http://sha3622.blogspot.com |
Sirih Memiliki Nama Latin Piper Betle Yang lazimnya Pokok Sireh biasanya bersandar pada pohon lain dan mempunyai ciri tanaman yang mampu tumbuh mencapai ketinggian 15 Meter, sementara itu batangnya berbentuk bulat dan berwarna sedikit keperangan .Ruas-ruas di bahagian batangnya seperti pokok Buluh, di sinilah tempat keluarnya akar dari pokok sirih ini, Daun Sirih ini berbentuk Jantung, dengan bentuk uratnya bersalang seling dan hujungnya berbentuk runcing, apabila Daun Sirih ini di ramas maka akan mengeluarkan bau yang segar
sha3622.blogspot.com |
Khasiat Daun Sirih
Air rebusan Daun Sirih dapat digunakan untuk membersihkan mata
Daun sirih Juga Dapat menghilangkan bau badan Caranya dengan merendam 2-3 lembar daun sirih dengan air panas di dalam 1\2 gelas dan di tambah dengan satu sudu teh gula putih,biarkan sampai air itu suam-suam kuku dan setelah itu sirihnya di ambil dan minum air rebusannya.
Dapat mengubati gigi dan bengkak gusi . Caranya , kunyah daun Sirih Hijau secukupnya.atau berkumur dengan rebusan daun sirih ini. Sakit gigi dan gusi bengkak, berangsur-angsur akan hilang.
Daun Sirih dipercayai dapat mengubati keputihan. Rebus daun sirih dengan kadar secukupnya.
Bagi mereka yang terkena sariawan, penggunaan daun Sirih adalah satu penyelesaian yang terbaik. Kunyah daunnya atau kumur dengan air rebusannya.
Bila secara rutin berkumur dengan rebusan Sirih Hijau, bau mulut yang tidak sedap juga akan hilang.
Mampu mengubati luka bakar. Caranya, ambil daun Sirih kemudian panaskan sehingga menjadi layu, lalu ditempelkan pada luka bakar.
Bila hidung keluar darah (pecah lindung), gulung daun Sirih lalu disumbatkan kedalam lubang hidung yang mengeluarkan darah itu ianya dapat membuatkan darah yang keluar berhenti.
Menghilangkan gatal-gatal di kulit. Caranya balutkan tumbukan daun Sirih , ke bahagian tubuh yang gatal-gatal, Insyaalah kegatalan akan berkurangan atau mungkin akan hilang sama sekali.
Daun Sirih Hijau juga dipercayai dapat mengubati ekzima, dan penyakit yang kulit lain.
Sirih juga, ternyata dapat mengusir semut, nyamuk, lalat dan serangga lain. di sekitar lokasi tanaman ini, semut dan serangga akan menghindar.
sha3622.blogspot.com |
Cairan daun Sirih Hijau, bisa untuk ubat semburan serangga perosak dan tidak mematikan tanaman. Penyakit dan hama yang menyerang tanaman akan hilang.
Daun Sirih juga dipercaya dapat untuk mengubati demam berdarah. Minum rebusan daunnya, dapat mematikan kuman penyebab demam berdarah. atau sapukan gilingan daun Sirih ke tubuh, dibalutkan, nyamuk penyebab demam berdarah tidak berani menggigitnya.
Meminum air rebusan daun sirih dapat memperlancar haid yang tidak teratur
Daun sirih mampu untuk mengubati Asma
Daun sirih juga mampu mengubati radang tekak
Mengatasi Sembelit Daun sirih adalah bersifat diuretik, dengan ini ianya juga dapat membantu mengubati masaalah sembelit.
Mengurangi peradangan secara semulajadi
Radang seperti kerana akibat jerawat, arthritis dll dapat diatasi dengan cara menempelkan daun sirih yang sudah tumbuk.
Masalah pernafasan dan batuk
Rebusan air daun sirih dapat dijadikan ubat untuk mengubati batuk. Daun sirih juga berkhasiat untuk orang yang menderita masalah pernapasan seperti asma.
Sakit punggung
Memijat punggung dengan daun sirih yang dicampur dengan minyak akan membvantu untuk melawan nyeri punggung bagian bawah .
Menyehatkan syaraf
Jus daun sirih yang dicampur dengan madu adalah tonik semulajadi yang daoat digunakan untuk mengubati perit pada saraf, keletihan saraf dan kelemahan.
Jerawat dan bekas luka
Daun sirih baik untuk perawatan kulit. Ini akan menghentikan jerawat dan dapat membersihkan bekas luka dari kulit secara semulajadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan