Rabu, 22 Oktober 2014

Kapur sirih - Berbagai khasiat dan kegunaan - Various nutrients and uses of betel leaves whiting meal

http://sha3622.blogspot.com

kapur yang satu ini tidak berasal dari tanaman sirih. Kata “sirih” melekat oleh 
sebab kapur tersebut lazim digunakan sebagai pelengkap daun sirih dan pinang dalam budaya mengunyah sirih. Pada hakikatnya, sama seperti jenis kapur lainnya, kapur sirih juga berasal dari batu kapur , ianya direndamkan didalam air sekurang-kurangnya seminggu ( 7-8 hari ) hasil rendaman tersebut maka terbentuklah endapan lumpur kapur,  inilah yang dikenali dengan kapur sirih atau kapur malkan . Meski demikian, jenis batu kapur sirih tidak sama dengan kapur bahan bangunan. 
Kapur sirih merupakan jenis yang boleh dimakan. Menafaat kapur sirih cukup beragam, mulai dari sebagai campuran pinang dan daun sirih hingga penghalang timbulnya ketuat dan kanser pada kulit, selain itu, dengan mencampurkannya dengan air akan diperoleh larutan yang juga memiliki banyak khasiat terutama dalam bidang masakan Air kapur sirih sudah lazim digunakan dalam industri makanan sebab secara klinikal baik untuk diambil.
Kapur sirih atau kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada makanan/kuih tersebut.
Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya dalam kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang.
Cara Memperoleh Air kapur Sirih
Bahan yang diperlukan adlah sejumlah kapur sirih dan air bersih. Siapkan pula bekas untuk mencampur kedua bahan ini. Langkah pertama adalah menaruh kapur sirih dalam bekas samaada mangkuk atau gelas. Selanjutnya, tuangkan sedikit demi sedikit air, jumlah air harus dua kali dari kapur sirih. Jadi jika kapur sebanyak 250 gram, maka airnya sebanyak 500ml. Setelah air dituang, adunlah hingga benar-benar rata, Jangan sampai ada serbuk kapur sirih yang menggumpal. Setelah itu biarkan campuran air dan kapur sirih tersebut sekejap,biasanya dalam jangka waktu lebih kurang  30 minit akan terbentuklah endapan kapur. Endapat tersebut mengumpul di lapisan paling bawah bekas. Sementara itu, lapisan atas adalah air. Lapisan atas tersebutlah yang disebut dengan air kapur sirih. Jika Anda menginginkan kualitas air yang lebih jernih dan bersih, sebaiknya dibiarkan seinggai sehari semalam. dengan demikian,ianya bebas dari rasa pahit dan kelat rasa kapur sirih.
http://sha3622.blogspot.com


Kapur Makan atau kapur Sirih mengandungi beberapa khasiat antaranya .

  1. Penyakit sengal tulang (Rhumatizam), dilumur pada bahagian yang sakit menurut keperluan.
  2. Menghentikan darah dari hidung, disumbat kapur bersama daun siri ke dalam lubang hidung yang berdarah.
  3. sha3622.blogspot.com
  4. Sakit kepala sebelah, makan sedikit kapur bersama secawan air.                                   
  5. Cirit birit, minum air bercampur kapur makan.
  6. Mengelak darah keluar ketika luka, sapu kapur ketempat luka.
  7. Sakit gigi berlubang, masukkan sedikit kapur ke dalam gigi yang sakit berlubang itu.
  8. Memecah bisul, dilumur pada bisul berulang kali hingga pecah. (mujarab sebab kapur bersifat panas).
  9. Menghilangkan uban penyakit, menyapunya dikepala. Kalau uban tua tak boleh                        
  10. Mematikan keinganan seks, dengan mencium kapur tersebut.
  11. Mencairkan air mani, kalau memakannya bersama air.
  12. Memudahkan sistem penghadaman, garam direndam dalam air bersama kapur diminum 1 gelas pada waktu malam.
  13. Mengatasi deman taifoid (kepialu), diminum air bercampur kapur.
  14. Mengatasi selsema, daun dan bunga mekarnya dititikkan ke dalam hidung sesudah dikisar.
  15. Melancarkan peredaran darah, dengan memakannya bersama 1 gelas air.
  16. Mengatasi nanah pada luka, minyaknya disapu pada luka.
  17. Mengatasi radang gusi, memakanya bersama makanan lain.
  18. Mengatasi lelah/asma, daun pokok kapur dimasak dan dimasukkan ke dalam minyak, disapu pada dada.
  19. Penyakit gatal, disapu pada bahagian yang gatal.
  20. Penyekat bisa ular, tanda dengan kapur pada tempat kena patuk ular dengan bacaan jampi tertentu. (mujarab)
  21. Sakit perut kembung, conteng kapur pada perut dengan jampi dari Tok Ki (Deguh Gedegah, Kucing di dapur, kembung segah, conteng dengan kapur) 
  22. Merangupkan Goreng pisang, dicampur bersama tepung goreng pisang 
  23. Mencuci perut lembu, dibasuh bersama kapur hingga bersih.  – mencuci kulit untuk dibuat gendang 

