. Kalium dalam buah ara melawan hilangnya kalsium melalui air kencing sehingga dapat mencegah kandungan tulang dari menipis.
7. Tingginya kalsium buah tin menjadikan buah ini sebagai kalsium alternatif yang baik, utamanya pada terapi pengubatan bagi orang yang alah terhadap susu.
8. Menggemukkan Badan. Bagi orang yang kurus, pengambilan buah tin dengan susu dapat membantu meningkatkan berat badan dengan cepat, baik dan seimbang.
9.Insomnia. Tryptophan buah tin membuatkan tidur lebih baik dan membantu menyingkirkan pengganggu pada tidur Anda seperti insomnia.
10. Pengambialan buah tin memulihkan keadaan badan dari keletihan setelah beraktiviti, meningkatkan memori otak dan mencegah penyakit anemia. Hasil kajian menemui bahwa buah tin termasuk buah dapat meningkatkan pembentukan hemoglobin pada darah.
11.Buah tin ini TIDAK mengandung lemak, garam dan kolesterol, tetapi mengandungi kalium, serat, kalsium dan zat besi yang tinggi. mengandungi sodium yang sangat rendah. Buah tin juga kaya benzaldehida (sebatian anti-kanser serta beta-karoten). Selain itu, buah tin juga mengandungi vitamin penting bagi tubuh seperti vit A, B juga C.
12. Menafaat dari laksatif memeperlancar BAB, pengambilan buah tin membantu untuk mengubati masaalah sembelit kronik. 
13.Pengambilan secara harian buah tin adalah ubat yang efektif untuk terapi penyembuhan buaasir atau ambeien (Hemorrhoid atau Piles). Buah tin mengandungi enzim seperti flavonoid dan ficin baik untuk sistem pencernaan.
14.Buah tin kaya phenol dan benzaldehid yang semula jadi sebagai zat anti ketumbuhan dan dapat membasmi mikro-organisme patogen, virus dan kulat.
15. Buah tin berguna dalam mengatasi gangguan pernafasan termasuk asma dan batuk . Buah tin juga bekerja menormalkan pernapasan Anda.
16. Jika dilekapkan pada kulit, buah tin yang dipanggang dapat menyembuhkan radang seperti bisul-bisul dan abses (bisul bernanah).
17. Zat-zat aktif yang ada pada buah tin adalah zat-zat pembersih yang dapat dipakai untuk mengubati luka luar. Caranya dengan melumuri luka dengan buah tin.
18. Makan buah ini efektif dalam mengubati sakit tekak " sore throat" kerana kandungan lendirnya yang cukup tinggi.

Manfaat Buah Tin Untuk Diet Sehat
19. Menurunkan Berat Badan. Buah tin kaya akan serat makanan yang tinggi, menjadikan buah efektif untuk penurunan berat badan. Buah tin adalah buah yang sering dijadikan rekomendasi para ahli diet sehat dan ahli perubatan.

Manfaat Buah Tin Untuk Pria dan Wanita
20. Buah tin baik bagi wanita pasca-menopause dan melindunginya dari kanser payu-dara. Kajian menunjukkan bahwa wanita yang memakan buah kaya akan serat dengan teratur mengurangi kemungkinan terkena penyakit kanser dan penyakit degeneratif-degeneratif lainnya.
21. Kasker Prostat. Kandungan “coumarins” pada buah tin dapat mengurangi resiko terkena kasker prostat dan juga berfungsi merawat kulit Anda.
22. buah  tin pun telah dipakai untuk mengobati kelemahan seseorang dalam keperluan suami istri. Caranya, rendam sekitar 2 hingga 3 buah di dalam susu selama 1 malam dan di makan ketika pagi harinya, lakukan dengan rutin + 1 bulan.

Manfaat Buah tin Untuk Kecantikan
23. Merawat kulit. Kandungan “coumarins” pada buah tin dapat merawat kulit juga dapat mengurangi resiko terkena kanser pada prostat.
24.Buah tin juga dapat digunakan sebagai pembersih kulit dan mencegah serta menyembuhkan jerawat. Caranya, makan rutin buah ini atau haluskan buah tin segar lalu oleskan ke muka, biarkan lebih kurang selama 10 hingga 15 menit. Alasannya adalah, buah tin mengandungi mineral alkali yang sangat bermenafaat untuk mengatur keseimbangan pH pada tubuh dan berguna untuk kesihatan kulit Anda.