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Isnin, 20 Oktober 2014

Buah Pinang meningkatkan stamina lelaki dan untuk Pengubatan - Betel palm nut increase the stamina of men and for Medication

http://sha3622.blogspot.com
Buah pinang atau betel Palm adalah buah yang memiliki ciri-ciri pohon yang tinggi lurus dengan ketinggian hingga 25 meter. Pokok pinang juga memiliki  pelepah  yang panjang hingga 80 cm dengan bentuk yang menyerupai tabung.Bahagian hujung dari daun pinang ini  dilihat terkoyak
Pokok yang  dengan ketinggian sekitar 1400 meter di atas permukaan laut ini ternyata dimenafaatkan pula untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Buah pinang mengandungi berbagai zat yang sangat bermenafaat untuk kesihatan seperti arecolidine, arecaidine, guvacoline, guracine dan berbagai sebatian lainnya. Selain buahnya yang bermenafaat, bijinya juga bermenafaat untuk merangsang otak , ianya juga menyebabkan ketagihan dan memilki kandungan alkaloida yang juga bermenafaat seperti arekaina dan arekolina
Menafaat Buah Pinang - Buah Pinang sudah tidak di ragukan lagi akan menafaatnya  kerana khasiatnya yang sangat beragam,  Buah pinang memiliki Nama Latin Areca catechu dan dalam bahasa Inggris buah ini di kenali dengan nama buah Betel palm atau Betel nut tree, hal ini kerana Pinang merupakan jenis palma yang tumbuh di daerah Pasifik, Asia dan Afrika bahagian timur.
sha3622.blogspot.com


Menafaat Dan Khasiat Buah Pinang Untuk Kesehatan

Keluar Darah Berlebihan
Air rebusan biji pinang juga digunakan untuk mengatasi penyakit seperti haid dengan darah berlebihan, hidung berdarah (pecah lindung),  bisul, kudis dan cirit-birit
 
Sakit pinggang
Ambil beberapa lembar daun pinang. Tumbuk daun tersebut dan panaskan. Daun pinang yang tenah ditumbuk diletakkan di tempat yang sakit.

Kudis
Parut satu biji buah pinang. Campur dengan seperempat sudu teh kapur sirih dan air secukupnya. sapukan dibahagian yang sakit.

Diphtheria

Siapkan dua biji buah pinang kemudian rebus dalam dua gelas air. biarkan hingga berbakii 1 1/2 gelas. Tambahkan satu sudu makan madu dan adun sama rata. Minum perlahan-lahan untuk menyembuhkan Diphtheria.

Mengecilkan Rahim
Biji pinang muda digunakan kaum wanita untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Caranya masak buah pinang muda lalu airnya diminum hingga rahim kembali ke bentuk normal.

Rabun Mata
Untuk mengobati rabun mata. Cukup dengan langsung dikunyah dan airnya ditelan.

Meningkatkan gairah
Meningkatkan gairah seks kaum lelaki. Khasiat ini di ketahui kerana di dalam pinang terkandung arekolin. Ambil satu biji buah pinang yang belum keras. Potong kecil-kecil kemudian kunyah dan makan. Cara lain, ambil satu biji buah pinang kemudian hancurkan dan rebus dalam dua gelas air. Tunggu sampai menjadi satu gelas. Keduanya memiliki khasiat yang sama.

Mengubati luka kulit. 
Caranya, isi buah pinang yang masih muda ditumbuk hingga halus, lalu ditempelkan pada bahagian tubuh yang terluka.

Ubat cacing
Siapkan seperempat potong buah pinang, setengah jari temulawak, dan setengah jari kunyit kesemua bahan tersebut direbus kemudian ditapis. Minum air hasil tapisan tersebut untuk mengatasi masaalah cacing.

Menguatkan gigi dan gusi
Ambil beberapa biji buah pinang, hIris menjadi beberapa bahagian, kemudian kunyah hasil hirisan tersebut.Dalam kehidupan sehari-hari, selain kunyahan sirih , pinang dimenafaatkan sebagai ubat tradisional untuk menguatkan gigi dan gusi. Caranya dengan mengunyah hirisan biji buah pinang. Menurut Prof Unus, pakar bioteknologi dan agroindustri dari Institut Teknologi Bandung yang juga warga asli Sunda.kebiasaan ini juga diterapkan masyarakat pedalaman di India, Pakistan, Nepal, Hongkong, dan Taiwan

sha3622.blogspot.com

Mengubati telinga bernanah. 
Caranya, ambil akar buah pinang muda secukupnya, tumbuk hingga halus, perah airnya. Bersihkan terlebih dahulu telinga anak yang sakit dengan kapas, setelah itu dititis dengan air perahan pinang di bahagian telinga yang sakit sebanyak 3 titis. Sumbat telinga dengan kapas agar air titisan tidak mengalir keluar. Lakukan setiap hari secara rutin hingga sembuh.



mengambil buah pinang akan memberi stamina yang mantap. Buah Pinang juga bermenafaat bagi yang sudah berkeluarga, yakni untuk meningkatkan stamina lelaki dewasa. Caranya dengan dibuat jus. Pertama siapkan buah pinang lalu pisahkan dari kulitnya. Setelah itu, campurkan dengan kuning telur, madu dan susu lalu dikisar hingga halus.  sebaiknya jus ditapis terlebih dahulu sebelum diminum.


 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.

Jenis Makanan, Buat Pemakannya Jadi Dungu -Types of foods, make us become stupid

Jenis Makanan, Buat Pemakannya Jadi Dungu

Food.
KESIHATAN

Percaya atau tidak? jenis makanan ini , membuat pemakannya boleh menjadi bodoh. Ringkasnya..

1.Makanan segera   

Kajian di Eropah sekitar 4000 anak - anak yang secara teratur makan makanan segera dari usia 3 tahun hingga sekolah menengah mengalami penurunan tahap IQ secara signifikan. Nah bagi anda orang tua yang sayang terhadap anak anda sebaiknya elakkan makanan ini jika dimakan terlalu kerap (bukanya tidak boleh langsung) maka berbahaya bagi perkembangan kesihatan dan otak anak anda . 

2.Masakan bergoreng. 

Makanan gorengan juga boleh menghancurkan sel - sel saraf yang sihat di otak anda sehingga boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang berkaitan dengan otak . Mungkin sukar pada awalnya untuk menyingkirkan makanan ini .Tetapi usaha anda akan terbayar apabila anda boleh merasakan kekuatan memori otak dan sistem imun bertambah baik selepas melakukan pola makan yang sihat.

3Gula-gula getah 

Membincangkan gula-gula getah ada baiknya anda tidak meniru gaya lupus , kerana gula-gula getah ini boleh membahayakan kesihatan tubuh anda, salah satunya gangguan pencernaan selain itu. Dalam sebuah kajian oleh penyelidik Inggeris , orang-orang yang suka mengunyah gula-gula getah sebelum dan selama menghafal pelajaran menderita gangguan memori jangka pendek .  