Menafaat Buah Tin Untuk Ibu Hamil
25. Buah tin baik sekali diambil oleh para ibu setelah melahirkan, sebagai pengganti zat besi semulajadi yang banyak hilang ketika melahirkan. Hal ini sangat berbeza dengan suplement zat besi yang dijual di pasaran biasanya malah dan menyebabkan konstipasi (sembelit atau sulit BAB) sedangkan buah ini adalah semulajadi dan bermenafaat sekali.

Menafaat Buah Tin Untuk Makanan
26.Buah tin dengan rasa manis dan lembut sering digunakan untuk pengganti gula. Buah ini di negara barat seringkali digunakan untuk membuat kueh, puding, roti, jeli, selai dan taart.
27.Buah tin dapat diambil semua orang, termasuk anak-anak dan buah ini adalah makanan yang baik untuk umur berapa saja, kerana kandungan serat yang tinggi. 

Menafaat Daun Pokok Tin 
28.DAUN pokok tin dapat menurunkan tingkat trigliserida, merupakan satu bentuk lemak yang ada dalam aliran darah. kerana itu, setelah kita meminum teh daun tin badan akan lebih segar.
29.Selain itu, rebusan dari DAUN pokok tin bermenafaat sebagai pembasmi batu ginjal dan menghancurkannya. disebabkan daun tin mengandung saponin dan alkaloid, 
30.  Rebusan daun pokok tin membantu pesakit kencing manis mengurangi pengambilan insulin sehingga sedikit demi sedikit dapat mengurangi tingginya kadar gula dalam darah.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.


Khamis, 21 Ogos 2014

Punca Gastrik cara mengatasinya - Gastric and how to overcome it

Tanda dan Rawatan Gastrik


Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).




Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami stress ( Tekanansama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional yang dicampur steroid.


Rawatan Kelinik

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari
* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis
* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut
Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Petua Hilangkan Gastrik 
Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali
4 makanan yang membantu mengurangkan sakit gastrik anda, termasuk:

1).Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2).Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut
Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik.
Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik
3).Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik.
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut
Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.
4).Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Selasa, 19 Ogos 2014

Menafaat Air Putih Dalam Kehidupan - Fully Benefit of Water In Life

sha3622.blogspot.com
sha3622.blogspot.com

Menafaat dan potensi dahsyat air putih telah disebutkan dalam al-Qur’an. Disebutkan bahwa air adalah sumber kehidupan. Tanpa air akan terhentilah sistem kehidupan dunia.

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقاً فَفَتَقْنَاهُمَا وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ

“Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?.” (QS. 21: 30).

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika salah seorang dari kalian hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)

Manusia boleh tidak makan tapi jangan tidak minum. Sebab akan menyebabkan kematian. Orang dapat bertahan hidup sampai tiga puluh hari tanpa makan, tetapi boleh meninggal gara-gara tidak minum selama berhari-hari.

Air begitu penting dan tubuh amat bergantung padanya diwaktu proses biologis berlangsung. Itulah mengapa rasulullah saw menganjurkan umatnya agar tetap bangun sahur dan bersegera untuk berbuka walau hanya dengan minum air putih saja.

Meski meminum adalah hal, kecil, Islam berbeda dengan umat lain. Islam mengajarkan adab dan tata-cara yang tak dimiliki agama lain.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Adab lain Islam terhadap minum adalah tidak meniupnya.