4. Makanan manis-manisan  

Beberapa makanan mengandung manis - manisan ternyata boleh membahayakan kesihatan. Selain boleh berisiko obesiti , makanan manis juga mempengaruhi fungsi otak.Para penyelidik dari University of California , Los Angeles ( UCLA ) melakukan percubaan pada tikus yang disuplementasi dengan fruktosa . 

Hasilnya , dan haiwan - haiwan yang diberi makan manis sukar keluar dari labirin . Penyelidik beranggapan , fruktosa boleh menyebabkan penurunan memori dan kemampuan belajar . Terlalu banyak gula juga menyebabkan aktiviti otak kurang bekerja dan insulin tidak lagi mampu membantu sel - sel otak anda untuk memproses emosi dan fikiran secara berkesan . 

5 . Makanan Olahan 

Makanan olahan sepertinya sukar dielakkan kerana hampir seluruh makanan saat ini sudah tersedia secara praktikal dan belum tentu mengetahui maksud dari Ingridient atau bahan - bahan yang digunakan. Para penyelidik mendapati bahawa seseorang yang sering mengambil makanan yang diproses atau makanan siap saji , cenderung mengalami gangguan memori sehingga sukarbelajar dan fokus.

Para saintis dari University of Bristol juga pernah membuktikan kesan negatif antara makanan olahan dengan tahap IQ anak . Ia mencari , makanan olahan boleh membuat sistem kekebalan tubuh yang menurun dan kelemahan terhadap jangkitan . Padahal anak - anak perlu pemakanan baik dan apabila anak - anak mempunyai masalah pertumbuhan , biasanya ini akibat kalori kosong dan bahan kimia buruk yang dijumpai dalam makanan kemasan . 

6 . Mengurangkan makanan yang mengandungi karbohidrat 

Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Tufts mendedahkan bahawa wanita yang sedang diet dan mengurangkan jenis makanan karbohidrat.mempunyai nilai memori yang lebih buruk jika dibandingkan orang yang melakukan diet secara seimbang.
kajian ini meliputi wanita antara 22 dan 55 tahun yang menjalankan diet rendah karbohidrat dan ternyata mengalami penurunan kemahiran kognitif . Oleh kerana itu , penyelidik menilai tidak ada salahnya untuk tetap makan makanan sihat seperti beras merah dan biji - bijian . (Jadi intinya buat anda yang sedang diet tidak perlu over dalam mengurangkan jenis pengambilan untuk tubuh , lakukanlah dengan senang dan mengambil makanan yang seimbang tidak berlebihan.) 

 7 . Makanan yang mengandungi mentega dan lemak tepu 

Mengambil makanan yang tinggi lemak tepu seperti mentega dapat menghambat fungsi otak anda . Hal ini berdasarkan pada kajian yang dilakukan oleh Harvard University.

Penyelidik yang melakukan ujian pada sekumpulan besar wanita yang mempunyai kebiasaan mengambil makanan tinggi lemak tepu dalam jangka masa 4 tahun , nilai pelajarannya jauh lebih rendah daripada rakannya yang tidak mengambil lemak tepu .  

Demikian info kesihatan mengenai jenis makanan yang boleh membuat bodoh, semoga bermenafaat

Ahad, 19 Oktober 2014

22 Khasiat Daun Sirih Untuk Kesihatan - 22 Nutrients of Sireh Leaves for health



http://sha3622.blogspot.com

Sirih Memiliki Nama Latin Piper Betle Yang lazimnya Pokok Sireh biasanya bersandar pada pohon lain dan mempunyai ciri tanaman yang mampu tumbuh mencapai ketinggian 15 Meter, sementara itu batangnya berbentuk bulat dan berwarna  sedikit keperangan .Ruas-ruas di bahagian batangnya seperti  pokok Buluh, di sinilah tempat keluarnya akar dari pokok sirih ini, Daun Sirih ini berbentuk Jantung, dengan bentuk uratnya bersalang seling dan hujungnya berbentuk runcing, apabila Daun Sirih ini di ramas maka akan mengeluarkan bau yang segar


Orang zaman dahulu pada Masyarakat Melayu, Sireh adalah  Tanaman yang wajib ada kerana untuk dijadikan kunyahan dalam kehidupan sehari-hari .Sirih digunakan sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.. Biasanya daun sirih di makan bersama Gambir, Kapur dan Juga Pinang, dan dengan cara ini dipercayai mampu membuat gigi menjadi lebih tahan Lama, dan jarang berlubang.


sha3622.blogspot.com

 Khasiat Daun Sirih

Air rebusan Daun Sirih dapat digunakan untuk membersihkan mata

Daun sirih Juga Dapat menghilangkan bau badan Caranya dengan merendam 2-3 lembar daun sirih dengan air panas di dalam 1\2 gelas dan di tambah dengan satu sudu teh gula putih,biarkan sampai air itu suam-suam kuku dan setelah itu sirihnya di ambil dan minum air rebusannya.

Dapat mengubati gigi dan bengkak gusi . Caranya , kunyah daun Sirih Hijau secukupnya.atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.

Daun Sirih dipercayai dapat mengubati keputihan. Rebus daun sirih dengan kadar secukupnya. 

Bagi mereka yang terkena sariawan, penggunaan daun Sirih adalah satu penyelesaian  yang terbaik. Kunyah daunnya atau kumur dengan air rebusannya.

Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut yang tidak sedap juga akan hilang.

Mampu mengubati luka bakar. Caranya, ambil daun Sirih kemudian panaskan sehingga menjadi layu, lalu ditempelkan pada luka bakar.

Bila hidung keluar darah  (pecah lindung), gulung daun Sirih lalu disumbatkan kedalam lubang  hidung yang mengeluarkan darah itu ianya dapat  membuatkan darah yang keluar berhenti.

Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balutkan tumbukan daun Sirih , ke bahagian tubuh yang gatal-gatal, Insyaalah kegatalan akan berkurangan atau mungkin akan hilang sama sekali.

Daun Sirih Hijau juga dipercayai dapat mengubati ekzima, dan penyakit yang kulit lain.

Sirih juga, ternyata dapat mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menghindar.


sha3622.blogspot.com


Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk ubat semburan serangga perosak dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan hama yang menyerang tanaman akan hilang.

Daun Sirih  juga dipercaya dapat untuk mengubati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, dapat mematikan kuman penyebab demam berdarah. atau sapukan gilingan daun Sirih  ke tubuh, dibalutkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.

 Meminum air rebusan daun sirih dapat memperlancar haid yang tidak teratur

 Daun sirih mampu untuk mengubati Asma

 Daun sirih juga mampu mengubati radang tekak

Mengatasi Sembelit Daun sirih adalah bersifat diuretik, dengan ini ianya juga dapat membantu mengubati masaalah sembelit.  

Mengurangi peradangan secara semulajadi
Radang seperti kerana akibat jerawat, arthritis dll dapat diatasi dengan cara menempelkan daun sirih yang sudah tumbuk.

Masalah pernafasan dan batuk
Rebusan air daun sirih dapat dijadikan ubat untuk mengubati batuk. Daun sirih juga berkhasiat untuk orang yang menderita masalah pernapasan seperti asma.


Sakit punggung

Memijat punggung dengan daun sirih yang dicampur dengan minyak akan membvantu untuk melawan nyeri punggung bagian bawah .


Menyehatkan syaraf

Jus daun sirih yang dicampur dengan madu adalah tonik semulajadi yang daoat digunakan untuk mengubati perit pada saraf, keletihan saraf dan kelemahan.


Jerawat dan bekas luka

Daun sirih  baik untuk perawatan kulit. Ini akan menghentikan jerawat dan dapat membersihkan bekas luka dari kulit secara semulajadi.

 Kunjungi ( http://sha3622.blogspot.Com ) untuk info seterusnya.