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani)



Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.” Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028)
Sebuah apresiasi penting al-Qur’an adalah bahwa air itu merupakan asal dari segala organisme (Q.S. al-Anbiyâ’/21: 30), termasuk manusia (Q.S. al-Furqân/25: 54), dan haiwan (Q.S. al-Nûr/24: 45). Ketika organisme itu eksis, khususnya manusia, ternyata dua pertiga berat fiziknya merupakan cairan, baik dalam bentuk darah, air liur, maupun pelincir sendi tulang, dan cairan sumsum tulang belakang, yang kesemuanya mengatur suhu badan manusia (Aishah Stacey, 2009). Ketika makhluk harus bertahan hidup, baik manusia, haiwan, maupun tumbuhan, maka air menjadi keperluan tunjang hidupnya. Tanpa air yang mencukupi, semua makhluk akan mati dalam beberapa hari (Aishah Stacey, 2009). Memang, air disediakan Allah untuk diminum manusia dan haiwan, dan untuk menumbuhkan tanaman (Q.S. al-Baqarah/2: 22, 60; al-Hijr/15: 22; al-Nahl/16: 10-11; Thâhâ/20: 53; dan al-Wâqi`ah/56: 68-69). Bahkan mineral, seperti tanah, dapat meningkat kualitinya dari kering atau tandus menjadi subur dengan air, sehingga bermenafaat bagi kehidupan manusia melalui tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang dihasilkannya (Q.S. al-Baqarah/2: 164; dan al-Hajj/22: 5). Air dalam pemahaman yang lebih luas, dengan demikian, merupakan sarana konservasi tanah.
Selain itu, air diapresiasikan sebagai sarana penyucian sebagaimana diungkap dalam Q.S. al-Anfâl/8: 11.Untuk menghadap Allah, melakukan solat, misalnya, setiap Muslim harus bersuci, dan di sini air berperanan penting, baik dalam berwudhu (agar suci dari hadaŝ kecil) maupun mandi (agar suci dari hadaŝ besar), sebagaimana dijelaskan dalam Q.S. al- Mâidah/5: 6. Adanya hubungan antara mandi dan kesihatan tidak dapat dinafikan. berkaitan dengan kesihatan, air (terutama air zamzam) memiliki khasiat menyembuhkan penyakit sesuai dengan tujuan meminumnya (H.R. Ibn Mâjjah No. 3053 dan H.R. Ahmad No. 2517). Dengan demikian, Islam telah menempatkan air sebagai sesuatu yang esensial untuk memelihara kesihatan, kebersihan individu, dan kesihatan umum (Aisha Stacey, 2009).
Lebih lanjut, air dalam volume yang besar, seperti sungai dan laut, dinyatakan dalam banyak ayat, seperti Q.S. al-Baqarah/2: 164 dan Luqmân/31: 31, sebagai lahan transportasi yang membawa kemanafaatan bagi kehidupan manusia. Lebih dari itu, laut, danau, dan/atau sungai juga menjadi habitat bagi banyak makhluk yang memainkan peranan penting dalam pelestarian dan pengembangan kehidupan (Q.S. Al-Nahl/16: 14). Akhirnya, air dijadikan sebagai simbol surga, ketakwaan, dan rahmat Tuhan sekaligus di dalam kehidupan akhirat, kerana surga selalu digambarkan sebagai tempat yang dijanjikan bagi orang bertakwa, penuh rahmat Tuhan kerana mengalir di dalamnya aneka ragam sungai (Q.S. al-Nahl/16: 31), di antaranya sungai dari air, sungai dari air susu, sungai dari arak, dan sungai dari madu (Q.S. Muhammad/47: 15). Dari sini dapat dibuat kesimpulan bahawa air merupakan esensi taman surga. Lebih dari itu, air surga disejajarkan dengan ketulusan moral (Q.S. al-Gâsyiyah/88: 11-12)
Dari penelusuran ayat-ayat al-Qur’an di atas, Islam jelas-jelas memberikan apresiasi yang tinggi terhadap air. Apresiasi tersebut dapat dikategorikan dalam enam macam, yaitu: (1) air sebagai asal dari segala organisme; (2) air sebagai kebutuhan pokok makhluk hidup untuk dapat survive; (3) air sebagai sarana konservasi tanah (menyuburkan tanah yang kering/tandus); (4) air sebagai sarana penyucian dan kesihatan; (5) air (dalam bentuk sungai, tasik dan laut) sebagai lahan untuk transportasi dan habitat bagi banyak makhluk; dan (6) air sebagai simbol surga, ketakwaan, dan rahmat Tuhan di dalam kehidupan akhirat.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.